Disangkakan Strok Tetapi…

Baru-baru ini, aku mendapat satu panggilan dari seseorang. Bermulanya begini, aku ketika itu selesai mandi petang dan bersiap untuk solat jemaah bersama keluarga. Ketika itu, kami mengadakan solat hajat dan jamuan kecil untuk datuk sebelah isteri kami yang tidak berapa sihat keadaannya. Selesai mandi, aku ke kamar aku dan tergerak hati untuk memeriksa handphone aku.

‘2 misscalls from 01xxxxxxx’

Aku menelefon kembali.

“Hallo?” Ucapku.

“Hallo, is this Mr. Syafiq?”

“Yes, what can I help you ma’am?” Tanyaku seraya mendengar suara seorang perempuan cina berusia 30 ke 40an di talian.

“I am Becky from Sabah. Can I call you Syafiq? Because you look young. Kamu nampak muda dari sia.”

“Ya, boleh puan. Kenapa ya?”

“Sia call because Syafiq..things happened these few months. It started on April..aaa..can I speak in English, Syafiq?”

“Sure ma’am. You can converse in English.”

English aku sederhana saja. Tidaklah fasih tetapi boleh berkomunikasi jika diperlukan. Ada masa gagap juga.

“I work in Australia..my boss gave me 2 years of unpaid leave for me due to my condition…”

Kak Becky menerangkan bahawa dia diberikan cuti 2 tahun atas sebab keadaannya yang memerlukan rehat yang panjang.

“Ianya bermula ketika sia sedang bekerja. Sia jatuh tiba-tiba..kaki sia kebas..tangan sia juga kebas..”

Aku setia mendengar. Kak Becky seorang yang boleh bercakap lama tanpa henti. Aku dapat mengagak Kak Becky berdarah Sino dan ternyata benar jangkaanku.

“Sia jumpa doktor beberapa kali di Australia..even admitted few times..suspected stroke..but the doctors could not give me answers..mereka tanya sia apa sebab sia begini..the doctors said this is different than stroke.Sia tanya balik..how should I know? You are the doctor..you know better..”

Akhirnya selepas diagnosis dan dimasukkan ke hospital swasta selama beberapa hari. Doktor hanya bagi ubat strok dan beberapa ubat kepada Kak Becky. Dan strok yang dihidapinya adalah disebelah kiri badannya.

Malah Kak Becky pergi rukyah di salah satu pusat rukyah yang masyhur di kawasan Selangor. Setelah 3 kali rukyah, akhirnya mereka mengesahkan bahawa Kak Becky memang ada simptom sihir.

“And that’s the reason why I contacted you earlier..I don’t have any IG or FB account..my sister found your story on FB..and we decided to contact you..sia percaya sama rawatan Islam ya Syafiq..” Jelas Kak Becky.

Akhirnya, Kak Becky menjemput aku untuk ke Sabah. Aku memutuskan untuk ke Sabah bersama Dolah, menantu Haji Adi, untuk pertama kalinya ke luar negeri setelah aku katakan bahawa aku tidak buat rawatan jarak jauh.

Seminggu Kemudian

Alhamdulillah, aku dan Dolah sampai ke Sabah. Bertolak dari rumah seawal 4 pagi. Naik flight pukul 6 dan sampai ke tempat Kak Becky pukul 11 pagi. Aku dan Dolah sekadar membawa beg di belakang setiap sorang. Segala kos ditanggung oleh Kak Becky. Pertama kali sampai ke salah satu bandar Sabah tersebut membuatkan hati kami berdua girang.

Malamnya, pukul 9 lalu, Kak Becky menelefon aku.

“Hallo adiknya, akaknya dibawah yaa..ada bapak dan emak akaknya dibawah. ”

Aku sampai ke lobi dan menjemput mereka ke atas. Dolah hanya menunggu di bilik kami. Kak Becky dipapah oleh kedua orang tuanya. Famili yang sangat mesra pada pandanganku. Kedua orang tuanya tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirawat, maka mereka menunggu di lobi.

Kak Becky duduk di katil aku, manakala aku duduk di katil Dolah dan Dolah duduk di kerusi.

Aku memulakan bicara.

“Kak,boleh akak cerita apa yang berlaku?”

Kak Becky menyatakan bahawa beliau ketika semua benda tersebut bermula, sedang sibuk bekerja, separuh badan kirinya kebas dan hampir rebah. Dimasukkan ke hospital. Namun tiada perkembangan baik walaupun dos ubat telah ditambah beberapa kali.

“Akaknya tanya sama kawan akak..uii..betul ka kalau strok ada itu kain putih melimpas? Kawan akak jawab..kau gilak ka..mana ada strok macam gitu.”

Kami gelak. Akak Becky seorang yang sangat positif.

“Tapi alhamdulillah jumpa penulisan adiknya Syafiq..and I was thinking of trying out to reach you..my husband gave me permission..suami akak di Australia yaa..”

Uniknya Kak Becky, walaupun beragama Kristian, sering menyebut ‘InsyaAllah’ dan ‘Alhamdulillah’. Menurut beliau, di Sabah memang begitu. Tanda mereka harmoni. Aku memahami suasana sebegitu.

Kak Becky sering mimpi buruk. Salah satunya mimpi rumahnya dikotori sebaldi ular,najis dan haiwan yang berbisa lainnya.

Tanpa melengahkan masa, aku mengarahkan Kak Becky memejam matanya. Aku memandang Dolah. Dolah mempersilakan aku membuka mukadimah. Aku akur. Dolah duduk bersila dan mula ‘memantau’.

“Kak, fokus ya..doa kepada Tuhan agar proses akak mudah yaa..”

Kali ini tiada zikir Ya Latif disarankan kerana menghormati pegangan agama masing-masing. Hanya aku dan Dolah yang berzikir.

“Segala penyakit dan apa bentuk gangguan..turun dari ubun-ubun!”

Kak Becky tenang. Sungguh, dia sangat tenang.

“Di belakang tengkuk! Di dada! Turun habis!”

Segala yang mengganggu diperintahkan bergerak ke kaki. Apabila aku merasakan segala gangguan ke kaki, aku ‘menarik’ dari jauh dan dipulangkan kepada yang Haq, yakni Allah Taala.

Dolah ‘membesarkan dirinya’. Sebesar-besarnya untuk memantau pergerakan mereka yang menjadi dalang. Lebih besar dari gunung!

“Kak, saya lihat perempuan tua di kaki gunung.” Ujar Dolah kepada kami. Dolah yang gergasi dengan mudahnya melihat siapa dalangnya.

Aku membalas kepada Dolah, “Kamek nampak juak..pompuan berbaju etnik..tua rupanya, syeikh.”
(Saya nampak juga..perempuan berbaju etnik..tua rupanya)

Seakan akan pakaian etnik Kadazan dan berusia sekitar 50an.

Dolah mengangguk. Bererti puncanya memang sebab dihantar oleh seseorang.

Kak Becky diperintahkan ke hadapan rumahnya yang tidak jauh dari hotel kami.

“Kak, ada nampak apa-apa?”

Kak Becky menggeleng.

Aku menoleh ke arah Dolah. Dolah mengambil alih.

“Kak, ada lihat kabus?”

“Ya..ada.”

Kak Becky di hadapan rumahnya melilau keadaan sekeliling. Yang ada hanyalah asap kabus. Dolah memerintah agar kabus itu berubah ke bentuk asalnya.

Kabus tetap dengan keadaannya. Tiada perubahan. Dolah memandu dan memberi arahan untuk Kak Becky.

“Beredar kabus!” Kata Kak Becky setelah diarah oleh Dolah

Tiada lagi kabus. Kak Becky memandang dirinya sendiri. Dari kepala hingga ke kaki, sedikit demi sedikit setiap inci badannya sendiri diperiksa kemas.

Kak Becky melihat di pipi kirinya ada paku, jarum dan pasir.

“Lagi kak?” Tanya Dolah.

“Di tangan kiri saya ada pasir, tanah, kaca…dan mangkuk..tulang juga..” balas Kak Becky.

“Baik kak, lihat kaki kiri akak. Pinggang.” Arah Dolah.

“Kaki saya..adaa..ada mangkuk juga..tulang..pasir..kaca..”

“Kak, panggil yang bertanggungjawab ke atas akak ni depan akak.”

Muncul lelaki dan perempuan tua dihadapan Kak Becky. Suasana dihadapan rumah mulai rancak.

Kak Becky mulai merantai kedua-dua mereka dalam satu ikatan. Keduanya menjerit kesakitan akibat kepanasan yang amat.

“Syeh, bomoh Siam.” Kata Dolah kepadaku.

“Akak kenal kak?” Tanya aku.

“Laki tu sia tidak kenal..perempuan itu. Ya..kenal.”

“Arghhhh! Lepaskan aku!” Jerit perempuan tua itu.

“Kenapa kau buat aku begini ba makcik?” Tanya Kak Becky. Rupanya makciknya sendiri yang membuatkan anak saudaranya kesakitan selama beberapa bulan ini.

“Diam! Kau tunggu sana..takkan kau terlepas!” Jerit makciknya.

Lelaki bomoh Siam tersebut kesakitan. Mereka berdua meronta dan cuba melawan namun gagal. Yang ada hanyalah rantai yang semakin ketat dan panas.

Dalam masa yang sama, Kak Becky mengarah benda asing yang ada di mukanya keluar.

Benda-benda seperti jarum, pasir,tanah dan kaca di keluarkan dan di awangan di hadapan Kak Becky. Kedua dalang tersebut hanya mampu melihat dengan geram. Jelingan mereka ke arah Kak Becky tajam.

Seterusnya, di tangan kirinya, benda yang sama dikeluarkan. Racun dan bisa perlahan-lahan keluar dan terbang dihadapan Kak Becky.

“Okay kak, dah keluarkan punca di tangan kiri?” Tanya Dolah.

“Yaa..sudaa.”

“Gerakkan tangan akak.”

Kak Becky memusing-musing tangannya.

“Wahh..ringan tangan sia sekarang..sedap baa.”

Aku dan Dolah tersenyum puas.

“Sekarang buat benda yang sama di bahagian lain..di pinggang..rahim..kaki.” Arahan dari Dolah.

Muncul mangkuk, pasir, kaca, jarum dan tulang panjang dari kaki kiri Kak Becky. Manakala di rahimnya, mangkuk disumbatkan oleh makcik juga berjaya dikeluarkan. Tiada lain, agar tidak mendapat zuriat!

Kak Becky menggerakkan kaki kirinya. Alhamdulillah, kakinya lebih banyak pergerakan berbanding sebelumnya. Nampak senyuman Kak Becky.

“Eh..ada orang berdiri di sebelah sia sekarang ni..”

“Sapa kak?” Serentak pertanyaan dari aku dan Dolah.

“Sia tidak kenal..lelaki..”

“Biar dia dulu..rantai dia..kita fokus bomoh dan makcik dulu kak.” Pesan Dolah.

Lelaki yang disebelah Kak Becky kemudiannya dirantai.

“Api dari tanah! Hadir!”

Bulatan api merah mengelilingi bomoh dan makcik tua. Mereka semakin meronta. Mereka menangis meminta ampun. Tiada lagi ego dari pihak mereka.

“Kak, tarik segala ilmu kotor mereka..dari perut!” Aku menyambung.

Kak Becky membuka perut kedua mereka. Teriakan mereka semakin kuat! Ilmu jahat ditarik keluar dan dikembalikan dengan pantas kepada yang empunya segala ilmu, Allah.

Mereka terduduk lemah. Tidak mampu berbuat apa-apa.

Kak Becky memerintah mangkuk dan segala benda yang dikeluarkan tadi disumbatkan ke dalam badan mereka berdua.

Terjegil mata bomoh dan makciknya. Sakit bukan kepalang.

“Akak,tanya tulang itu, mana asalnya.” Tanya Dolah.

Kak Becky memerintah tulang yang ada kembali ke bentuk asal.

“Ikan.” Ringkas saja jawapan Kak Becky.

“Kak, suruh ikan itu pulang ke tempat asal dan jangan ganggu umat manusia lagi.” Balas Dolah.

Hijab antara ikan dan Kak Becky diwujudkan. Ikan itu pulang ke tempat asalnya.

“Lagi kak? Apa lagi yang tinggal?”

“Satu tulang.. yang di kaki sia tu..panjang.”

Tulang tersebut kembali kepada lelaki yang berdiri di sebelah Kak Becky awal tadi. Rupanya, tulang lelaki tersebut diguna untuk menyakiti Kak Becky.

“Kau tidak boleh kacau kami lagi..ya?” Kata Kak Becky.

Lelaki tersebut menangis dan mengangguk. Dia hanya mayat yang tidak bersalah dalam hal ini.

“Pulang ke tempat kau!”

Mayat tersebut kembali bersih dan hilang. Pulang ke kuburnya

“Sekarang, kamu berdua, jangan lagi ganggu orang..niat jahat kamu hilang sudah..”

Bomoh dan makcik menangis lemah.

Lantas lubang dihadapan mereka terbuka luas. Mereka berdua ditanam sedalamnya. Lubang langsung ditutup kemas dan dikunci.

Kak Becky lega dan menoleh ke arah pintu rumah. Dolah meminta aku mengarah Kak Becky kali ini. Segala pelusuk rumah diperiksa kemas. Dari ruang tamu hingga ke dapur. Dari bawah tanah hingga ke atas atap rumah. Alhamdulillah. Tiada yang ganjil dijumpai.

Kak Becky berjalan ke ruang tamu dan menjumpai dirinya duduk.

Menangis Kak Becky melihat keadaan dirinya yang duduk. Lemah tak bermaya. Lantas pakaian dirinya yang duduk ditukar. Berbaju putih kemas dan cantik. Dipeluknya erat. Kak Becky menangis.

“Kenapa manusia sanggup buat sia begini?” Tangis Kak Becky. Aku dan Dolah hanya membiarkan dia menangis sepuasnya.

“Sudah puas kak menangis?” Tanyaku.

Anggukan dari Kak Becky.

Lantas Kak Becky bersatu dengan dirinya. Kak Becky merasakan satu semangat baru. Nafas baru! Dipintanya cahaya dari Maha Pencipta menerangi seluruh dalaman dan luaran rumahnya. Suasana rumah lebih nyaman dan terang.

Selesai! Kak Becky membuka matanya dan kembali menangis.

Kak Becky menceritakan segalanya. Menurut Kak Becky, makciknya masih tidak puas hati dengan kesenangan keluarganya. Dan Kak Becky mengakui duit keluarganya ‘tidak bersih’ dan dia membawa diri ke Australia untuk hidup dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Jujur ba sia cakap, makcik juak tanah tu dapat dalam juta juga tu..apa lagi dia mau?”

Terkejut aku dan Dolah. Amaun jutaan ringgit masih lagi tidak puas hati. Nafsu!

“Sia cakap betul..sia bukan mau sombong..sia di Australia..gaji sia setahun boleh beli Semi-D..itu sebab sia tidak takut tambang adiknya berdua.”

Aku terkejut. Dolah juga begitu. Itu baru gaji Kak Becky, belum lagi suaminya. Lagi besar gajinya.

“Nanti ada masa sia sihat. Sia bawa adiknya berdua dan famili ke sana ya.”

Aku dan Dolah hanya senyum dan mengiakan pelawaannya. Yang kami harapkan adalah kesembuhannya.

Aku membersihkan badan Kak Becky dengan nur(cahaya).

“Kaki dan tangan sia rasa lebih bagus baa.. dapat suda tu gerak berbanding tadi tu.”

“Akak, sekarang akak cari tukang urut saja kak..sebab kesan berbulan tak bergerak sangat..urat jadi tegang.”

Kak Becky faham. Malam itu, Kak Becky meminta diri pulang. Kedua ibu bapanya menjemputnya di bilik kami berdua. Aku dan Dolah ke mamak akibat belum lagi makan malam. Kira-kira pukul 11.30 malam operasi merawat selesai.

Kak Becky, kami doakan akak sihat semula. Jangan pernah putus asa kerana ujian itu tanda kasihnya Tuhan kepada hambanya.

Salam dan selawat!

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi
FOLLOW FB KAMI.

20 comments

  1. Best.

    Cara rawatan ni saya teringat macam dalam buku-buku Tok Awang Ngah yang saya pernah baca. Keluar dari badan(dalam tu dia panggil tidur) dan mencari punca gangguan.

  2. Hai, kmk org kuching ingin berubat mcm tok juak. Kmk org keluarga dah lamak menderita disihir org selama 10tahun lebih dh hidup dlm keadaan sengsara. Adik no 2 gik disihir girlfriend, mak bapak gik disihir org sik puas hati. Mun boleh mintak no hp. Thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.