Diganggu ‘Beruk’ Menakutkan

ASSALAMUALAIKUM…

Terima kasih admin kerana publish kisah saya sekali lagi. Dan tak lupa juga kepada semua pembaca FS yang meluangkan masa untuk membaca cerita saya. Pada kisah yang lalu, saya menceritakan tentang pengalaman saya sendiri terkena buatan orang. Kali ini, saya ingin kongsikan pula kejadian-kejadian aneh yang dialami oleh adik perempuan saya ketika dia berusia 18 tahun. Jom ikuti kisah Rania.

Diganggu ‘Beruk’ Menakutkan

Rania sedang bekerja di sebuah kilang elektronik yang terletak di Batu Maung. Dia ingin mencari pendapatan di samping membantu keluarga sedikit sebanyak sementara menunggu tawaran untuk sambung belajar. Sejak bekerja di kilang itu, pelbagai kejadian ngeri yang berlaku dalam hidupnya. Adakah semua kejadian itu berpunca daripada Fawwaz yang merupakan rakan sekerjanya?

Bermacam-macam perihal Fawwaz yang didengarinya dari mulut-mulut orang tak kiralah samada makcik bawang, pakcik halia, abang kunyit ataupun kakak lengkuas. Semuanya yang buruk-buruk belaka. Sebelum ini, kononnya Fawwaz pernah menggoda seorang gadis baik yang sangat cantik tetapi tak dilayan. Oleh kerana dendam dan rasa ingin memiliki, Fawwaz berjumpa bomoh dan mengambil ilmu pengasih untuk menundukkan gadis tersebut. Sejak dari itu, gadis yang dahulunya agak pemalu tiba-tiba berubah laku. Dia semakin liar dan tanpa segan silu selalu mencari Fawwaz walaupun tengah bekerja. Gadis itu juga hampir bunuh diri apabila Fawwaz dikatakan tidak mahu bertanggungjawab dan sanggup bertunang dengan gadis lain. Tanggungjawab apa pun tak taulah. Prestasi kerja gadis itu yang tak pernah ada rekod buruk tiba-tiba menurun. Kemudian, ibu bapa gadis itu membawa dia pulang ke kampung untuk diubati. Mungkin mereka tahu sifat sebenar anak gadis mereka. Bila tiba-tiba berubah laku ibu bapa mana yang tak risau kan? Pada mulanya, Rania tak percaya dengan cakap-cakap orang. Tetapi melihatkan sikap Fawwaz yang selalu mengajaknya makan bersama dan keluar dating berdua walaupun sudah bertunang. Spekulasi Rania terhadap Fawwaz pun berubah.

Hari itu, Rania bekerja syif malam. Pada pukul 2 pagi, para pekerja diberikan rehat selama setengah jam. Ada yang turun ke kantin untuk minum kopi. Rania dan rakannya, Wani hanya memilih untuk melepak di ruangan locker sambil berbual kosong. Mereka bergurau senda dan bergelak ketawa sehingga masing-masing terdengar bunyi
Bangggggggg……………………bunyi pintu locker dihempas dengan kuat.
“Siapa pulak tu”, ujar Wani.
Bunyi hempasan itu kedengaran begitu dekat dengan jarak mereka. Rania dengan beraninya menarik tangan Wani untuk melihat gerangan yang mengganggu perbualan mereka. Mereka berjalan dari satu ruangan ke satu ruangan tetapi tak ada sesiapa pun di situ. Rania dan Wani menyambung semula perbualan mereka yang terhenti sejenak.

Banggggg,bangggg,banggggg…3 kali bunyi locker dihempas orang. Siapakah yang sengaja ingin menakut-nakutkan mereka? Rania berjalan perlahan sambil menjenguk di setiap ruangan locker. Kali ini dia pasti akan menangkap orang yang membuat angkara itu. Dahlah pukul 2.15 pagi. Takut tahu?
“Ehem”….tiba-tiba terdengar suara lelaki berdehem di belakangnya.
“Owh mak kau”! terkejut Rania dibuatnya.
“Ini saya belikan nasi lemak untuk awak. Makanlah! Saya tahu awak lapar”, kata Fawwaz sambil menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Rania. Di tangan kirinya ada sebotol air coke yang hampir setengah dilanggahnya.

“Tak apa. Saya tak lapaq pun. Tu saya tak makan. Kalau saya nak dah lama pi kantin”. Rania menolak secara baik dan mula mengatur langkah untuk masuk semula ke bahagian produksi. Langkahnya dihayun laju untuk mengelakkan diri dikejar Fawwaz. Wani hanya mengikut dari belakang.

Pukul 6 pagi, semua staf yang bekerja sesi malam sudah berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing. Kalau lambat keluar takut tertinggal van pula. Begitulah halnya dengan Rania. Dia berpusu-pusu ke locker untuk mengambil beg galasnya yang dibawa untuk menyimpan barang-barang peribadi. Sewaktu ingin membuka pintu locker, dia terperanjat apabila mendapati lockernya ada kesan torehan seperti diceroboh. Pintu lockernya pula tidak berkunci. Dia yakin bahawa tadi dia sudah mengunci lockernya. Tanpa berfikir panjang, Rania terus mengambil beg galas miliknya dan beredar dari situ. Malas nak fikir panjang. Balik rumah tidur lagi bagus.

Rania tiba di hadapan flatnya yang terletak di Teluk Kumbar pada pukul 7 pagi. Oleh kerana hendak cepat, Rania menggunakan tangga untuk naik ke rumahnya. Rumahnya di tingkat 1 saja. Kalau nak guna lif takut lambat pula. Sudahnya dia diserang mengantuk yang terlampau. Di koridor rumahnya, hanya Rania seorang yang kelihatan. Pukul 7 pagi pun suasana masih gelap dan tak ada sesiapa di situ. Owh lupa! Hari ni kan ahad. Budak-budak cuti sekolah. Mak bapak budak pun tak kerja. Sewaktu dia berjalan, terasa seperti ada sesuatu yang mengikutnya. Bila ditoleh ke belakang tak ada sesiapa pun. Argh lantaklah! Dia melajukan langkahnya untuk tiba ke rumah dengan lebih cepat. Setibanya di rumah, dia terus menuju ke bilik tidur dan merebahkan diri.

Rania tersedar apabila terdengar emaknya bising-bising.
“Kak ngah…apa dalam beg galas hang ni? Ada nasi lemak basi dengan ayaq coke. Hang kan ada gastrik. Orang ada gastrik tak boleh minum ayaq gas”, bebel mak Rania.

Rania merenung sebungkus nasi lemak dan sebotol air coke di tangan mak. Sejurus dia teringatkan Fawwaz yang memberikan nasi lemak itu kepadanya tetapi sudah ditolak. Botol coke tu yang dipegang Fawwaz dah tinggal setengah. Patut lockernya ada kesan torehan. Rupanya Fawwaz masukkan benda-benda tu ke dalam beg galasnya. Tapi apa tujuan sebenar si bedebah tu buat macam tu? Rania seboleh-bolehnya tak mahu mak susah hati tapi dia terpaksa buka mulut juga dan ceritakan peristiwa itu kepada mak kerana takut keadaan menjadi lebih teruk. Mak bila dengar penjelasan Rania mula bimbang tahap gaban.

“Dah lepas ni kalau budak Mawas tu bagi apa-apa ambik ja. Lepas tu kalau takmau makan buang ja tapi bukan depan dia. Takut nanti kita berkasaq dengan dia pakai cara halus pulak”.

Mawas? Tak salah dengar ka? Tak kot.

Malam menjelang tiba. Rania akan bercuti selama 3 hari untuk untuk pertukaran syif ke pagi pula. Malam itu, Rania betul-betul rasa nak terkencing. Dia lihat kakaknya sedang enak tidur dibuai mimpi indah. Ni kalau gempa bumi pun tak sedar agaknya. Terpaksalah Rania ke bilik air seorang diri. Selalunya dia akan mengajak kakaknya teman walaupun bilik air tak jauh mana. Duduk flat bilik air pun kat dalam rumah tapi nak pi bilik air berteman serupa macam duduk rumah kampung yang bilik airnya di luar rumah.

Selesai buang air kecil, Rania membelek wajahnya di cermin yang terdapat di dinding bilik air. Melalui cermin bilik air, tiba-tiba Rania ternampak ada bayang hitam melintas. Bila Rania toleh tak ada apa benda pun. Cepat-cepat Rania bergegas ke bilik tidurnya. Entah pukul berapa Rania terjaga lagi. Kali ini, dia terdengar bunyi ketukan pintu di rumahnya.

“Rania…mai la buka pintu ni. Kami mai rumah hangpa ni”, kedengaran suara halus milik Ina iaitu sahabat karibnya memanggil. Rania tidak mengendahkan. Mustahil sahabatnya datang rumah tengah-tengah malam buta. Tak reti tidur agaknya.

“Wei…Rania. Bukalah pintu”…wuuuuuuuuuuuu(bunyi orang menangis)
Terus Rania menyelimuti seluruh tubuhnya termasuk mukanya sekali dan berselubung di dalam selimut dengan tubuh yang menggigil. Selepas itu, suara sahabatnya itu hilang.

Keesokan harinya Rania menceritakan kejadian yang mengerikan itu kepada mak dan abah.

“Tak boleh jadi ni. Kita kena p berubat kat tok chik. Petang ni mak bawak hang. Takut ada benda tak kena”.

Tok chik (seorang wanita) merupakan seorang pengamal perubatan yang tinggal di kampung sebelah. Kampung itu juga merupakan jalan pintas untuk menuju ke bus stop. Tok chik orangnya baik dan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengubati pesakit. Dia juga sayang kepada Rania.
Petang itu, Rania dan mak berjalan kaki menuju ke rumah tok chik. Tak sabar rasanya nak jumpa tok chik. Dah lama tak jumpa tok chik. Giler tak rindu!!! Setibanya di rumah tok chik, mak pun memberi salam. Terdengar suara lembut menjawab salam mak. Kemudian, keluarlah seorang wanita tua yang manis rupanya. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Itulah tok chik!

“Chik sihat ka”? sapa mak.
“Alhamdulillah…sihat. Lama tak nampak”.
“Sibuk sikit. Rania pun dah keja”.
“Keja apa”?
“Keja kilang ja. Lepas ni tak tau lagi nak sambung study ka macam mana. Tapi dah apply dah”.
Tanpa membuang masa, mak terus masuk ke topik asal iaitu tujuan mereka berjumpa tok chik. Tok chik mengambil segelas air kosong. Kemudian, dia mengacau air tersebut menggunakan gunting sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.

Tok chik menjelaskan ada seorang lelaki yang cuba menakut-nakutkan Rania supaya Rania tunduk kepadanya. Ciri-ciri lelaki yang digambarkan seperti Fawwaz. Rambut kerinting, berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai. Malam kejadian yang menimpa Rania, lelaki tersebut ingin menguji ilmunya. Nasiblah Rania tak buka pintu sebaik terdengar suara sahabat karibnya memanggilnya. Kalau tak, Rania akan diheret kepada orang yang membuat ilmu itu. Lepas tu tak tahu apa akan jadi.

Selesai semuanya, tok chik memberikan bungkusan kuning kepada Rania.
“Bungkusan ni jangan buka tau. Ada ayat-ayat Al-Quran. Letakkan di bawah bantal untuk pendinding diri”, kata tok chik sambil terbatuk-batuk. Tok chik pun kelihatan tak sihat. Kesian pula Rania tengok. Harap-harap malam nanti boleh tidur dengan tenang. Tu saja keinginan Rania. Apa guna cuti kalau tak dimanfaatkan dengan baik. Pesan tok chik lagi Rania kena kuat semangat.

Tak kira apa yang berlaku Rania perlu melawan sendiri.

Selepas berjumpa tok chik, malam itu Rania dapat tidur dengan nyenyak. Pukul 1 pagi, tiba-tiba Rania terdengar bunyi tapak kaki sedang berjalan di atas bumbung rumah. Rania bergegas membuka tingkap rumahnya. Dari tingkap bilik tidur, boleh nampak balkoni rumah. Alangkah terperanjatnya Rania apabila ternampak makhluk-makhluk aneh di atas bumbung balkoni tersebut.

Ada makhluk yang berbadan anjing dan berwajah manusia. Ada pula yang badan manusia berkepala kuda. Selain itu, Rania juga ternampak kanak-kanak dalam keadaan berdarah sedang bergentong di bumbung tersebut. Itulah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat lima flatnya ketika bermain. Arwah kanak-kanak tersebut terjatuh melalui celahan tangga dari tingkat lima hingga ke bawah. Untuk menimbulkan fitnah, syaitan mula meminjam tubuh orang yang dah meninggal. Nanti keluarlah spekulasi mengatakan rohnya tak tenteramlah apa lah. Makhluk yang paling menakutkan di situ adalah makhluk yang menyerupai beruk. Hitam, berbulu dan besar. Nampak macam dia ketua kepada hantu-hantu yang lain. Owh begini rupa hantu ye. Tak sama macam tengok dalam tv. Pontianak bagai mana ada. Sempat pula Rania berfikir. Kemudian, Rania cepat-cepat tutup tingkap rumahnya. Takut pula dia. Terus dia menggerakkan kakaknya yang tidur lena. Dia menarik tangan kakaknya. Dalam keadaan mamai, kakaknya menuruti juga langkah Rania. Rania mengetuk pintu bilik tidur mak abah.

“Mak…kami nak tidur sini”.
“Hmmm”…itu saja mak mampu jawab.
Dalam pukul 2 pagi, semua dah diulit mimpi indah. Tapi mimpi mereka terganggu bila Rania tiba-tiba berteriak
“Diammmmmm…jangan ganggu aku”.
Mak dah mula rasa tak sedap hati. Mak menampar-nampar lembut pipi Rania.
“Diammmm…aku kata diam. Jangan ganggu aku nak tidoq”, Rania berteriak sambil menutup telinganya. Memandangkan Rania masih belum sedar, mak cepat-cepat percikkan air ke muka Rania. Terus Rania tersedar tapi lidahnya masih kelu untuk bercerita. Mak pun mengambil penyapu lidi dan mengkibas-kibas ke setiap penjuru rumah. Kata orang tua-tua, kalau kena gangguan halau syaitan dengan menggunakan penyapu lidi. Tahu tak kenapa? Maaf penulis sendiri pun tak tahu. Mak pun cepat-cepat menghubungi abah yang bekerja sebagai pemandu teksi. Abah bekerja tak kira siang malam untuk mencari sesuap nasi.

Abah pulang dalam keadaan letih. Mungkin abah rushing tadi nak tengok keadaan anaknya.

“Cuba kak ngah cerita kat abah apa yang kak ngah nampak”?
“Mula kak ngah nampak macam-macam jenis hantu kat atas bumbung rumah kita ni. Ada orang tapi badan macam anjing. Kepala kuda badan orang pun ada. Lepas tu nampak arwah anak pakcik Syah berdarah-darah duk main dengan hatu-hantu tu. Dan ada beruk besaq. Tu kak ngah ajak kak long tidoq bilik mak. Tapi baru nak lelap, kak ngah dengaq bunyi orang bersiul. Kuat sangat sampai bingit telinga ni. Bila buka mata tengok beruk tu duk bersiul. Dia lah kepala roda. Kawan-kawan dia yang kak ngah tengok banyak-banyak tu tak ada pulak. Kak ngah nampak dia pun kabur macam tu. Kak ngah nampak kat luaq tingkap bilik mak”, jelas Rania.
Bilik mak bertentangan dengan koridor flat.

Sejak dari itu, malam Rania tak tenang. Setiap malam, dia akan nampak makhluk-makhluk aneh tu berkeliaran. Hijabnya seperti terbuka. Pernah suatu hari tu, Rania dan keluarga pergi makan malam di luar. Bila balik rumah, elok ja beruk tu bertenggek dekat tebing koridor tu. Rania beritahu mak. Apa lagi? Heroin kami tu pun terus ambil penyapu lidi dan mengkibas-kibas ke arah yang ditunjukkan oleh Rania. Waktu itu, Rania nampak tangan beruk tu hilang sebelah dan terus ghaib. Padan muka! Dahlah sejak akhir-akhir ni Rania asyik mimpikan beruk tu ja. Dia ingat handsome agaknya nak masuk dalam mimpi anak dara orang. Sejak terkena kibasan penyapu lidi mak Rania, beruk yang berwajah bengis tu bertukar jadi muka yang sangat kasihan dengan tangan yang hilang sebelah. Kalau binatang bolehlah bela. Tapi ni syaitan nak bela apanya?

Setahun juga Rania berubat dengan tok chik tapi tak sembuh-sembuh. Makin teruk adalah sampai abah suruh buang bungkusan kuning yang tok chik bagi. Yang tu pun seolah-olah tangkal. Takut nanti jadi syirik pula. Iyelah…kita percaya benda tu boleh bagi perlindungan. Syirik tanpa sedar. Memang terdapat ayat dalam bahasa Arab tapi tak faham maksud. Ada penduduk situ yang cakap tok chik menggunakan jin Islam dalam kaedah perubatan. Fikirlah kalau jin Islam ada ke guna benda-benda tajam macam gunting? Okey…taknak cakap banyak. Setiap hari, menjelang saja maghrib Rania membuka cd yang mengandungi surah-surah Al-Quran. Waktu itulah Rania akan terdengar suara makhluk-makhluk aneh menjerit. Itu sahaja caranya untuk melawan makhluk-makhluk tersebut. Memandangkan Rania masih nampak makhluk aneh, abah memagar Rania dan menutup hijabnya. Abah kami ada ilmu perubatan sikit. Sikit ja tak banyak. Bolehlah setakat nak melindungi keluarga. Untuk orang luar tak boleh. Kena yang kuat-kuat punya syaiton tak menjadi juga ilmunya. Sikit tu sikit sangatlah. Setakat nak buat air penerang hati dan pulihkan semangat okeylah. Tutup hijab pun boleh. Kira taknak bagi nampak benda tu lah. Dan juga bagi pendinding.

Lepas tu, Rania dah tak berubat lagi dengan tok chik. Abah bawa seorang ustaz untuk mengubati Rania. Rania sememangnya kuat semangat. Dia masih boleh bertahan walaupun dilanda musibah penampakan syaitan. Masih boleh dikawal dan tak sampai tahap kena rasuk. Kata ustaz, tok chik dah sakit dan nak turunkan ilmunya pada Rania. Sebab itulah Rania boleh nampak pelbagai jenis makhluk aneh.Dia yang buka hijab Rania. Dia sayang sangat dengan Rania. Ahli keluarganya yang lain semuanya menolak ilmu yang hendak diberikan. Itu hanya permulaan saja. Dia nak uji setakat mana Rania boleh tahan nampak benda-benda macam tu. Dekat Rania, memang dah ada ‘benda’ tapi tak pasti ‘benda’ apa. Sebenarnya tokchik pernah beritahu yang ada seorang lelaki cuba mencalit minyak pengasih pada dia tapi abah Rania dah pagar Rania jadi minyak pengasihnya tak menjadi. Tokchik pun ada juga bagi pendinding pada Rania jadi bertambah kuat untuk elakkan diri dari terkena benda sihir. Sebab tu lah dia lakukan sesuatu untuk menakut-nakutkan Rania. Kira macam amaran lah.

Sebelum ke penutup ingin saya jelaskan bahawa makhluk-makhluk yang Rania nampak tu adalah makhluk-makhluk yang memang sedia ada kat flat kami tu. Mungkin makhluk yang tidak bertuan. ‘Benda’ yang ada pada Rania pula adalah ‘benda’ yang Rania nampak pada cermin tu sebelum berubat dengan tokchik. Dah berubat dengan tokchik, hijab dia pula dibuka oleh tokchik dengan tujuan untuk menurunkan ilmu kepadanya. Sejak itulah Rania boleh nampak makhluk-makhluk aneh. ‘Benda’ tu selalu duduk atas bumbung rumah kami sebab nak berkawan dengan ‘benda’ yang ada pada Rania. Biasalah bila satu benda dah ada kat kita, mestilah benda-benda yang lain pun nak menumpang.

Setakat ni sajalah yang dapat saya ceritakan. Rania pun dah sihat dan tidak pernah lagi nampak makhluk-makhluk aneh tu. Dia pun dah berhenti kerja kilang dan menyambungkan pelajaran di KPTM Ipoh. Rumah di Teluk Kumbar? Kami dah jual. Itu sahaja. Sekian, terima kasih. Jangan lupa untuk membaca kisah saya yang lain ‘Dicalit Minyak Dagu’.

Amaran: Kisah ini adalah kisah sebenar. Ingat! Pengalaman tak sama dengan fakta. Sama halnya dengan alam ghaib. Bolehkah cerita alam ghaib disamakan dengan logik akal? Kadang kita rasa tak logik tapi orang yang alami sendiri tu tahulah macam mana. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa Dia tulis takdir kita macam tu.

P/S: Nama-nama di dalam kisah ini bukanlah nama sebenar. Tetapi jantina-jantina dalam kisah ini memang jantina sebenar. Mak seorang perempuan, abah seorang lelaki dan Rania seorang perempuan. Adik bongsu perempuan juga seorang perempuan. Fawwaz pula seorang lelaki. Tokchik of course la perempuan kan. Hehehe bye! Semoga berjumpa lagi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Gadis Mistik
Diganggu ‘Beruk’ Menakutkan
8.6 (86.25%) 32 votes

12 comments

        1. Alhamdulillah…terima kasih ats sokongan saudara. Klau saudara ska nnt bolehla sy terus menulis ye. Teruskan mengikuti kisah-kisah sy lps ni

  1. Nak tanya, memang kat teluk kumbar banyak hantu jenia beruk ka? Sepupu saya pun banyak kali nampak hantu beruk yang buruk suka sibuk hal orang.

    1. slalunya org ckp hantu beruk ni rpa sebenar hantu rya. orgla ckp…sy pn xpsti. tp hantu jns beruk mmg ska gngu org. dlu pn mak sdra sy bljr usm, dia prnh nmpk antu jns beruk kat kampus dia. ska sgt mengacau org.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.