Dihantar Minyak Dari Mayat. Disihir Bekas isteri Sendiri

Assalam buat semua pembaca FS. Bagi permulaannya saya ingin memohon maaf kerana telah membuatkan pembaca FS sekalian tertunggu-tunggu dengan cerita mengenai abang saya iaitu Atan. Semuanya tertangguh akibat kekangan kerja.

Baca sebelum ini:

Maafkan saya sekali lagi para pembaca FS sekalian. Baiklah, tanpa membuang masa, saya ingin menyambung semula cerita berkenaan abang saya iaitu Atan. Tempoh hari, saya ada menceritakan kepada semua perihal kami adik-beradik pergi bertemu dengan pengamal perubatan yang kami panggil sebagai Wak.

Justeru, saya ingin menyambung kembali cerita mengenai saat kami adik-beradik bertemu Wak dan apa yang telah dilakukan oleh Wak. Setelah kami diberitahu oleh Wak perihal penyakit yang dihidapi oleh Atan adalah kerana sihir, kami semua berasa sangat terkejut dan memang tidak menyangka bahawa bekas isterinya sanggup melakukan perihal yang sedemikian rupa. Wak memberitahu kami, bahawa sihir yang dihantar kepada Atan adalah berasal dari siam.

Kami terfikir, sejauh itu bekas isterinya sanggup pergi untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Namun, fikiran kami seperti dapat diketahui oleh Wak dan Wak memaklumkan kepada kami bahawa bomoh siam tersebut cuma menetap di Kuantan. Patutlah Ida boleh menemui bomoh tersebut.

Wak memaklumkan kepada kami bahawa Ida telah bersekongkol dengan 2 orang lagi temannya iaitu adik kandungnya sendiri dan juga suami Ida sendiri. Saya lupa ingin memaklumkan yang Ida sudah berkahwin lain setelah bercerai dengan Atan dan mempunyai seorang anak bersama suami baru.

Kami berasa terkejut berkenaan orang-orang yang bersekongkol dengannya. Rupa-rupanya, Wak memaklumkan kepada kami yang Ida telah dipengaruhi oleh adik perempuannya yang saya gelarkan di sini sebagai Atie. Memang kami sedia maklum yang sebelum ini Atie selalu berjumpa dengan pelbagai bomoh untuk sentiasa kelihatan cantik, sentiasa hidup mewah, ingin membodohkan suaminya dan macam-macam lagi.

Hal tersebut pun kami ketahui daripada Ida sendiri sewaktu dia masih lagi bergelar ipar kami. Perihal suami baru Ida pula sanggup berpakat dengan adik iparnya kerana sakit hati kerana Ida masih menyayangi Atan dan selalu membandingkan dirinya dengan Atan. Lagi satu perihal, aku lupa ingin memberitahu semua bahawa Atan pernah bertunang sebelum ini selepas dia dan ida bercerai. Namun semuanya terputus di tengah jalan setelah Atan menerima penyakit misteri tersebut. Semuanya gara-gara cemburu bekas isterinya iaitu Ida. Mari kita sambung semula cerita mengenai kaedah perubatan yang dilakukan oleh Wak.

Wak telah memaklumkan kepada kami sebab musabab Atan menjadi seperti hilang ingatan, belakang badannya luka berlubang dan mengapa dia tidak boleh berjalan atau berdiri. Rupa-rupanya bukan 1 benda yang mereka hantar untuk membinasakan Atan tetapi 3 benda yang mereka hantarkan kepada Atan. Sebagaimana yang diterangkan oleh Wak, benda pertama yang dihantar ialah telur. Telur tersebut berfungsi sebagai pemerhati dan juga supaya dapat menjadi tapak kepada jin-jin yang dihantar ke dalam rumah kami.

Telur itu dihantar tepat ke dalam bilik yang Atan duduki di rumah ibu kami. Benda kedua yang dihantar adalah bungkusan berikat lima seperti mayat bertujuan untuk melumpuhkan Atan. Benda ketiga yang dihantar adalah minyak orang mati dibunuh. Benda yang terakhir ini adalah pemusnah bagi kehidupan Atan. Ianya bertujuan untuk menjadikan Atan hilang ingatan dan lama kelamaan menjadi gila.

Bekang Atan yang berlubang bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan makanan bagi jin-jin yang dihantar. Allahu… Betapa kejamnya mereka. Jadi, kami ada bertanyakan kepada Wak bagaimana caranya untuk membuang semua sihir tersebut. Wak kelihatan seperti serba salah untuk memberitahu kami. Tetapi kami berterusan mendesak dan akhirnya Wak menyatakan sekiranya kami ingin membuang sihir tersebut, kami perlu mengeluarkan belanja yang sedikit besar iaitu sebanyak RM1k ++.

Hal ini kerana barang-barang tersebut akan dibuang ke laut dan memerlukan Wak untuk menyewa bot orang. Kami berpalingan sejenak antara kami. Selepas beberapa ketika salah seorang kakakku iaitu Eza, dia memberikan kata putus untuk bersetuju membayar wang tersebut sebagaimana yng telah dipinta oleh Wak. Wak langsung memaklumkan kami hari yang perlu kami kunjungi semula untuk melakukan upacara menarik barang-barang sihir tersebut.

Wak meminta kami untuk bertemu dengannya semula pada hari rabu dan sila hadir ke rumahnya selepas solat Isya’ kerana untuk menarik barang tersebut perlulah waktu selepas jam 12 tengah malam. Jadi Wak meminta kami untuk membawa beberapa barang yang dikehendakinya seperti jarum 7 batang dan selembar kain putih. Kami bersetuju untuk mempersiapi barang-barang tersebut dan lebih kurang jam 1 pagi kami meminta diri untuk pulang memandangkan sudah lewat malam dan perut masing-masing sedang berkeriuk menahan lapar.

Sehingga lah tiba malam rabu tersebut, usai maghrib kami bertolak pergi ke rumah Wak tetapi sebelum itu kami menelefon Wak terlebih dahulu untuk memaklumkan perjalanan kami. Kami berasa bimbang sekiranya perjalanan kami terganggu seperti yang terdahulu.

Anggapan kami benar belaka. Sewaktu kami dalam perjalanan ke sana, aku duduk di belakang bersama dengan Along dan anak saudaraku iaitu Ariff. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba aku rasakan muka aku sejuk disapu angin sepoi-sepoi bahasa.

Padahal kereta yang aku naiki kepunyaan kakakku Eza tidak ku buka penghawa dingin dibahagian belakang. Tetapi aku cuma abaikan dan menganggap itu hanyalah perasaan aku sahaja. Selang beberapa minit, aku ingin menghantar whatssap kepada penyelia aku mengenaikan perihal kerja kami, dan secara tiba-tiba aku rasakan tangan aku tibak boleh di angkat sebelah.

Aku cuba untuk mengangkat tangan aku tetapi aku tidak berjaya dan itu menyebabkan aku menangis. kalau kamu orang di tempat aku pun akan menangis juga. Risau sekiranya aku lumpu. Nauzubillah. Aku memaklumkan kepada adik-beradik ku yang berada di dalam kereta yang sama dengan aku perihal apa yang telah menimpa diri aku. Kebetulan kakak aku Ateh pun ada di dalam kereta yang sama dengan aku.

Dia dengan lantang bersuara, “Tiba-tiba je tak boleh gerak ye? Nak main-main ye? Tak cukup dengan kau dah buat abang aku lumpuh, sekarang kau nk lumpuhkan adik aku pula ye? Kau tunggu! Aku hantar kau ke rumah Wak! Biar Wak bunuh kau! Kali ni aku tak kan biarkan kau terlepas!”. Begitulah yang telah diucapkan oleh Ateh. Tidak disangka-sangka secara tiba-tiba aku boleh menggerakkan tangan dan boleh mengangkat tangan aku ke atas seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah…Dengan bantuan dan izin Allah.

Mungkin makhluk dan orang-orang yang aku sebutkan itu sudah dapat rasa yang kami adik-beradik ingin pergi berjumpa dengan pengamal perubatan untuk membuang apa-apa yang telah dihantarkan kepada Atan. Justeru itu, secara tiba-tiba mereka cuba menghalang perjalanan kami dengan melumpuhkan aku. Mungkin mereka fikir dengan cara tersebut maka kami akan berpatah semula dan tidak jadi ingin meneruskan niat kami. Mereka silap! Kami tidak akan berputus asa untuk kali ini. Muktamad!

Sesampainya kami ke rumah Wak, jam sudah menunjukkan hampir jam 12 tengah malam.Sesampainya kami di sana, Wak meminta kami menyediakan semua barang-barang yang telah dipesan oleh oleh Wak untuk kami bawa bersama tempoh hari. Wak juga meminta kami untuk duduk di bahagian ruang tamu dan juga di hadapan pintu tengah rumahnya di mana upacara tersebut akan di jalankan.

Wak ada memaklumkan sesiapa yang berani dan kuat semangat boleh sahaja untuk melihat mahkluk sebagaimana yang di hantar oleh Ida dan kuncu-kuncunya dan juga barang-barang sihir tersebut. Namun, kami semua tidak berani untuk melihat kemunculan makhluk tersebut dan sedikit bimbang sekiranya ada diantara kami yang lemah semangat dan sebagainya. Wak cuma tersenyum kearah kami. Maka, tibalah saat dan detik dimana Wak memulakan upacara menarik barang-barang sihir tersebut.

Sewaktu upacara itu dilakukan kami adik-beradik semuanya merasakan angin sejuk yang sepoi-sepoi bahasa lalu menyentuh kulit kami. Serentak dengan itu juga kami mendengar bunyi derapan demi derapan di atas atap rumah Wak. Saat itu Wak menjerit memanggil kami semua sekiranya ada yang mahu melihat makhluk tersebut menghantar barang-barang sihir yang dikehendaki. Wak membacakan alunan ayat-ayat Quran semasa upacara menarik tersebut di jalankan. Setelah beberapa ketika Wak pun masuk ke dalam rumah dengan membawa selembar kain berwarna hitam yang ada tertulis ayat-ayat dalam bahasa arab dan kain tersebut dikeronyokkan sepertinya terdapat sesuatu didalamnya.

Ayat apa yang tertulis kami tidak pasti. Tidak lama selepas itu, Wak membuka kain tersebut dan alangkah terkejutnya, barang-barang sihir tersebut ada di dalam kain tersebut. Bungkusan berikat lima tersebut busuk sangat baunya sehinggakan kami yang ada di situ ingin muntah rasanya. Telur juga berbau sangat busuk dan kelihatan seperti kecut. Memang pelik keadaan telur tersebut.

Seterusnya kami dapat melihat minyak orang mati dibunuh yang diletakkan dalam botol kecik seperti botol minyak atar yang mempunyai batang di dalamnya dan juga minyak tersebut mengandungi darah. Allahu… Kenapa tegar benar Ida melakukan perkara yang sedemikian. Tak tercapai dek akal kami apa yang dilakukannya.

Wak ada memberitahu kami, dia akan membuangnya keesokan harinya ke tengah lautan. Jadi, jangan disangkal kenapa tengah-tengah lautan sangat keras tempatnya. Kita sendiri pun sedia maklum kebanyakan makhluk-makhluk sebegini ditenggelamkan ke lautan. Wallahualam… Sebelum kami berangkat pulang, Wak ada berpesan kepada kami beberapa pantang larang yang kami kena jaga. Jangan sekali-kali bebas keluar masuk ke dalam rumah menjelangnya pukul 1 pagi sehingga 3 pagi.

Katanya saat itu Wak takut sekiranya Ida akan menghantar mahkluk lain pula untuk menyakiti orang lain dan takut sekiranya kami bebas keluar masuk saat itu, mungkin akan terkena kepada kami pula. Hal ini kerana Ida sudah tahu yang sihir-sihir yang dihantar sudah dibuang. Dia tidak akan berputus asa. Itulah yang diberitahu oleh Wak kepada kami.

Seterusnya, sekiranya dalam 2, 3 hari ini sedang kami tidur, jika terdengar bunyi yang aneh, kami perlu mengetuk kayu atau tongkat ke lantai sebanyak 3 kali untuk menyatakan bahawasanya kita mengetahui kehadiran mereka di rumah kami.

Selain itu, jarum yang kami bawa telah Wak masukkan ke dalam air dan mungkin telah dimeterai dengan sedikit bacaan, wak beritahu kami sekiranya terlihat kelibat Ida dan kuncu-kuncunya berhampiran rumah kami, lekaslah untuk menyemburkan air jarum tersebut ke arah keretanya atau ke badan mereka sendiri.

Katanya sekiranya mereka mempunyai niat yang tidak baik, maka mereka akan menerima padahnya. Dan juga beberapa batang paku untuk memagari kawasan rumah kami. Kami akur dengan arahan tersebut dan beransur pulang.

Keesokan harinya, kami adik-beradik bangun pagi seperti biasa. Macam aku pula, aku memang akan ke tandas setelah bangun dari tidur. Seperti biasa aku akan melintasi tempat pembaringan atas sekiranya ingin ke tandas. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi suara orang memanggil nama aku. Allah! Terkejut besar aku sewaktu aku melihat ke arah suara tersebut, aku melihat Atan memanggil aku dengan senyuman. Atan mengenali aku. Ya Allah!!! Rasa nak jeri pun ada. Nak menangis pun ada.

Aku segera memanggil ibu aku dan adik-beradik aku yang lain. Untuk mendapatkan kepastian, aku cuba untuk menguji Atan dengan bertanya siapakah gerangan adik-beradik ku seorang demi seorang. Ternyata dia mengenali kami. Besar sungguh kuasamu Ya Allah… Kami bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dah berlaku. walaupun Atan tidak boleh bangun lagi tetapi dengan mengenali kami sudah memadai.

Aku ada bertanya Atan, macam mana keadaannya dan apa yang dia rasakan sekarang. Dia cuma beritahu aku yang dia berasa sangat penat dan rasanya seperti baru pulang dari pasar. Allah, sedih sangat melihat keadaan dia.

Dia beritahu dia baru balik dari pasar beli ikan. Mana mungkin sedangkan dia tidak boleh berjalan selama berbulan-bulan. Kasihan sangat-sangat dengan Atan. Kami adik-beradik ada menghubungi Wak selepas itu dan Wak menyatakan supaya kami berhati-hati kerana telah menyebabkan pihak musuh terlalu marah dan berdendam dengan kami. Mereka cuma mencari cara lain untuk membinasakan kami sekeluarga. Para pembaca sekalian, aku akan cuba untuk menyambung cerita pada masa akan datang.

Masakan cerita selama bertahun berlarutan aku boleh ceritakan dengan hanya 1 penulisan kan? In shaa allah, ada masa nanti aku akan sambung semula apa yang terjadi pada malam-malam seterusnya dan dendam Ida terhadap Atan dan keluargaku tidak berakhir begitu saja. Pelbagai lagi cara yang dilakukan olehnya untuk membalas dendam kepada keluarga ku dan juga caranya mengkhianati anak-anak kandungnya sendiri. Assalamualikum…

Dihantar Minyak Dari Mayat. Disihir Bekas isteri Sendiri
10 (100%) 1 vote

25 comments

  1. astaghfirullah, apabila nafsu menguasai akal smp kan dh x takut balasan Allah, sy pon pernah jadi mangsa sihir, sihir pemisah hampir bercerai masa awal perkahwinan baru 2 bulan, tp perancangan Allah lebih hebat..jodoh masih kuat..8 tahun sudah berkahwin masih belum dikurniakan zuriat..sehingga lah tahun 2017 pergi berubat alhamdulillah..tiada lagi gangguan..awal 2018 keguguran semasa kandungan 3bulan..redha..anggap tiada rezeki..dan sekarg masih lagi membuat rawatan..mudahan Allah SWT permudahkan..

  2. Mmg bajingan tul betina sundal tu…dok nayakan org lain mcm tu rupa….semoga Allah akan balas blk segala perbuatan jahat mereka terhadap keluarga awk tu…

  3. mmg krg ajar pompuan setan tu..mmg ko,adik ko n laki ko akn dpt balasan sbb buat bro atan mcm tu..abg kwn aku pnh jgk kena sihir smpai meninggal arwah.

  4. Aku paling xsuka dgn penghasut ni..tu yg celaka sebenarnya…aku sndiri dh brcerai dgn ex suami aku dulu, dia buat aku malu sana sini,trmasuk malu dgn kluarga aku sdara mara sume…hbis aib pasal diri aku semua family nmpk ..dia buat mcm tu sbb aku xnk trima dia dlm hidup aku lagi .tapi benda dh lama..ckup sekadar aku buat report dn warning je..klau ikutkn hati,ikut nak berdendam dh lama aku cari bomoh buat bg dia mati,sbb malu aku pda seluruh ahli kluarga xterkata bila maruah aku dijaja sana sini(dlm kalangan sdara mara la)tapi hati aku blum ckup kuat untk benci dn berdendam..biar org buat kita jgn kita buat org..biar Allah je blas ..Aku redha..marah mcm mana skalipun jgn laa smpai cari jalan penyelesaian dgn berbomoh ni..bye

  5. Bertabahlah wahai penulis dan keluarga. Anggaplah ujian yang berat ni penghapus dosa2.
    Andai takdir kematian kita begitu, maka apalah daya kita untuk ubah takdirNya. Redhakanlah.
    Punca kematian adalah asbab untuk mati sahaja. Jangan tinggal solat dan selalulah membaca ayat2 suci AlQuran didalam rumah. K.

  6. Allahuu…semoga Allah memberi hidayah pada manusia hati hitam mcm tu..berat dugaan sis n fmli..semoga Allah menjaga fmli sis dri kejahatan syaitan direjam..

  7. boleh bgtau alamat @ no phone wak tu tak..nak bawa abg ipar berubat kena buat ngan bini sdri skrg mcm org bodoh jadinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.