Tandas Tak Digunakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Shasha . Sebelum ini aku sangat gemar membaca kisah2 seram di fiksyen shasha dan hari ini terdetik dihati aku untuk berkongsi pengalaman aku kepada anda semua . Sebelum aku mulakan cerita ini , aku mohon maaf jika cerita yang aku sampaikan ini tidak seram . Ok nama aku Liya dan aku seorang bekas atlet yang pernah mewakili Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Pada tahun 2016 lepas raya puasa kiteorang kena masuk kem fasa akhir sebelum bertolak ke Sarawak selama 1 minggu . Pada siang hari kiteorang menjalani latihan seperti biasa dan pada belah malam pula kiteorang kena pergi ke stadium tertutup untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan malam motivasi . stadium tu memang jarang digunakan , aku pun tak tahu kenapa walhal stadium tu memang cantik dan luas .

Pada malam 2 hari yang terakhir , lepas solat perut aku meragam . Dan kebetulan pada malam tu tandas yang biasa kiteorang gunakan rosak . disebabkan aku dah tak boleh nak tahan dah ,aku ajak kawan aku yang bernama Sara untuk teman aku ke tandas tingkat atas walaupun sebelum itu pak guard stadium tu dah pernah warning jangan sesekali guna tandas kat tingkat atas tanpa beritahu sebabnya . Selain tandas yang rosak tu masih ade 1lagi tandas tapi tandas tu sangat jauh dan time tu perut aku memang sakit sangat .

Masa dalam perjalanan di tingkat atas setiap kali kaki aku dan Sara melangkah akan bunyi bergema sebab tingkat atas tu memang kosong dan luas . Bunyi gema tu jelas kedengaran walaupun kamu berbisik. Setelah sampai aku dan sara masuk ke dalam tandas . dalam tandas tu ade 3 tandas . korang faham kan ? hehe . Aku guna tandas tengah sebab tandas kiri dan kanan berkunci , aku tak tahu kenapa berkunci , tapi berkunci dari dalam tau . sedangkan tak ade orang pun dalam tandas tu sebab masa aku sampai kat tandas , lampu tandas tak buka pun .

Setelah 5 minit aku melabur , aku dengar sara panggil aku ” liya boleh cepat sikit tak?aku rasa tak sedap badan dah ni” . aku jawab “tunggu la kejap,perut aku sakit ni” dan tiba2 , lampu terpadam . aku dan sara menggelabah dalam tandas tu . aku yang tengah sakit perut ni keluar dari tandas sebab takut bergelap. sara cuba buka pintu nak keluar tapi tak boleh.

korang boleh bayang tak pintu tandas yang tak ada lock? kalau kita nak masuk , kita kena tolak je pintu tu , dan pintu tu mmg tak ada tombol dari luar. korang faham kan? macam mana tak boleh bukak sedangkan pintu tu tak ada lock. masa tu aku syak ada atlet lain yang kenakan kiteorang atau pak guard yang tutupkan lampu tu . tak sampai 1 minit pintu tu tiba2 boleh bukak dan lampu pun menyala serentak . aku dengan sara yang tengah tarik pintu sekuat hati tu sampai rebah kebelakang sebab pintu tu tiba2 boleh bukak . lepas pintu boleh bukak aku cepat2 bangun tengok kat luar memang tak ade sape2 . aku pun berbisik dengan sara , “kalau ade orang mainkan kita takkan cepat sangat die lari sedangkan tak ada bunyi orang berlari atau berjalan” . aku dan sara buat tak endah je . aku sambung balik melabur sebab perut aku sakit lagi .

tapi kali ni sara tak tutup pintu , die tunggu aku dekat pintu sebab dia takut pintu tu takleh bukak pulak . setelah selesai aku dan sara keluar dan turun ke tingkat bawah . tapi aku perasan sara tiba2 senyap . aku tengok muka dia pucat . tapi aku tak berani nak tanya lagi sebab masa tu sunyi , aku pun takut weii.

aku masuk ke dewan kuliah dan buat macam biasa . aku tanya sara “sebab ape kau diam tadi , aku tengok kau macam pelik je tadi . ade ape2 ke?” sara pun berbisik dekat aku “tadi masa kau masuk semula tandas tiba2 aku rasa sejuk dan aku terdengar macam ada 2 3 orang bersembang kat luar tandas . aku jenguk la kepala kat luar takut ade atlet lain nak guna tandas tapi tak ada orang pun . tibe2 mata aku teralih kat cermin luar ( cermin yang dimaksudkan sara kat depan tandas ada 1 bilik kosong yang berdindingkan kaca) aku Nampak kat cermin tu ade bayang seorang lelaki bersongkok berkedudukan tahiyat akhi .

memang jelas aku nampak tapi tak ada orang pun kat depan tu” . berdiri tegak bulu roma aku dengar sara cerita . malam tu aku memang tak boleh nak tidur , asyik teringat kejadian tu . Keesokan hari tu , aku bersiap nak pergi training . pagi tu aku paling awal bersiap sebab aku tak boleh tidur . sementara menunggu kawan2 yang lain bersiap , aku buka chat group whatsapp . group whatsapp tu untuk info2 semasa . sebenarnya aku ni jenis tak suka sangat buka chat group whatsap tu , tapi aku tak tahu kenapa pada hari tu aku rasa nak bukak chat tu , tengah aku scroll chat tiba2 aku terbaca ade sorang ahli group tu die pos gambar awan . dan die tulis ” kejadian berlaku di Sabah . Awan ni kelihatan seperti seorang lelaki bersongkok sedang duduk tahiyat akhir ” Allahu . aku tergamam , dan aku rasa aku tak boleh nak pendam sorang2 . aku bercerita dekat teammates aku dan coach aku . coach aku yang dengar cerita ni bertegak bulu roma dia . coach aku ni kuat agama orangnya . coach aku cakap “kalau begini tegaknya bulu roma ayah , rasanya memang betul la ape yg kamu sampaikan ni , memang benda tu betul2 ade kat sana ” .

okay sampai sini saja . terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca story aku ni .

Pengajaran yang aku ambil dan untuk kamu semua , jangan buat berani dan jangan memandai mencuba sesuatu yang dah dilarang . kalau ada yang melarang kita , bermakna ada lah sebab yang tersembunyi yang kita tak perlu tahu . Wallahua’lam. terima kasih , Assalamualaikum .

17 thoughts on “Tandas Tak Digunakan”

  1. Lah hai… hebatnya korang dok kecam penulis.. jgn camtu.. even penulisan dia x bagus pun jgn la kecam.. bagi kritikan yg membina.. guide dia mana yg x betul.. next time dapat la dia baiki kelemahan dia.. atau kalo x suka sgt.. skip je la.. baca cerita lain.. berlapang dada.. kan bagus…
    To writer… good try.. kipidap… haha…

    Reply

Leave a Comment