Disukai Jin?

Assalamualaikum warga FS. Aku nak kongsikan cerita aku ditindih waktu sekolah menengah dlu. Mungkin agak bosan tapi, ni la pengalaman aku dlu. Aku x pernah pergi berubat dan sekarang umur aku 22 tahun. First of all, dah semua pernah aku buat.Sebelum tido baca surah2, doa, ambil air sembahyang sebelum tido, mengiring ke kanan smuanya masih kena tindih. Aku dulu agak baik lah jugak, setiap kali habis solat, aku akan baca al-quran. Masa kena tindih pun aku baca macam2 doa, tapi, x lut. Semuanya memaksa aku untuk melawan menolak makhluk ni yang amatlah berat bagi aku.

Aku dulu bersekolah di utara yang semuanya perempuan. Aku tinggal di asrama dari form 1 sampai form 5. Alkisahnya, masa aku form 4 (tahun 2010), aku suka tido berubah2, suka tido mencelah dengan kawan2 aku yang lain2 dorm. Sebab tempat tido aku waktu form 4 tu x kena kipas, peluh malam2 nak tido. So, nak dijadikan cerita malam tu aku lepak dekat dorm ni, aku namakan dorm H la eh. Dorm ni memang famous antara kitorang, yang paling keras la jugak antara dorm2 yang lain. Setiap dorm disusun dan dirapatkan 2 katil double decker. Sebelum ni pun dah seminggu jugak la aku lepak tido malam2 dekat dorm kawan aku ni.

Waktu malam kejadian di mana bermulalah titik aku ditindih, aku tido paling last seingat aku. Sebelum tido tu aku tengah iron baju sekolah yang nak pakai untuk esok kat dorm H ni. Semua dah tido dah waktu tu, lampu banyak yang dah gelap. Tengah dok iron tu, aku dengar ada benda seru nama aku. Sayup2 je. Perghh, dua kali beb! Aku try buat bodoh je la. Lepas tu, aku naik katil tido antara dua orang kawan aku ni, so aku ni tido tengah2 la. Katil yg bahagian bawah. Tengah nak tido tu, dalam separa sedar, aku rasa telinga aku macam sejuk lain macam je, macam kena tiup angin. Waktu ni aku tengah tido mengiring sebelah kiri, so telinga kanan aku ni la yang rasa angin tu.

X lama lepas tu, ada satu makhluk berbalut putih datang dekat aku, datang dalam mimpi aku tu bersama angin2 yang makin kuat kat telinga kanan aku ni. Dia ada cakap sesuatu dengan aku, tapi aku dah x ingat apa yang dia cakap dekat aku. Lepas tu, dia menghilang sambil seru2 nama aku sampai la aku rasa dah xdak angin datang kat telinga aku. Lpas tu, aku terjaga. Ni feztime aku kena macam ni. So, aku pun sambung tido. Lepas tu aku kena tindih untuk pertama kali dalam hidup. Aku cuba tolak jugak macam mana pun. Maka bermulalah episod aku ditindih setiap hari kecuali bila 2 minggu sekali balik rumah. Bila kat rumah alhamdulillah aku x kena tindih.

Masuk form 5, aku dipindahkan ke dorm yang lain. Dorm ni alhamdulillah tempat tido selesa kena kipas. Hihi. As usual la, aku ditindih hampir setiap malam dan aku akan melawan sehabis yang boleh. Pernah 1 malam sampai dua kali aku kena tindih. Aku letih sangat sebab nak melawan. Pernah 1 malam tu, aku cuba biarkan diri aku ditindih tanpa lawan sebab aku dah penat. Yang aku ingat, aku dibawa satu “manusia” ke alam “dia”. “Dia” ni menyerupai lelaki yang tinggi dan berjubah putih x silap aku. Dia tunjukkan aku kehidupan di alam “dia”. Tp, “dia” asyik pegang tangan aku je dah macam orang kapel. Lepas tu, aku mintak “dia” bawak aku balik. “Dia” pun bawak aku balik. Lepas tu, macam biasa laa. Aku tersedar dan kena lawan tindihan tu. Start dari tu, aku akan cuba jugak lawan kalau ditindih.

Aku ingatkan aku dapat yang tido selesa bila dekat rumah, tp, hancusss. Benda yang dok tindih aku ni ikut aku balik rumah. Aku mula kena tindih dekat rumah dari jarang2 sampailah hampir setiap malam. Alahai, letihnya badan aku nak melawan. Nak dijadikan cerita, aku dulu guna fon slide. Fon ni selalu aku letak tepi bantal dan aku akan pastikan aku tutup slide fon ni sebelum tido. Setiap kali aku bangun dari tido waktu pagi, mesti slide fon tu terbuka. Aku memang pelik la tapi, try buat bodo laa. Sampai la hampir setiap hari benda ni berlaku.

Last skali, 1 malam tu aku cakap sebelum tido, buat2 tengok fon, “hmm. Pelik jugak, apesal fon ni suka terbukak slide, padahal selalu ja aku tutup”. Pastu, aku tido. Dan alhamdulillah esok pagi bangun fon aku dalam keadaan biasa je. Oh ye, aku kena tindih bukan malam je tau. Siang pun kenaa!! Nak tido kejap pun kena. Ade je waktu dia nak kacau. Aku cita kat mak aku, tapi mak aku buat biasa ja. Sedihnya. X pernah aku pergi berubat. Sampai la satu malam tu, aku dapat tahu benda tu suka kat aku sebenarnya. Dia cakap kat aku melalui mimpi..

Korang, nanti kalau cerita ni di publishkan dan ada yang nak sambungannya nanti aku sambung. Sorry korang sbb ada keja sikit. Enjoy!

5 comments

  1. please sambung .. sbb sy pon mcm confessor n 1st kne dari skolah rendh smpai skrg (dh jarang) .. nk tau sgt kesudahan confessor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *