Dua Beradik

Assalammualaikum para pembaca. Kisah ni diceritakan oleh kawan aku, Delilah yang baru aku jumpa bulan lepas.

Kami dah tiga tahun tak berjumpa sebab aku berhijrah jauh. Jadi raya yang baru ni aku balik untuk tiga bulan dan kitaorang plan nak tengok filem Pulang sama-sama.

Sementara tunggu show pukul 9:45 malam, kami berborak dulu dekat cafe. Dan malam tu Remy Ishak datang! Yahuuuu serOnoknya!!!! Hahaha ok melalut.

Aku ceritakan kisah ni dari sudut pandangan Delilah yang akan aku guna kata ganti diri ‘aku’.

Kisahnya bermula begini….

Pejabat aku terletak bertentangan dengan Quill Mall. Jalan raya di situ memang sibuk dari pagi sampai malam tapi keadaan di dalam pejabat memang sunyi bila malam.
Malam itu tinggal aku berdua dengan Jay. Masih awal lagi kalau diikutkan waktu di Kuala Lumpur ini. Baru pukul 8:30 malam.

Tiba-tiba aku terdengar Jay bersuara, “Delilah, I nak balik ni. Letihlah. Tak nak balik ke?”

“Alah, awal lagi. Takpe, I nak siapkan sikit lagi. Nanti I baliklah,” jawabku.

Aku tengok Jay mengemas barang-barang dan berjalan menuju ke arah lift. Tapi sebentar kemudian dia berpatah balik dan menegurku kembali.

“You sure ke tak nak balik? I nak balik ni. I balik tau!”

Aku ketawa dan menyuruh Jay balik. Apa bendalah yang nak dirisaukan. Kalau ada apa-apa, pak guard kan ada di bawah. Dan wing sebelah pun ramai lagi staff yang belum balik.

Jadi selepas Jay balik, tinggallah aku seorang diri di dalam pejabat. Tetapi aku tahu di wing sebelah ada ramai lagi yang belum balik. Lazimnya begitulah…

Tiba-tiba tengah aku ralit buat kerja, aku terasa tudung sebelah kiri aku seperti ditarik dengan perlahan. Aku toleh ke kanan, kot-kot tudung aku tersangkut pada penyandar kerusi. Tapi tak pulak. Jadi aku sambung balik kerja.

Beberapa minit kemudian, terasa tudung sebelah kiri pulak ditarik. Aku toleh lagi sambil membetul-betulkan tudung. Ish, apa ni? Tapi masa tu hati aku masih suci murni sebab ingatkan tudung tersangkut.

Jadi aku pun sambung buat kerja di dalam keheningan malam. Sedang aku tekun memandang laptop, tiba-tiba aku terdengar suara kanak-kanak berbisik sambil ketawa kecil. Aku terdiam. Aku kecilkan mata dan pasang telinga. Ehh, betullah. Aku dengar suara dua kanak-kanak sedang bebual perlahan-lahan sambil ketawa mengekek perlahan kelucuan.

Masa ni jantung aku dah dup dap dup dap. Tapi aku masih cool lagi. Aku berpegang pada kata-kata “kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.” Konon!

Jadi aku serba salah. Nak balik ke, nak teruskan kerja. Aku dengan terketar-ketar cuba nak sambung buat kerja tapi kejadah satu pun tak jalan. Jantung aku dah berdegup-degup sebab suara dua beradik tu makin lama makin seronok menyembang dan ketawa mengekek.

Aku baca apa yang patut tapi sebenarnya aku dah tak tau apa yang patut aku baca. Punyalah takut. Tiba-tiba aku nampak bayang dua budak berlari melintasi partition aku. Partition aku tu tak tinggi. Memang setinggi budak aje. Kalau aku bangun sikit aje memang nampak la budak-budak tu. Lepas dia berlari, siap boleh lari patah balik main-main kat langsir. Masa ni aku yang memang dah terkedu je kat kerusi terus capai laptop dan bangun berlari menuju ke lift. Kertas-kertas berterabur lantak pi lah.

Sampai aje kat depan lift, rupanya wing sebelah dah gelap gelita. Diorang semua dah balik dan tutup lampu. Celaka betul. Time ni lah semua dah balik, tinggal aku sorang aje. Aku pun tutup semua lampu kat area wing aku dan terus tekan lift. Dengan sepantas kilat lift terus terbuka seolah-olah dah ada orang tekan dari awal. Padahal kalau hari-hari biasa, lift ni lambat nak mampus kena tunggu setiap kali nak naik. Aku tercegat aje depan pintu lift. Nak masuk ke tidak? Kalau tak masuk, masak aku entah siapa kat belakang dalam gelap-gelap. (Aku pun bodoh yang pi tutup semua lampu dah kenapa? Nak tolong jimatkan bil elektik pejabat pun agak-agak la ada hantu kat belakang aku).
Kalau aku masuk lift, aku takut kang dalam tu aku berdua dengan makhluk apa ntah.

Tapi sebab dah takut, dengan lafaz Bismillah aku terpa je masuk lift dan tekan butang close cepat-cepat. Sampai bawah aku terus berlari sampaikan Pak Guard jerit panggil aku. “Cik!! Cik! Kenapa?”
“HANTUUUUU!!!!” Aku jawab sambil terus lari ke kereta.

Dalam kereta aku call Jay dan cerita kat dia. Terus kena marah dengan Jay.
“I dah cakap, balik… you nak sambung kerja jugak. Tau tak memang kat ofis kita kalau lepas pukul 8 malam tak ada sesiapa akan stay sorang-sorang. Sebab dah ramai yang jumpa mak dan anak kat lift lah, tangga la.. you nasib baik jumpa anak-anak aje”

Mana aku tahu. Si Jay pun tadi tak cakap kat aku. Tapi Jay kata dia bukan tak nak cakap cuma tak terkeluar kata-kata. Benda nak jadi memang macam ni.
Sejak malam tu, kitaorang buat peraturan, kalau dah malam dan sesiapa nak balik kena jerit kuat-kuat “I NAK BALIK!” Supaya semua orang dengar dan tak ada yang tertinggal sorang-sorang kat opis.

TAMAT

24 thoughts on “Dua Beradik”

  1. Sempat lagi ke weh g tutup lampu bagai.. Aku pernah gak terkena kat opis aku.. Masa tu ramai lah juga dalam 4 ke 5 orang masih stay.. Sekali ‘dia’ lalu n park tepi pulak.. Nak tersumbat hidung dengan ‘bau dia’.. Mencicit lari sampai tergelincir g tempat kawan..terus balik berjemaah.. Kejadian tu lepas waktu maghrib n rupanya workstation aku tu memang laluan ‘dia’ 😅😅

    Reply
  2. Uiikkk…kalau saya tak adanya nak tutup-tutup lampu semua. Silap-silap habis semua lampu saya turn on sebelum mencicit balik.

    Reply
  3. memang nasib la kalau masa yg laung nak balik ada sorang dua xdgr atau jd xdgr stay sorang2…seram kalau dpt kerja kat sini ni..

    Reply
    • Hehe.. tulah. Pernah tu ada sorang staff nak pergi surau, dia nak masuk lift sekali dalam tu ada sorang perempuan pegang anak. Perempuan tu tunduk aje.
      Dia ingat ada orang stay ofis sambil bawa anak 😆

      Reply
    • Sebab dah 3 tahun saya tak jumpa Delilah so dia kata jom lah datang lepak opis dia sambil sembang. Dia nak stay back tapi semua kawan2 dah balik. So kiranya membawang sambil teman dia buat kerja.
      Aku jawab “tak kuasa akuuuu!!!!!!”

      Reply
    • Ada cerita dari staff yang nak ke surau waktu malam, turun ikut tangga. Lepas tu nampak ada sorang perempuan rambut panjang duduk kat tangga sambil tunduk je peluk lutut. Dia lalu aje lah sebab ingatkan perempuan tu tengah rehat.
      Tapi lepas tu bila difikir-fikirkan… apakah??!! ahahah!

      Reply
  4. aku kna kt opis sndri lagah…tengah ralit wat kje dalam kul 2 pagi cmtu tetiba rs cam rambut aku beberapa helai tutup spec sambil terkirai2 kt pipi aku…aku selak alihkan…jadi lagi dua2 tiga kali smpilah aku termenung…wadefak…rambut aku pendek dowh…pelan2 shutdown pc,bgn dpd seat menuju ke pintu then tanpa menutup lampu dan pintu menuju turun tangga…seb baik opis pki magnetic security…aku gak kena bayar bill lebih bulan tu dah nama pun aku bos…kikikiki

    Reply
  5. ofis aku lak…bangunan lama setinggi 23 tingkat berhampiran dgn Jalan Ipoh, KL…jeng jeng jeng bangunan apa tu sapa tau? ….mmg terkenal dgn keseramannya…tp yg pelik org luar tau seram..yg keje sini wat lek je…huuu…pernah kes org bunuh diri di tingkat 3 (area parking)…so malam2 sapa yg balik lambat mmg leh nampak la bayang pompuan merayau2…di ofis aku lak…pagi2 aku sampai (6.50 pagi dah sampai ok sebab nak elak jem) masa buka pintu ofis je ada la bunyi mcm fail jatuh walhal takde pun…pastu lampu kelip2….pernah mimpi sorang tua dan anak pompuan masuk ofis…(rupanya penunggu ofis ni waktu malam)…sejak keje sini hari2 aku baca Yassin lepas sampai ofis… sambil tu pasang rukyah setiap pagi..baru kuat smgt sikit…aku bakar serbuk bukhor di ofisgak sebab jin kafir setan tak suka bau bukhor ni…(bukhor ni banyak diasap di Arab Saudi..nak tau kelebihan asap bukhor tgk google ya…) skrg ofis kelihatan terang dulu kelam kusam aje walau lampu byk…

    Reply
  6. Keje, keje juga.. tp klu bab balik keje, xde la aku nk stay siapkn keje yg x siap tu.. esok² kan masih ada.. berani sungguh mmber awk tu ye..

    Reply

Leave a Comment