DIA

Salam Fiksyen Shasha. Terima kasih sebab siarkan dua cerita aku sebelum ni. Aku minta maaf sebab dah janji nak ceritakan kisah Nana, tapi aku ingat ingat lupa kisah dia. Tapi takpe, kali ni aku akan ceritakan tentang kisah aku membantu orang yg dirasuk.

Semasa aku belajar di semester 2, bilik aku berada di tingkat atas sekali. Sama ada tingkat 3 atau 4 aku lupa. Aku duduk bilik 4 orang. 2 senior, aku tengah tengah, sorang lagi junior. Senior sorang tu dengan junior kitaorang memang jarang balik bilik. Senior tu pon masuk bilik lepas seminggu atau dua minggu start class. Dalam bulan pertama je dia ada kat bilik. Bulan kedua tu dia dah migrate ke bilik member dia siap dengan barang barang dia semua. Jadi tinggal lah kami bertiga.

Aku memang tak kisah pon sebab kalau ada spotcheck nanti bukan kitaorang yg kena.

Junior bilik aku tu memang freshies lah. Kerap balik lewat malam. Bila kitaorang dah tidur dengkur dia baru balik, aku pon tak tahu macam mana dia boleh masuk kolej time tu. Ambik tak kisah jelah.

Ini bukan tentang bilik aku. Tapi budak bawah bilik aku. Bilik kitaorang ni memang bila bukak tingkap, kau akan nampak hutan. Kalau siang ok lah nak bukak tingkap, cuba bayang kalau Maghrib nak senja tu, gila ko! Sebab tu selalu kalau aku tinggal sorang dalam bilik, aku akan jarang bukak tingkap bilik tapi pintu bilik aku, aku akan biarkan bukak. Sebab aku tak suka bilik aku, aku selalu rasa bilik aku sempit. Sempit kenapa aku tak tahu, Waalahhualam.

Malam kejadian tu aku dengan roommate senior je ada berdua dalam bilik. Tengah aku dan roommate ni dok melepak dalam bilik tengok movie sebab tak silap aku time ni hari Jumaat malam esok tu weekend, tiba tiba pintu bilik kitaorang dikejutkan dengan ketukan yg melampau jugaklah kuat dia. Roommate bukak pintu dan masa tu depan bilik kitaorang dah kecoh kecoh dah bising tapi tak tahu pasal apa, tapi time tu aku dah dengar diorang pi ketuk pintu bilik orang lain jugak.

Roommate : Ya, ada apa ni?

Budak ketuk pintu : Free tak korang? Nak mintak tolong sikit ni, ada budak kena rasuk kat bilik bawah nak mintak tolong tolong boleh? Jom sekarang!

Pastu orangnya tu terus berlalu pergi ketuk pintu orang lain pulak kira satu floor kitaorang punya bilik lah kena ketuk. Kitaorang sumpah time tu memang takleh nak brain pape weh. Just macam siap siap pakai baju seluar elok sikit then keluar kunci pintu bilik and terus ikut budak tu turun. Aku ni bukan seorang yg berani. Serious cakap. Roommate pun dok turun tangga ikut belakang aku. Aduh parah ni!! Bilik budak tu betul betul floor bawah kitaorang, tapi bukan direct bawah bilik kitaorang. Faham kan?

So, sebelum masuk tu semua orang memang berteka-tekalah nak masuk ke tidak ni. So, aku pon konon berani, aku masuk dulu mulakan langkah dengan Bismillah and aku masuk kaki kanan, roommate aku pun ikut sekali.

Dah masuk tu kitaorang heran, mana budak kena rasuknya tu? Kira macam tercari-carilah time tu, sebab takde orang kena rasuk pun. Cuma yg aku rasa time tu memang environment bilik tu menyeramkan, very eerie and sangat sunyi. And aku perasan memang ada sorang kakak ni (aku namakan S) duduk dekat tengah-tengah antara kitaorang, kira kitaorang macam kena duduk mengelilingi dia.

Aku dan roommate duduk betul-betul dekat area kaki dia. Time kitaorang masuk tu dia tengah diberi minum air, tapi nampak dia macam dah lemahlah. Ada sorang lagi kawan dia tu tengah tolong ikat rambut dia. Kitaorang yg baru sampai ni memang betul betul blank. Sumpah.

Then tiba-tiba S cakap dalam nada perlahan tapi cukup bagi kitaorang sebilik ni dengar, “terima kasih korang sudi turun bantu… sebab memang dah takde orang boleh tolong since roommate pun ramai balik. Nak mintak tolong korang pegang aku bila ‘dia’ datang nanti. Sekarang aku tengah bertarung dengan ‘dia’ yg nak aku masuk ke alam ‘dia’. Tolong pegang aku kuat kuat sebab aku tak boleh predict ‘pintu’ bukak dekat mana nanti.”

Lagi satu benda aku tak boleh brain! Tertanya-tanya jugak dalam hati, “siapa dia? Pintu apa doh dia cakap ni?”

Tapi aku cepat-cepat cuba untuk tak berfikir, sebab kena focuskan fikiran dekat hal yg sekarang ni. S ni ada sorang member yg duduk dengan dia yg ada ability untuk bercakap dengan si ‘dia’ ni. Diorang cakap nak panggil ustaz, ustaz on the way. Lebih kurang macam tulah.

Tiba-tiba tengah kitaorang duduk sambil baca ayatul Kursi, S ni cakap dengan kuat and aku rasa dia macam jerit sikit, cakap, “dia datang weh… dia datang!!!”

Aku macam, “eh apa ni?!”

Less than 5 seconds macam tu dia dah berubah dari lemah kepada meracau, menjerit macam dia dalam keadaan sakit sangat sambil kawan kawan dia cakap, “haa, pegang dia sekarang! Jangan bagi dia bangun!”

Sumpah, aku memang tak tahu nak kata apa saat terjadinya perkara tu. Peristiwa tu terjadi memang aku tak jangka langsung! Perkara tu terjadi di depan aku and aku tengah menolong dia. Faham tak?

Sepanjang tempoh tu aku dan roommate pegang kaki dia sambil baca ayatul Kursi. Lepas tu kawan S ni suruh tarik ibu jari kaki S sambil baca apa apa saja ayat Quran yg kitaorang tahu. Time tu yg ingat pon surah ayatul Kursi jelah weh. Itu pun tunggang terbalik agaknya, sebab takut sangat masa tu.

Ada satu masa ni S ni jerit sakit kuat gila, sambil dia cuba nak tendang tendang aku yg tengah urut-urut, tarik ibu jari kaki dia and guess what? Dia Berjaya tendang aku weh, sampai ke pintu bilik dia… aduh! Memang tak jauh mana, tapi terpeleot jugaklah kena tendang. Kuat nak mati orang yg dirasuk ni. Kudrat dia mengalahkan 10 orang lelaki!

Aku tak tipu. And benda tu datang secara on off. Bila dia tak dapat pujuk S ni untuk ikut ‘dia’ masuk alam ‘dia’, ‘dia’ mengamuk, meracau then ‘dia’ keluar. Lepas tu tak sampai 10 minit ‘dia’ datang balik and kacau lagi sebab nak pujuk S tu ikut ‘dia’. And kadang kadang ada satu masa ni S macam sedar secara tiba-tiba ‘dia’ ni nak tarik masuk alam ‘dia’ ikut sebelah mana. Contoh ada satu masa yg aku ingat ni, tengah meracau-racau semua, tiba tiba S ni separuh sedar and jerit, “tarik aku ke kanan cepatt!”

And ada satu masa ni dia punya badan sampai hampir-hampir terapung. Aku tak tipu weh! MasyaAllah, dasyat sungguh permainan syaitan ni.

Kitaorang tunggu sampai nak dekat Subuh dalam pukul tiga pagi lebih, nak masuk empat pagi. S pun dah tertidur after awhile dia berperang dengan benda tu. Sebelum kitaorang balik bilik, kawan S pesan, “mandi dulu before tidur tau korang. Aku taknak ‘dia’ ikut korang balik atau ganggu korang.”

Aku dengan roommate aku pun tercengang. Dah mengantuk pun kitaorang gigihkan juga pergi mandi ramai-ramai sebab budak-budak satu floor tu at least ada sorang yg turun tolong, so ramailah.

Selesai mandi, ambik wuduk, aku dengan roommate pun solat sebelum tidur.

Aku ingat perkara ni setakat malam tadi je. Rupanya pagi esoknya tu dalam pukul sembilan lebih, lagi sekali pintu bilik kitaorang diketuk kuat gila macam malam tadi. Tersentak beb kitaorang! Dahlah aku dengan roommate memang bawak tilam turun bawah tidur rapat-rapat takut punya pasal. Then bangun pun dalam keadaan terkejut memang pening gila kepala. Kitaorang tersentak terjaga, tak sempat gosok gigi pun terus kunci pintu bilik and turun bilik bawah.

Kejadian sama berlaku semula macam malam tadi tu jugak. Cumanya kawan S ni cakap, S sempat minum breakfast and mandi tadi. Selalunya kena lagi awal dari ini. Kitaorang pun baca-baca sambil kawan S ni cuba halau benda tu. Bila jam hampir menunjukkan tengah hari, lagi teruk S meracau sebab tengah harilah jin banyak keluar.

Adalah lebih kurang sampai sebelum Zohor habis jugaklah aku dengan roommate dekat situ. Badan aku dengan roommate jangan cakaplah sakit dia macam mana. Lepas kitaorang mintak diri untuk balik bilik, time tu keadaan dah almost stabil and ada ustaz semalam tu datang. So yeah, it was unforgettable.

Sempatlah aku dig in S punya cerita dari member yg duduk satu floor dengan bilik S.

Menurut dia, S ni kena ganggu sebab benda tu dah suka dekat dia since dia pun ada ability untuk tengok benda tu. Benda tu taknak lepaskan S sebab dah jatuh cinta dekat S and S pulak taknak ikut ‘dia’ masuk alam ‘dia’, itu yg ‘dia’ attack tu. Kebetulan pulak, family S ni macam ada saka turun-temurun, maybe sebab itulah benda tu lebih senang nak ganggu. The last time I heard about her was she extend her studies as I can recalled and masih dalam proses berubat. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk S. Tolong aku doakan dia sekali, guys.

Maaf kalau cerita kurang bagi impact pada readers. Ini adalah salah satu pengalaman yg aku lalui. Nanti aku sambung cerita best lagi!

Take care korang and thanks admin..

Lana
Tiada lagi iklan menganggu,kini 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk support web FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

13 comments

  1. tak faham la..bila org kena rasuk je mesti ada yg nak picit ibu jari kaki, bukan perawat ke apa kan..buat mcm tu mmg la lg aggresif org yg dirasuk tu..tak kesian ke kat member tu, dah la sakit badan ada benda masuk, kaki pulak kena picit..adoii..

    1. antara titik kelemahan benda tu. bila dia menyerang dia biasanya duduk di sendi2 badan kita. kadang bukan picit pun. pegang biasa pun bg dia kuat. setengah perawat pakai rotan. sentuh rotan pada tubuh magsa, tp bg dia satu hayunan rotan. tp mmg bila di rasuk akan rasa letih sgt.

  2. Sumpah wei… Aku sumpah weh. Begitu mudah bersumpah sumpah.. Jgn biasakan diri dgn perkataan SUMPAH ni dik..Bahya. Key makan diri. Sekadar nasihat ja dik, jgn kecam ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.