Di Waktu Maghrib

Ayah dah pesan banyak kali. Bila sampai rumah jika ada ada anak kecil atau anak buah jangan terus peluk cium mereka.

Mesti basuh kaki atau ambil wuduk dulu. Kita tak tahu siapa dan apa yang ikut kita pulang.

Kejadian ini berlaku di rumah adik saya, Angah beberapa tahun lalu di Taman Kajang Mulia.

Ketika saya menonton tv terasa ada sesuatu di pagar terhendap hendap mencari seseorang. Bila saya keluar rumah tiada pula kelibat manusia.

Mungkin perasaan saya saja. Waktu Maghrib pula tu.

Saya sambung menonton tv. Sekali lagi rasa diperhatikan. Tapi kali ini dari bahagian dapur ‘dia’ menghendap di sebalik dinding.

Mengintai intai ke arah ruang tamu.

Bila saya toleh tidak pula kelihatan.

Tiba tiba anak buah saya (si kembar) melalak di bilik atas. Meraung tak tentu pasal. Teruk juga mereka menangis. Sampai muntah muntah.

Angah turun dari atas dan terus ke dapur memaki hamun dan mencarut entah kepada siapa dia tuju saya tak pasti.

“Angah marah siapa?”

“Siapa siapa saja yang kacau anak Angah. Dah dekat seminggu macam ni. Asal Maghrib je meraung”

“Takpe. Angah naik atas. Biar Along setelkan”

Angah berlari naik ke atas semula. Cuba memujuk anak anaknya berhenti menangis.

Lalu saya ke dapur. Mencabar siapa pun yang berani membuat kacau.

“Aku tahu kau ada di sini. Muncul kan diri”

Tiba ada kelibat keluar dari bilik air. Seorang wanita tua bertongkat. Rambutnya putih. Macam nenek kebayan pun ada.

“Siapa kau dan kenapa kau ganggu anak buah aku?”

“Aku suka mereka. Mereka macam cucu aku”

“Itu bukan cucu kau. Itu anak kepada adik aku. Jangan berani berani kau cuba sentuh mereka”

Nenek itu kemudian berjalan mundar mandir di ruang dapur.

“Tapi aku suka mereka”

“Tidak! Aku kata tidak. Mereka buka kau punya. Siapa kau dan dari mana kau? Mari aku hantar kau pulang!”

Nenek itu menggeleng kepala. Tanda dia tidak setuju.

“Jika aku beritahu tuan aku. Mesti dia suka. Mesti dia suruh aku pelihara anak itu. Tuan aku bidan dan tukang urut orang bersalin”

Waktu itu saya menjadi sangat marah. Takut itu perkara nombor dua.

“Begini. Aku akan lepaskan kau pergi dengan baik jika kau tinggalkan budak itu. Atau aku akan bakar kau dengan tuan kau sekali. Atau kau bawa aku berjumpa dengan tuan kau”

Wajah nenek itu mula berubah. Dia seakan marah dengan tindakan saya yang berani mencabarnya.

“Baik. Aku akan pergi dari sini jika tuan aku pulang ke rumahnya semula. Jika tidak aku akan terus melawat anak anak ini”

“Beritahu di mana tuan kau. Aku akan suruh dia keluar dari tempat ini. Jika tidak engkau yang aku akan bunuh”

Saya cuba mengugut dan menunjuk berani.

“Baik. Aku bagi kau jumpa tuan aku. Tapi kau jangan apa apa kan dia”

“Bergantung!” Tegas saya.

Saya mengikut nenek itu bertemu dengan tuan nya. Mereka tinggal selang beberapa rumah dari rumah Angah.

Rupanya tuannya ini seorang Mak Bidan yang menjaga orang sedang berpantang. Sudah seminggu mereka di sini.

Dan setelah berbincang secara diplomatik Mak Bidan ini setuju untuk pulang keesokkan harinya. Beliau juga meminta maaf atas kesilapannya dan pendampingnya.

Ingat senang ke nak slow talk dengan orang tua?

Keadaan kembali pulih. Cuma sesekali terbayang juga orang mengintai dari dapur.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Addam
Di Waktu Maghrib
8.7 (86.9%) 113 votes

15 comments

      1. Jgn bro..Xsmua kuat nk hadap..Tkut da plak bnuh diri..Kita yg dh dpt nmpk tu rezeki kita,teman lain ckuplh skdr tau dr apa yg kita nmpk..Smua bsbb knp kita d plih tuk nmpk..Btw sy dr lahir dh nmpk..Alhamdulillah tbiasa umur 7 tahun cmtu

  1. Saya pun pernah buat mcm ni. Tapi bukan la sbb sy berani atau berilmu cuma lebih kepada geram. Masa anak buah sy berusia 1++ tahun lebih, die kerap nangis pd waktu asar membawa ke mahgrib.mula2 Tu sy xsyak apa2 sampaila bnda Tu berlaku dpn Mata sendiri. Sy tengah dodoikan die tidur tiba2 Mata die terbuntang tengok atas tak berkelip. Terus melalak mcm ketakutan. Sy terus jerit, woi setan, Aku tau la Rupa kau Tu hodoh tak payah nak tayang kehodohan kau Tu kat anak buah Aku ni! Mentang2 Aku tak boleh Nampak kau! Kalau Aku Nampak kau, Aku hambat kau, Aku tangkap, kurung pastu Aku amik gambar. Aku viralkan muka hodoh kau Tu! Berambus kau Dr sini! Selang bbrapa saat pastu tangisan anak buah saya surut pelan2 Dan terus berhenti. Terus diam n tidur nyenyak. Sejak Tu, gangguan pun hilang… Haha kebetulan he kott..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.