Diganggu hantu di hospital

Salam pembaca setia fiksyen shasha.. terdahulu sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf sebab aku memang tidak pandai mengarang cerita bagai huhu. Kisah ni berdasarkan pengalaman yang tidak pernah aku lupakan masa terima rawatan di salah sebuah hospital lama sungai buloh. Rasanya ramai dapat agak tempat ni.

Masa ni tahun 2006. Aku ditahan wad sebab anemia selama tiga hari. Pada hari pertama tiada masalah bagiku. Cume masuk d***h je sakit sangat sampai tertidur sakit. Hospital tu memang lama dan wad yang aku duduk tu memang nampak seram kalau tiada pesakit. Hari kedua aku kena masuk lagi d***h sebab d***h aku sangat pucat doktor kata.

Puncanya tidak perlulah aku cerita disini huhu tapi yang penting bukan sebab aku keguguran atau bersalin huhu. Aku pon baru lepas SPM masa tu. Macam biasa aku sakit sangat bila masuk d***h. Masa tu sudah hampir maghrib. Dalam separuh sedar aku nampak seorang jururawat perempuan. Dari segi pakaiannya nampak macam zaman dulu-dulu. Aku tahu sebab aku pernah tengok dalam cerita P Ramlee. Tapi dalam samar-samar tu aku tengok nurse tu tiada wajah. Maknanya mata, hidung dan mulut tiada.

Jururawat tu pada mulanya dia berdiri dekat hujung kaki aku. Lama dia berdiri. Masa itu tiada rasa seram takut semua sebab tengah sakit huhu. Tiba-tiba dia datang menghampiri ke muka aku dan menghilang.. mungkin sebab aku tertidur ke pengsan ke aku tidak ingat.

Masuk hari ketiga jam 3 pagi aku dimasukkan d***h lagi. Macam biasa dalam keadaan sakit dan separuh sedar, aku nampak makhluk badan berbulu besar seakan kingkong tu rasanya bergayut di atas lampu-lampu betul-betul atas aku. Lampu tu pulak jenis tergantung-gantung dan bukan macam sekarang ada siling bagai. Lama kelamaan makhluk tu hilang.. kali ni confirm aku tidak pengsan atau tertidur. Aku nak cerita mak cik katil sebelah tapi dia tidur. Jadi aku sambung tidur sahaja.

Jam 6 pagi kami pesakit-pesakit dalam wad ni kena bangun dan bersihkan diri sebelum doktor datang periksa jam 8 pagi. Jadinya mak cik sebelah aku ni dia suruh aku pergi mandi dulu sebab bilik air tu jauh sikit dari wad kami. Bilik air itu terletak diluar wad. Mak cik tu kena operate apa aku tidak ingat.

Aku pon lepas nurse cabut wayar masuk d***h tu aku pon pergilah ke bilik air. Belum sempat buka baju aku terdengar bunyi roda katil ditolak laju. Makin lama makin kuat pulak. Aku keluar dari bilik air tu nak tengok mana datangnya bunyi tu. Rupenya memang ada nurse tolak katil dan atas tu ada orang yang sudah ditutup dengan selimut putih dari hujung kepala hingga hujung kaki.

Aku berlari keluar menuju ke mak cik sebelah aku tadi. Die terkejut tengok aku tidak mandi lagi. Marah sungguh dia sebab aku meluru terus dan dia betul-betul terkejut. Aku ceritakan padanya apa yg aku lihat tadi. Tujuan aku nak dia teman aku mandi. Katanya memang ada pesakit lelaki meninggal sebab sakit busung. Aku memintanya menemani aku mandi tetapi katanya dia sedang menunggu nurse.

Jadinya aku pergi sahaja dulu tanpa mak cik tu. Macam tadi juga aku baru nak buka baju dengar bunyi roda troli katil yang sama. Aku bukak pintu lihat tiada langsung kelibat nurse atau troli katil macam tadi. Yang peliknya bila aku keluar bunyi itu hilang. Aku berlari keluar menuju ke katil aku semula. Aku ceritakan pada mak cik sebelah aku tu pasal tadi. Sebab dia tengok muka aku pucat sgt. Katanya lagi biasalah kalau diganggu sebab sebelah bilik air tu bilik mayat… akhirnya aku batalkan niat untuk mandi..

Aku bersyukur sebab tidak lama selepas itu aku dibenarkan pulang. Ini adalah pengalaman aku yang pertama kali diganggu sebegitu rupa. Aku bertaubat aku akan jaga kesihatan aku lepas ni.
Terima kasih pada anda semua sebab sudi membaca cerita aku yang tidak berapa seram ni huhu. Wassalam

Suraya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

18 thoughts on “Diganggu hantu di hospital”

  1. Bagi aku ok je. Something new yang aku baca setakat ni. Tak cliche pun. Cuma tak berapa seram la. Yang engkorang ni nak komen lebih2 pahal?
    Macam la korang reti sangat menulis. Aduhai. Pe daaa

    Reply
  2. x berapa seram?? seram la ni. baca je pon dah boleh hayati. kalau terjadi sendiri nauzubillah…..

    walaupon ayat simple, tapi mudah difaham dan senang dihadam…… semoga lepas ni terus sihat.

    tapi tula lumrah hospital. banyak sangat benda2 camtu. dorang x nak ‘pagar’ ke??

    Reply
    • Tu la. Diorang ni. Komen pun tak membina. Aduii. At least sokong la sikit tak pun komen baik2.

      Tak seram sangat berbanding cerita lain sebab kalau dengar bunyi2 tu memang selalu terjadi sama ada tu khayalan sendiri atau memang betul dia kena kacau.

      Reply
  3. Aku pon rasa cite ni ok2 la drpd yg lain tu ade yg lebih membosankan. Yg komen bosan sgt tu kan ke penulis cite ni awal2 lg dah minta maaf dan ngaku dia x pandai mengarang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.