Dia datang dari jauh Part 2

Dia datang dari jauh Part 2
Oleh: Miss S
Ok sambungan cerita yang hari tu. Aku langsung tak ceritakan pada Yaya tentang gangguan yang aku alami lepas waktu Maghrib tadi. Malam tu aku tak dapat melelapkan mata. Aku rasa diperhatikan dan kadang-kadang timbul perasaan takut dan anxious. Dan aku dapat rasa ada satu energi jahat dalam bilik tu. Asal aku nak lelap je benda panas tu datang balik dari hujung kaki aku dan merangkak naik. Sekali lagi aku ditindih. Bila aku baca ayat Al-Quran, benda tu akan lepaskan aku sekejap. Namun, setelah beberapa minit bila aku cuba lelap lagi, ia akan terjadi semula.

Namun sepanjang malam tu gangguan semakin teruk setiap kali aku cuba melelapkan mata. Bila aku terlelap je, tiba-tiba depan aku ada bayangan nenek tua muka buruk, rambut menggerbang, mulut terbuka dengan d***h berwarna gelap mengalir keluar menerpa ke arah aku menyebabkan aku tersentak bangun. Kadang-kadang tu apabila aku tidur mengiring, aku dapat rasa nenek tu berada di belakang aku dengan mulut yang terbuka luas. Aku tak taw kenapa nenek tu suka buat macam tu hahah.

Gangguan ini terjadi hampir setiap hari. Aku memang tak boleh tidur malam sepanjang minggu exam tu. Nasib baiklah minggu exam, jadi aku manfaatkan dengan stay up untuk study bersama Syasya dan kawan aku yang sorang lagi iaitu Aini. Aku masih tak menceritakan gangguan tu pada Yaya sebab bagi aku tak perlu since Yaya hanya ada 2 hari lagi untuk habis exam. Aku pula masih ada seminggu hadoii.

Hanya Syasya dan Aini lah jadi tempat luahan aku setiap kali diganggu. Selepas roommate aku, Yaya habis paper dan pulang ke kampung, Syasya dan Aini berpakat pindah ke bilik aku sehinggalah kami habis exam. Kami banyak habiskan masa stay up untuk study bersama di sepanjang sisa-sisa minggu akhir exam kami tu. Namun, jarang-jarang kali bila aku tidur bersama Syasya dan Aini, gangguan tu berkurang. Sebaliknya, Syasya dan Aini pula diganggu. Mereka menceritakan pada aku mereka selalu rasa diperhatikan dan kadang-kadang rasa seram sejuk dan sukar lelapkan mata.

Pernah pada suatu hari, aku dan Syasya tak boleh solat. Jadi tinggal Aini seorang je yang solat. Masa tu aku ingat lagi aku dan Syasya borak sambil berbisik dekat atas katil aku bagi menghormati Aini yang sedang solat di hujung bilik. Jarak Aini dari kami adalah dalam 3 biji katil single. Habis je solat, Aini tegur kami kenapa buat bising masa dia tengah solat dan tolak dia dari belakang masa dia tengah rukuk. Aku dan Syasya terpegun. Kami langsung tak turun dari katil! Aini mengatakan kami menjerit-jerit ke arahnya semasa dia membaca al-Fatihah.

Setelah exam semester berakhir, makcik aku datang ambil aku. Aku tinggal di rumahnya selama 2 hari sebelum bertolak pulang ke kampung halaman dengan bas ekspres. Alhamdulillah, sepanjang aku di rumah makcik aku tu, aku langsung tak diganggu. Begitu juga setelah aku pulang ke kampung. Aku dapat tidur dengan lena.

Namun, setelah beberapa hari di kampung, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari makcik aku, “Kakak, kakak tinggal apa kat ucu ni???!” Makcik aku tu PJJ dengan suami beliau. Hanya pada hujung minggu sahaja suami beliau akan ada di rumah. Jadinya, makcik aku lebih banyak bersendirian di rumah.

Menurut makcik aku, sejak aku singgah di rumah beliau, makcik aku selalu rasa diperhatikan dan timbul perasaan takut yang tak terhingga. Bukan itu sahaja, sudah beberapa malam beliau tak dapat melelapkan mata. Asal nak lelap je, beliau akan dengar bunyi seseorang melagakan gigi dengan kuat betul-betul di tepi telinga. Kadang-kadang tu benda tu akan mencakar-cakar pada bantal makcik aku. Menurut makcik aku benda tu dah tua.

Aku terpaksa menceritakan apa yang terjadi di universiti pada makcik aku dan meminta maaf padanya. Hujung minggu tu, makcik aku dan suami beliau pergi berubat dengan seorang ustaz untuk buang benda tu. Menurut ustaz, makhluk tu hanya benda menumpang dan beliau berpesan pada makcik aku suruh bawak aku berubat. Itu sahaja komen ustaz tu pada makcik aku.

Alhamdulillah, sejak dari tu tiada lagi gangguan dari makhluk tua itu. Sehingga kini aku masih lagi tertanya-tanya adakah mimpi aku mempunyai kaitan dan kenapakah makhluk itu mengganggu aku. Aku juga telah beberapa kali berubat kerana aku mempunyai gangguan lain juga. Sekian sahaja perkongsian pengalaman yang kurang seram dari aku. Terima kasih kerana sudi membaca =)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Miss S
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.