Disaat hijab terbuka(roh orang m**i)

Saya sebenarnya dah lama tak menulis dalam bahasa melayu jadi saya mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa dan penyusunan struktur ayat dalam cerita ini.

Saya perkenalkan diri saya dulu ya.. Saya Lina(bukan nama sebenar), anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Cerita yang saya nak sampaikan di sini adalah kisah benar yang berlaku 14 tahun yang lepas. Saya membesar dalam keluarga yang orang barat klasifikasikan sebagai ‘perfectionist’. Kami semua di ajar untk bersaing dengan adik beradik sendiri dan dalam family besar(senang cerita sepupu dan semua makcik makcik dan pakcik pakcik).

Keluarga kami sering dipandang hina oleh keluarga besar ayah saya sebab mak saya ni bukan menantu pilihan. Bagi mereka mak saya ni tak sekufu dengan ayah saya sebab pelajaran mak saya hanyalah sehingga tahap spm(saya tak pasti sama ada masa dulu panggil spm juga tak) jika dibandingkan dengan ayah saya yang graduate luar negara. Jadi, mak dan ayah saya memang jadi tegas gila untuk buktikan yang anak-anak dia semua boleh jadi pandai dan boleh kalahkan semua cousin kitorang walaupun pelajaran dia tak tinggi. Alhamdulillah adik beradik saya semua diberikan kecerdasan otak oleh Allah swt.

Tapi disebabkan benda ni dan sikap terlalu tegas daripada ibubapa saya membuatkan saya rasa sunyi sebab saya tak dibenarkan berkawan dan main kat luar rumah dengan kawan-kawan. Senang cerita saya ni takde childhood la. Saya lebih banyak habiskan masa dengan belajar sejak kecil lagi. (A/N: Maaf panjang sangat intro tapi saya rasa intro necessary untuk pencerahan para pembaca)

Daripada saya kecil lagi, saya dah faham dengan benda-benda ghaib ni (umur dalam 8 tahun camtu) Macam mana saya dah faham pun saya tak ingat. Maybe mak saya ada terangkan kot.. Walaupun saya tau pasal benda ghaib ni, saya buat tak kisah je sebab takde kaitan dengan saya dan sebab saya masih kecil lagi. Lagipun masa tu saya tak pernah sangka yang hijab saya akan terbuka.

Hijab saya mula terbuka time umur saya 10 tahun. Daripada kecil lagi, saya memang rapat dengan atuk sebelah mak saya. Atuk saya dulu ada kencing manis and kaki sebelah dia dah kena p****g disebabkan penyakit dia tu. Saya lah yang selalu berbual dengan atuk setiap kali balik kampung. Atuk suka makan dalam bilik dia dan setiap kali saya ada kat kampung, atuk saya selalu ajak saya makan sekali dengan dia. Bawah katil dia penuh dengan air kotak, air berkabornat dan jajan khas untuk saya. Kiranya saya ni cucu favorite atuk la. Saya daripada kecil dulu memang jenis yang chubby and mak saya lebih memihak adik-adik saya sebab bagi mak, saya ni hodoh. So, saya memang rapat dengan atuk.

Seminggu sebelum birthday saya, atuk dimasukkan ke dalam hospital sebab sakit dia makin parah. Doktor dah nak p****g kaki dia yg lagi sebelah tapi dia tak nak dan atuk memang sentiasa minta nak balik rumah dia. Dia cakap dia nak m**i kat rumah tapi makcik makcik saya termasuk mak saya berkeras nak dia dirawat di hospital. Ye lah.. Siapa je yang nak percaya bila atuk cakap dia dah nak m**i. Masa malam birthday saya(contoh: 21 april, malam birthday tu malam 20 nak masuk 21 #bukantarikhsebenar) tu, saya dan keluarga tidur kat rumah atuk lepas balik daripada melawat dia kat hospital. Malam tu, saya mimpi atuk meninggal kat hospital dan dalam mimpi tu nampak semuanya daripada mayat arwah kat hospital sampai la ada dekat tanah perkuburan masa orang tanam mayat atuk sehinggalah sampai habis proses bacaan talkin. Habis je orang baca talkin dalam mimpi saya tu, saya dengar suara mak saya kejutkan saya bangun tidur. Saya perasan pipi saya basah dengan air mata dan bila saya pandang mak saya dan tengok mak saya menangis, soalan pertama saya kat dia sebelum dia sempat cakap apa-apa :

”angah mimpi atuk dah takde.. betul ke atuk da meninggal?”

Mak saya terkejut tapi maybe sebab tengah sedih sangat, dia just angguk dan suruh saya pergi ambik air sembahyang dan baca yassin untuk arwah. Saya terkedu untuk seketika tapi gagahkan diri ambil wudhu’ dan baca yassin untuk arwah. Tapi, saya perasan setiap benda yang berlaku daripada proses bacaan yassin sampai la proses kebumi mayat dan bacaan talkin semua sama macam mimpi saya. Setiap orang yang datang, kedudukan orang yang hadir danΒ  lokasi tempat pengebumian pun sama macam dalam mimpi saya. Masa tu saya dah pelik tapi saya tak ambil kisah sangat sebab tengah sedih lagi.

Malam lepas pengebumian tu, arwah atuk saya datang dalam mimpi saya. Arwah pesan supaya saya jaga keluarga saya elok-elok sebab akan ada ramai orang yang dengki dengan family dan dia cakap dia akan datang melawat saya setiap malam jumaat. Dia juga pesan supaya jangan tinggal solat lima waktu dan hanya saya yang mampu jaga family daripada muslihat dan tipu daya manusia. Besoknya, saya dapat tahu daripada mak cik saya yang atuk meninggal tepat-tepat masa dan waktu yang sama macam saya lahir dulu, tepat-tepat masa azan subuh berkumandang.

Dua hari lepas mimpi tu, saya turun rumah bawah (rumah arwah ada dua tingkat. Rumah bawah jarang orang guna kecuali kalau ada tetamu datang. Bilik-bilik dan dapur semua kat rumah atas sebab rumah atuk, dia bina kat bukit and rumah tu ikut bentuk naik bukit tu so kat rumah atas tu ada pintu keluar masuk juga) untuk cari sepupu saya tapi takde orang kat bawah jadi saya naik balik. Masa tengah naik tangga tu saya ada dengar bunyi suara lelaki berbisik bagi salam kat saya. Saya pusing belakang tengok takde orang, pandang ketingkat atas pun takde orang. So, saya buat bodoh je la sebab ingatkan saya berhalusinasi je.

Saya terlupa pasal benda tu sampai lah time saya nak mandi petang. Time tu nak balik rumah dah sebab ayah suruh mandi dulu. Masa dah masuk bilik air, saya dengar lagi suara orang perempuan bagi salam kat saya. Sedangkan masa tu saya memang tengah sorang-sorang dalam bilik mandi tu. Saya ni jenis yang berani sikit and masa tu maybe sebab bengang kot. Kita nak mandi boleh pulak ada yang mengintip. Tak kisah la bunian ke, jin ke atau iblis pon, malu kot… Jadi, saya tengking sesape yang bagi salam tu:

”aku tak tau sape kau atau dari mana kau datang atau asal kau tetiba ada dalam bilik air dengan aku. Yang aku tau sekarang ni aku nak mandi. Kau berambus keluar sekarang”

Habis je saya cakap macam tu, saya rasa satu tiupan angin yang agak kuat ke arah saya dan menuju ke arah pintu bilik mandi. Pintu tu bergegar. Saya terus mandi dan bersiap untuk balik.

Jarak rumah atuk ke rumah kitorang amik masa 4 jam perjalanan menggunakan kereta. Saya awal-awak lagi dah buat taik mata kat belakang. Dah separuh perjalanan tiba-tiba saya tersedar dari tidur. Saya terpandang ke luar tingkap dan saya nampak ada satu lembaga putih menyerupai nenek saudara (saya panggil nenek B la) saya yang tengah sakit senyum kat saya. Muka dia nampak sedih. Meremang juga la bulu tengkuk masa tu dan saya dapat satu perasaan ganjil dalam hati. Rasa macam tak sedap je hati ni. Macam ada khabar buruk menanti. Saya cepat-cepat suruh mak saya telefon atuk B untuk tanya keadaan nenek B tu. Mak saya marah dan cakap “gila ke apa nak call orang malam-malam macam ni”. Dah pukul 10 masa tu dan betul juga cakap mak. Orang tentu dahΒ  nak tidur. Hati ni masih rasa tak tenteram lagi tapi saya diam je dan jenguk keluar tingkap semula. Tak sampai lima minit, mak saya dapat call daripada atuk B. Nenek B baru meninggal dunia beberapa minit yang lepas. Masa tu berderau d***h saya. Maksudnya yang tadi ada kat luar tingkap kereta tu roh nenek B la? Kenapa dia datang kat saya? Macam mana saya boleh nampak dia? Ayah patah balik ke rumah nenek B untuk urusan pengebumian arwah.

Tiga bulan selepas kejadian tu, saya bersiap untuk tidur. Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Saya dah baring atas katil tapi mata tak nak pejam. Hati ni rasa gelisah semacam. Saya pandang ke katil adik-adik, tengok mereka dah tidur. Saya cuba pejam mata dan hampir-hampir tertidur bila saya terdengar ada sayup-sayup bunyi loceng. Makin lama makin kuat bunyi tu.

Ting..

Ting…

Ting…..

Entah macam mana fikiran saya terbayang sepupu saya, arif(bukan nama sebenar) dan hati saya makin rasa tak sedap. Rasa ni sama macam apa yang saya rasa masa dapat nampak arwah nenek B kat tingkap kereta. Saya cepat-cepat turun katil untuk beritahu mak saya. Bila saya buka je pintu bilik, mak saya pun buka pintu bilik dia. Muka mak panik.

“Cepat kejut adik-adik. Bawa baju lebih. Arif kemalangan motor. Teruk. Dia kat icu”

Saya dah dapat agak ada benda buruk berlaku. So, saya terus kejut adik-adik saya dan kemas beg baju. Along turut bantu saya siapkan adik-adik punya beg. Dalam perjalanan, telinga saya sentiasa dengar bunyi loceng tadi. Bila saya tanya mak dan ayah, mereka cakap takde bunyi loceng pun. Separuh perjalanan, bunyi loceng tu berhenti dan lima minit selepas tu, benda yang sama berlaku macam masa nenek B meninggal. Roh arwah Arif ada kat luar tingkap kereta. Tapi roh arwah senyum gembira dan hilang lepas beberapa ketika. Saya terus sedekahkan al fatihah dan beritahu mak dan ayah yang Arif dah takde. Mak dengan ayah marah bila saya cakap macam tu. Siapa la nak percaya cakap budak kecil umur 10 tahun kan? Apa yang saya cakap terbukti betul apabila mereka menerima satu panggilan telefon mengatakan yang Arif dah meninggal.

Saya tak tau la sama ada yang saya nampak tu betul-betul roh atau tak. Tapi kat sini, saya nak selit cerita sikit berkenaan Arif buat pengajaran semua pembaca. Bukan nak buka aib tapi saya rasa ni pengajaran paling berguna buat semua. Arwah dulu budak pandai. Dia memang pandai sampai jadi top scorer setiap kali exam kat sekolah. Tapi disebabkan tekanan hidup dan masalah keluarga(mak dia ni gila harta), dia jadi penagih dadah and drug dealer. Punya teruk dia ni sampaikan adik-adik dia pun terikut sekali. Tapi, 3 bulan sebelum arwah meninggal, dia berubah 360Β°. Dia sendiri putuskan hubungan dengan awek dia secara damai, solat, ngaji, dan dia berazam .untuk bawa balik adik-adik dia ke pangkal jalan. Tapi sayangnya, dia pergi dulu. Sebab tu saya rasa roh dia yang saya nampak tu tersenyum gembira. Intihannya, walaupun kita banyak buat dosa tapi tak semestinya kita tak boleh nak bertaubat. Dan, just because kita nampak seseorang tu jahat, tak semestinya dia bukan calon ahli syurga. Selagi nyawa tak sampai ke kerongkong, taubat kita masih diterima oleh Allah swt.

Sekiranya cerita ini di publish oleh admin FS, saya akan sambung part 2 dan seterusnya dimana hijab saya terbuka bukan setakat untuk orang m**i, tapi juga untuk melihat dan merasa ancaman-ancaman sihir yang dihantar kepada keluarga saya, saka puteri bugis dan bagaimana jin berhasrat untuk menjadi teman dan melindungi saya.

Β 

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Miss A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

21 thoughts on “Disaat hijab terbuka(roh orang m**i)”

  1. Assalamualaikum miss A….saya suka cerita muss A..kemas & mudah faham..cepat2 ya tulis cerita baru..al.fatihah untuk awwah atuk,nenek B & Arif…

    Reply
  2. More please. Direct je story. Well done.

    Jgn mcm yang lain2 tu, banyak yang acah2 penulis sohor, cerita dah best tapi nak tulis macam penulis novel, last2 cerita tak sampai ke pembaca.

    Reply
  3. Best tulisan saudari. Mudah difahami dan tersusun. Tak macam orang yg dah lama tak tulis dalam bahasa melayu. cerita pun best. X sedar baca dah nak.abis cerita. Sambung lagi ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.