Kulim Hi-Tech Park

Assalamualaikum diucapkan buat semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Harini aku nak kongsikan kisah seram yang aku lalui sendiri. So basically cerita ni akan jadi pendek sebab aku sedikit sibuk akhir-akhir ni sampaikan aku rasa nak skip terus ja intro mengarut tu semua.

Aku alami benda ni baru-baru ni ja sekitar 4 hari lepas. Aku alami benda ni seorang diri. Tapi nak mintak maaf siap-siap kalau cerita ni tak seram. Ni cuma gangguan yang tidak mendatangkan kemudaratan serius. Masa kejadian ni berlaku, aku dalam perjalanan balik kerumah yang terletak agak jauh dari tempat berlaku kejadian ni. Nak lebih spesifik, tempat ni berlaku kat Kulim. Aku dalam perjalanan balik dari kawasan perumahan tu ke Kuala Ketil. Apa yang berlaku ialah, aku dalam keadaan menunggang motosikal, nak balik ke Kuala Ketil yg memang jauh, bukan agak jauh lagi dah. Aku ke kulim untuk melawat mak sedara aku yg baru keluar dari hospital akibat jatuh tangga semasa kerja di Perda.

Memandangkan kawasan perumahan ni terletak berdekatan dengan kawasan perindusrtrian, jadi memang dalam pukul 9 malam macam tu jalan dah mulai lengang. Budak-budak muda pun tak banyak yg melepak ka merempit apa semua sebab takdak port. Dan memang kawasan tu agak keras dengan macam-macam kejadian yg dah berlaku cuma aku yg tak tahu. Jadi dengan selambanya aku balik sorang-sorang ibarat takdak apa yg akan jadi.

Makcik aku pun tak bagi peringatan apa-apa cuma dia ajak bermalam kat rumah dia sebab mungkin dia risau aku nak balik malam-malam. So aku pun balik dengan hati yg tenang tanpa risau pun benda ni akan jadi kat aku. Bagi siapa yg tahu, sebelum kilang Johnson, kita kena lalu satu simpang empat dulu. Nak jadi kisah, masa aku nak lalu tu lampu merah so mau tak mau kena stop walaupun takdak orang sebab aku penunggang yg berhemah ;-).

Mula-mula tu, aku adala rasa seram sejuk. Tak tahu kenapa rasa malam tu lampu merah tu terasa teramat panjang. Aku ada rasa macam ada orang tepuk belakang aku. Tapi aku buat bodo tak ambik kisah yg mungkin menaikkan kemarahan makhluk tu, sampai dia ambik langkah drastik nak menonjolkan diri dalam sepi hahaa gituu.. Aku ada tersedar yg ada sesuatu kat atas palang trafiic light tu, tapi tak sangka yg rupanya benda tu yg bertenggek nak perhatian.

Benda tu yg aku nampak cuma macam kain putih tapi tanpa pemakai. Macam kain putih kosong tapi dalam keadaan kain tu seperti ada orang mencangkung dalam kain tu. Memang masa ni kalau sapa cakap tak cuak aku tak tau la ilmu apa yg dia pakai. Benda tu, walaupun aku tak nampak entiti dia, tapi dapat rasa bahang renungan tajam milik akak ponti yg aku memang tak jangka akan jumpa. Tapi mujur masa tu lampu dah hijau so aku teruskan perjalanan dengan harapan benda tu cuma nakkan perhatian bukan nak free ride.

Dan, yah. Alhamdulillah benda tu tak menumpang dan ikut balik. Cuma yg aku perasan, aku sempat jeling ke side mirror, kain putih tu terjatuh yg mana cara jatuh tu bukan melayang, tapi macam pemakai tu pun turut sama jatuh. Dan lepas tu bau bangkai menemani perjalanan aku cuma tak lama. So tu ja la kot perkongsian aku kalini. Pengajaran yg aku dapat, jangan terlalu berani, sebab kat dunia ni bukan ada kita ja. Bye. Semoga terhibur

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
Kerol

28 thoughts on “Kulim Hi-Tech Park”

  1. aku pun pernah terjadi serupa ini iaitu dekat gurun jam pukul 4 pagi , nampak macam ada orang bungkus tepi jalan, dia tak ganggu aku atas motorsikal, mungkin ada orang pelihara, kawasan gurun kira kanan jalan nak ke ladang dlm gelap berbalam-balam.

    Reply
    • kawasan gurun yg sy pernah kena lepas kilang pewaja tu…dlm kul 3 pagi lalu situ sbb dari teroi kan nk balik kl dgn mmber..saje ckp kat mmbe xnk masuk highway gurun..so lalu jalan tu sbb ingat nk kuar tol sg lalang je..skali org xde kepala kot tahan kete kitorg…mmbe xnmpk tapi sy nmpk..prasaan mcm tu nk nangis ape smua ade tapi zikir bnyk2 pejam mata je smbil layan mmbe ckp..esok tu masa dh ada kat kl bru cite kat mmbe..mmbe kata sbenarnya dia pon nmpk tapi dia xlayan…so hati2 laa klau lalu jalan tu..bnda nk ngusik mcm2 cara..kbye

      Reply
  2. Area situ kurang seram lg bos…ang nk try lg seram, ang pi ke jalan hitech menuju ke sedim yg lalu karangan, selarong pa suma tu…baru syok…ghebau mata merah brterbangan pon ada baq ang…

    Reply
  3. Bnyk Sgt baca or tonton citer seram tu yg kotang terbawa2 dlm perasaan nmpk benda pelik sikit kata hantu….hahaha…BTW aku mmg Tak Suka tgk citer hantu melayu sb nnti terbyg2…citer hantu oversea Tak pe.

    Reply
  4. Emm biasa lah tu dia bosan sunyi sangat sebab tu nak main2 dengan kau. Eh btw tak tgk ke esok hari tu ada lagi kain putih tu kat situ?

    Reply
  5. Ringkas tapi padat. sebbaek tak panik, ade je yg tinggal moto and start lari pecut sebab rase bawak moto tu tak cukup laju. Ada lagi story? Thanks sharing.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.