Siapa?

Kisah yg sememangnya 100% real dan kalau jalan penceritaan mungkin ada yang tersama dengan pengalaman pembaca maka ianya adalah tidak sengaja berlaku.

Masa tahun 2009 dulu, aku sempat menyambung karier sebagai pelajar form 4 di Sekolah Teknik Sultan Zainal Abidin (STSZA) di Dungun. Dengan bertalikan seorang nenek di Dungun sana sebagai penempatan tumpangan (Kampungnya di Kg. Gong Pasir), aku utuskan bahawa 16 Mac 2009 adalah tarikh rasmi aku mula menjejak & menjalankan karier sebagai pelajar di tanah Dungun.

Sabar… Pengenalan ini hanya sekadar mukadimmah yang menjadi “Ah Lan Wa Sah Lan” buat anda pembaca semua. Ok? Jom sambung.

Yang pasal aku mention dekat atas kononnya aku sambung belajar dekat STSZA tu memang betullah, tak ada tipu-tipu geng. Masa tu aku tumpang rumah nenek aku time aku baru daftar belajar dekat situ. Mulanya, aku berharap jugak nak dapat duduk dekat asrama sana, sebab sana kira macam lagi function-lah pada aku (hehe) . Tapi malangnya, permohonan ditolak atas sebab quota melebihi had katanya. Entah… jangan tanyalah apasal. Sebab aku tak berapa nak ambil tahu. So nak tak nak aku terpaksa jugalah duduk rumah nenek aku. Nak buat macam mana kan… dah tak ada rezeki. Terima sajalah. Tapi aku sebenarnya tak berapa sudi nak duduk tinggal dekat rumah nenek aku ni pasal one thing je, and one thing tu aku just simplifiedkan saja… “KETAKUTAN YANG MAKSIMA”. Sebab? Haa, macam ni ceritanya…

Mase 2nd week aku belajar dekat sana, aku start overnight dekat dalam bilik tamu sebelah bilik nenek aku pasal nak siapkan 1st technical drawing assignment aku. Untuk information korang, lampu dekat dalam bilik aku stay tu agak creepy sikitlah, sebab lampu dia dah macam stok suam-suam kuku, menyala berkedip-kedip suram. So, faham-faham sajalah kan macam mana rupanya lampu lama di kala ia berkelip, kan? Hehe…

Seingat akulah, masa tu dalam pukul dua pagi kot kalau tak salah. Time tengah rancak melakar lukisan LK, tiba-tiba tingkap belah bahagian belakang katil aku diketuk. Bilik aku ni tingkap ada 2; yg satu tu dekat sebelah kiri (kalau ikut sudut pandangan daripada pintu masuk) & satu lagi bahagian depan (tapi katil aku dah block tingkap tu so maknanya posisi tingkap tu jadi dekat belakang katil akulah). Bunyi ketukan tu bersulaman tiga kali, tapi tak kuat manalah. Time tu aku stop jap melukis dan kepala otak aku terus fikir macam-macam itu jam. Tapi tak apa, aku pendamkan aje. Aku sambung balik buat kerja.

Ingatkan boleh setel-lah kan? Tapi selang beberapa minit lepas tu datang pulak ketukan kedua. Ni kali kuat sikit, tapi kiraan tetap sama; tiga kali. Pergh… masa tu wa cakap lu, wa betul-betul dah start nak pucat dah. Serius wa tak tipu. Tahu-tahulah kan kalau bunyi tingkap kayu kena ketuk macam mana dia punya bunyi, kan?

Masa tu aku baru plan nak berdiri panggil nenek aku dekat bilik sebelah yanh hanya dipisahkan dinding nipis yang tak menyambung habis ke siling bilik, sekali aku boleh dengar pulak suara perempuan (usia dlm 20-an macam tu) mendayu-dayu menangis dekat bahagian dapur. Kalau engkorang nak tahu, bilik aku duduk ni cuma berselang dengan tangga papan yang tak sampai semeter, lepas tu terus masuk ke ruang makan & dapur. (Tak nak kasi korg pening-pening kepala, bilik aku tu macam ibarat sebelah-sebelah dapur sajalah).

Suara perempuan nangis mendayu-dayu bai! Lu orang fikirlah gua itu jam dah jadi macam mana kan… mesti pucat lesi punya. Bunyi menangis tu slow je sebenarnya, tapi bila didengar lama sikit, makin lama jadi nyaring. Ini sumpah gua tak tipu. Memamg ini kali pertama gua experience benda macam ni setelah berpuluh-puluh tahun bertandang dekat rumah nenek aku. Dalam bunyi suara menangis tu berjalan, masuk pulak bunyi tingkap diketuk dekat belakang katil aku buat kali ketiga. Kali ni bunyi ketukan tu lagi kuat daripada yg 1st & 2nd. Nak tahu apa jadi lepas tu? Aku terpaksa buat-buat pengsan, sebab dah cuak tahap gaban punya pasal.

Aku ingat lagi… bila aku buka mata aku, tiba-tiba aku terbaring dekat depan ruang tamu rumah nenek. Masalahnya, siapa yang angkat aku sampai ke depan sana? Sedangkan aku masa tu aku rebah dalam bilik. Nak kata nenek aku angkat, mustahil sangat-sangat. Korang rasa siapa? Lagi satu, macam mana buku nota aku tiba-tiba boleh melekat dekat atas kipas siling ruang tamu, sedangkan kipas siling tu agak tinggi jugaklah pada aku. Persoalannya, siapa yg buat?

Hahaha… so, itu sajalah story aku yang sebenar, sebab apa aku tak nak stay rumah nenek aku time aku belajar dekat Sekolah Teknik Dungun. Itu baru satu cerita aku kasi. Belum lagi aku bukan cerita yg lain-lain. Persoalannya, siapa yg mengarah aku untuk mengarang kisah ni? Haa…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jforce

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

44 thoughts on “Siapa?”

  1. Hahaha ko buat-buat pengsan, ait pelik pulak aku takkan sambil ko buat-buat buat pengsan takkan ko tak ase ape-ape kot dan tiba tiba ko dah ade kat ruang tamu ?..ha siapa lak punya keje tu ? hi..hi..hi…

    Reply
    • Pendapat kita sama Bawang Putih. Di Fs inilh mereka yg baru mencuba bakat menulis menghantar cerita. Xk kisahlh bagaimana corak penulisan mereka. Klu xk elok, kita, netizen beri teguran. In shaa Allah makin baik mutu penulisan mereka.

      Pd penulis2 baru jgn patah semangat.

      Cerita2 di Fs lbh ori, tiada campurtangan tiada olahan dr admin. Asli dr penulis.

      Reply
  2. Seram jgk terbaik bro, tapi yg arah ko tulis tu mestilah pemilik segala gerak iaitu Allah SWT. Tiada gerak makhlukNya melainkan dgn izinNya jua, yg komen mencarut tu pun Allah izin jua, tp kt akhirat akan disoal tanpa ada yg tertinggal

    Reply
  3. haaa tue le pasei tido lambt udoh dy dtg teman…nyarih die humban dekat ruang tamu buat Nye dhumban lour rohmoh tumpu mike…

    Reply
  4. sekolah teknik tu dah xde dah sekarang, kat trengganu skarang cuma tinggal sekolah teknik trg, sekolah teknik vokasional kemaman n di wakaf tembesu

    Reply
    • Aku tumpang komen kau la bam. Orang Tak nampak sangatkan aku komen. Huhu

      6/10 untuk story. Keep it up writer! Teruskan menghantarnya karya. 😊

      Reply
  5. Yang komen penuh dengan kata2 kesat, sumpah seranah tu memang mentaliti jamban sungguh. Tak payah prasan diri tu advance sangat. Spesis yang dah berak tak reti nak flush. Mungkin ayah kau lupa nak azan kat telinga time baby.

    Reply
  6. “Memamg ini kali pertama gua experience benda macam ni setelah berpuluh-puluh tahun bertandang dekat rumah nenek aku.” kata time tu baru form 4..kejadah berpuluh tahun ko betandang umah nenek ko..suspek ni cerita rekaan..haha

    Reply
  7. Meh aku share tips. Aku masa study dulu, bila part nk kena settlekan manual architecture drawing, mmg buat tengah malam. Lebih tenang. Tapi, time buat tu memang pasang earphone and volum sehabis kuat. Focus giler.. Tak toleh kiri kanan. Bila rasa tengkuk sakit tu, petanda kena take 5. Jangan mende tu muncul jek la. Ape2 hal pn, kalau dah terpilih tu, kena jugak. Maka, bertabahlah. Baca la ape2 yg patut ye. 3Qul and ayat Kursi jangan tinggal.

    Reply
  8. Klu aku la… Dh lame cabut lari… Ngeri kot ade suara nangis and ketuk2 tingkap..citer simple sng ja paham. Ok ja

    Reply
  9. Klu bab kena alih2 tempat tidur ne mmg seram la bagi aku. Nasib d ruang tamu,klu d alihkan ke halaman ruma ,dlm hutan ka,tersedar pulak bkn masa hari sdh cerah tp masa tgh2 malam buta tu jgk Adoi. Ngeri hakok. Hakak bagi 4/5

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.