Santau Dua Arah

Hai korang, terima kasih sebab enjoy baca kisah aku Atas Katil dan Sekat Rezeki. Kali ni nak cerita pasal santau yang mak ayah aku kena dari 2 orang berbeza, dengan tujuan berbeza. Terima kasih jugak yang bagi tips dan doakan supaya sembuh. Aku harap korang pun sihat sejahtera dan dilindungi dari kejahatan manusia, jin, syaitan, iblis dan haiwan.

Ewah, ramai komen tajuk Atas Katil tu berbunyi erotik. Tu semua tafsiran korang sendiri. Kalau luaskan sikit skop fikiran sebenarnya banyak benda boleh jadi atas katil. Kelahiran, kesakitan, pembunuhan, kematian. Kalau tafsiran korang ke arah erotik then I’m so sorry that your minds are ruined. Ish ish ish.

Ada jugak tanya dah sembuh ke belum? Hm belum sembuh lagi la. Tapi getting better alhamdulillah.

Ok let’s go ahead dengan cerita mak aku. Setahu aku lah mak aku start sakit zaman aku baru masuk diploma rasanya. Dia pregnant tapi gugur lepas 2-3 bulan. Masa tu dia betul-betul tak sihat. Badan lemah, sakit-sakit je. Mood pun roller coaster. Sampai aku pesan kat diri sendiri jangan la bergurau depan mak. Tak pasal kena marah.

Yang peliknya, bila kitorang bawa dia keluar dari KL, dia sihat elok je. Happy boleh borak gurau semua. Dia pun perasan benda ni. Tapi bila balik rumah, happiness tu dah takde.

Nak cerita panjang aku malas, tapi dalam 5-6 tahun jugak mak aku camtu. Dalam tempoh tu dia dah start nampak benda halus kat sekeliling dia. Sampaikan satu hari aku balik dari Puncak Alam, dia tanya siapa yang ikut padahal aku balik sorang. Kemuncaknya ialah bila aku start keje satu ofis dengan mak lepas grad degree. Ha lama kan?

Ofis aku ni selalu ada training untuk ejen sampai pukul 11 malam. Masa tu aku rasa hidup kami balik rumah untuk tido je. Hampir setiap hari balik malam, pastu pagi-pagi esok dah terpacak kat ofis.

Ok satu malam ni masa nak balik, aku terperasan sesuatu yang putih terbang kat langit. Aku buat bodo lagi. Bila balik, aku lepak dengan mak dan ayah kat meja makan. Aku terperasan cahaya merah terbang masuk dalam muka mak.

Ha masa tu aku kaget jugak. Start malam tu la mak aku punya perangai makin teruk. Dia marah-marah makin kerap dan ada je benda nak komplen kat ayah. Sikit-sikit ungkit, ugut, mintak cerai la. Hei nasib ayah aku sabar je orangnya. Aku pulak hadap benda ni sorang. Adik aku masa tu kat kolej.

Ada 2 benda pelik aku jumpa depan rumah aku. First, masa tu aku balik dari mana ntah. Hujan. Aku nak bukak gate, dalam kawasan porch rumah aku ada tupperware berisi benda putih. Second, ada serbuk macam tanah dicampak depan gate. Bila kami consult dengan Uncle M, dia kata tu abu mayat mati dibunuh.

Ada jugak sesekali aku ajak dia pergi berubat tapi degil. Takmo. Aku ni dah penat hadap perangai mak macam tu. Last sekali dia setuju. Mula-mula dia buat secara jarak jauh je dengan Uncle M.

Uncle M kata ada 2 orang yang hantar santau. Sorang tu kawan perempuan kat ofis ayah aku. Dia nak sangat kat ayah aku tu. Sorang lagi orang kat ofis kami. Dia dengki tengok kami senang murah rezeki. Sebabkan berubat jarak jauh ni tak boleh buang sangat, so kami pergi Terengganu jumpa Uncle M. Dalam perjalanan tu ayah aku bukak la surah-surah. Sampai surah Ar-Rahman mak start bebel.

“Ha macam tu lah manusia, dapat nikmat tak reti syukur!” mak cakap ulang-ulang sambil bersila atas seat, ketuk-ketuk paha.

Aku dah standby rancang kalau mak aku kena rasuk aku nak keluar dari kereta camana. Patutkah aku guling keluar macam dalam movie?

Sampai je rumah Uncle M, mak aku menangis masa berubat. Tapi takdela sampai meracau nak balikkk nak balikkk tuan aku suruh rasuk apa semua. Cuma sebab santau tu dah lama, ambik masa untuk sembuh. Banyak kali juga kami berubat dengan Uncle M dan beberapa perawat lain. Sampai sorang perawat kat kampung aku give up.

Kami pergi jugak berubat dengan student Ustaz Hanafiah. Yang tu pesen berubat sekali dengan bekam. Bila bekam, apa yang keluar dari tubuh ayah aku bukan darah tapi air bisa. Tubuh mak aku pulak keluar serbuk kaca. Time ni aku tak ikut la diorang tak nak bawak aku. Aku ni wartawan hiburan sikit, sebab tu la kot kena tinggal. Huhu.

Peliknya, semua perawat bagitau, mastermind santau ni adalah dua orang tu jugak. Yang perempuan kat ofis ayah tu, kalau boleh dia nak mak aku mati dan dia nak bodoh-bodohkan ayah aku supaya ikut telunjuk dia. Yang kat ofis aku ngan mak ni adalah orang yang sama aku ceritakan dalam Sekat Rezeki.

Satu hari mak mengadu buang air keluar darah. Dia takut buasir je. Tapi masuk hari kedua atau ketiga gitu, mak terjelepuk atas lantai tandas. Dalam toilet bowl penuh darah fresh. Bau dia ya Allah hanyir! Macam bau perut ikan yang korang siang. Masa tu aku tak reti bawak kereta, aku call ayah suruh balik dari ofis.

Maka berkejarlah semua orang ke hospital. Masuk wad, nurse tak percaya kalau aku cerita mak aku akan bleeding banyak setiap kali buang air, sampailah diorang sendiri witness. So diorang pun bawa mak aku untuk scope. Tapi peliknya doktor tak jumpa pun kat mana luka. Cuma ada darah je bergumpal macam lintah dalam usus.

Mak aku pulak masa tu sedar tak sedar dia buat meditasi, zikir bagai. Dia imagine dia tengah tawaf. Tambahan pulak memang dia dah rancang nak pergi umrah sebulan puasa kat sana. Tengah-tengah zikir tu darah berhenti.

Pelik kan? Kalau ikut kes mak aku ni maunya berminggu terdampar kat hospital tapi ni tak sampai seminggu pun. Bila keluar wad, kami teruskan rawatan alternatif di samping makan ubat dan supplement. Masa tu arwah nenek sebelah mak aku ada lagi. Kat kampung dia la mintak masjid-masjid dan surau buatkan solat hajat.

Dah panjang ni. Nanti aku sambung kisah ayah aku pulak yang sakit dan mak aku bleeding untuk kali kedua.

Kalau korang nak tanya takkan ending camni je? Tak nak bagi tau sembuh ke tak? Benda ni takkan sembuh selagi tukang sihir tu masih hidup. Hasad dengki manusia ni takde penghujung, baby. Jumpa lagi.

Ammar Kay
Santau Dua Arah
Rate this post

13 comments

  1. Harap next story tukang sihir dua2 tu mati..
    Semoga ammar kay sekeluarga sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan syaitan dan manusia. Aaminn..

  2. Tak taw la smpi bila hasad dengki iri hati manusia ni blh habis. jgn smpi mati dlm keadaan kufur dh ler. moga parents awak di berikan kesihatan yg lebih baik.

  3. x berperikemanusiaan betul laa org yg duk hntar tuu…Allahu….kalau sy berada di tmpat amar ni rasenya x kuat nk tgk mak ayah sakit serentak….pulak tu tahu sape yg perdajalkan mak ayah sdri…..semoga tabah laa ye…dan moge cepat2 sembuh dan dilindungi…oge org yg duk menghantar tuu terima balasannya yg setimpal dgn perbuatannya…nnti cerita lagi yaa…

  4. Nk buang santau ni kena cari yg betul2..x silap kena mandi dengan air dari 7 limau..tujuan untuk buang santau n bisa dia

  5. semoga manusia yang jahat tu akan segera bertaubat dan menerima balasan yang setimpal di atas segala perbuatannya..semoga cu sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Nya..

  6. Salam Ammar. Semoga Ammar, mak dan ayah Ammar sentiasa dalam Perlindungan Allah, sembuh seperti sediakala. Besar ujian untuk Ammar dan keluarga, tapi cara Ammar sampaikan cerita, lex lex jer. Tough betul ammar. Keep Strong Sis, Allah ada. Allah sebaik Penolong. Semoga ada sambungan cerita ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.