Dorm Angker

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS. Kita bertemu lagi di cerita yang seterusnya. Terima kasih kepada admin yang meng’approve’ cerita aku ni. Jadi, disebabkan aku masih hijau lagi dalam bidang menulis di FS ni, aku nak mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada penulisan ini. Kali ni aku nak cerita fasal pengalaman kawan aku pulak, WATIF. Semua watak dalam cite ni bukan nama sebenar ye. Watak AKU dalam cerita ni ialah WATIF.

Time ni dia Tingkatan 4. Aku cuba untuk tidak terlalu menokok tambah cerita ni supaya keaslian cerita ni tetap terjaga. Aku beritahu setsiap. Nanti korang pening pulak. Sekolah masih lagi sama iaitu SMK **************** (nama sebenar sekolah dirahsiakan demi menjaga privisi pihak sekolah).

Blok pun masih sama iaitu Blok A cuma dorm je berbeza. Dorm yang Watif inap ni di tingkat 1. Dorm yang paling hujung (dorm besar). Nama dorm ni ialah DORM AISYAH. Dan dikatakan juga (dengar cerita) bahawa antara banyak² dorm yang terdapat di hostel sekolah ni, dorm ni lah yang paling ‘keras’ sekali. Banyak dah dengar fasal dorm ni. Sampai tahap (agak teruk juga la) dorm ni kena sentiasa berada dalam keadaan cerah. Maksudnya tiap² malam mesti buka sekurang-kurangnya satu lampu. Sebab apa? Kalau dorm tu dibiarkan gelap mula lah dengar orang berlari lah bunyi pintu bukak tutuplah. Macam² lagi lah gangguan.

Sampai pihak asrama pun dah lali dah. Warden tak marah pun dorm ni still duk cerah. Dah sedia maklum sebab apa. So, warden tak kata apa lah. Korang yang budak hostel mesti dah taukan kalau dorm masih tak tutup lampu lebih dari 11.15 waktu malam alamatnya kena tido kat tapak row-call la. Diulangi. Watak AKU dalam cerita ini ialah WATIF ye. OKAY. Sekarang baru nak start cerita.

Hari Jumaat (Malam Sabtu)

12.00 p.m

AKU : Weih hampa! Aku ada cerita panas ni! Nak dengar tak? “,panggil aku teruja, cuba menarik perhatian geng aku yang tengah rancak berborak di katil Adra.

TIQAH : “Ha. Pasai apa? ” , tanya Tiqah dengan riak tertanya².

AKU : “Ni. Cita ni pasai budak Zu tulah”

YIN : “Owhhh. Budak ‘heng’ sikit tu ka? Ha. Cita la. Apa benda yang dia buat pulak kali ni?”

AKU : “Hangpa tau tak tadi petangkan aku dengaq orang sok sek sok sek duk kata Zu tu wat perangai psiko dia tu lagi”

ADRA : “Sapa pulak budak malang yang ‘terkena’ kali nih? ” AKU : ” Tuh. Budak Am tulah. Yang muka nampak blur² tapi boleh tahan ‘ligat’ gak dia tu. Tak silap aku….kelas 1 UKM tu kan? “

TIQAH : ” Owh! Dia tu pulak ka? Ha. Budak pandai kelas 1 UKM. Sapa ja wei yang tak kenai dia. Pemes kut”

YIN : “Huih. Dia tu muka ja nampak blur tapi hensem dowh. Ko jangan wat memain. Peminat dia ramai gak tu. Tu. Sapa tu. Anak Cikgu Min pun terpikat dowh. Ingat besye besye ka”

Aku, Tiqah, Yin dan Adra ketawa serentak. Ayat Yin yang last tu sangat tak leh blah. Kami sambung lagi membawang fasal Zu. Budak dorm aku yang lain buat hal sendiri di katil masing². Ada yang dah tido. Ada yang tengah berhempas pulas menyiapkan kerja sekolah yang belum siap. Ada yang tengah baca novel. Sesekali ketawa kami gamat memecah kesunyian malam. Adalah mata dua tiga orang menjeling tanda tak puas hati. Aku dan geng aku buat donno je. Lantak ah. Jarang² kami dapat sembang rancak macam ni.

Sedar tak sedar dah setengah jam kami ‘membawang’. Yang lain dah ramai yang tido. Tiba² aku teringat novel aku yang masih tak ‘qatam’ lagi walau seminggu dah aku usaha baca sampai habis. Lepas aku mintak diri, aku terus menapak ke katil aku yang terletak di bahagian belakang dorm.

Lampu dorm bahagian belakang masih belum tutup lagi. Aku capai novel aku yang terletak di rak tepi katil dan terus berbaring. Waktu aku tengah syok duk feeling² baca novel tiba-tiba terdengar pintu dorm bahagian depan dibuka perlahan². ‘Sapa pulak yang nak masuk dorm nih? Takkan warden kut?’ Aku husya pintu depan dorm aku sambil stanby nak berlakon ala² puteri beradu. Aku nampak ada dua kelibat yang terjengah takut² masuk dorm. Ceh. Psya ngan Siti ka. Buat getaq perut aku ja. Cilake betoi. (Psya dengan Siti ni junior aku. Diorang dua ni form 1) Aku nampak Psya dengan Siti perlahan² datang ke katil aku lepas perasan yang aku tengok depa masa depa dua orang masuk dorm tadi. Aku baca balik novel tang bahagian tersangkut tadi. Ceh. P****g mood aku ja dua ekoq ni. Baru nak feeling jadi heroen.

“Aikk?? Kak Watif tak tido lagi ke?”

Ape punya soalan da budak ni. Dah terang lagi bersuluh aku tengah baca novel. Takkan tengah basuh baju kut. Aku pandang muka Psya dengan Siti. Nampak Psya buat muka slamber badak dia tu. Hai la. Nasib baik junior aku. Kalau kawan aku K.O dah aku smek down ni.

“Chill la. Esok cuti kut. Baca novel lu”

Aku cakap sambil tersengih. Budak dua orang tu angguk ja sambil tersengih kerang busuk.

“Kak. Kami nak pi tido kat Dorm Adawiyah tau

“Ha. Pi lah”

Ceh. Aku ingat ape lah tadi nak cakap. Aku perati ahli dorm aku. Semua dah tido dah. Termasuk la geng² aku. Haih. ‘Nampaknya tinggal aku sorang je lagi yang tak tido ni?’. Aku suruh Psya dengan Siti tutup lampu sebelum depa keluar. Aku tak mau la sebab aku nak baca novel tido diorang terganggu sebab lampu tak tutup lagi. Ceh. Feeling ala² senior misali.

Lepas diorang tutup lampu, tangan aku teraba² di rak sebelah katil aku cari torchlight. Lepas dah on torchlight aku sambung baca novel balik. Azam malam ni kalau boleh nak habiskan novel nih. Malam tu terasa sunyi sangat. Yela. Dah aku sorang je lagi yang tak tido. Tiba² aku terdengar bunyi katil bergerak kat tingkat atas. Automatik aku halakan torchlight yang aku pegang kat bumbung dorm. Sumpah aku terkejut gila. Mana taknya. Cuba korang bayangkan ea. Masa korang tengah duk baca novel sensorang dalam gelap tiba² terdengar bunyi katil bergerak apa yang korang akan pikir masa tu? Haaa. Of course la ‘makhluk tu’. Tapi aku husnuzon ja. Aku kata kat diri sendiri, maybe Psya ngan Siti gabung katil kut ngan kawan² depa.

Kan tadi diorang bagitau yang depa tido atas dengan kawan² depa? Aku pun tak ambil port sangat. Malas nak pikir benda bukan². Nanti tiba² ‘dia’ muncul cenna? Tak pasai² aku m**i keras. Aku sambung baca novel balik. Haih. Dah tiga empat kali dah duk terhenti baca. Bilanya nak habis. Aku baca novel malam tu lama jugak la. Bila aku suluh jam kat tepi katil dah pukul 1 pagi dah. Mata mula nak kuyu sebab malam dah larut. Tapi aku gagah celikkan jugak mata aku sebab novel yang aku baca tu nak habis dah. Sayang pulak nak tinggal. Lagi pun esok kalau ngantuk sangat tido aje la kat surau masa diorang semua solat subuh. Apada hal? Aku kan period. Haha.

Masa aku tengah khusyuk baca tu aku dengar orang katil sebelah kiri aku mumbling. Aku pandang la sebelah. Tengok Hanis masih tidor pulas. Maybe dia ngigau kut. Aku cuba husnuzon buat kali ke-2. Serious masa tu muka aku rasa goosebumps. Aku cuba chill. Relax. Relax. Takde apa pun. Orang ngigau je pun. Aku tengok jam aku pulak. Dah pukul 2 dah. Lewat sangat dah ni. Tapi novel ada lagi 5 bab. Lagi sikit je lagi nak habis. Aku keep steady baca novel dengan patientnya. Dalam hati nak cepat² habis. Pasni tak payah pulun baca dah. Sapa yang kaki novel pasti faham perasaan dia cenna bila baca novel. Bila baca tu kadang² sampai tak sedar masa berlalu akibat terlalu khusyuk baca. Haha.

Tiba-tiba, aku terasa macam ada something lari depan aku. Time tu aku dalam posisi menerap. Aku tersentak.  Apa benda tadi tu. Dup dap dup dap. Pastu aku rasa macam ada ‘orang’ tengok aku dalam gelap. Bulu roma aku meremang tetiba. Kan kita kadang² boleh rasa macam ada mata tengok kita kan. Terutamanya bila waktu malam. Ha. Macam tu la aku rasa.

Tak lama lepas tu aku terdengar bunyi batu pulak. Aku teringat yang Tiqah ada letak batu putih dalam dorm untuk hiasan. Bunyi batu tu makin kuat. Bunyi tu macam ada orang baling batu dari tempat tinggi. Korang boleh bayang tak bunyi batu tu kuat tara mana? Lantai dorm aku diperbuat daripada batu marmar. So, korang boleh agakkan bunyi batu bila dibaling atas lantai tu kuat macam mana? Time tu aku rasa aku tak leh go lagi dah. Aku dah rasa len macam. Aku terus lipat last page yang aku baca dan terus capai selimut n baring. Get ready nak tido. Tapi kalau korang di tempat aku korang boleh tido tak? Memang tak la jawapan dia!

Bunyi batu tu makin lama makin dekat. Aku dalam selimut dah getaq tak kira dah.  Dalam hati duk berharap jangan la tetiba ‘dia’ nak berkenalan ngan aku pulak. Simpang malaikat 44! Aku cuba untuk larikan fikiran aku ke arah benda lain. Mana nak tau dengan cara berangan ni aku boleh tido dengan jayanya. Namun apa yang aku usaha tak berjaya jugak. Time tu aku duk rasa macam ada something duk husya aku dari katil sebelah kanan aku. Katil sebelah kanan aku tu mana ada orang duduk. Asalnya ada la budak Form 1 duk situ tapi dia dah keluar asrama dah. Korang agak sapa yang duk perati aku tu?

Pagi Hari Sabtu-

Esok tu aku bangun macam biasa. Pukul 8.30 pagi nanti ada senamrobik. Selalunya sekolah aku ni akan ada senamrobik tiap² hari Sabtu minggu yang kami budak asrama tak balik. Lepas senamrobik tu kami semua naik dorm. Dorm aku gempar ada d***h kat tempat Psya dan Siti. Nak kata d***h period,  depa dua tu mana period pun. Aku diam ja. Aku tak cita lagi kat budak dorm aku tentang malam semalam. Bila nampak d***h tu aku getar perut dah. Aku cuba cari kaitan gangguan bunyi batu semalam ngan d***h tu. Tapi aku rasa bukan. Sebab bunyi semalam tu bukan dari tempat depa dua.

-Sabtu (Malam Ahad

Malam tu aku tak tido lewat dah. Aku ambik langkah berjaga². Aku tido dengan Tiqah, Yin dan Adra. Tak berani dah nak stay up macam semalam. Nak baca novel pun takde mood. Malam tu aku sengaja suruh Masyi (bukan nama sebenar) budak Form 1 dorm aku pulak tutup lampu dorm. Sebab aku ada curious something. Sebelum tu aku nak pastikan dulu apa yang aku syak tu betul ka tak. Psya nak tolong Masyi tutup lampu

“Tak payah. Biaq dia ja tutup. Aku tak bagi dia tolong sama. Yang budak dorm aku yang len ingat aku saja nak pekena Masyi. Aku bukan nak buli dia pun. Aku nak tengok betul ka tak yang aku teka tu esok. Depa yang len pun ok ja. Then, aku tido ngan geng² aku. Kami gabung katil. Aku nak sembang la ‘fasal’ malam semalam ngan geng-geng aku.

“Eh. Hang jangan wat hal dowh. Nak cita pasai benda tu malam² pasai pa. Aku penampaq satgi naya kut.”

<p>Semua tak mau dengar apa yang aku nak cita. Siap marah lagi. Penakut gak depa ni. Ingatkan berani sangat. Nampak ja garang. Haha. Aku ok ja. Malam ni tak bagi aku cita tak pa. Esok aku cita.

>Esok tu aku check tempat Masyi. N GOTCHA!&nbsp; Guest what? Aku betul! Means, d***h tu ada kat tempat orang yang tutup lampu ja! Aku cita habis kat depa semua fasal malam yang aku ‘kena’ tu. Aku ada pi check batu putih yang Tiqah susun kat bahagian belakang dorm tu. Bulu roma aku meremang habis! Tau kenapa? Batu² yang dia susun tu berselerak. Means kejadian yang berlaku malam tu real. Bukan mimpi! Tiqah pun rasa meremang tetiba. Dia suruh kami simpan batu tu. Haha. Aku pun pernah ja tutup lampu. N yes. Tempat aku pun kena ‘tanda’ ngan d***h tu jugak.

Beberapa minggu lepas tu Psya ada habaq kat aku. Malam yang dia naik dorm atas tu dia nampak ada ‘something’ duk merangkak bawah katil sebelah kanan aku tu. Tapi ‘benda’ tu tak berani pi tempat aku. Korang rasa aku nak kata ap?&nbsp; Tak terkata aku bila dengaq tu. Nak pandang katil sebelah tu pun macam duk terbayang² rambut panjang kusut dengan baju putih lusuh. Kuku tajam. Kulit berkedut macam pokok. Mata yang merah sentiasa perhati aku sambil mencangkung bawah katil tu. Hiii. Meremang habis bulu roma aku. Masa tu baru aku tau yang Psya ni hijab terbuka. Aku yang tak pernah nampak ni pun dah nak pengsan stakat dengaq bunyi² ja. Dia yang boleh nampak ni macam mana la agaknya. Tak boleh bayang aku. Satgi tak leh tido pulak naya ja. Haha.

Amacam. Apa pendapat korang? Seram tak? Pada aku pengalaman Watif ni seram bakhang. Tahap keseraman cita ni korang je yang boleh nilai. Maaf la kalau tak seseram macam yang korang nak. Aku niat nak share aje ngan korang. Pasni kalau ada rezeki, aku cerita yang lain pulak. Maybe fasal pengalaman adik aku pulak. Aku ni bukan lah orang yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk ² ghaib ni tapi setiap orang ada pengalaman mistik tersendiri walaupun sekali. Ya tak?

Sekian. Untuk yang kali ke-2 kalinya, aku mohon maaf sekali lagi sekiranya terdapat kekurangan pada cerita aku ini. Maklumlah

Buah cempedak diluar pagar
Ambik galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan

Cewahhh. Siap pantun lagi. No one perfect. Akhir sekali, yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Percayalah. Di mana pun korang berada, ‘dia’ tetap ada setia menemani. Haha. Percayalah bahawa ada lagi kehidupan selain kita, cuma kita saja yang tak nampak kecuali orang² yang diberi kelebihan. Tak nampak tak bermaksud tak wujud ye. Tapi ingat, berhati²lah dalam percakapan ye. Jangan biadap tak kena tempat. ‘Dia’ ada setia mendengar. ‘Dia’ pun ada perasaan marah. Tak percaya? Tanyalah orang yang berpengalaman. Kita jangan ganggu ‘dia’, ‘dia’ pun tak ada sebab nak kacau kita. Ingatlah tiada yang lagi berkuasa selain daripada Allah S.W.T.&nbsp; Takut hanyalah kepada Yang Maha Mencipta. Assalamualaikum. Jumpa lagi di cerita yang lain. Love you all. Muah

~Mawar~>

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 2.6]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.