Dia Menyamar

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha. Harini aku nak kongsi sedikit pengalaman. Tajuk kali ni,”Dia menyamar”, masih lagi dalam darjah 6 sebab masa tu je aku banyak kali kena .Benda ni jadi masa 2016 lah. Masa tu waktu rehat, aku dengan kawan-kawan tengah main kejar-kejar. Tapi kita orang tak main dekat padang, tapi dekat blok lama sekolah.

Blok lama ni bahagian kanan tepi memang lama lah blok ni. Suram je nampak. Dan blok ni banyak bilik kosong, hanya dijadikan tempat simpan barang-barang je. Aku bagi nama blok A lah. Blok A cuma ada 3 tingkat, 2 kelas, darjah 1 dan darjah 6. Tingkat 1 ada kelas pra, kantin dan dewan. Tingkat 2 ada bilik guru ,darjah 1, dan bilik mesyuarat. Tingkat 3 ni ha yang suram. Satu-satunya kelas iaitu kelas darjah 6. Masa dulu ada library tapi semenjak ada bangunan baru bilik tu dah kosong terbiar. Sepanjang tingkat 3 tu semua bilik kosong, tak ke seram tu? Sambung tadi, kita orang main kejar-kejar sambil menyorok.

Aku, Qis, Nul, Hana, dan budak lain ( bukan nama sebenar ). Hana yang kena cari kita orang. Qis, Nul dan 1 org lagi menyorok dalam kelas, aku pulak menyorok dekat tangga hujung sebab bagi aku situ je strategik walaupun seram sebab tangga hujung tu ada tandas kosong, kelas lama, dan bilik-bilik kosong yang aku ceritakan tadi lah. tingkap pun dah banyak rongak tu lagi seram. Tapi aku tak kesah sebab aku rasa pagi benda tu tak de. Masa tu dalam pukul 10.30 lah. Aku pun pelik lah kenapa diorang tak jumpa aku lagi waktu rehat pun dh nk hbis.

Aku dah lah panas ditambah takut ni duk mencangkung tepi dinding tangga. Loceng pun berbunyi, terpaksalah aku turun dataran beratur. Sampai je bawah aku marah lah diaorang sebab nampk happy je gelak-gelak. Aku tanya Hana, “woi kenapa kau tak cari aku haa tahu tak lama aku tunggu!”.” eh aku dah jumpa kau lah, kau ni kenapa? Aku jumpa kau dekat belakang langsir kelas, kau ni pehal?” dan budak lain pun back up Hana. Aku? Aku pelik arh.. Bukan ke aku yang nyorok dekat tangga tadi? Kenapa diorang kata aku belakang langsir?..

Lepastu Qis cakap” haah kitaorang jumpa kau last sekali. Kau dekat belakang langsir dekat laluan kecik tu. Kenapa kau nyorok situ haa? Tak seram ke? Lepastu masa nak turun kau suruh kitaorang turun dulu kau nak pergi tandas kejap. Kitaorang pun turun lah. Datang-datang kau marah-marah.” Nak bagitahu kelas aku ni dulu-dulu bersambung dengan library lama dan ada satu lorong kecik atau lorong rahsia lah nak pergi library tu. Sebab library selalu terkunci dari dalam, jadi kitaorang akan panjat dan bukak kunci. Seram lah sebab nak lalu tu ade 2 bilik kosong. Tak tahu tu bilik apa pintu pon tertanggal.

Masa dah nak upsr, cikgu semua tutup lorong tu guna meja dan langsir semua, penuhkan lorong tu. Benda ni terjadi lepas upsr kan budak syok main tak belajar. Dan sampai sekarang aku pelik sebab benda tu dah berani menyamar jadi aku, selama ni dia cuma hye hye dengan aku je. Benda tu pun dah berani kacau kawan aku. Dah lah dalam kelas aku je yang kuat semangat sikit. Lain semua penakut laki ke perempuan sama je..ish ish ish..
Lepas naik menengah aku dah jarang nampak. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita tapi tak sangka jadi panjang lak.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Dia Menyamar”

    • laaa biar lah dia nk cerita pengalaman dia… sambil tu dia bleh belajar cara menulis…xyah nk triggered sgt la…. positif sudah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.