Disediakan Hotel kerana Flight Delay, Tak sangka Terpaksa Hadap “Gangguan” Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera admin dan para pembaca Fiksyen Shasha (FS). Nama den, Tash. Selama ini, den silent rider dan kadang-kadang ada komen sikit pasal cerita penulis lain.

Kalau cerita den ni dipublishkan, terima kasih banyak-banyak. Sudah lama den nak hantar ke FS ni tapi yang memotivasikan den menulis ini pun sebab ada cerita kisah pelantar minyak sebab den pun dari industri yang sama, Minyak dan Gas; cuma den belum pergi offshore lagi, semuanya di pejabat saja. Kalau ok, insyaAllah den hantar lagi 

Ok. Bismilahirrahmanirrahim…

Kisah ini antara kisah-kisah misteri dan angker yang pernah den alami. Dari kecik lagi den dah pernah terkena tapi cerita ini menjadi pilihan den sebab itulah ujian Allah yang paling hebat den kena kalau poskod dia “Angker dan Misteri”. Subhanallah.


KELETIHAN YANG BERPANJANGAN
Oleh Tash.
Den ingat lagi tahunnya 2010; kira-kira lapan tahun yang lalu. Masa tu den masih bertugas di Kuching, Sarawak. Disebabkan den ini spesis “lipeh” bak kata orang Sarawak kat orang Malaya, den selalunya akan pulang ke Semenanjung bila ada kesempatan.

Tibalah satu hari di bulan Oktober, pergh! Teringat Tragedi Oktober Awie pulak. Oh! Sebelum tu, nak bagitahu, kerja den ni kebanyakannya jumpa ramai orang selain buat kerja-kerja yang berkenaan minyak dan gas. Penat tu jangan cakaplah, den ke sana ke sini jumpa orang. Petang tu, dengan tenaga yang tersisa, den pun menunggu teksi untuk menghantar den ke lapangan terbang. Dahlah hujan semakin lebat, teksi yang ditunggu pula tak sampai-sampai. Den dah gelisah sebab takut terlepas flight. Maklumlah, lapangan terbang di Kuching tu dari rumah den tak lah jauh mana, tapi boleh lambat sampai sebab jam dan banjir.

5:00pm – 7:15pm
Akhirnya den tiba juga di lapangan terbang sebelum jam 5pm dan den lega sebab flight den masa tu delay sejam. Alhamdulillah! Getus hati den, sempat rupanya nak kejar flight. Baiklah, den beli nugget dulu buat isi perut. Jam sudah menunjukkan 7:15pm. Satu pengumuman pihak airlines mengatakan flight terpaksa delay lagi sehingga jam 850pm. Wah! 3 jam den terpaksa tunggu ni. Terasa penat sugguh badan asbab menunggu dan penat siang tadi pun semakin bertambah. Den pulak, masa tu juga datang bulan, kawan baik perempuan. Wah! Sakit pinggang lagi… mood semakin merudum bersama bateri den. Nasib baik pihak airlines bagi kupon makan. Den pun order kek Oreo Cheesecake dengan Kopi asbab nak hilangkan keletihan kononnya. Bagi sugar high la konon-konon.

8:51pm
851pm pun tiba..den yang kiasu pun lekas-lekas beratur dengan harapan dapat tidur terus bila dapat kerusi. Malangnya, airlines kata, flight den dibatalkan terus! Huwargh! Taktau nak cakap apa sebab den memang looking forward nak balik jumpa keluarga tersayang. Maka den pun menyerbu Kaunter Pertukaran sebab flight batal dan nak naik flight terawal besoknya. Itupun lama betul dapat tiket pertukaran sebab ramai orang.

9:30pm-10:45pm
Akhirnya dapat juga sekeping tiket dan pengumuman untuk airline sediakan penginapan untuk kami yang terkandas. Alang-alang airlines dah sediakan penginapan dan den malas nak balik rumah sebab sudah terlalu penat maka den ikut shuttle pihak airlines ke hotel yang dimaksudkan. Shuttle ni pula kita kena tunggu giliran sebab maklumlah flight penuh beratus orang naik. Sabar jelah sampai masanya den naik shuttle tu ke hotel. Punyalah happy sebab hotel yang disediakan tu kira bagus juga, siap ada ucapan selamat datang dengan nama den kat TV masa masuk bilik.

Biliknya besar dan selesa. Wallahi. Masa ni den cuma ingat nak tidur je. Asbab den terasa tak selesa, badan melekit, muka berminyak dan dah sampai masa den tukar tuala wanita, den pun masuklah ke dalam tandas bilik hotel tu. Tandasnya sebesar bilik juga. Tapi, sebaik melangkah masuk ke bilik air, ekor mata kanan den seolah-olah ternampak satu makhluk yang besar berbulu dan dan tinggi, jalan di dalam kawasan bilik mandi yang berpintu kaca. Jalannya seperti membongkok. Bulu roma den dah tegak berdiri. Den basuh muka dan cabut keluar. Terbantut segala rancangan. Tak kisahla mainan perasaan ke apa ke, yang penting den taknak berada dalam bilik air.

11:00pm – 1:20am
Den cuba tidur dengan lampu yang terang, masa ini sudah hampir jam 12 malam. Asbab penat terlampau den terus tertidur.

Krriiinggggggggggggg!!!

Aduh! Rasa macam baru saja terlena. Apahal pulak alarm ni berbunyi? Den meraba-raba telefon pintar den di sebelah katil. Jam menunjukkan jam 1:20am. Aik? Tiada alarm pun yang berbunyi dari telefon den. Den kerling telefon di sebelah katil dan cuba mendengar bunyinya. Tiada telefon pun atas meja kecil tu. Krriiinggggggggggggg!!! Bingit! Dalam keadaan mamai tu, den mencari arah bunyi. Aduh! Pening kepala den berdenyut nyut nyut.

Nak tahu di mana bunyi nya? Telefon yang terletak di atas meja solek di hadapan katil den. Bukan bunyi telefon bila orang memanggil tapi bunyi bila ada orang nak memanggil menggunakan speaker. Lampu ON speaker itu hidup dan menunggu untuk mendial saja. Darah den kering macam kena sedut. Terasa darah turun asbab tak faham bagaimana sebuah telefon boleh berbunyi begitu kerana memerlukan tekanan fizikal punatnya untuk berbunyi. Den geram. Den penat kot? Den mengadu ke Reception asbab telefon yang rosak. Den cakapkat gadis Reception minta hantarkan Maintenance untuk tengokkan telefon rosak ini segera. Lepas letak telefon tu, den marah kuat-kuat, “Aku nak tidurlah!! Aku penat!!” Sambil tumbuk bantal dan tendang katil. Ya! Den rasa tidur den terganggu sebab bunyi gila telefon tu.. baik habis den tumbuk bantal, tendag katil, Krriiinggggggggggggg!!! Telefon tu terus berbunyi balik. Pergh! Masa ni, den memang kalau orang toreh muka den dah takde darah langsung dah barangkali. Tak pernah den berhadapan dengan sesuatu yang “melawan” sebegini. Banyak kali pulak tu.

Apa lagi, den hidupkan TV dan buka saluran katun. Den telefon Reception kembali dan buat aduan ke dua. Masa ini perasaaan den bercampur, marah dah reda tapi dah cuak. Den letak telefon dan Poooop! Aircond pula off. Den pergi tengok kawalan aircond di dinding bilik. Tekan On dan tengok kalau ada pasang timer. Tak mahu hidup juga. Maka den dengan muka tebal dan cuak, membuat aduan ke tiga untuk aircond rosak pulak. Haih! Apa dah berlaku ni? Penatnya. Den tunggu orang Maintenance datang.

Ding dong! Terdengar bunyi loceng bilik berbunyi. Den tak mahu ambil risiko untuk mengintai ruang kecil pintu maka den buka pintu seluas-luasnya dengan cara tiba-tiba. Nak hilangkan cuak pun ada masa tu. Alhamdulillah memang abang Maintenance yang datang. Den cakap, telefon dan aircond rosak dua-dua. Tapi den terjerit kat dia, “Kau tunggu sini! Aku nak kemas bag dan keluar sekarang. Tunggu kejap! “ dalam bahasa Sarawak. Kelam kabut ayam den mengemas beg. Nasib baik tak lama. Den keluar walaupun abang Maintenance pelik. Dia tak teman pula sampai ke bawak naik lif. Den bacalah apa apa patut sepanjang nak turun dari tingkat bilik hotel ke lobi.

Tanpa berlengah, den terus ke Reception dan mengadu hal den tadi. Nampak gaya macam mereka tak percaya apa yang berlaku kat den. Siap nak bagi bilik lain lagi. Den kata, “Sikpalah, kamek tido sia jak dekat sofa lobi. Sikmok pakei bilit. At least sitok ghamei urang.” Den nak tidur di lobi saja. Reception pun bekalkan blanket. Memang susah juga nak tidur lepas kejadian tu sebab den macam terbau kemenyan dan kapur barus walapun di lobi. Den buat dek je dan tutup mata dengan penutup mata.

4:30am – 5:30am.
Den terbangun dan terkebil-kebil. Terdengar pekerja hotel ke sana ke mari. Den sudah tak tahan dan mahu ke tandas kerana perlu juga menukar tuala wanita yang sudah terlalu merimaskan. Tandas tu dekat je dengan Reception. Sebelum masuk den dah baca macam-macam serik perkara berulang. Den bersihkan muka dan diri, walau tak dapat mandi.

Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Reception bagi tahu den, sarapan awal akan disediakan pihak hotel. Rasa den dalam jam 5:00-5:30am. Den bersyukur sebab sudah ramai yang bangun dan sudah berada di kawasan sarapan. Den duduk sebelah brader yang den rasa dari Utara Semenanjung. Tiba-tiba dia tanya den, sebab den senyum kat dia. Den senyum bukan apa, lega jumpa manusia lain.
Dia tanya den, “You ada dapat panggilan telefon dari airlines tak?”
“Hmm..takde pulak. Kenapa?
“Saya dapat panggilan telefon yang disambung dari Reception; katanya dari Airlines. Bila saya kata Hello, dia senyap pulak. So saya ingat terputus…”
“Pukul berapa you dapat panggilan tu?”
“Dalam jam 130am lebih kurang sebab saya tengok jam. Dia call dua kali.”
Okay..ada sesuatu di situ. Terdetik hati den untuk sambungkan kisah den dengan kisah dia yang misteri.
Den pun bertanyakan bilik dia kat mana. “Kat sekian, tingkat sekian” Den terpaksa rahsiakan nombor bilik dan tingkat. Terus den cakap kat dia, “You tahu tak, ada sesuatu berlaku pada saya malam tadi. 10 minit sebelum you dapat panggilan tu, saya diganggu…”

Dan pagi sebelum subuh itu, den dan dia bertukar cerita gangguan masing-masing. Dia pernah diganggu dan den juga pernah diganggu. Kali ini, di tingkat yang sama dengan den Cuma biliknya di hujung berdekatan tangga kecemasan.

Akhirnya kami semua pagi itu naik kembali shuttle dan berlepas dengan flight masa pilihan masing-masing. Den tidur selena-lenanya di dalam flight dan sambung kembali tidur di rumah asbab demam. Allahu..itulah pertama kali pengalaman den dapat makhluk yang melawan dan terlihat di ekor mata. Naudzubillahimin dzalik! Taknak lagi kejadian yang serupa menimpa insan faqir ini.

Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang gangguan jin serta makhlukNya. Den tutupi dengan doa yang ma’thur dari Surah al-Mukminun: 97-98. Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam…
Maksudnya: Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan, “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.

Sekian.

Tash
Disediakan Hotel kerana Flight Delay, Tak sangka Terpaksa Hadap “Gangguan” Ini
4 (40%) 1 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

21 comments

    1. kan.. ado lapan kali asbab eh.. den tokan ctrl+f search asbab punyolah tak pueh hati apokono banyak na asbab.. asbab.. huhu..

      tapi penulis, den suko story eh.. sogham jugak la.. nak2 part tak tukar2 apa yang patutnya ditukar tu.. adui aii.. macam bojangkit kat den rimas eh..

  1. Cite ko mmg seram dik, tp pembacaan sis terganggu btl dgn perkataan den .. den .. den ko.
    Naik pusing kepala sis bila tgk perkataan kata ganti nama tu.
    Lagi best klu ko bahasakan diri ko sbg ‘aku’ je. sempoi

  2. aku rasa aku tahu hotel tu.. tahun lepas kena benda yang sama di bilik paling hujung sebelah emergency exit.. bila bagitahu receptionist, mereka hanya kata, ada lagi rupanya.. Damn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.