DI SEBALIK KEINDAHAN ASRAMA

Salam sejahtera buat pembaca fiksyen Shasha. Masih ingat tak kisah ‘Permintaan Akhir Si Pembela Saka’ ? Kali ini pula saya ingin berkongsi cerita mengenai kisah mistik yang kerap berlaku di asrama saya terdahulu yang tidak asing lagi bagi pelajar asrama sekolah K*****. Asrama sekolah saya terkenal dengan pemandangan yang sangat indah disebabkan bangunan asrama yang terletak di atas bukit dan menghadap laut .

Bercakap mengenai laut, pemandangan matahari terbenam tidak pernah sesekali mengecewakan saya sebab SANGAT CANTIK DAN LANGIT SENTIASA BERWARNA UNGU apalagi orang yang memang ‘sunset lover’ seperti saya ni ehehe . percaya laa saya sangat bersyukur mempunyai peluang untuk menjadi salah seorang pelajar asrama di sekolah ini kerana terdapat banyak kenangan indah bersama kawan dan sekolah ini juga kerap dipuji dengan sifat geografi yang sangat unik. Untuk pengetahuan kalian, sekolah saya ini telah ditubuhkan sejak zaman 1957 jadi sekolah yang agak usang tetapi sejak tahun 2012, pihak sekolah telah membina banyak bangunan-bangunan baru . Tetapi, bangunan lama masih dilestarikan atas sebab² tertentu . Info terakhir yaa tuan-tuan dan puan-puan, tapak sekolah ini dahulu adalah tempat [email protected] jepun suatu ketika dahulu. Jadi, tidak hairanlah jika banyak kejadian mistik dialami oleh pelajar-pelajar asrama di sini. Jadi, saya akan menceritakan kejadian mistik yang dialami oleh saya sendiri.

11.00 malam, 2015
– semua pelajar asrama sibuk mengurus hal masing- masing untuk bersedia hari persekolahan esoknya. Nak dijadikan cerita, saya menegur Ang ( bukan nama sebenar ) di bilik cuci iaitu tempat membasuh pakaian dan mencuci segala bnda yang patut sebab yalah kann baru form 1 jadi masih nak berjinak cari kawan lagi haha . Ang yang sedang mencuci kaki pun menoleh dan hanya senyum sinis terhadap saya. Dalam hati saya, “oh mungkin dia tiada mood kot malam ni” jadi saya biarkan sahaja.

Lepastu saya berjalan menuju ke water dispenser yang terletak di tingkat paling bawah asrama untuk ambil air panas . “Alahh panjangnya barisan” monolog ku dalam hati. Namun yang mengejutkan saya adalah Ang adalah salah seorang yang berbaris untuk ambil air di water dispenser tersebut . Jadi, siapa yang saya tegur di bilik cuci tadi ? Berdegup jantung saya geng. Saya pun bertanya kepada Ang, “kamu ada masuk bilik cuci kah tadi ?” Ang menjawab “Mana ada. saya baru balik dari dewan makan ni, saya belom lagi naik asrama” . Oh Tuhan sapa yang senyum sinis terhadap aku tadi hahha . Tetapi saya simpan sahaja kisah tersebut untuk saya sendiri sebab saya belum tahu kisah asrama tersebut.

30 ogos, 8.30 malam
– Sehari sebelum Ambang Merdeka. Semua pelajar berada di kelas prep masing² teruja berbincang dengan rakan² tentang pakaian yang akan dikenakan, aktiviti yang akan diadakan dan sebagainya. Walaupun sepatutnya pada masa itu waktu prep bagi pelajar asrama hahaha . Tetapi lain pula bagi geng saya ketika itu, kami bercerita mengenai cerita hantu, berkongsi cerita mistik masing² . Saya pun tak tau mengapa kami ada mood bercerita benda itu pada malam tersebut hahah. Sedang asyik kami semua bercerita, tiba-tiba “ARGHHH” seorang rakan perempuan saya menjerit ketakutan sambil memandang ke arah tingkap yang di luarnya sangat² gelap tanpa lampu apa pun.

Selepas itu, kami terdengar jeritan kedua tetapi bukan dari rakan saya tersebut. Rakan yang lain cuba menenangkan rakan perempuan saya tadi . Kemudian, Yaya (bukan nama sebenar) pula kelihatan sangat pucat . Ketika ingin bertanya sama ada dia okay ke tidak, tiba² “BOOMMMM !!!” bunyi seperti tembakan meriam dilepaskan. Apalagi, satu kelas berlari tak tentu arah ke luar bilik prep dengan muka semuanya pucat lesi. Semuaaa pelajar asrama kemudian keluar dari bilik darjah kerana terkejut dengan jeritan kami dan bunyi tadi. Bunyi letupan tadi paling dekat dengan bilik darjah kami jadi tidak hairanlah kami yang paling terkesan mendengarnya. Seorang geng saya tadi apalagi, menangis kerana dia ingat kami yang telah memanggil ‘benda’ tersebut sebab kami baru sahaja bercerita tentang kisah² mistik . Tetapi saya biarkan sahaja. Mujurlah selepas itu warden datang untuk menenangkan keadaan dan kami kembali semula ke kelas prep masing² . Beliau pun mula membuka mulut yang sekolah ini memang terdapat ‘benda’ tersebut disebabkan dari zaman peperangan Jepun lagi, terdapat kes pembunuhan yang terjadi di sekitar tapak persekolahan kami.

Setiap tahun, akan kedengaran bunyi derap kaki berkawad, bunyi tembakan meriam dan bunyi ‘helicopter’ terhempas setiap kali hari kemerdekaan menghampiri. Tetapi sekarang makin kurang gangguan sebab entahlaa saya pun tak tau hahah mungkin roh mereka sudah tenang ? Kita pun tak tau. Tetapi yang saya geram juga, masa itu juga laa warden kami itu bercerita yang beliau pernah terserempak dengan budak lelaki kecil dan kerdil, berdiri dan sedang menghisap tuala wanita yang penuh dengan d***h. Motif beliau bercerita pada masa itu juga untuk mengingatkan kami membuang tuala wanita tersebut dengan cara yang betul dan jangan dibuang sembarangan.

Tapi cuak dohh sejuk tangan saya mendengarnya huhu. Sejak dari itu, saya tahu yang sekolah ini menyimpan 1001 kisah mistik yang saya sendiri belom tahu lagi. Balik dari kelas prep, semua pelajar asrama perempuan terutama junior seperti kami tidur berdua, tidak berani tidur berseorangan setelah dengar kisah² tersebut huhu. Keesokan hari, saya ke sekolah seperti biasa. Saya masih curiga mengenai Yaya yang pucat lesi malam tadi. Jadi saya memberanikan diri untuk bertanya dan dia memberitahu bawa selepas jeritan tersebut, dia ternampak seekor anjing tetapi berupa manusia di tingkap tersebut , kira seperti itu lah yang dikatakannya kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan keadaan fizikal ‘benda’ tersebut ketika itu. Satu sekolah dikecohkan dengan peristiwa malam tadi tetapi apa yang peliknya, setiap tingkat kelas prep mendengar bunyi² yang berbeza iaitu TINGKAT BAWAH – BUNYI TEMBAKAN MERIAM, TINGKAT 1 – BUNYI NYARING TERIAKAN SEORANG WANITA, TINGKAT 2 – BUNYI “PAP” SEPERTI ORANG M******H DIRI DARI TINGKAT ATAS dan TINGKAT 3 – BUNYI ‘HELICOPTER’ TERHEMPAS . Sehingga kini, tiada siapa yang tahu asal bunyi tersebut dan adakah bunyi ini mempunyai mesej² yang hendak disampaikan ? Kita tidak tahu. Sehingga kini kisah mistik ini menjadi bual mulut pelajar asrama dan tiada siapa yang dapat merungkainya.

Suatu malam, 2016
– Seperti biasa selepas tamat kelas prep iaitu pukul 10.30 malam, pelajar² asrama masuk ke bilik masing² dan sibuk dengan hal sendiri untuk persiapan persekolahan pada esok pagi. Ketika ini, saya berkongsi bilik bersama 13 orang rakan saya yang umur sebaya dengan saya. Jadi, hubungan kami sangat rapat seperti adik beradik . Tidur bersama-sama sehingga tiga orang satu katil adalah perkara biasa bagi kami walaupun banyak katil di bilik tersebut . Kadang kala, kami lebih suka tidur di lantai kerana lebih selesa dan sejuk.

Pada suatu malam, seperti biasa Aminah (bukan nama sebenar) mengajak saya dan rakan² yang lain untuk tidur di atas lantai. Kami pun bekerjasama mengangkat beberapa tilam dari katil untuk diletakkan di atas lantai. Katil Aminah terletak di depan pintu bilik kami. Tepat pada jam 12.00 tengah malam, semua orang pun tidur dek kerana keletihan. Namun, berbeza bagi saya pada malam itu yang langsung tidak dapat tidur walaupun keletihan. Saya mengambil keputusan untuk memejamkan sahaja mata kerana tidak mahu melihat benda² yang tidak patut. Walaubagaimana cara sekalipun, saya tidak dapat tidur. Saya rasa lebih kurang 2 jam begitu, saya tetap menutup mata walaupun berpeluh juga rasa ketika itu ( sebab terlalu ‘overthink’ yang benda tu akan kacau jika tahu saya masih bangun hahah ) .

Ketika dalam usaha untuk melelapkan diri, tiba-tiba saya terdengar bunyi suara kanak-kanak ketawa dengan riang sekali. Dalam hati saya, “anak siapa pula yang ketawa pagi-pagi buta macam ni.” makin didengar, bunyi tersebut datang dari hutan yang terletak di tepi asrama kami. Ko rase apa aku rase ? hahaha . Terus saya berusaha melelapkan diri sambil membacakan doa² yang sepatutnya di dalam hati. Selepas itu, saya terdengar katil Aminah bergoyang. Lega hati saya kerana sekurang-kurangnya ada juga orang terbangun bersama dengan saya. Namun, selepas beberapa saat baru saya teringat yang Aminah tidur di lantai bersama kami. Oh Tuhan, jadi siapaaa yang menggerakkan katil Aminah tadi ? Aduhaii, mengapa dia mahu mengacau sedangkan saya tidak mengacau dia huhu.

Disebabkan perasaan cuak tersebut, saya cuba bangunkan rakan saya, Mon (bukan nama sebenar) untuk menemani saya. Mon pun terbangun tetapi disebabkan mukanya yang sangat nazak mengantuk, kasihan pula saya melihat jadi saya membiarkan sahaja dia tidur semula. Selepas berdoa berdoa berdoa di dalam hati, barulah bunyi² tersebut beransur hilang sehingga saya sendiri tertidur. Pada pagi esoknya, saya bertanya kepada mereka jika ada terdengar apa-apa. Mereka semua berkata mereka tidak mendengar apa² bunyi pun. Jadi, ‘benda’ itu mungkin mahu saya sendiri yang mengalaminya. Tetapi jika difikir semula, memang tidak hairanlah jika ‘benda-benda’ itu mengganggu kerana tapak asrama tersebut adalah hutan belantara sbeelum asrama baru kami dibangunkan.

Itu sahaja kisah seram daripada saya untuk kali ini dan maaf jika kisah saya ini tidak berapa seram jika dibaca namun, jika anda sendiri yang mengalaminya, memang sangat seram. Tuan-tuan dan puan-puan boleh lah memberi pendapat terhadap penulisan saya di ruangan komen dan jika ada masa, saya akan menceritakan lagi kisah seram saya di sekolah ini pada hari yang akan datang. Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kasem Atok

3 thoughts on “DI SEBALIK KEINDAHAN ASRAMA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.