Diganggu bunian?

Assalamualaikum semua.Saya Nazura. Sebenarnya dah lama nak kongsikan kisah ni dan berharap kisah akan dipublish. Kisah yang aku nak sampaikan mungkin tidak seseram seperti kisah lain dan kisah ini memang tidak aku pernah ceritakan kepada sesiapa termasuk family aku. Hanya kawan rapat yang tahu.

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika cerita ini tidak sampai pada tahap kepuasan semua dan cara aku sampai mungkin agak messy sedikit.

Kisah 1.
Waktu itu tahun 2014. Hari raya yang ke-3 so biasalah pergi menziarahi sanak saudara kan? Waktu petang lepas Asar dalam pukul 5 macam itu kami sekeluarga gerak ke Dungun untuk ziarah mak saudara aku.

Kami pergi dengan 2 buah kereta. Aku naik kereta pak lang aku yang ada dalam itu (aku, mak aku, pak lang, mak lang dan sepupu aku). Ayah aku tak dapat pergi sebab berkerja. Mase itu tak ramai yang guna LPT lagi jadi kita lalu ikut jalan lama ikut pantai.

Sampailah satu jalan yang kita lalu ini hanya ade beberapa buah kereta saja yang lalu mase itu. Kiri kanan ada hutan tebal memanjang. Dekat situ pula tak ade rumah langsung. Ade 3 atau 4 buah pondok sepanjang jalan. Pulak waktu dah hampir senja.

Sedang kami asyik bersembang tetiba kereta yang kami naik itu menjadi berat macam ade orang gergasi pijak dari atas bumbung. Teramat berat sampai kereta yang dibawa itu melesek masuk ke luar garisan tepi jalan itu. Hampir masuk dalam hutan la. Aku pusing belakang tengok 3 buah kereta yang dipintas tadi terus bawak laju dan pintas kereta kita balik.

Yang aku pelik masing-masing just kunci mulut dan atas sebab keselamatan Pak Lang aku hanya bawak slow-slow ikut garisan tepi jalan itu. Dalam 5 minit lebih jugak la sebelum keadaan jadi okay.

Lepas itu baru mak aku tanya kenapa dan Mak Lang aku jawab ‘ Dia’ nak menumpang saja la itu. Dia tak kacau orang takpe.’ Meremang bulu roma dengar dia cakap macam tu dan aku tahu dia maksudkan siapa. Nasib baik tak jadi benda lebih teruk. Dah la hutan jer kiri kanan pastu dah nak senja. Kata Mak Lang lagi tempat yang kita lalu itu memang kawasan dia. Benda menumpang-numpang ni dia dah biasa. Dia yang ulak alik sorang dari Kuala Terengganu ke Jerteh tiap-tiap malam guna jalan sebab bekerja sebab tu dah lali.

Kisah 2
Ini terjadi masa form 1. Mase ini benda itu senang datang sebab mungkin aku stress sangat dan kisah ini mungkin ade kait rapat dengan kisah 1 sebab benda ini terjadi tak lama lepas kisah 1 berlaku.

Time tu baru balik dari sekolah. Lepas makan-makan sikit dan solat Asar terus bergolek atas katil sambil tengok movie. Dah hampir separuh movie itu aku tengok tetiba ade bau wangi macam bunga melur.

Mula-mula aku ingat memang bunga melur nenek aku tanam la. Btw aku sekeluarga memang duduk kat rumah nenek dan kampung aku ini betul-betul di tengah bandar. Pastu aku terfikir secara logiknya rumah nenek aku ini bertingkat 2. Macam mana bau bunga dari bawah sana boleh ke atas sini? Selama ni tak pernah pulak.

Aku ignore je la dan sambung balik movie itu. Aku dah syak bukan-bukan masa itu tapi aku buat tak tahu jer. Dalam hati kata ‘mungkin dia lalu jer kot.’ so lepas itu bau tu hilang. Lega sikit tapi datang balik tak lama lepas tu. Aku tarik nafas panjang. Tutup movie and terus keluar dari bilik.

Dipendekkan cerita bau tu selalu datang ke bilik aku setiap Sabtu lepas pukul 5 petang. Dalam sebulan hanya 1 atau 2 kali jer aku tak bau. Aku akan lari ke bilik mak ayah aku setiap kali aku bau bunga melur. Ade hari aku akan lari turun ke ruang tamu tapi bau itu tetap akan ikut aku. Kadang-kadang sampai ke dapur tengah bercakap dengan mak aku aku still boleh bau tapi mak aku tak detect apa-apa.

Aku pernah mengadu sekali pasal ni dekat ayah aku tapi mase ayah aku nak check dan masuk dalam bilik bau tu terus hilang sedangkan aku baru jer bau. Ayah aku hanya pesan banyakkan mengaji dan dia tak bagi tau kepada mak aku dan yang lain. Aku hadap bau ini hampir setahun lebih tapi bila masuk tahun ke-3 bau dah kurang alhamdulilah tapi start dari tu tiap-tiap malam aku akan dengar bunyi musik klasik zaman dulu-dulu. Yang paling ketara ialah bunyi seruling yang mendayu gila.

Pada tahun itu, dekat rumah nenek aku ini yang tinggal pada waktu malam nenek aku, arwah atuk aku (al-fatihah), mak aku dan juga aku. Ayah aku kerja shift malam mase tu. Walaupun bilik mak dan bilik aku di tingkat 2 kami semua tidur kat tingkat bawah. Banyak bilik mak cik dan pak cik aku yang kosong dan memang tingkat atas waktu malam tak berpenghuni dan gelap teramat. Kita orang tak bukak lampu kat tingkat atas atas alasan nak jimat elektrik. Ya laa tak ada orang tidur malam-malam kan. Aku stay dalam bilik lebih sikit dari pukul 11:00 malam pun mak aku jerit suruh turun bawah.

Aku tidur depan tv dengan mak aku berlantaikan tilam. Nenek aku tidur straight bawah kipas sebab arwah atuk aku dulu sakit so nenek aku terpaksa tidur luar sebab nak bagi keselesaan dekat arwah.

Aku ini dulu payah nak tidur so sebaik sahaja semua orang tidur mula la bunyi muzik klasik itu. Bunyi itu tak jauh tak dekat. Sayup-sayup jer tapi kalau dengar betul-betul boleh lena kot. Aku dah la susah nak tidur jadinya nak sedapkan hati ni aku cakap ‘mungkin ade orang main dekat balai raya sana’. Hampir sebulan aku cakap macam itu dekat diri aku dan aku buat acah tak tahu.

Tapi bila fikir balik. Logik ker? Siapa yang main alat musik tradisional tengah malam-malam macam ini? Yang balai raya itu bukan dekat. Ambik mase hampir 10 minit berjalan kaki dari rumah nak kesana. Memang balai itu dekat dengan jalan besar dan jalan keluar dari kawasan kampung. Nak kata jiran semua jiran aku ini warga emas. Takkan tak tidur lagi waktu tu.

Bukan itu sahaja bunyi macam ade orang lain di rumah pun ada tapi pada waktu malam jer la. Bunyi macam ada yang berjalan atas tangga secara slow. (btw tangga ke tingkat atas diperbuat daripada kayu) Ade yang alihkan rak pinggan dekat dapur. Ada yang bukak paip air. Macam-macam la. Tapi Masalahnya siapa? Hingga ke hari ini aku tak tahu siapa dan tiada sorang pun yang cakap benda ini dan aku tak akan dengar bunyi selagi ada orang yang berjaga dengan aku.

Benda ini bila aku masuk form 4 dah tak bau bunga melur itu dan bunyi musik klasik kadang-kadang jer lagipun aku terus jadi paling awal tidur. Sampai la ke bulan puasa aku tak ade gangguan itu. Time hari puasa itu mase macam biasa dalam pukul 5 petang aku tengah chat dengan kawan tetiba terbau balik bunga melur itu.

Ada lah gentar sikit tapi aku tak takut mana sebab bulan puasa kan? So aku ignore jer tapi bau kali ini sekejap sangat dan tak aku sangka malam itu aku bermimpi.

Aku mimpi yang aku ada atas katil mak ayah aku baru jer bangun dari tidur lepas itu aku nak turun la dari katil itu tapi ayah aku marah dan suruh aku stay jer atas katil itu. Tapi yang peliknya dalam mimpi itu aku nampak seorang perempuan (yang aku anggap bunian dan penyebab kenapa aku bau bunga melur itu) baring atas katil aku. Aku tak nampak wajah dia. Dia sedang mengerang kesakitan sebab dia nazak masa itu dan ade sorang pak cik yang duduk bahagian tepi katil. Aku tak tahu siapa pak cik itu tapi dia terus bunuh perempuan tersebut.

Tak lama lepas itu mak aku datang masuk dalam bilik dan berkata yang perempuan itu datang selalu jenguk aku sebab aku ini mirip dengan orang dia sayang macam adik beradik dia la. Senang cerita aku ini pelepas rindu kepada perempuan itu dan mak aku sebut nama perempuan yang mirip dengan aku itu. Malangnya aku hanya ingat nama itu dalam 2 atau 3 hari jer pastu terus lupa sampai sekarang sedangkan aku ingat segala scene dalam mimpi itu. Bagaikan memori aku pasal nama itu dipadam.

Bila aku tersedar dari mimpi itu. Fuh. Mase tu dalam 3 pagi. Semua orang masih lena.Tagi tapi aku yang baru terjaga ini terbeliak mata aku.Mase mula-mula aku buka mata macam ada yang bangunkan aku dengan habis tengkuk dan belakang aku berpeluh-peluhnya. Seteruk mana pun mimpi aku sebelum ini aku tak pernah rasa berdebar setelah bermimpi. Jantung aku ini dup dap laju jer.

Pastu aku baru sedar sepanjang ramadhan itu aku tak penah mimpi pelik macam itu. Kalau aku mimpi pun semuanya benda baik-baik termasuk la mimpi arwah atuk aku yang baru jer meninggal.

Dan alhamdulilah selepas mimpi itu aku tak ade langsung bau bunga melur mahupun musik tradisional dan bunyi yang pelik-pelik. Aku pun bersyukur sepanjang aku kena ganggu aku tak pernah nampak muka si dia kalau tak mungkin sampai sekarang aku rasa aku ini dihantui.

Tapi sejujurnya aku tak sure apa yang terjadi sebenarnya. Betul ker mimpi itu berkait rapat dengan gangguan aku dan penyelesaian kepada semua yang terjadi. Aku harap begitula. Aku dah dengar banyak kisah yang menakutkan pasal alam bunian ini so biar la sampai disitu. Lagipun aku hingga sekarang bila bau seakan bunga biarpun perfurme aku sedikit terkesan.

Sampai disini sahaja 2 kisah aku. Aku mintak maaf jika apa yang disampaikan tidak menarik dan seram. Aku hanya kongsikan pengalaman aku sebab bukan semua orang pernah diganggu kan? Aku mintak maaf jika penulisan aku ke laut sesungguhnya masih budak mentah yang first time berkongsi cerita di laman web FS ini.

Sekian terima kasih dari saya Nazura.

6 thoughts on “Diganggu bunian?”

  1. Biasanya yg wangi ni bunian Islam. Ada juga terbau dua tiga kali. Asyik dibuatnya. Kewangian yg sangat manis dan susah nak describe.

    Reply

Leave a Comment