DIA WUJUD

“Emi… Sini jap!” laung kawanku, Milah dari tingkat atas asrama Merak. Aku yang sedang menuju ke arah tandas berhenti seketika dan memandang ke arahnya.

“Weii… Engkau datang sini laaa…. Aku nak terkencing da ni” ujar aku yang berada di asrama Merbuk, yang terletak di tepi sekali bersebelahan hutan. Asrama perempuan ada 3 semuanya, Merpati, Merak dan Merbuk. Tahun itu aku ditempatkan di asrama Merbuk bilik bawah bahagian hujung sekali berdekatan kawasan tandas, tempat mandi, tempat iron baju dan seangkatan dengannya. Bilik aku betul2 terasing, sebab di hujung sekali dan sebelah bilik aku adalah bilik stor dan bilik bacaan.. Lepas dari tu barulah bilik2 lain… 😭

Aku menunggu Milah menghampiriku. Mukanya kelihatan tegang bagai ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Emi….” Milah memandangku dengan muka yang serius.

“Hah… Ko pahal ni… Muka semacam je ni..” aku memandang Milah penuh tanda tanya.

“Malam tadi kan mi… Aku rasa aku nampak something la depan bilik aku..”Milah membuka bicara.

” Ko tengok apa Milah? “aku bertanya penuh minat.

” Grace datang jumpa aku malam tadi, so aku mengadap pintu la kan… Masa tengah bercakap dengan Grace tu la aku nampak… aku nampak… “

” Eeee… ko nampak apa sebenarnya niii?? “tanya aku kegeraman. Tak sabar nak tau sebenarnya😅😅

” Aku nampak… macam ada lembaga hitam lalu depan bilik aku malam tadi. Laju pulak tu!! Aku ingat aku salah tengok”terang Milah bersungguh-sungguh. Lembaga hitam itu menurut Milah lalu depan biliknya dari tingkat bawah menuju ke atas dan melimpasi biliknya. Asrama sekolahku 2 tingkat setiap satu. Bilik Milah di tingkat atas hujung sekali berhadapan dengan bilik aku yang berada di tingkat bawah.

Malam itu aku teringat yang junior aku yang sebilik dengan aku turut melihat kelibat hitam yang menaiki tangga dan melimpasi bilik Milah…dengan laju. Bagaimana aku mengetahuinya? Ya… Seperti Milah, juniorku itu juga menceritakan perkara tersebut kepada aku. Dan aku merasakan ia adalah situasi yang sama yang disaksikan oleh 2 orang yang berlainan dalam masa yang sama… Dan diceritakan kepada aku!! Why me?!!

“Ishhh… Ko ni Milah… Takde ape la tu. Jangan pikir macam2 lah” nasihat aku kepada Milah, sepertimana aku menasihati juniorku. Dalam hatiku terdetik berkata Allah ada, Allah Maha Besar. Seolah-olah memujuk diri yang di serang sedikit kerisauan yang mula menyapa. Aku senyum kepada Milah sambil menggosok perlahan bahunya.

“Okay lah.. Aku nak gi tandas nak terkucil sangat dah ni.. Hehe.. Jumpa esok k” aku meninggalkan Milah dengan tergesa-gesa. Milah sekadar mengangkat tangan membalas.

Sepanjang petang itu tiada apa2 yang berlaku… Cuma hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang akan berlaku.. Ke atas diriku? Aku pun tak pasti…

Sebagaimana kehidupan pelajar2 berasrama… Kebanyakannya suka buat keje last minit. Aku tergolong dalam golongan yang begitu, hehe.. Maghrib menjelma…Isya’ berlalu… Usai solat aku bercadang untuk menyelesaikan kerjarumah add math yang perlu di hantar keesokan hari. Malas nak ke bilik bacaan yang berada selang 2 pintu dari bilikku, yang pastinya dipenuhi oleh budak2 asrama yang lain. Aku selesa membuat kerja rumah di dalam bilik ku sahaja. Memang siap sedia ada 2 loker extra yang kami baringkan untuk di jadikan meja, dan kami letakkan menghadap ke dinding yang tingkap nakonya memberikan pemandangan hutan. 2 loker tu dibaringkan bertindih jadi tingginya hampir separas dinding dan selebihnya adalah tingkap nako yang seingat aku pada masa itu tidak berlangsir🙄😑😑 hanya netting sahaja. Dan semua tingkap pun dibiarkan terbuka supaya lebih sejuk, pengudaraan kononnya.

Aku dan 2 lagi budak junior(form 3) sahaja yang berada didalam bilik pada masa itu.. Yang lainnya entah ke mana.. So, dengan penuh ketekunan aku pun mula menyiapkan kerja rumah dengan penuh khusyuk. Dalam keheningan malam dan angin menghembus sepoi2 bahasa, tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi sesuatu… Bunyi yang sangat pelik.. Sambil tangan aku ligat menulis padahal telinga ni fokus dengan bunyi yang didengari dari kejauhan. Bunyi itu seolah – olah dari hujung depan asrama tapi bahagian koridor belakang yang aku hadap sekarang. Bunyi seperti seseorang yang berlari sambil mengeronyok plastik.. Ke bunyi plastik diheret🤔🤔 tapi yang pasti bunyi plastik lah. Sayup2 dari hujung belah depan, lama kelamaan seolah-olah semakin mendekat ke arah bilik aku!!!

Sesungguhnya pada tika dan waktu itu hati aku mulai terganggu dengan bunyi tersebut tapi aku cekalkan hatiku. Aku menunggu kehadiran bunyi tersebut melintasi bahagian belakang bilik ku. Debaran kian terasa… Jantungku seolah olah ingin meletup rasanya saat bunyi tersebut semakin mendekat. Aku mengangkat kepalaku menghadap ke arah cermin sebelah kanan ku. Dan… Aku nampak… Ya… Aku nampak sedikit kepalanya serendah cermin nako yang paling bawah… Seolah berlari mendekati. Dan.. Saat ia melintas didepanku ia melompat sedikit… Yang tak boleh blah seolah-olah masa melompat dia membuat bunyi toing toing.. Mesti korang tak percaya kan.. Tapi itulah hakikatnya yang aku dengar dan nampak malam tu. Dia lompat sekali dua didepan mata aku.. Tak ada la tinggi mana dia lompat setinggi satu paras lagi cermin nako tu, then dia sambung berlari ke hujung area tandas. Hati aku dah tak tau nak kata macam mana dah… Sebabnya aku yakin gangguan untuk aku pada malam itu belum berakhir di situ.

Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan memanggil salah seorang junior yang berada didalam bilikku.

“Val… Jum teman akak pi iron baju”ujarku kepada valerie.

” Tapi kak… Iron takde ni”valerie memberitahuku.

“Takpe, kita pinjam kak Shirley punya”

Kami berlalu pergi ke bilik Shirley, kawanku tingkatan 5. Setelah mendapatkan seterika daripada Shirley, kami berdua bergegas ke tempat iron baju yang terletak berdekatan dengan tempat mencuci baju. Ia merupakan ruang yang terbuka, memang nampak jelas hutan disebelah tepinya. Semasa menunggu Valerie menyeterika baju sekolahnya, aku sempat meninjau dibahagian belakang koridor bilik asrama. Sekadar untuk memastikan yang peristiwa tadi mungkin hanya mainan perasaan ku sahaja. Dan aku yakin tiada apa2 kelibat pun di sana. Setelah Valerie siap, aku mula menyeterika pakaian sekolahku. Sedang aku leka menyeterika, telinga aku sekali lagi menangkap bunyi plastik tersebut. Berulang alik seolah-olah berlari dari hujung ke hujung. Aku mempercepatkan proses menyeterika dan terus mengajak Valerie balik ke bilik setelah menghantar semula seterika tersebut kepada tuannya. Di dalam hatiku sempat berkata… Tolonglah jangan kacau aku, aku tak kacau kau…

Sekembalinya kami dari bilik Shirley, aku kembali duduk di tempat aku membuat kerja rumah. Menghadap semula tingkap nako itu. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku menyambung semula kerja rumahku yang belum siap. Sekali lagi bunyi plastik diheret tertangkap di cuping telingaku. Hatiku mula berdebar debar. Kali ini ia seolah-olah dari bahagian tandas menuju ke bilikku. Ya!! Sekali lagi dia melompat kecil di hadapan mataku.. juga dengan bunyi toing toing itu. Lucu bila di imbau semula tetapi amat menyeramkan di saat itu.

Setelah dia melompat kecil..dia berlari semula ke hujung bahagian depan asrama. Aku berdiri dan meninjau di balik tingkap bagi memastikan ianya adalah perbuatan budak2 nakal yang saja2 suka mengganggu pelajar lain. Yelah, kadang2 perangai pelajar asrama ni boleh tahan nakalnya walaupun perempuan. Itu pun disebabkan hatiku masih berbolak balik dan ingin menyangkal apa yang aku rasakan pada saat itu. Malah perbuatanku itu menguatkan lagi apa yang aku rasa, ianya bukan perbuatan budak2 nakal… kerana tiada kelibat manusia pun aku lihat dibelakang koridor itu. Parah…

Aku kembali duduk. Hatiku menjadi semakin gelisah. Ingin meneruskan ke ataupun tidur sahaja… Lantak lah kerja rumah yang tak siap tu! Bentakku didalam hati. Dan aku pun membulatkan tekad untuk tidak meneruskan kerja rumahku walaupun aku tahu aku perlu menghantarnya esok. Biarlah kena denda, tak sanggup dah kena kacau macam ni.

Aku bingkas bangun daripada tempat itu. OMG seolah tahu aku ingin melarikan diri…. DIA menunjukkan dirinya didepan ku… Setinggi tingkap nako itu dia menunjukkan dirinya berpakaian serba putih yang tembus pandang(can see through) dia lalu didepan mataku dengan penuh slow motion untuk beberapa ketika. Sangat perlahan. Aku yang ketika itu sedang mengangkat buku dan ingin berpusing terhenti memandangnya dalam keadaan pegun. ALLAHUAKHBAR!! Jeritku spontan. Zuppp… Dia hilang dari pandangan. 2 juniorku terkejut mendengar aku menjerit sebegitu rupa tapi tidak mahu bertanya apa2 kerana mereka yakin dan pasti aku telah ternampak sesuatu. Lantas aku kembali ke katilku dan terus membaca surah yasin. Setelah itu kami terus masuk tidur tanpa membicarakan soal kejadian tadi.

Keesokkan harinya heboh pula cerita, rupa-rupanya bukan aku sahaja yang melihat kelibat yang melompat itu… Mereka yang berada dibilik bacaan yang duduk dibahagian belakang juga mengalami perkara yang sama. Cuma untuk aku DIA berikan sedikit special dari yang lain. Adakah disebabkan kejadian kawan aku Milah dan junior aku yang mengadu pasal dirinya, padahal aku sikit pun tidak menidakkan kewujudan dia. Aku cuma tidak mahu diganggu….begitulah sedikit pengalaman aku… My first real encounter dengannya.

Setelah meninggalkan zaman persekolahan, dari sepupuku yang masuk di sekolah tersebut rupa2nya cerita itu jadi buah mulut budak2 asrama… Terasa lejen sekejap hahaha… Moga uols seronok baca dan dapat menyelami sedikit apa yang aku alami tika itu😉

Chow✌️
Assalamualaikum wbt.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]
Noor Emily

1 thought on “DIA WUJUD”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.