Dikebumi Selepas 3 Hari

Assalamualaikum wahai pembaca setia Fiksyen Shasha,terima kasih kerana sudi menyiarkan cerita saya. Nama saya Lina ( nama samaran ),saya dari kecik banyak membesar dikampung halaman. Dimana kampung saya hutan-hutan masih tebal,kehidupan seharian kami hanya bergantung alam sekitar seperti menuai padi,mencari ikan,menanam sayur boleh dikatakan tanam sendiri makan hasil sendiri. Dulu hutan tebal,masih ada lagi pokok-poko atau buah-buahan hutan yang boleh dimakan termasuk kehidupan liar. Saya berbangsa iban,dulu-dulu saya belum ada agama lagi. Maklumlah pelusuk kampung memang lambat berkembang,masih ketinggalan jauh masatu.

Kalau bab ilmu hitam,penyembahan dan pemujaan amat terkenal masatu. Dimana orang berebut-rebut menimba ilmu,kononnya bila ada ilmu menunjukkan kekuatan dan boleh dibanggakan semua orang. Sampaikan ada yang menuntut ilmu salah dan makan diri sendiri serta keluarga,dahsyatkan ilmu orang dulu-dulu. Orang dulu suka belajar ilmu sebab untuk mempertahankan bangsa sendiri.

Masih ingat masatu saya baru berumur 12 tahun,dimana  frist time saya mengikut upacara pengembumian dalam hidup aku. Yang meninggal dunia adalah salah seorang datuk saya,boleh dikatakan datuk saya tu terkenal time tu. Semua orang takut bila dengar nama dia,tak ada siapa yang berani. Adat orang lama,dimana semua cucu cicit kena balik tengok buat kali terakhir wajib kena balik. Sebab kenapa wajib,saya sendiri pun tak berapa tahu sangat adat resam orang kampung dulu.

Hari pertama peninggalan datuk,jasadnya belum dikuburkan sebab masih ada lagi saudara mara yang belum balik. Sebelum dikuburkan kami semua wajib untuk melangkah jasad sebelum dikuburkan,setiap peringkat jumlah langkahnya tak sama. Yang saya ingat dulu,saya hanya melangkah [email protected] kali sya kurang pasti dimana saya adalah cicit kepada datuk saya. Jangan tanya kenapa perlu melangkah,sebab saya pun tak tahu dah adat. Masa nie belum ada apa yang berlaku,jasadnya kami letak ditengah-tengah ruang tamu menunggu kedatangan yang lain. Ada yang meratap pemergian datuk,duduk disamping jasad smbil menangis.

Menjelang malam,sedang leka berbual-bual mengenai arwah tiba-tiba rumah bergoyang seperti ada gempa bumi. Keadaan jadi huru hara,semua turun ke bawah rumah takut-takut ada yang runtuh. Semasa leka berlari-lari untuk selamatkan diri,saya ternampak  ada orang yang duduk dibawah rumah sambil memeluk tiang utama rumah. Masatu saya tak tahu apa,apa yang saya nampak hanya bayangan hitam jew. Gegaran berlaku dalam 15min,lepastu berhenti saya cuba tengok lagi ke bawah rumah. Eh,hilang mana perginya tadi nampak macam ada orang.. Selepas gegaran berlaku tiba-tiba lampu yang menerangi rumah berkelip-kelip dalam beberapa minit lepastu blackout terus,masatu agak kecoh juga sebab semua orang ketakutan.

Di kampung bekalan elektrik hanya mengunakan enjin saja,ayah saya bergesa-gesa membawa lampu suluh untuk memeriksa apa yang berlaku. Sempat saya mendengar ayah membebal takkan minyak habis sedangkan tangki tadi diisi penuh. Saya menemani ayah untuk memeriksa enjin,tiba-tiba saya ternampak lagi bayangan hitam disamping enjin. Saya memberitahu ayah,tapi dengan sekelip mata bayangan tu hilang. Tukkk… kepala saya kena ketuk dengan ayah,sebab ayah ingat saya bergurau. Jangan-jangan time tu ayah pun takut sebenarnya … Kejadian berlaku hampir 2jam enjin dihidupkan pastu boleh terpadam sendiri,akhirnya kami mebiarkan jew dan pasrah dengan apa yang berlaku.

Hari kedua,hanya beberapa saudara yang datang. Masih ada [email protected] buah keluarga lagi belum datang. Seperti biasa kedatangan mereka akan melakukan seperti sebelumnya,kena melangkah jasad. Malam hari kedua nie agak seram sikit,semasa ibu saya mencuci pinggan mangkuk didapur ibu melihat ada bayangan hitam dibawah rumah sedang makan makanan sisa yang ibu buang kebawah. Ibu saya menjerit terus pengsan,saya dengan berani cuba melihat apa yang ibu nampak . Apa yang saya nampak adalah sama seprti sebelumnya bayangan hitam tapi kali nie saya kurang bernasib baik,dia memandang ke arah saya dengan mata merah bengis sambil rakus memakan sisa-sisa makan. Saya berlari mendapatkan ayah sambil menagis,jantung saya seolah-olah nak tercabut. Sya tak mampu bersuara menceritakan kepada ayah apa yang saya nampak,apa yang saya tahu menagis seluruh badan saya menggigil ketakutan.

Hari ketiga,hampir keseluruh suadara telah balik ke rumah untuk menemui datuk. Kini hanya tinggal satu keluarga yang belum balik,alamak….nampaknya jasad datuk belum dikebumikan sebelum semuanya balik. Nak tak nak kena tunggu juga,malam ketiga kami semua digemparkan dengan gangguan seperti ada orang yang tengah berjalan diruang tamu dan bahagian dapur. Seperti ada yang membuka tudung periuk,mencuci pinggan pintu-pintu almari terbuka sendiri dan mendengar suara tapi suara cukup halus tak berapa nak dengar. Jang ( Adik ayah no 2 ) pergi ke dapur dengan hanya membawa pelita,memeriksa apa yang berlaku tapi tak nampak apa kelibat pun disana. Kali nie jang cuba memberanikan diri memeriksa bahagian dapur khas untuk cuci mangkuk,disana jang melihat kelibat berwarna hitam. Belari-lari ketakutan sambil menjerit hantu…hantu…hantu… Keadaan dirumah jadi huru hura semua berkumpul diruang tamu ketakutan.

Hari keempat,kali nie pengembumian akan dilakukan kerana keluarga yang terakhir telah datang. Seperti biasa upacara pengebumian dipenuhi adat istiadat orang lama,semasa pengembumian dimana kanak-kanak tidak dibenarkan ikut bersama ke tanah pekuburan. Dulu sebelum ke tanah pekuburan kena melalui sungai keranda dibawa dengan perahu,dalam masa 30min sampai ke tanah pekuburan. Naik ke atas dalam 15min kena melalui tanah lembut berwarna hitam.

Itulah kisah yang tak seberapa dari saya..
Sepatutnya orang yang meninggal kena diuruskan secepat mungkin,tidak boleh dibairkan begitu lama kan.
Tapi orang dulu-dulu ada adat resam yang suah untuk difahami dan dijelaskan..

Sekian dari saya..
Lina

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lina
Dikebumi Selepas 3 Hari
9.2 (92.15%) 219 votes

12 comments

  1. Pengalaman yang menarik. Adat yang berbeza walaupun kita satu negara. Terima kasih atas perkongsian. Dalam Islam pula sangat dituntut agar urusan berkaitan jenazah diiurus segera. Saja kongsi pengalaman, anak saya meninggal pada petang hari Jumaat tahun 2001. Saya minta pihak yang berkenaan bantu mengebumikan jenazah pada malam itu juga kerana saya tidak sanggup lagi menanggung perasaan dan ingin urusan berkaitan selesai segera. Ketika itu saya tidak tahu bahawa adalah makruh hukumnya mengebumikan jenazah pada waktu malam. Bagaimana pun, ada bapa saudara dan mak saudara allahyarham yang bersungut kerana tidak menunggu mereka tiba. Saya pasrah. Pengajaran bagi saya juga sebenarnya untuk selalu menziarahi saudara mara ketika masih ada, walau sesibuk mana pun, apatah lagi ibubapa kita di kampung, supaya tidak terkilan apabila mereka telah tiada.

  2. Setiap kali kita aniaya org, terus ditulis di buku amalan. Mungkin kita tak letak gambar, buat fake profile, tp malaikat yg catit amalan tu duk sebelah kita, sentiasa rekodkan segalanya dgn sgt tepat dan betul. Ya, org yg dianiaya tak perlu kenal awak siapa. Cukup la Allah dan malaikat pencatit yg tahu dan menjadi saksi kelak. Di akhirat nanti, setiap amalan kita diadili dan diberi balasan. Bukankah terasa rugi, apabila pahala ibadah kita habis tergadai dgn dosa kita aniaya org. Sedangkan klu kita tak aniaya org, hidup kita tak rugi sikit pun.

  3. Atok awak tu umur berapa? Klau dah lanjut usia tu memang wajib kena langkah sebab atok awak tu gayu (panjang umur). Tapi selalunya langkah mayat ni dibuat kat liang lahad. As per kis stature, he must not buried but entomb above ground in a sungkup.

  4. dtuk sya mninggal dlu pn cucu ccit dia kna langkah.klau yg msih kcil blum pndai jln pn kna juga lngkh.cma ccu ccit llaki.tp org dwsa yg tlong aturkan.kat tmpt sya bkn kat liang lhad.tp dkat ruai sblum kranda dibwa turun ke tnh pkubrn.mmg sram klau blckout wktu mcm tu.tp org iban kt tmpt sya hri ketiga atau tggu smua saudra smpai bru msuk liang lhad sbb bgi msa pda saudra yg jauh smpai.bnyk jga dgr crta msa myat si mati blum dikuburkn.tp crita kt atas ni bg sya sram jga.klau kt tmpt dia xthu lh nk buat apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.