Disakat di Kem Sekolah

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai CL (Bukan nama sebenar). Maaflah jikalau bahasa yang saya gunakan ni agak berterabur. Saya harap admin dapat terima cerita saya ni. Saya ingin berkongsikan satu kisah seram yang pernah terjadi pada diri saya. Bersesuaian dengan tajuk cerita saya, “Sakat”.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya mulakan…

Sekitar tahun 2007, di mana pada ketika itu saya merupakan pelajar darjah lima di sebuah sekolah di Ipoh (nama sekolah dirahsiakan). Memandangkan tahun depan kami semua akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kami dikehendaki mengikuti “kem ibadah” yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Memandangkan bilangan murid darjah enam sangat sedikit, jadi kami semua diwajibkan untuk menyertai kem tersebut.

Baiklah, nak dijadikan cerita, malam tu kami semua macam biasalah, duduk di bilik darjah, di mana bilik darjah itulah dijadikan tempat tidur kami. Memandangkan bilik darjah yang kami hendak tidur tu dekat sahaja dengan surau (selang satu baris bilik kaunseling), ia memudahkan kami untuk pergi ke surau.

Cerita dia bermula apabila semua orang sudah bergerak pergi ke surau untuk solat Isyak berjemaah. Aku dan hanya beberapa orang kawan tinggal di bilik darjah (tempat tidur kami). Biasalah, kami perempuan. Ada keuzuran. Nak dijadikan cerita, masa sedang kami beristirehat dalam bilik tu, tak adalah kami buka cerita seram ke apa. Kami cuma bersembang pasal aktiviti apa yang kami perlu lakukan pada keesokan harinya sahaja.

Tiba-tiba salah seorang rakan non-muslim kami, Rah, datang ke arah kami dan tanya; mana dia punya colok sembahyang. Dia kata dia baru jer letak depan dia tadi. Takkan boleh hilang kot? Aku pun mulalah dah sedap hati. Dalam hati aku macam-macam rasa dah ada waktu tu. Cuma aku tak nak keruhkan keadaan, jadi aku diam jelah.

Sedang asyik yang lain tolong cari colok si Rah tu, tiba-tiba lampu bilik kami terpadam. Bukan setakat terpadam je, masa terpadam tu boleh pulak ada bunyi anjing menyalak bulan, “awooooooo!” Kedengaran cukup jelas dekat luar bilik kami. Cukup jelas! Kami pun duduk berkumpul satu tempat di dalam kelas tu. Pada masa tu, tetiba aku rasa belakang aku macam ada hembusan udara panas atau berbahang. Lantas aku decide untuk keluar dari bilik darjah tu.

Masa aku keluar, aku terfikir nak pergi ke surau yang selang satu dari bilik kaunseling. Jadi masa aku pergi surau, aku tengok semua sedang solat lagi. Jadi aku pun tahan diri dulu dari menjerit tak tentu pasal.

Pada ketika itu, aku bercadang untuk duduk bersandar pada pintu bilik kaunseling. Baik macam tu, daripada aku masuk bilik darjah yang gelap tu, lebih baik aku tunggu dekat luar.

Nak dijadikan cerita, masa aku sandar dekat pintu tu, tiba-tiba pintu tu bergoncang-goncang dengan kuat, macam nak pecah. Macam ada orang cuba nak bukak pintu! Sumpah masa tu aku dah tak tahu nak buat apa. Sebab baru teringat pakcik tu cakap, pintu bilik kaunseling tu kuncinya tak ada, sebab tu cikgu-cikgu aku tak tidur situ. Dah tu, siapa lagi yang dok menggoncang tu kalau bukan benda-benda tu nak sakat aku. Badan aku jadi kaku sekejap. Mulut terkumat-kamit baca ayatul Qursi, sementara tunggu geng yang lain selesai solat.

Selesai diorang solat, barulah aku dapat kekuatan untuk berlari meluru ke arah mereka. Aku pun dengan terketar-ketar beritahu, “c-cikgu… ada hantu dekat bilik kami! Tadi lampur terpadam! Lepas tu ada bunyi…”

“Apa kamu merepek ni? Mana ada hantu?!” Cikgu tu potong cerita aku cepat-cept.

“Iya, cikgu! T-takkan saya nak tipu kot!”

“Tu kenapa bilik darjah (tempat tidur) korang gelap? Mana yang lain?”

“Diorang ada dalam bilik darjah tu… t-tengah menangis ketakutan tu cikgu,”kata aku, macam nak menagis.

“Jom semua, pergi tengok budak-budak lain!” Arah cikgu aku. Maka kami beramai-ramai meluru ke arah bilik darjah untuk memeriksa keaadaan rakan lain yang berada dalam bilik tu. Buka jer pintu bilik darjah, diorang ada yang menangis, ada yang cuba pujuk kawan yang menangis tu.

Lalu cikgu mengarahkan ke semua murid perempuan untuk tidur di bilik kelas lain yang lebih dekat sedikit dengan tempat tidur guru-guru. Lepas bertukar tempat tidur, barulah keadaan menjadi seperti biasa kembali. Apa yang ingin disampaikan ialah benda-benda halus ini ada di mana-mana, cuma apa yang perlu dilakukan oleh kita ialah jangan terlalu takut dan jangan juga terlalu berani.

Alhamdulillah, tiada sesiapa yang kena hysteria pada ketika itu.

Kongsi kish anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik Lyiana
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

133 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *