Disihir Hampir 3 Dekad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cukuplah gelar diri sebagai Afi kerana aku bakal berkongsi kisah lain nanti. Kisah ini merupakan kisah pertama aku yang tidak seseram mana sebab aku tak reti nak olah ayat bagi seram sikit tetapi bagi aku kisah ini perlu dikongsi kepada umum kerana kisah sebegini harus dijadikan sebagai pengajaran dan sebagai umat-Nya wajib ketahui bahawa setiap perbuatan kita ini dilihat oleh Allah SWT.

Dengan Nama Allah Yang Lagi Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang.

Kejadian berlaku dalam keluarga mak aku sendiri beberapa tahun lalu, semasa aku berada di tingkatan 4 dan kini aku sudah mencecah usia 21 tahun. Bukan aku ingin membongkarkan rahsia keluarga, tetapi kisah ini bertujuan untuk memupuk kesedaran umum bahawa sekiranya sihir tersebut tidak dirawat secepat mungkin, ianya bakal menyebabkan seseorang tersebut bertindak di luar jangkauan kita. Dan kisah ini mengenai datuk aku, yang aku hormat dan sayang kerana beliau serta nenek telah menjaga aku sejak aku masih bayi lagi. Datuk aku, merupakan seorang tukang urut yang bagi aku sangat rendah diri dan tidak kisah berapa upah yang diambil beliau kerana diniat yang ikhlas menolong pesakit yang berada dalam kesusahan dan disebabkan sikapnya yang rendah diri tu pesakit sanggup turun dari utara, timur, dan pegawai tertinggi pelbagai darjat juga turut pergi mengurut dengan datuk aku.

Semasa aku dan adik-adik cuti sekolah, seperti biasa kami akan pergi ke rumah datuk. Satu hari, semasa aku berjalan berseorangan keliling rumah, aku ternampak satu bekas kaca tertanam dalam tanah di kawasan tepi longkang rumah datuk. Lalu aku pun panggil adik aku, “DikNa, cuba kau tengok sana, macam ada bekas kaca kat tanah tu.

“Asal akak tak ambil?”Tak sempat aku nak cakap apa-apa, terus DikNa ambil bekas tu dan tunjuk dekat aku. 

“Kak, asal bekas ni macam berminyak eh? Macam dah lama je”

>”Eh mana lah akak tau. Yang kau pergi ambil buat apa. Jap akak panggil nenek”.Nenek pergi ke arah aku serta DikNa dan apabila kami tunjukkan kepadanya, dia terus mengambil bekas tersebut dan dibuangnya ke tempat bakar sampah.

Semasa aku berada di asrama penuh, DikNa bercerita bahawa rumah datuk pernah dikunjungi oleh sepasang suami isteri, sedang datuk mengurut si suami, si isteri memberitahu nenek aku bahawa dia boleh rasakan “benda” di sekitarnya. Si isteri dapat rasa bahawa keadaan rumah datuk seram dan gelap seperti ada “benda” di rumah padahal ketika itu di luar cuacanya panas terik dan terus nasihati nenek aku supaya pergi berubat dengan Ustazah Aminah.

Selang beberapa hari kemudian parent aku bawa datuk dan nenek pergi ke rumah Ustazah Aminah. Rumah Ustazah  penuh dengan pesakit yang pelbagai kaum dan umur . Family aku terpaksa menunggu giliran dari pukul 9 hingga pukul 11 malam dan sebaik sahaja giliran mereka, Ustazah mula periksa datuk, diikuti dengan giliran nenek dan tidak lama kemudian, Ustazah  memberitahu bahawa datuk aku telah disihir sebanyak dua kali oleh dua orang yang bebeza hampir 3 dekad lamanya.

Dalam erti kata lain, ketika maklang aku masih bayi. Dan tempiasnya kena kepada nenek, mak aku dan adik-beradiknya. Jadi, bermulalah proses “pembersihan” dan “keluarkan” benda tersebut dari badan datuk aku sekeluarga, dan setelah hampir sebulan, Ustazah Aminah sambung pembersihan di kawasan rumah datuk pula.

DikNa turut sempat bercerita bahawa ketika aku di asrama, dia sempat mendengar perbualan antara Ustazah Aminah dengan keluarga mak aku. Dikatanya ada dua orang telah menyihir datuk, seorang merupakan kenalan beliau yang dahulunya bertanggungjawab mengubah suai dapur rumah datuk, tapi disebabkan hasil kerjanya yang tidak sempurna dan hampir menelankan kos yang banyak, datuk mengupah pekerja yang lain. Dengkinya terhadap datuk menyebabkan dia menebarkan tanah sekitar rumah datuk aku dengan tanah kubur.

Manakala lagi seorang pula merupakan bilal masjid berdekatan yang juga mengambil upah mengurut seperti datuk. Oleh kerana ramai pesakit pergi berurut dengan datuk aku, si bilal masjid ni menjadi dengki dan dihantarnya sihir ke rumah datuk.

Namun, sihir itu tidak dapat memasuki ke dalam tubuh datuk lalu beralih ke badan maklang aku yang ketika itu masih bayi. Akibatnya, maklang aku membesar menjadi bengis apabila menetap di rumah datuk. Kejadian ini tidak aku lupakan kerana ketika aku berumur 7 tahun, aku pernah menangis melihat maklang aku mengamuk dengan menghancurkan semua benda yang ada di dalam biliknya. kemudian meroyan di dalam rumah, menjerit mengatakan bahawa dia takkan duduk di rumah datuk lagi sebelum dibawa pergi ke rumah pakngah aku oleh datuk sendiri. Waktu itu juga maklang aku seolah-olah disekat jodohnya kerana tiada sesiapa yang ingin mengenalinya walhal ketika itu usianya hampir berumur 30 tahun.

Kami sekeluarga juga berhadapan dengan situasi dimana perjalanan ketika menaiki kereta di jalan kecil ke rumah datuk merasakan sangat lama dan seakan-akan sesat dalam keadaan sekeliling yang terlalu gelap sehingga menyebabkan ramai pesakit datuk mengelak pergi ke rumahnya pada waktu malam.

Alhamdulillah, selepas selesai pembersihan yang dijalankan oleh Ustazah Aminah, dan dibantu oleh ayah dan PakNgah aku selama sebulan, dan kini rumah datuk sudah bersih daripada sihir buatan orang akan tetapi buat masa ini, aku terdengar perbualan antara nenek dan mak bahawa datuk yang aku sayang telah disihir balik, tapi kali ini oleh orang yang berlainan. Wallahualam.

Akhir kalam, aku ingin berterima kasih kepada sesiapa yang telah sudi membaca kisah ini. Dan aku harap kisah aku ini dapat membuka mata pembaca bahawa sihir merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan harus diubati secepat mungkin sebelum ianya memudaratkan kehidupan seseorang.

Ditaip oleh, Afi.

Afi.
FOLLOW FB KAMI.

11 comments

  1. Samalah dik, ayah dan mak akk jg disihir dan dlm proses Perubatan lg.. Akibat khianat dan dengki. Mmg x fhm dgn sikap org2 cmni yg ingat mrk boleh lpas dari hukuman Allah.

  2. Barangsiapa yang pergi kepada tukang sihir dan tidak mempercayainya, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam. Rasulullah SAW bersabda:

    مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

    Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.”

    Riwayat Muslim (5957).

    1. Manakala, Barangsiapa yang pergi berjumpa dan mempercayainya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya hal-hal yang ghaib. Tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib kecuali Allah SWT. (Lihat al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319)

      Sabda Nabi SAW:

      مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

      Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.”

      Riwayat Ahmad (9171)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.