Assalamualaikum. Disini aku ingin menceritakan tentang pengalaman yang dialami oleh aku sendiri. Mungkin pengalaman aku ini tidak berapa nak seram atau menakutkan bagi pembaca. Tapi pengalaman aku ini boleh dijadikan sebagai pelajaran untuk aku lebih berhati-hati.
Kisah ini bermula apabila aku ikut keluarga berpindah ke Daerah A(biarlah rahsia). Kisah ini berlaku pada tahun 2016. Aku dengan keluarga ku mencari rezeki di Daerah A. Kami membuka sebuah Restoran di sana. Restoran ini diusahakan oleh kami sekeluarga dengan makcik serta pakcik aku. Awal bulan tu memang restoran kami mendapat sambutan. Pelanggan sangatlah ramai.
Pakcik dan makcik kami mula meminta cuti kepada ibu aku untuk pulang ke kampung mereka d kampung B. Bulan kedua kami berniaga di sana juga mendapat sambutan sehingga tak menang tangan. Iyalah. Dah hanya ada 1 tukang masak(ibu aku), tukang bakar sayap (bapa aku) dan pelayan iaitu aku dan kakak aku. Pakcik dan makcik aku masih lagi bercuti. Pendapatan dalam bulan yang kedua tu agak kurang daripada pendapatan bulan pertama. Tapi kami bersyukur dan tetap berusaha keras.
Setelah pakcik dan makcik aku ni habis bercuti. Mereka datanglah lagi kat restoran kami ni. Dalam 2 minggu selepas itu. Nenek dan atok (makcik aku punya ibu bapa) aku datang ke restoran kami. Kami pun laju saja menyambut mereka dan bersalam dengan mereka. Tetapi mereka seakan akan tidak sudi mahu terima salam kami. Tapi kami berfikiran positif. Pada bulan yang keempat. Berlaku pertelingkahan diantara pakcik dan makcik aku dengan ibu bapa aku sehingga nenek dan atok aku tidak mengaku kami ni keluarga mereka. Apa yg digaduhkan sehingga kami tidak dianggap keluarga tu biarlah kami saja yang tahu.
Kisah itu bermula dari sini. Dimana aku sering melihat lembaga hitam berambut panjang. Lembaga itu memiliki rambut yang panjang dan sering memerhatikan aku. Setiap kali aku tidur, aku selalu rasa yang aku ni sedang diperhatikan. Untuk makluman semua. Aku ni mempunyai kelebihan iaitu mampu melihat makhluk yang tak dapat dilihat melalui mata kasar. Sejak dari itu. Setiap kali aku tidur, aku akan selimuti kepala aku supaya aku tidak nampak apa-apa. Keadaan itu berlarutan sehingga kini.
Pada bulan yang ke 7. Kami tidak lagi berniaga di restoran itu disebabkan hasad dengki seseorang (aku rasa kamu sudah tahu siapa yang dengki dengan kami). Mereka menggunakan agenda lain untuk membuat restoran kami tidak maju dan semakin kurang pelanggan. Tapi kami tetap sabar. Memandangkan aku sudah sekolah di sana. Mana boleh main tukar sekolah seja kan? Dah lah susah mau pindah sekolah. Kerana aku sudah 3 kali pindah sekolah dari form 1 lagi. Jadi kami sekeluarga kami bertahan dan cari rumah sewa. Alhamdulillah kami dapat juga rumah sewa di kampung C (Daerah A hanya ada kampung dan tiada taman perumahan sebab daerah A ni boleh dikatakan sebagai pekan). Rumah sewa kami boleh dikatakan luas sebab ada 3 bilik dan 3 tandas. Setiap seorang satu bilik. Aku bilik yang paling depan. Sebelah bilik aku adalah bilik ibu aku.
Awalnya semua baik-baik saja.. Selepas seminggu kami tinggal di sana. Mula terjadi perkara mistik. Aku lah yang selalu nampak benda tu disebabkan aku selalu di rumah. Pernah satu hari tu. Aku selesai bersihkan rumah, aku bersiap untuk pergi ke tempat ibu aku di pekan. Tengah aku nak pakai tudung tu. Hati aku rasa lain. Aku rasa yg ada orang suruh aku cepat-cepat keluar dari rumah tu. Tapi aku tak endahkan. Selesai bersiap. Aku terus keluar dan ingin kunci pintu. Kunci pintu tu ada 2. Satu menggunakan gembok (harap korang tahu lah. Ala yang untuk kunci pintu atau pagar rumah tu) dan satu lagi melalui pintu. Aku kunci yang pintu dahulu. Tapi sekali lagi aku rasa orang suruh aku kunci gembok tu dulu. Selesai kunci yang pintu tu. Aku kunci yang gembok.
Belum sempat aku nak masukkan besi gembok tu ke lubang dia, tiba tiba pandangan aku ni boleh tembus ke dalam dan nampak satu perempuan sedang menuju pintu rumah dan menarik pintu tu. Automatik lh pintu tu tertarik dari dalam. Tapi nasib aku dah pasang besi gembok tu ke tempatnya. Terduduk juga la aku sebab tak pernah jadi macam ni dalam seumur hidup aku. Aku pun cepat cepat lah jalan menuju pekan. Dalam perjalanan tu bahu aku berat sangat macam ada yang duduk kat bahu aku.
Sampai seja kat pekan tu. Aku terus bagitahu ibu aku berkenaaan tadi. Muka aku pun pucat macam orang yang kurang darah. Selepas hari itu. Banyak yang terjadi dengan aku. Sehingga la aku nampak PENGHUNI RUMAH tu. Iya. Rumah yang aku tinggal tu ada penghuni. Ada 3 penghuni. Lelaki tua, perempuan rambut panjang mata merah dan budak lelaki. Lelaki tua tu selalu kat bilik ibu bapa aku. Perempuan tu pula suka kat bilik kakak aku sebab kemas. Budak lelaki tu pula selalu kat bilik aku sebab aku selalu on lagu dj yang aku suka kuat kuat dan kadang kadang tu bilik aku tak sempat aku kemas sebab kelam kabut. Kami tak tahan dengan semua tu lalu berpindah ke rumah sewa D lagi.
Kebetulan rumah sewa baru kami tu ada pokok besar di depan dia. Di rumah sewa D ni la sekali lagi aku nampak lembaga hitam tu. Sehinggakan masuk kat dalam badan aku. Keluarga aku cakap. Kalau lembaga tu dah masuk kat dalam badan aku, baca la apa apa pun, benda tu tak takut. Hanya ibu aku yang dapat keluarkan (iyalah dah namanya aku ni anak dia. Memang la dia boleh tolong aku dari kena macam tu) setiap kali alu sedar dari semua tu. Aku akan rasa seluruh badan ni sakit sangat. Tangan pun luka sebab konon aku genggam tangan aku kuat kuat. Ibu bapa aku bawa aku ke Kampung E untuk berubat. Pakcik tu aku panggil dya Pak Abu (bukan nama sebenar) dia bacakan surah kepada aku dan tiup kat ubun aku. Tiba tiba aku rasa satu badan panas dan seluruh badan aku bergegar. Pak Abu buat lagi sekali dan tetap sama sehinggakan aku menangis.
Dia bincang dengan ibu bapa aku. Kemudian minta ibu aku untuk mandikan aku. Aku pun dimandikan. Dalam yang aku kena mandi tu. Aku tak sedar apa apa pun. Tapi ibu aku bagitahu yang setelah ibu aku siram kepala aku yang ketiga kalinya. Aku terus jadi lain. Rambut aku ni panjang jadi aku ambil rambut aku dan tutup muka aku. Ibu segera ke ruang tamu dan bagitahu Pak Abu.
Pak Abu dengan tenang menjawab percakapan ibu iaitu ITULAH BENDA YANG SELALU DENGAN ANAK MU. BENDA TU RASA TERCABAR SEBAB TIDAK MAHU DIPISAHKAN DARI ANAK MU. Aku pun dibawa ibu ke bilik dan mula lah sesi pengubatan. Ibu aku cakap yang aku ni memberontak. Sehinggakan 4 orang pegang aku tapi aku masih lagi boleh lepas dari mereka. Cerita ini aku ringkaskan. Benda tu berjaya keluar dari badan aku dengan bantuan 3 orang termasuk Pak Abu. Ibu aku juga turut membantu.
Kejadian itu tidak terhenti sampai situ sahaja. Ketika aku di tempat asalku. Aku tinggal di rumah kakak ku yang pertama. Pada malam tu hanya aku, kakak pertama dan kedua, abang ipar aku dan 5 anak buah ku. Ibu dan bapa ku keluar ke majlis kenduri.
Masa tu aku hanya di bilik main game. Kakak kedua aku panggil untuk minta pertolongan dari ku. Aku pun keluar dri bilik. Tapi aku berhenti di depan pintu bilik. Time tu aku rasa kejang seluruh badan dan susah bernafas. Setelah tu aku tak ingat apa apa. Kakak kedua aku cakap. Setelah dia nampak aku yang tetiba kejang kat depan pintu tu. Dya panggil kakak pertama aku. Kakak pertama aku ni pun boleh nampak juga benda benda ghaib ni. Dia mengomel dan terus menuju pergi tempat ku. Kakak aku tanya kenapa benda tu kacau aku. Dan aku pun melawan sehinggakan abang ipar aku pun turun.
Kakak pertama aku tu pergi bilik dia dan ambil satu minyak yang sudah dibaca ayat al quran. Dia letakkan ke dahi dan ubun aku. Setelah itu. Dia letak kat bibir aku. Tiba tiba aku boleh pula jilat minyak tu. Kakak pertama aku cakap yang masa tu dia nampak lidah aku panjang sangat. Sehinggakan dia berteriak. Abang ipar aku terus bacakan ayat manzil dan ayat ruqyah. Tapi aku malah mengikut dia baca sambil ketawa. Sehingga lah ibu aku datang. Dia yang rawat aku dan alhamdulillah aku kembali sedar. Tapi kakak aku cakap time benda tu nak keluar. Dia sempat cakap AKU AKAN KEMBALI, BUAT LAH APA SEKALIPUN AKU TETAP AKAN JUMPA DIA.
Sehingga kini. Aku selalu rasa diperhatikan. Dah banyak tempat aku pergi untuk berubat. Dah banyak ustaz aku jumpa. Setiap hari jumaat, keluarga aku ajak aku baca yassin untuk pagarkan diri. Setiap kali aku berubat. Benda tu akan datang dan kacau segalanya. Dah banyak tempat kitorang pergi berubat. Tapi benda tu still ada juga melekat dengan aku. Benda tu suka dengan aku dan tidak mahu tinggalkan aku. Benda tu juga selalu membuatkan aku jadi jahat misalnya ada orang yang ingin berniat jahat dengan aku, benda tu akan lindungi aku.
Tapi dalam masa yang sama. Benda tu selalu nak rasa darah aku. Aku pun selalu juga lah bercakap dengan dia. Tapi kalau benda tu nak macam macam. Aku hanya cakap tak mampu. Sebab aku manusia biasa. Aku pun dah tak tau nak buat macam mana. Aku hanya bertawakal dengan Allah supaya aku dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan diri.
Lagipun benda ni dah ada semenjak aku tinggal kat restoran kami punya bilik. Kadang kadang tu kalau ada yang cakap mengenai perkara mistik yang ganggu dia. Aku akan tawarkan diri aku untuk rawat orang tu. Aku pun tak tahu kenapa aku macam ni. Mungkin semua ni adalah kelebihan aku.
Sampai sini seja lah kisah aku. Kalau ada masa lapang. Aku akan ceritakan kisah aku yang lain.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
kisah yang menarik
kurangkan berimaginasi………..
kan! aku rse budak ni imiginasi tinggi sgt, cerite pn tipu sungguh dow.
Jika Di ikut perenggan terakhir .. bole bercakap dan komunikasi serta melindungi.. rasanya dah kot menerima “dia” sbgai saka/pendamping .. tpi btul kurangkn imaginasi .. hati2 pada Yang tersembunyi
mne korg tau dia berimaginasi,,mne tau btul2 jdi kt dia,,
Cerita tunggang langgang..mula2 nya ingatkan pak cik mak cik ada kaitan dengan gangguan tu…tapi benda lain pulok.
Tu bukan kelebihan la bodoh..
Tu ke MALANG an
Bermaksud malang ko tu
Kalau kelebihan semua org nak..
So…kelebihn sangat yg ko ckp tu ade org nak x??
Xde kan sorg pun xnak..
So..tu keMALANGan bg ko la..
Tu pun xtau beza