Dipancung Bangun Kembali

Assalamualaikum.
DIPANCUNG BANGUN KEMBALI

Pokcik nak kongsikan kisah DIPANCUNG bangun kembali pula kali ini. Kali ini pokcik usahakan berdepan. Seorang lelaki menelefon pokcik. Katanya dapat nombor daripada anak kepada jiran emak mertua pokcik. Dia tinggal di Gambang katanya. Kerja sekali dengan anak jiran kepada emak mertua pokcik.

Menurutnya boleh kata si isterinya selalu kerasukan. Hampir setiap hari katanya sampaikan dia dah tahu apabila si isteri nak kerasukan. Nampak nak kerasukan, si suami akan memakai kupiah. Jadi Tok Gomol katanya.. Cerita bab Tok Gomol, dia pernah berubat di Indera Mahkota katanya. Pelik sangat permintaan si Bomoh. Nak dua bungkus rokok Dunhill, duit dan kuih kapit kalau tak salah pokcik.

Dah tu, habis dia pegang merata isterinya. Mentang-mentang muda, suka hati saja dia pegang merata. Tok Gomol sungguh kalau macam tu. Macam-macam perangai yang dia jumpa ketika membawa isterinya berubat sama ada perawat persendirian atau Pusat Perubatan Islam di Kuantan. Jadinya nak dipendekkan cerita, pokcik nak berjumpanya di rumah emak sahabatnya itu.. Dia setuju.

Sesampainya di sana, dia dan isterinya solat terlebih dahulu di masjid. Setelah itu barulah kami menuju ke rumah itu. Setelah dia menceritakan serba sedikit pengalamannya berubat barulah pokcik mulakan usaha. Pokcik dapat mengesan unsur saka. Selepas mohon dengan Allah untuk pagarkan saka itu, terus pokcik membaca ayat-ayat suci AlQuran. Dia pada mulanya tenang. Lama-kelamaan dia mula gelisah. Jarinya mula menguis lantai. Matanya mula menjeling pokcik seperti sedang marah. Dia akhirnya ketawa dan apabila ketawa berhenti, dia mula bercakap siam…

Terkejut juga pokcik. Bukan terkejut sebab dia merasuk tetapi sebab dia mula bercakap siam dan seperti sembah. Tambahan si perempuan ni berniqob. Takkan sihir pulak? Pokcik terus bacakan dan dia makin agresif. Jelingan dia menjadi-jadi. Kononnya kuat laa tu. Tengah dia dok bercakap siam dengan lancar kononnya power tu terus pokcik doakan kat Allah dan terus pancung. Kelepap dia jatuh dan pengsan. Tuan rumah mengambil bantal untuk alas dia tidur. Alhamdulillah. Dia mula sedar seminit dua kemudian.

Ketika dia pengsan tu sempat pokcik berbual dengan suaminya. Katanya si isterinya tu memang orang Siam. Patutlah. Ingatkan tok sami siam mana pulak. Rupa-rupanya dia dah tahu isterinya ada saka. Tapinya pergi ke pusat perubatan Islam dan tok bomoh, diorang minta semua adik-beradik berkumpul dahulu. Sebab itulah, dia usahakan sihir dahulu. Pokcik diam saja. Setelah bangun, si isteri duduk. Dia kelihatan tenang. Keadaanya sekejap sahaja sihat, berselang dua tiga minit dia mula sakit di beberapa bahagian. Belakang, kepala, hampir dengan bontot, belakang bahu tiba-tiba rasa seperti dicucuk dengan jarum.

Keadaannya lain pula kali ini. Tidak seperti seperti tadi, kali ini dia mengadu sakit. Pokcik cuba ikhtiarkan buang bisa seperti dicucuk dengan jarum di seluruh badannya itu. Sekali lagi dia mula merasuk. Kali ini dia mula menunjukkam keadaan seperti seseorang yang sedang memuja anak patung dan mencucuk di beberapa bahagian anak patung itu. Kali ini pokcik berdepan dengan sihir pula. Tengok dia mula cucukkan jari ke lengan dan sebagainya pokcik terus niat dan pancung. Sekali dia dia jatuh dan pengsan..

Alhamdulillah. Ketika dia pengsan itu pokcik sempat berbual dengan suaminya. Katanya dah banyak kali dia dia berubat. Puas dah katanya. Tok Bomoh bagitau, ini perbuatan kakak si isterinya sendiri. Pokcik diam sebab tak mahu timbulkan fitnah. Disebabkan dah banyak kali berubat dan si pelaku masih tidak insaf, pokcik meminta kebenaran untuk doakan dan pulangkan sihir kepada si pelaku. Si suami mengizinkan dan katanya kalau boleh pulangkan sahaja tanpa mencederakannya. Pokcik tak dapat bagi jaminan sebab itu haq Allah. Kali ini pokcik doakan dikembalikan saki-baki sihir pada si pelaku.

Serentak dengan itu, si isteri bangun dan duduk. Kakinya digedikkan seperti menyerupai orang yang dikenali oleh mereka. Kakaknya kata si suami. Dia mula ketawa, mengilai, menjerit dan menangis. Matanya ditujukan pada pokcik. Hahaha. Dia cuba bangun tetapi kakinya terpaku. Dia mula bersilat. Cantik juga bunga silatnya. Sekali lagi dia nak tunjukkan kekuatannya. Kononnya dia kuat laa tu. Pokcik terus cakap, aku nak tengok, Tuhan yang kau sembah atau Allah yang yang berkuasa. Tengah dia susun bunga dan macam nak tumbuk pokcik, terus pokcik pancung. Kelepap jatuh. Pengsan lagi..

Berselang tiga minit lebih kurang, dihantar lagi. Kali ini digunakan cara godaan pula. Si suami yang berada di sebelahnya digodanya. Gamaknya dia nak goda pokcik sebab macam-macam cara kasar dia hantar untuk menyerang tetapi tak berkesan. Habis si suami diraba olehnya. Hahhaha. Suaminya menepis dengan tangan. Gamaknya perbuatan itu menimbulkan kemarahan si penyihir. Kali ini tapak tangannya mula dikembangkan. Dia mencakar lantai sambil mukanya bergerak ke kiri kanan seperti harimau. Malas pokcik nak layan. Dalam hati pokcik cakap lebih kurang, tak ada kehebatan jin dan syaitan. Yang hebat hanya Allah. Serentak dengan itu pokcik makrifatkan butakan matanya. Sekali lagi dia pengsan.

Berselang tiga empat minit, dia mula sedar. Kasihan juga pokcik tengok sebab seperti mana diberitahu oleh si suami, memang si penyihir akan terus top up sihirnya apabila mana-mana jin yang dihantar olehnya dihapuskan atau dihalau oleh mana-mana perawat. Sebab itulah boleh kata si isterinya kerasukan hampir tiap-tiap hari. Cuma sebelum ini si saka tidak pernah bercakap dan memunculkan diri. Serangan kali ini lebih ganas gamaknya kerana tiada lagi campur tangan saka. Wallahuaklam.

Gamaknya tiap-tiap kali dihantar maka seizin Allah serangan dipatahkan maka akhir sekali si bomoh menunjukkan diri. Berselang tiga minit si sakit kemudiannya bangun bersila. Kali ini pokcik seolah-olah berhadapan terus dengan si bomoh. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Tangan kanannya seolah-olah sedang memegang satu mangkuk. Dia memasukkan sesuatu seperti patung ke dalam mangkuk itu. Patung itu kemudiannya diikat dan dicucuk dengan jarum. Masing-masing yang berada di situ seolah-olah terpaku kali ini kerana kini pokcik berhadapan sendiri dengan bomoh itu..

Lega hati pokcik, akhirnya si bomoh munculkan diri. Kini dia memasukkan berbagai benda ke ke dalam mangkuk itu. Entah apa yang dimasukkan pokcik tak tahu. Mulutnya kumat kamit membaca mantera. Pokcik sengaja melihat dahulu perlakuannya. Semua memerhatikan pokcik sebab pokcik tidak berbuat apa-apa. Biarkan, pokcik kata pada semua yang melihat pokcik. Semua kembali memandang si sakit. Tangannya tak berhenti-henti mengambil sesuatu di lantai seolah-olah ingin dijadikan ramuan dan dicampurkan ke dalam mangkuk itu.Dia akhirnya ketawa sambil menjeling pokcik. Aku tak takut dengan kau, kata pokcik. Suaminya tutut menyampuk. Tak ada siapa takut dengan kaum..

Si bomoh menjadi marah. Dia menepuk-nempuk dadanya dengan kuat. Aku gagah . Gamaknya itulah yang ingin disampaikan. Cepat-cepat si suami memegang tangan isterinya yang menumbuk-numbuk dadanya. Pokcik mula bersuara. Entah nak apa dengan budak ni? Dia berhentikan tepukan ke dada. Matanya bulat memandang pokcik. Dia menggengam tangan dan menaikkan ibu jari tangannya. Dia kemudian membawa jarinya itu ke tengkuk perempuan itu seolah-olah ingin memberitahu, aku ingin membunuhnya. Dua kali dia buat isyarat begitu. Dalam hati pokcik berbicara, nak nyawanya pergi minta dengan Allah..

Melihat angkuhnya ahli sihir itu, pokcik terus memohon dengan Allah. Kali ini serangan terus pokcik niatkan pada ahli sihir itu. Dia terus tumbang seizin Allah. Kali ini pokcik pergi ke kepala perempuan itu yang masih terbaring dan niatkan untuk menutup semua ruang ghoib dan laluan di tubuhnya. Setelah itu pokcik niatkan untuk memagarnya. Alhamdulillah, apabila dia sedar, tiada lagi serangan yang dihantar kembali oleh ahli sihir itu. Si sakit kembali sedar dan kepalanya disandarkan kepada sang suami sebaik sahaja dia bangun duduk. Kelihatan keletihan yang amat sangat. Tambahan pula, si sakit sedang berpuasa.

Pokcik berpesan agar dia menghubungi pokcik lagi pada malam itu sekiranya masih ada lagi gangguan.Alhamdulillah tiada apa-apa lagi yang berlaku sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan ahli sihir itu kembali insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Sekian secebis pengalaman pada petang semalam. Semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Kuat. Tiada daya upaya dan kudrat makhluk tanpa seizin Allah. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..

16 thoughts on “Dipancung Bangun Kembali”

    • Pokcik cerita melalui pengalaman yg benar2 belaka. Tidak ada satu pun rekaan atau ‘celok’ dari mana mana sumber. Beliau bukan seorng penulis tetapi bila bercerita melalui pengalaman..penulisan beliau hebat dari penulis yg sedia ada.Jgn sesekali fitnah atau bercerita yg tidak benar. Kerana kamu tidak mengenali beliau secara dekat. Terima dan baca. Kalau tidak jgn buka sesekali cerpen beliau. Lupakan shj. Tetapi jika anda masih membaca hingga sekarang maksudnya anda berminat dgn cerita beliau. Terima Kasih.

      Reply
  1. Masa dia bercakap Bahasa Siam tu, xde malay subtitle ke Pok Cik? Haahaha… Jgn marah, gurau je. Padan muka bomoh Siam tu. Dia fkr dia blh lawan ilmu Allah agaknya.

    Reply
  2. Kalau pokcik baca komen kitaorang,tgglkanlah no tepon, sy pun ada mslh saka gak ni, dok ikut je mana org pegi, xtau malu xjemput pun ikut,bila ckp nk g brubat dibakarnya dapur,nsib baik smpat pdm api..

    Reply

Leave a Comment