Assalamualaikum dan terlebih dahulu, terima kasih Fiksyen Shasha. Nama pena aku “Lubna”. Seperti biasa, aku sentiasa berkongsi pengalaman sebenar dari “aku” dan “keluargaku”. Kali ini berkisahkan dari pengalaman ayah aku. Bagi yang belum mengenali aku dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri aku serta perwatakan“ayah” sila ikuti kisah yang pernah aku kongsikan sebelum ini “ tertidur tidak solat isyak “.
Seperti yang aku pernah jelaskan dan ceritakan sebelum ini. Arwah atuk tidak pernah menurunkan ilmu perubatan islam kepada anak-anaknya. Namun “ayah” kerapkali sering mengikut kemana saja arwah atuk pergi. Dulu pernah juga terjadi kejadian tergempar dikampung. Kejadian tentang santau kepada bayi-bayi yang baru lahir, akibat dari seorang makhluk Allah yang tersesat dan terlalu taksub untuk mengamalkan ilmu hitam dan cuba untuk menguji ilmunya. Arwah atuk la yang di izin Allah untuk membantu mengubat dan berikhiar untuk menyembuhkan bayi-bayi serta penduduk kampung yang terkena tempias dari ilmu hitam makhluk Allah tersebut. Cerita ini akan aku kongsikan kemudian.
Kali ini, aku ingin lebih fokus untuk berkongsi pengalaman “ayah”. Cerita ini diceritakan terus dari “ayah” kepada aku serta adik beradikku.Cerita ini bermula ketika zaman 1980an, ketika “ayah” masih muda belia dan pada ketika mak aku tengah sarat mengandungkan kakak aku. Mak dan ayah sedang teruja untuk menantikan kelahiran anak sulong yang menjadi pengikat kasih dan amanah dari Allah. Seperti biasalah, ketika itu ayah masih muda dan merupakan seorang perokok tegar. Seperti yang kita ketahui. Sesiapa yang merupakan perokok tegar, kebiasaanya pasti memerlukan rokok ketika ingin “membuang hajat besar”. Nak dijadikan cerita,ketika itu sudah lewat malam dan ayah sudah kehabisan stok rokok. Dalam keadaan terdesak untuk membuang hajat. Ayah pun memberitahu mak untuk kekedai membeli rokok.
Pada zaman 1980an, dah tentulah jalan dikampung tidak punyai lampu jalan. Kiri Kanan kebun-kebun dan ada juga tanah yang masih belum dihuni atau diusahakan. Jarak antara rumah juga agak jauh. Apalagi kedai yang hanya ada seketul dua yang menjadi tumpuan orang kampong untuk memberi keperluan. Ayah pun pergilah menuju ke kedai runcit mamak yang agak jauh dari rumah dan merupakan antara yang paling dekat la pade ketika itu. Sedang ayah menaiki motor honda cup nya yang hanya berbekalkan cahaya lampu dari motor sambil ditemani keadaan gelap gelita disekeliling. Tidak lama selepas itu ayah terdengar bunyi yang terlalu kuat dan seakan pokok-pokok patah. Ayah agak terkejut dan memberhentikan motor untuk melihat keadaan sekeliling. Ayah menjangkakan mungkin ade penduduk kampung yang eksiden atau kanak-kanak jatuh basikal.
Yang peliknya,keadaan tiba-tiba sunyi sepi dan terase seakan-akan ada angin sejuk yang lalu ditubuh ayah. Ayah yang diasak oleh sikap ingin tahu yang berkobar-kobar pade ketika itu, mendekatkan sedikit jarak motornya kearah bunyi tadi. Sambil memulas-mulas lampu motornya ke atas. Kate ayah, motor honda lame ada yang lampunya boleh ditolak keatas. Sampai saja lampu motor ayah kearah atas pokok berdekatan. Ayah seakan tersentak kerana didepan ayah adalah pokok buluh yang agak rimbun. Ayah pun terdetik dalam hati “ Ikut pada cerita orang tua-tua, pokok buluh ni selalu ade penunggu”.
Tibe-tiba berbunyi lagi agak kuat diatas pokok buluh tersebut sehinggakan ade buluh-buluh yang patah akibat hempasan kuat dari atas pokok. Dalam keadaan yang berdebar dan agak takut, ayah pun cuba untuk memberanikan diri untuk melihat keatas pokok buluh itu. Pade ketika itu hanya Allah yang tau, bertapa terkejutnya ayah. Diatas pokok buluh tersebut. Kelihatan seperti seorang makhluk sedang duduk. Makhluk itu amat besar dan dalam keadaan duduk seakan-akan bersila. Jarak diantara kaki kiri ke kanan makhluk yang bersila tersebut menutupi seluas-luas dan serimbun-rimbun pokok buluh tersebut. Ayah terus pengsan. Setelah ayah sedar dan dalam keadaan ingat-ingat lupa. Tiba-tiba perut mula terase memulas-mulas serta teringat mak yang sedang sarat mengadung dirumah keseorangan. Ayah terus meneruskan perjalanan kekedai mamak tanpa ambil pusing ape yang terjadi sebelum ini.
Setelah membeli rokok dikedai mamak. Ayah pun terus pulang kerumah. Sesampai sahaja ayah dirumah. Ayah terus menyelesaikan hajatnya yang terbantut tadi. Tanpa menceritakan apa-apa pade mak. Kerana ayah tau, mak seorang yang agak penakut dan lemah semangat. Bermula dari kejadian tu, mak kelihatan agak gelisah ketika tidur. Kemuncaknya, keesokan harinya mak kerasukan. Ketika ayah ingin bersiap untuk pergi kerja. Kelihatan mak duduk disudut rumah. Dalam keadaan yang menunduk dan rambut yang menggerbang. Ayah terus mendekati mak dan cuba membaca ayatul kursi serta ayah cuba mengubatkan mak dengan sedikit ilmu yang ayah ketahui hasil dari penelitian ayah ketika mengikuti arwah atuk.
Ketika ayah membacakan ayat-ayat suci. Mak bertindak agresif cuba untuk mencederakan ayah. Mak langsung ketawa mengilai-gilai.
“kau baca apa tu??..salah bacaan kau tu..aku lebih pandai baca dari kau”
Mak pun membaca semula kalimah ayat suci yang ayah bacakan tadi. Ayah pun semakin cemas dan risau, lagi-lagi keadaan mak yang sarat mengandung. Hampir seminggu mak dalam keadaan begitu. Sehingga ayah meminta bantuan dari mak ngah aku untuk temankan mak ketika ayah berkerja. Ayah masih mencari ikhtiar menyembuhkan mak. Sehingga satu haritu, pak long menasihatkan ayah untuk berjumpa dengan seorang kenalan arwah atuk.
“Assalamualaikum Wak Mahadi”
“Waalaikumsalam,..Norman ye..masukla..aku tau kau nak datang”
“Wak Mahadi..maaflah..saye ade nak mintak tolong..” belum pun sempat ayah menghabiskan kata-kata.
“aku dah tau dah norman..isteri kau kena gangguan kan..kenape kau tak jumpa aku awal-awal”
“saya ade terfikir untuk jumpa wak..tapi wak tak sihat”
“InsyaAllah aku akan tolong selagi belum ajal aku norman..Ilmu ni pemberian Allah..bukan hak aku”
“terima kasih wak..dah merata saya berikhtiar..belum sembuh lagi isteri saya..saye bertambah-tambah risaukan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan tu wak”
Wak Mahadi pun mengajarkan cara-cara perubatan dan pantang larang kepada ayah.
“ Ni aku ajarkan kau Norman..orang-orang tua macam aku ni gelarkan “pagar Hutan” niatnya untuk melindungi kawasan rumah atau dimana-mana sahaja kite berada..tujuannya untuk memohon perlindungan dari yang maha Esa..tapi janganlah kau risau..semuanya dari ayat-ayat Al-Quran yang aku suruh kau tanda tadi..”
“baiklah wak”
“yang penting Norman..kau ikut pantang larang tu..pastikan kau tetap baring disebelah isteri kau ketika tidur..dan kau wajib tutup lampu dan tutup segala ruang agar tidak terlihat sedikit pun cahaya..dan ingat..teruskan bacaan kalimah Allah tu walau ape pun terjadi dan selama tiga hari berturut-turut”
Ayah pun pulang dan terus memagarkan rumah. Setelah ayah memagarkan rumah. Saudara mara yang berdekatan sering melihat rumah seperti tidak berpenghuni bahkan segala haiwan termasuk nyamuk dan semut pun tidak memasuki kawasan rumah yang telah dipagar. Disebelah malam pulak selama tiga hari berturut-turut dalam keadaan bilik yang gelap tanpa cahaya. Hilaian tawa mak semakin galak, malah katil seakan terapung-terapung dari lantai. Setiap malam ayah tidak dapat tidur dan pergi bekerja dalam keadaan mengantuk sehingga ditegur rakan-rakan sepejabat.
Setelah habis tempoh rawatan dan ayah pun membuka semula pagar. Mak pun kelihatan beransur pulih. Alhamdulillah dengan izin Allah, mak pun selamat melahirkan kak long aku. Namun setelah kak long aku lahir. Ketika dari hari pertama lahir, kak long menangis tanpa henti. Macam dalam cerita Ahmad albab tu, sebijik macam tulah kate ayah aku. Ayah pun berjumpa bidan kampung dan cuba mengubati kak long. Alhamdulillah, kak long aku kembali normal dan tak lagi menangis tanpa henti.
Sejak dari kejadian-kejadian yang menimpa mak dan kak long. Ayah aku mula untuk lebih mendalami ilmu perubatan islam. Bermula dari kenalan rapat arwah atuk , Pak long serta merata tempat. Ketika ayah mendalami ilmu perubatan islam ada juga sedikit pengalaman yang diceritakan kepada kami untuk dijadikan teladan. Sekian, jika ada masa akan aku cerita lagi kepada pembaca fiksyen shasha.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit