Hi kepada semua para pembaca FS yang aku kasihi sekalian. Ini merupakan kali pertama aku mengarang cerita didalam ruangan ini dan diharapkan sangat agar cerita aku dapat diterbatkan.Hari ini aku tergerak hati untuk berkongsi satu pengalaman seram yang aku timba sewaktu aku bekerja sebagai ‘Pengawal Keselamatan’ dan aku berharap sangat coretanku bakal menjadi tatapan permai buat para pembaca sekalian.
Pada pandangan sesetengah orang, menyandang jawatan sebagai ‘pengawal keselamatan’ mungkin tidak memberi cabaran getir selain memikul tugasan ringan lagi mudah. Tapi bukan bagiku. Sebab aku dah pernah harungi sendiri dengan pahit maung dan bermandikan keringat peluh sendiri selama bertahun-tahun aku berkecimpung didalam dunia “Jaga”. Sekadar telahan, aku pernah menjadi ‘jaga’ di kilang besi di Bandar Nilai. Nama kilang terpaksa dirahsiakan demi melindung suasa nama baik ‘Majikan’ dan ‘Kilang’ yg pernah aku berbakti satu masa dulu.
Bayangkanlah. Selama aku bertugas pada shift malam, aku pernah terdengar suara ‘orang’ tengah menjamu selera didalam ‘Bilik pemunggahan logam’ yang berada dihujung paling kiri penjuru kawasan kilang. Tak melampaulah kiranya aku katakan kalau ‘bilik tu’ berlapangkan kawasan gelap yg luas serta ditemani sepohon ‘Ara’ bersebelahan dengan bilik tersebut. Mau tak mau aku terpaksa menggeledah tempat tersebut untuk memastikan tiada aktiviti mencurigakan berlaku. Bila aku menguak daun pintu, aku terpaku kejap apabila aku terlihat “sesusuk tubuh badan tegap” berdiri disebelah timbunan kepingam logam buruk sambil ‘mendepakan’ tangan seolah-olah menggayakan seperti seekor helang. Hantu tu renung tepat kemataku! Aku terus membuka langkah seribu meninggalkan bilik tu tanpa berfikir panjang. Rondaan dibelakang kawasan kilang terpaksa kutunda akibat kejadian tadi.
Pernah juga aku dengan ‘partnerku’ kena hambat dengan hantu bebayang hitam sewaktu aku membuat rondaan membonceng motorsikal berdua di bahagian timur kilang. Sudah lah tempat tu gelap-gelita. Satu lampu pun tak ada. Kena pulak ada sebiji tokong kecil cina dikelilingi patung dewa yg terletak di tempat gelap tadi. Siapalah yang tak berasa seram…
Pontianak bertenggek sebelah pagar, suara ‘lelaki’ minta tisu tandas dari bilik air sebelah, hantu hitam berdiri dibelakang cermin, bunyi ‘perempuan’ mengilai di koridor luar kilang, sebut sajalah. Itu semua aku dah merasa selama aku bekerja situ. Kalau nak mengolah cerita atas setiap kejadian tersebut memang tak menang tangan dibuatnya. Hanya pengalaman mata yang mampu menggambarkan segala-galanya. Sampaikan syarikat pengawal keselamatan yang aku berbakti tu dah berkali-kali kehilangan kakitangan pekerja yang bertugas di kilang tersebut. Tiap yang masuk mesti akan ada yang berhenti. Entahlah. Kuasa Tuhan yang Maha Esa. Siapalah kita nak menghalangNya.
Kali terakhir kejadian misteri yang aku dengar daripada cerita rakan sejawat sebelum aku menamatkan karier di kilang tu adalah mengenai cerita seorang pengawal keselamatan berbangsa India yang baru bertugas tak sampai sebulan. Katanya; belum genap sebulan bertugas dia dah buat hal. ‘Jaga’ tu pergi ke Tokong Kecil yg aku lalu dulu dan dia ‘menyambung hajat’ disitu untuk mendapatkan ‘tuah ayam’. Kata orang nak minta nombor ekorlah. Jaga tu dah dapat ‘nombornya’ tapi sayang tak kena. Ceritanya, memang mengamuk sakanlah si Jaga India dgn patung dewa Tokong tu. Dia tendang salah satu patung dewa sampai jatuh berderai atas tanah. Akibatnya, dia berhenti kerja sejurus dia mula diganggu oleh Jin disitu. Ada desas-desus mengatakan bahawa dia jadi meracau semenjak daripada itu. Ini saya serahkan kepada tuhan. Dia yang tahu segalanya.
Cukup banyak peristiwa seram yang terpahat di padang hatiku selama aku mengharung pahit manis bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kilang Besi. Hanya nukilan saja yang boleh disemaikan dengan kata-kata kepada korang dan tak kesemua orang mungkin berpeluang merasa apa yang aku lalui. Itu lah rezeki tambahan yang aku dapat sebenarnya. Jutaan terima kasih kepada sesiapa yg sanggup mengangkat cerita ini sebagai wadah bacaan pada masa lapang korang dan kalau tuhan panjang rezeki aku disini, kita berjumpa di lain cerita. Beginilah al-kisah ranjang petualang seorang welder yang menganggur. Akhir kata, Assalamualaikum dan terima kasih daun keladi buat anda!
park
Kisah yang menarik mengenai pengawal keselamatan. Saya juga mengalami keadaan yang hampir sama dengan awak cuma tak lah seseram pengalaman awak.
Terima kasih atas pujian akak 😆
Ni bukan kat area Arab Malaysian & Nilai 3 ke? @ yg dekat2 kilang TDK?
Banyak jua saitan saitannya pat nya menjaga atu..
boleh lah..menarik tapi ringkas sgt
hmm masih ternanti2 citer dari #mamat pak jaga 🙂
Nanti kita cerita ye👌
Semenjak dah transform jadi nurse hari tu dah hilang terus si Mamat
Baik takyah hantar kt fs kalau cerita pukal mcmni
Orang macam kau ni lagi elok takde
Atleast beliau lagi better daripada kau. Yg kau ni keje nak judge orang je. Kalau tak suka, tak payah baca.
Macam banyak je pengalaman mistik ni. Meh la kongsi di page FS ni. Tulis satu-satu ya….
Boleh je. Nanti kita try
Background cter ni kilang tu yg dkt mana?
Hamba tak tau kak. Sry✋
Ada bakat menulis ni. Gilap sikit lagi insyaallah boleh buat novel.
Tak adalah… saya ni bodoh-bodoh je. Mana ada bakat menulis. Sekolah pun tak pandai
Terima kasih tuan@puan kerana sudi memberi pujian kepada penulisan saya
kene kuat semangat kalo keje jaga nie..dengar cerita dekat atas tue pun dah seram…
Assalamualaikum kak peah… saya rindu nak tengok akak muncul dalam ruangan cerite saya😊. Kite tak kuad kak kadang2
waalikummusalam..hakak ade jer dik cerita ko lah yang dok tunggu2 haaaa….hahahah
kalo hakak yang kene hadap macm tue mau pengsan berbuih mulut.hahahah
Cerita best, tp x dapat hayati sbb tulis pukal mcm tu..tulis la satu2, baru best skit nk bca.. 🙂
No comment
Mohon tulis satu persatu situasi seram yg dihadapi. Sebab baru nak feel baca dah cerita pendek2 gitu mcm org taknak bercerita .
Speechless👏👏
Best….
Not bad.. Boleh la kalau nak kongsi kisah lain lagi kalau ada.
Best nnti cerita lgi yea
Banyak penglaman saudara, cuma saya harap dpt la saudara detailkan setiap kisah tersebut.Penulisan saudara dah ok tp blh improve spy pembaca senang faham.
intro yg bgs utk cite2 yg akn dtg…agpn,sy pn pengawal keselamatan jg…tp,blm ad rezeki cm saudara…
Yeerr betul sedara..dr info yg dberi agk byk cita/pngalamn sedara semasa brkhidmt di lokasi trsebut..cuumaa sedara perlu mndetailkan akn setiap kisah yg dinyatakn..xperlu trlalu pnjang ttapi sekadar serba ringkas agar pmbaca dpt feel bersama seolah berada di lokasi..hanya pendapat sahaja..