“Dia bagi salam perkenalan”

Assalamualaikum semua pembaca FS. Harap admin dapat terima cerita saya ini .

Nama saya eton (bukan nama sebenar) pelatih dari kem PLKN Sri Ledang pada tahun 2016. Saya cuma nak berkongsi tentang kisah yang dialami sesama 2 bulan menjalani latihan di Kem tersebut .

Ok. Masa hari pertama mendaftar di kem iaitu pada bulan mac 2016. Saya memang rasa teruja sangat dan tak sabar untuk menempuhi alam PLKN maklumlah minat sangat dengan askar-askar ni.

Straight to the point. Aku adalah ketua dorm wirawati bagi kompeni bravo. Sejak awal lagi jurulatih dah bagi hint kepada setiap ketua dorm termasuk aku tentang pantang larang kat dalm kem ni. Firstly, memang aku tak jangka semua ini yela siapa saje nak percaya cerita macam tu kan??.

Pada minggu kedua aku berada di kem tersebut. Hampir setiap malam semua wirawati dorm bravo dengar suara yang menyeramkan pada jam 1 pagi. Apa yang aku dan wirawati dengar benda tu memang pelik, siapa sahaja weyy nak kawad tengah malam buta macam tu! Pada masa tu semua memang tidur tak lena lah. Hanya ditemani surah yassin di tepi bantal untuk tidur. Pada keesokkan pagi, aku cuba bertanya pada wirawati dorm lain.

“weh malam tadi korang ade dengar suara orang kawad tak”. Semua menunjukkan reaksi pelik , “tak ada pun” . Last-last aku pun jadi pelik. “Takkan lah dorm aku je yang dengar”. Tentang suara yang menganggu ini aki cuba diamkan dari jurulatih.

Tapi lama kelamaan. Pada minggu ketiga aku berada di situ. Kami dikejutkan dengan satu kes yang memang buatkan kami sangat takut. Ada satu masa tu, waktu maghrib. Macam biasalah yang muslim pergi solat , non muslim duduk shaja dalam dorm. Apabila yang muslim balik dari surau kami dikejutkan dengar benda yang tak baik. Tapi mase tu semua wirawati di panggil berkumpul untuk membincangkan hal itu.

Aku jadi terkejut bila jurulatih cakap sambil memarahi kami semua ” wirawati, saya dah pesan berapa kali! Tuala wanita tolong buang di dalam tong sampah dan bungkus elok2, tadi saya dimaklum oleh jurulatih wanita, tuala wanita awak semua bersepah di dalam bilik air! Ada letak di singki, bergantung di dalam bilik air kalau bersih tak mengapa ini berdarah lagi”. Bila aku dengar jurulatih cakap macam itu meremang bulu roma aku terpacak tinggi “hahaha” .

Pada malam tersebut setiap ketua dorm dipanggil oleh jurulatih. Cikgu mira (bukan nama sebenar) semua dah berkumpul depan bilik JL , “awak tahu kan perkara yang jadi tadi?”. Kami pun menjawab “tahu cikgu”. Cikgu mira pun cakap ” awak rilex sabar, jangan layankan sangat perasaan itu, saya ini lagilah dah bertahun duduk sini macam2 pengalaman saya dapat, apa yang awak alami harini cuma SALAM PERKENALAN dari dia untuk AWAK semua.

Ok jadinya lepas ini kalau nak ke tandas sila pergi bertiga”. Aku dan yang lain makin takut dan macam nak menagis bila dengar semua itu. Aku dan yang lain pulang ke dorm masing-masing . Ahli dorm aku sudah menunggu untuk dengar cerita aku. Aku cuma cakap pada mereka ” cikgu mira cakap ITU SALAM PERKENALAN dari dia untuk kita jadinya kita kena kuatkan iman, jangan cabar dia”. Sejak kes itu berlaku , ketakutan setiap malam menghantui kami .

Ok untuk kalini itu sahaja. Banyak lagi cerita tentang kem. Lain kali saya sambung ke babak seterusnya. Maaf jikalau cerita kurang menarik dam kurang difahami . #janganKecam?

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.