DOBI

DOBI
OLEH: SITI KHAIRUN FARAHIN AZMI, NURUL NAJIHAH TARMIZI

DENGAN BUMIPUTRA SAHAJA DAN HAL INI BERDASARKAN KISAH BENAR DAN SEMUA INI BERLAKU DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM DI JOHOR YANG TERKENAL
PENGALAMAN SENDIRI.

Kebiasaannya, pelajar akan pergi membasuh semua pakaian harian mereka seminggu sekali kerana ingin mengurangkan kos mereka.

kisahnya bermula apabila Ain dan rakan sebiliknya Mira dan Ziqah ingin membasuh pakaian yang kotor tetapi jam pada masa itu menunjukkan pukul 2 pagi kerana mereka baru sahaja selesai mengulang kaji dan membuat kerja rumah. Malam itu, mereka bertiga mengheret bakul pakaian kotor, tidak mahu mengangkatnya. Jarak antara dobi dengan bilik mereka bertiga tidaklah begitu jauh cuma perlu ke koridor bertentangan dan lobi yang memisahkan antara koridor mereka dan dobi.

Lebih memburukkan keadaan, di sebelah blok asrama mereka adalah hutan tebal. Di blok itu memang banyak kisah seram yang berlaku tetapi mereka bertiga tidak mempedulikan apa-apa kerana mereka hanya mahu semua kerja mereka selesai sebelum mereka tidur. Dalam perjalanan ke dobi mereka seperti biasa, membuat bising sedikit kerana masing-masing mengadu tentang bakul baju kotor yang berat dimana mengandungi pakaian untuk 3 orang selama seminggu. Mereka terus menuju ke koridor sebelah untuk ke dobi.

Dalam pada masa yang sama mereka bertiga terpaksa melintasi tandas wanita di koridor dobi. Tiba-tiba salah seorang dari mereka sakit perut dan ingin membuang hajat yang besar di sana, kemudian hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Ain dan Ziqah. Setibanya di dobi dan mira di dalam tandas, mereka berdua melihat jika ada mesin basuh yang kosong tetapi malangnya tiada mesin kosong tetapi mesin di situ sudah kehabisan timer untuk setiap cucian.

Seperti biasa, pelajar yang ingin membasuh pakaian hendaklah mengeluarkan pakaian pelajar lain yang sudah selesai didalam bakul yang sedia ada disana. Selepas selesai mengalihkan pakaian yang telah dibasuh, Ain memerhati sekeliling ruangan dobi yang penuh dengan baju penghuni asrama itu. Tiba-tiba Ain ternampak cermin tingkap bilik dobi itu seperti ada yang tidak lengkap dalam kata lainnya tingkap itu lopong tidak ada kaca. Ain tanpa berfikir apa-apa, pergi meninjau ke tingkat itu dengan lebih dekat, sambil melihat pemandangan di luar melalui tingkap yang lopong itu.

Kemudian, di tengah-tengah Ain menikmati pemandangan luar, tiba-tiba Ain menjerit ketakutan lalu jatuh terduduk ke lantai dobi yang agak licin dengan sisa-sisa sabun pencuci pakaian. Ziqah juga terkejut lalu bertanya kepada Ain. ” Eh! Ain kau dah kenapa ni jerit macam tu” sambil tangannya menolong Ain untuk bangun. Ain dengan ketakutan dan mengigil itu, ” Weh, jom bla dari sini cepat. Cepat lah! aku… aku… nampak cikk Pon! ” sambil menunjuk ke arah tingkap yang lopong tadi. Dengan serentak Ziqah melihat ke arah yang ditunjuk. ZZZAAAAPPPPPPP! ziqah terjatuh dan mulut dengan matanya terbuka luas. Dia tak sangka dia juga ternampak Kak Pon. sepanjang hidup dia, tidak pernah lagi melihat mahkluk itu dengan mata kasar dia lain lah Ain sememangnya hijab dia telah terbuka sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Pada mulanya Ain hanya ingat benda biasa yang mendekat di tingkap itu, tetapi malangnya bukan.Cik Pon itu menerjah lalu melekatkan kepalanya pada cermin tingkap yang berongga. Dengan perasaan takut mahluk itu menunjukan giginya yang tajam yang berlumuran d***h dan separuh wajahnya yang pucat dengan kesan robekan kulit yang amat menyeramkan dan matanya pada masa itu bewarna merah, tajam melihat mereka berdua, separuh lagi mukanya ditutupi dengan rambutnya yang Panjang yang kusut masai itu berjaya membuatkan mereka berdua tergamam.

Semasa Ziqah jatuh ketakutan bersama Ain, mereka tidak mampu berfikir, mereka kaku sejenak dan Ain cepat-cepat tarik tangan Ziqah berlari keluar dari dobi itu menuju ke tandas perempuan dimana kawan mereka lagi seorang iaitu Mira berada. Setibanya mereka di sana, mereka masuk ke salah satu tandas tetapi bersebelahan dengan kawannya Mira. Mira bersuara ” Eh! siapa tu?” kerana kehairanan Mira bertanya siapa yang bermain lari-lari di tandas. Ain menjawab ” Aku dengan Ziqah yang lari tadi” Mira sudah selesai lalu menekan butang flush air.

Mereka bertiga keluar serentak dari tandas lalu ke singki untuk membasuh muka. ” Tadi kau tak dengar kitorang jerit kan?” tanya Ziqah. Mira menggelengkan kepalanya menandakan dia sama sekali tidak dengar lalu Mira bertanya kepada mereka berdua kenapa tanya. Ain serba salah dan bercampur takut perasaanya untuk memberitahu Mira akan kejadian yang menimpa mereka sebentar tadi. Tetapi Ziqah terus aja mencelah dan menjawab pertanyaan Mira. ” Tadi wei aku dengan Ain nampak kak pon!” sambil berbisik ke Mira. Riak wajah Mira terus bertukar dari bersahaja ke sedikit takut. Ain memukul lengan Ziqah sebagai tanda melarang memberitahu Mira.

Tetapi sangkaan Ain meleset bahawa Mira juga penakut. Mira dengan beraninya kata, ” Tak ada apa-apa lah tu. Imaginasi korang je ni. Takpa kita pergi balik dobi settlekan dulu bahagian kita cepat-cepat. Then, kita terus cau dari situ.” Apabila Mira berkata begitu, mereka seperti tidak cukup nafas, denyutan jantung Ain dan Ziqah macam orang yang tengah berlari maraton sehinggakan kaki dan tangan mereka kesejukan. Setelah mereka bertenang, barulah mereka bertiga bergerak semula menuju ke dobi itu. Setibanya disana, mereka menyambung semula perkara yang perlu dilakukan di tempat cucian sebentar tadi.

Fikiran mereka sedikit tenang kerana kembalinya mereka ke dobi itu, tiada pula kelihatan mahkluk yang dilihat oleh Ain dan Ziqah. Mereka tarik nafas lega “Alhamdulilallah” ucap mereka berdua. Mereka bertiga tidak berniat untuk berada disitu lama-lama tetapi keadaan mesin basuh pula meragam sedikit. Tempat memasukkan wang ringgit mesin pula tersekat dengan wang kertas. Mereka terpaksa mengulangi semula perkara yang mereka lakukan. keluarkan pakaian pelajar lain, masukkan ke dalam bakul mereka dan masukkan pula pakaian kotor mereka lalu memasukkan sabun cucian dan pelembut baju.

Semasa mahu memasukkan wang kertas sebagai token dobi untuk mesin basuh mulakan cucian itu, Tiba-tiba mereka bertiga terdengar suara yang sedang bersenandung suara itu jelas sekali ditelinga mereka. “hmmmmm…. hmmm…. hmmmm…. heeee…heee…heee….” suara itu mula-mula terdengar jelas lalu sayup-sayup sahaja bunyinya. Ain dengan pantas menarik lengan Ziqah dan Mira yang terdiam seketika tadi sambil berkata ” korang, kita kena gerak sekarang juga sebab orang tua-tua kata kalau dengar suara sayup-sayup ni, benda ni makin dekat! dah… dahh jom keluar!” teriak Ain kepada mereka lalu bergegas terus keluar dan berlari sekuat hati menuju ke bilik mereka.

Dalam hati mereka hanya mahu cepat sampai sahaja dan mereka berharap tidak ada ganguan lain sepanjang perjalanan mereka ke bilik asrama. Sampainya dibilik, mereke mengucap Alhamdulilallah tanda bersyukur kerana tidak ada apa-apa halangan. Mereka terus mempersiapkan diri mereka untuk tidur kerana hari pun dah lewat malam semakin mahu melabuhkan tirainya.

Cerita itu tidak dipanjangkan kerana mereka terus tidur. Anda pasti cerita itu berakhir di sana, bukan? tetapi sebenarnya tidak, mahluk yang mengganggu Ain dan rakannya di dobi telah muncul dalam mimpi Ain pada malam itu.

Ain bermimpi dia sedang berlari seperti seseorang telah mengejarnya tanpa menoleh kebelakang Ain terus berlari kerana ditempat itu gelap gelita. Terdetik di hati Ain semasa berlari Ain gagahkan dirinya untuk menoleh sedikit kebelakang untuk melihat siapa yang mengejarnya dari tadi. Alangkah terkejutnya Ain melihat satu susuk tubuh yang berterbangan jauh sedikit dibelakangnya, dalam hati Ain bermonolog sendiri ‘ akuuu… akuu… kenal dia. Diaaa lahhh pontianak yang aku lihat tadi di dobi! ‘ Ain lari laju sekuat yang boleh tetapi mahluk itu tetap mengejarnya. Ain sudah penat berlari dengan perasaan yang bercampur baur. Mahu menangis, takut, marah, sedih, segala perasaan yang timbul membuatkan Ain mahu berhenti berlari. Tetapi apakan daya, mahu menyebut dan mengingati satu potongan ayat al-Quran pun dia tidak mampu! Dia bukan tidak mahu mencuba tetapi memang tidak boleh mengingati dan menyebut kalimah Allah pada masa itu.

Tengah berlari, Ain hanya berharap ada manusia lain yang selamat kan dia kerana dia tidak mampu berlari lagi. Kepenatan yang Ain alami terjadi kerana dia tidak boleh berhenti berlari seolah-olah kakinya telah diprogramkan untuk berlari sahaja.

Dan tanpa disedari oleh Ain itu hanyalah sebuah mimpi. Menjadi luar biasanya pula apabila perkara yang dilakukan didalam mimpi terjadi juga didalam dunia nyata, Ain sudah pun berlari dengan matanya yang tertutup (separa sedar) kerana salah seorang kawannya iaitu Mira terjaga akan tindakan Ain itu tadi. Dengan perasaan yang tertanya-tanya dan juga bimbang akan Ain, Mira telah pun mengejut kawan-kawan yang lain tetapi pada masa itu hanya ziqah seorang yang terjaga dari tidur. Mira dan Ziqah bergegas mengikut Ain yang tadi tidur bersama mereka lalu terus berdiri dan berlari ke tandas sambil menangis.

Tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus mengikuti Ain yang sedang menuju ke bilik air dan mereka memeriksa semua pintu tandas satu per satu dan akhirnya Ain ditemui di bilik mandi yang paip pancurannya sudah rosak di hujung sekali. Ekspresi wajah mereka yang ketakutan dan bingung itu ketika melihat keadaan Ain yang mengigil sambil mengigit kuku dengan tangisan yang mendayu, tanpa membuang masa Mira dan Ziqah terus memeluk Ain dan cuba menenangkan Ain. Semasa sedang memujuk Ain, lampu-lampu dan semua pintu tandas yang ada membuat bunyian ‘PPPAANGGG PPAAANGG PPPANGG’ seperti ada orang yang sedang menghempas pintu tetapi bukan sekali ianya berkali-kali dan mereka percaya bahawa itu bukan kerja manusia tetapi sebaliknya.

Mereka bertiga menjerit meminta tolong sambil menangis dan juga membaca surah ayatul kursi dan juga beberapa potongan ayat al-Quran tetapi gangguan yang mereka alami tidak hilang sehingga azan subuh berkumandang barulah keadaan didalam tandas itu sedikit tenang dan mula dipenuhi dengan pelajar perempuan yang mahu mengambil wudhuk. Mereka bertiga keluar dari bilik air itu dengan segera kerana tidak mahu menimbulkan syak wasangka dari pelajar lain.

Kejadian ini tidak pernah dipanjangkan ke pengetahuan pihak warden kolej kerana keadan masih terkawal dan atas pihak Ain juga tidak mahu kecoh. Dari insiden itu, Ain dan kawankawannya tidak lagi ke dobi pada waktu malam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

SITI KHAIRUN FARAHIN, NURUL NAJIHAH
Rating Pembaca
[Total: 80 Average: 3.7]

One comment

  1. ada exp camni gak.. sumpah lembik kaki. depan2 mata pocong lompat but dia stucked depan kita sb kat belakang kita ada lagi sekor jerangkung. depan belakang terancam. x pengsan, jerit kuat2 sambil baca Qursi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.