Dua Dimensi

“Jadi, macam mana plan kita?” soal Elton apabila semua melabuhkan p******g di kerusi kedai makan tempat mereka sering menghabiskan masa sewaktu sekolah menengah.
“Aku tunggu keputusan korang jak, tak nak tempah apa-apa dulu, tak cukup duit nak tolong cover bayaran semua orang” kata Mary.
Baru sahaja 7 bulan selepas percutian mereka ke Pantai Siar, mereka Kembali bercadang untuk membuat percutian kali kedua, sebelum Jack Kembali ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran.
“Teruskan jak, takda masalah” sahut John selepas Mary membentangkan bajet yang diperlukan untuk meneruskan percutian mereka.
“Okay, saya tempah khemah dulu.” Mereka bercadang untuk menjalankan kelainan kali ini; untuk berkhemah.

“Ah, sudah, khemah dah penuh tempahan” kata Mary dengan penuh kekecewaan.
Zack, Jack dan Mary pun mula ligat meneroka tempat-tempat menarik di Sarawak untuk dijadikan tempat percutian mereka pada telefon pintar masing-masing. Mereka Cuma ada empat hari sebelum tarikh percutian mereka. Bagi mereka, rancangan itu harus dijayakan walaupun berbekalkan bajet pelajar dan masa yang terhad.
“Eh, ada satu tempat ni, kawan saya sama kerja kata seronok, ada aura tradisional, ada banyak aktiviti dan ada sungai, tapi tak ingatlah nama tempat tu” suara Zack memecahkan suasana.
“Bah, tanyalah kawan kamu” kata Mary.
Selepas beberapa minit menghubungi rakan sekerjanya, Zack memaklumkan nama tempat tersebut kepada Mary.

“Murah gila! Cantik lagitu!”
“Wah, tempah terusla, lagipun dekat dengan kita” kata John.
“Okay cun la bajet dapat kita kurangkan untuk makanan dan minuman” sambung Zack.
Elton dan Ray hanya mengiakan perbincangan mereka bertiga. Mary memberi telefon pintarnya yang menunjukkan brosur tempat yang dimaksudkan Zack untuk percutian kali ini. Dia menemuinya melalui ‘Facebook Page’ tempat tersebut. Semua kagum dengan keunikan tempat tersebut dan mengangguk tanda bersetuju. Mary menempah terus tanpa berfikir panjang dan tanpa menanya tiga orang lagi rakannya yang tidak dapat menghadiri pertemuan mereka kerana sibuk berkerja.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi, Mary dan tujuh orang rakannya mula bergerak ke tempat percutian mereka pada pagi Sabtu yang mendung. Bob dan Melvin pula akan tiba pada sebelah petang setelah pulang dari tempat kerja masing-masing. Sekitar jam 1 petang, mereka telahpun selamat tiba di destinasi. Mary dan Elton masuk ke bahagian pengurusan tempat penginapan itu untuk mendaftar masuk. Terdetik sedikit ketidakpuasan hati di dalam diri Mary kerana pihak pengurusan meminta Mary menempah dua buah rumah untuk penginapan mereka yang selama dua hari satu malam itu. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa rumah yang terbesar di Kawasan itu tidak cukup untuk memuatkan sembilan penghuni.

Sementara menunggu kunci daripada pihak pengurusan, Vera muncul dan bertanya spontan kepada pihak pengurusan
“Sini ada ‘curfew hour’? sampai pukul berapa boleh buat bising?”
“Oh, sukahati kamu orang sebab takda penghuni lain selain kamu orang buat masa ini”
“Wah, okay!” ketiga-tiga kami tersenyum lebar setelah mendengar penjelasan pihak pengurusan.
Maklumlah d***h muda, lagu dan pembesar suara sentiasa diperlukan untuk memecahkan suasana sepi.

Memasuki pagar utama kawasan penginapan itu, sebagai orang Dayak, ketujuh-tujuh mereka terpukau dengan pemandangan tradisional yang dihidangkan di hadapan mereka. Selesai memunggah barang, Mary menyerahkan kunci rumah besar kepada John. Rumah tradisional tersebut cukup besar untuk memuatkan sembilan orang. Namun, Mary hanya menurut arahan pihak pengurusan untuk mengambil dua buah rumah. Jack, John, Ray, Elton, Bob, Zack dan Melvin akan tinggal di rumah yang paling besar manakala Mary dan Vera akan tinggal di rumah berkonsepkan rumah panjang yang jauhnya terletak selepas satu bangunan di sebelah rumah besar itu.

“Kami naik atas dulu nak kemas barang.”
“Hmm kalau malam nanti dengar tapak kaki kat tingkat atas dan bahagian dinding kamu tau-tau la” kata Jack mengusik Mary.
Mary memandang Jack dengan jelingan tajam. Semasa dalam perjalanan ke bilik, Mary dan Vera ternampak sebuah kereta biru berlegar-legar dikawasan itu. Mereka tidak mengendahkannya.

“Mak aku suruh, sebab kita kat kawasan hutan” kata Vera sambal menyuakan botol air suci kepada Mary.
Memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Vera, Mary pun bersembahyang dan memercik air suci pada seluruh penjuru rumah tersebut untuk memberkatinya. Rumah besar pula telah diberkati oleh John dan Jack. Setelah itu, mereka bersiap-siap untuk pergi berkumpul di rumah besar bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Petang itu, mereka bertujuh menghabiskan masa bermandi-manda di sungai terdekat. Pada pukul 4 petang, mereka sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah penginapan kerana bimbang Bob dan Melvin tidak tahu jalan ke arah kawasan penginapan tersebut. Selesai membersihkan diri, Mary dan Vera bersiap sedia untuk ke rumah besar kerana mereka sudah merancang untuk makan malam dan barbeku bersama-sama.

“Hello? Hello Bob? Mana kamu?” kata Mary cuba menghubungi Bob.
Talian diputuskan. Talian sangat lemah dikawasan rumah besar itu.
“Eh apa benda toleh-toleh tu” kata Bob bermonolog dengan dirinya.
Talian yang diputuskan membuat dia membuat keputusan untuk mencari sendiri kawasan rumah besar itu. Dia tiba di kawasan penginapan itu berpandukan ‘Google Maps’. Dia melihat kelibat orang memerhatinya di kawasan bangunan bersekatang dengan pintu pagar utama sewaktu mencari rumah besar tempat mereka tinggal. Mujur Melvin, Jack dan Zack juga tiba di pagar utama. Jack dan Zack baru sahaja pulang dari membeli makanan ringan untuk mereka. Melvin dan Bob memandu mengikut Zack dan Jack.

“Kamu orang berapa orang sebenarnya?” sergah seorang staff meghentikan tawa sembilan orang sekawan tersebut.
“Oh sembilan, dua orang baru balik kerja, mereka terus datang daripada tempat kerja, tu sebab kereta lebih, maaf ya” jawab Mary.
Staff tersebut mencebik dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang sibuk menyiapakan persiapan makan malam dan barbeku. Sekali lagi, Mary dan rakan-rakannya melihat kereta biru limpas rumah penginapan mereka tidak tahu siapa, yang pasti bukan milik staff tersebut kerana dia menggunakan sebuah kereta myvi.

Vera ditugaskan untuk menanak nasi, dengan menggunakan baju kelawar, dia bergurau,
“wei, aku buat nasi kangkang hahahaha.”
Mary hanya tersengih melihat lagat Vera. Sekitar jam 7 petang, mereka membaca doa diketuai Bob untuk makan malam. Bertemankan lagu tradisional Orang Ulu, mereka bersantap dengan penuh berselera.

“Sini macam ‘vibe’ KKN di desa penari tu oh” kata Zack spontan.
Mary menyambung berkata
“’vibe’ sini kuat ‘vibe’ kaum Iban oh Ray, Jack”
Ray dan Jack mengangguk tanda bersetuju. Hanya Mary, Ray dan Jack kaum Iban diantara mereka, yang lainnya kaum Bidayuh.

Selesai berkemas selepas makan malam, mereka menyambung melepak di kawasan beranda rumah besar itu. Mereka menari tarian tradisional Orang Ulu, Iban dan Bidayuh untuk menghiburkan diri. Pertembungan mereka sembilan cukup untuk memecahkan kesunyian kawasan penginapan tersebut dengan gelak tawa meskipun tidak cukup sempurna ahlinya kerana ketiadaan Shasha, Will, Gibbs, Mark dan Syl yang tidak dapat menghadirkan diri pada percutian itu.

Dengkuran Zack dan Melvin mula kedengaran. Barangkali Lelah setelah pulang kerja terus ke tempat tersebut. Pembesar suara dimatikan pada jam 11.30 malam. John dan Jack yang duduk di luar melihat kelibat pengawal keselamatan. Jack menyuluh untuk memastikan bahawa figura tersebut merupakan pengawal.

“Eh ada pengawal”
“Eh tak patut, sebab pengurusan kata mereka sendiri kunci pagar utama pukul 10 malam tadi, kita jak kat sini” sergah Mary.
Jack mula merasa was-was akan kawasan tersebut.

“Kamu betul tak tidur sini malam ni?” soal Ray.
Soalan itu sudah beberapa kali dilontarkan ke Mary pada hari itu. Elton dan Jack juga menanya soalan yang sama. Buka apa, sepanjang percutian mereka selama ini, mereka tidak pernah tidur di rumah yang berasingan. Jadi, itu menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mereka.
“Oh, nantila tengok macam mana” jawab Mary ragu-ragu.

Mary melihat Ray dan Elton bergerak ke kawasan rumah dia dan Vera untuk melihat sekitar. Mary mengajak John untuk berjalan-jalan disekitar kawasan tempat penginapan tersebut untuk menghirup udara malam yang segar. Baru sahaja melangkah, Vera dan Jack menghalang mereka. John dan Mary akhirnya mengajak Vera berjalan kearah Elton dan Ray. Jack pula menjaga Zack dan Melvin di rumah besar. Bob sibuk bermain dengan aplikasi ‘Ghost Detector’ yang baru sahaja dimuat turun.

Terdapat beberapa buah kerusi kayu dihadapan rumah Vera dan Mary. Elton dan Ray duduk di hadapan rumah tersebut.
“Eh bunyi orang ada majlis oh, mesti kampung terdekat” kata Mary setibanya di situ.
“Eh ada tompokan d***h” ujar Elton menunjuk kearah lantai hadapan rumah itu menarik perhatian semua yang ada di situ.
“Eh bukan tu” sangkal John.
“Jangan cakap yang bukan-bukanla” kata Ray.
John bangun dan mengikuti tompokan d***h tersebut. Tompokan d***h itu menuju ke satu rumah yang jaraknya dua pintu daripada rumah Mary dan Vera.

“Mary, kamu rasa kan, kalau dalam cerita hantu, siapa dulu antara kita akan d*****h?” tanya Ray.
Mary terdiam.
“Siapa yang selamat oh?” sambung Ray lagi.
“Elton kot ataupun kau” jawab Vera.
Perlahan Mary menjawab, “mungkin Jack”.

Tidak lama kemudian, Jack dan Bob tiba di kawasan rumah Vera dan Mary. Mary membuka pintu rumah dan mengarahkan Vera tidur dahulu kerana Vera sudah mula mengantuk. Mereka yang lain masih melepak di luar rumah kerana tidak ingin meninggalkan Vera dan Mary berdua di rumah panjang yang sunyi itu. Perasaan was-was dalam diri Jack mencanak tinggi. John sibuk juga bermain dengan aplikasi ‘Ghost detector’ kerana terjebak dengan Bob. Aplikasi tersebut menunjukkan terdapat sesuatu di belakang Mary yang duduk menghadap pintu rumah mereka.
“Takda apa-apalah, manada hantu wujud” sangkal Elton.
Semua terdiam. Vera sudah pun lena ditemani Bob yang tertidur di kerusi dalam rumah itu.

Jam menunjukkan tepat 2.30 pagi. Zack dan Melvin lena dibuai mimpi dan ditinggalkan berdua di rumah besar. Mata Ray mula berat.
“Pergilah tidur kalau ngantuk, saya okay” kata Mary.
Ray bangun dari tempat duduknya dan mengajak Elton pulang kerumah besar. Mereka menapak pergi dengan berat hati. Langkah dimatikan, Elton menoleh belakang
“Eh Jack, John, korang tak balik? Pintu rumah besar tak dapat tutup kalau tak kunci, malas saya nak buka kalau dah tidur nanti.”
John yang pada asalnya dicadangkan untuk menemani Vera dan Mary pun berlalu pergi kerana Bob sudah tertidur dan dipercayai dapat menjaga mereka berdua. Dia mengarahkan Mary untuk masuk ke dalam rumah sebelum berlalu pergi. Elton menekan suis ‘spotlight’ yang mengarah ke hutan sebelah rumah Vera dan Mary untuk menerangkan kawasan tersebut.

Setibanya di rumah besar, mereka dikejutkan dengan Melvin yang terbangun dari tidur.
“Kenapa tinggalkan kami dua? Kawan sama kerja saya kata tempat ni keras” ujar Melvin dalam keadaan mamai.
Jack semakin sukar untuk tidur setelah mendengar ayat yang dikeluarkan Melvin.

Vera terjaga apabila Mary mengejutkan Bob untuk tidur di atas tilam tambahan yang sudah disediakan pihak pengurusan di dalam rumah itu. Mary yang sukar untuk tidur mula membuka topik berbicara dengan Vera. Tiba-tiba, bunyi tarikan guni simen memecahkan suasana sunyi.
“ssretttttt…..”
Kuat dan jelas. Kedengaran dari kawasan pintu rumah. Mary terkejut dan membuntangkan matanya. Katil Mary berdekatan dengan pintu. Dia hendak bangun untuk memeriksa apa yang berlaku, apabila dia memandang kearah Vera, Vera kelihatan terketar-ketar ketakutan. Bob sudah tidur m**i.

“Kejutkan Bob!” Vera membuat keputusan.
Dia memanggil-manggil Bob namun Bob tidak bergerak. Badan kecil Vera mampu untuk menarik Bob untuk tidur berdekatan pintu. Namun Bob masih mamai dan tidak menyedari apa yang berlaku. Mary mencapai telefon pintarnya.
“Apahal ni ‘no service!’” ujar Mary geram.
Berbekalkan satu ‘bar’ talian, dia mula menghubungi John. Tidak dijawab. Kemudian dia menghubungi Jack. Juga tidak dijawab. Mary menyatakan hasratnya untuk pergi meninggalkan bilik tersebut sebelum menjelang 3 pagi. Jam menunjukkan 2.44 pagi.

“Sanggup kau keluar sekarang?”
“Aku lebih sanggup keluar dari stay dalam ni” jawab Mary.
“Janganla, kesian Bob kalau kita tinggalkan dia sorang”
“okay okay”
Mary dan Vera cuba untuk tidur dan menutup mata. Sepanjang malam kedengaran bunyi ketukan di seluruh dinding bilik. Setiap 30 minit, Vera dan Mary akan tersedar daripada tidur dan melihat jam. Subuh dirasakan amat lambat menjelang pada saat itu.

Pada jam 6.30 pagi, mereka bertiga tersedar dari tidur. Bob menyatakan dia ingin ke rumah besar untuk mengambil minuman. Apabila lama menunggu Bob, Mary mengajak Vera meninggalkan kawasan rumah tersebut. Batu-batu terlihat penuh di hadapan pintu rumah mereka. Mereka berdua terdiam, teringat akan bunyi seretan dan ketukan malam tadi. Mereka bergerak menuju ke rumah besar dengan senyap.

Ketukan pintu Mary disambut John dengan mamai.
“Dari jauh dengar suara kamu dua bising dari pagi tadi.”
Mary dan Vera memandang sesama sendiri.
“Takda kami bising. Kami senyap jak turun sini” ujar Vera.
Mary masuk dan mengambil tempat berbaring di sebelah Jack. John terpinga-pinga kehairanan.

“Semalam saya paling last tidur, macam-macam bunyi kat luar tu” kata Jack tersedar daripada tidur.
“Eh tapi saya telefon kamu malam tadi tak jawab”
“tapi saya pegang telefon sampai 3 pagi lebih baca manga takda pun ‘missed call.’”
Dia mencapai telefon pintarnya. Tepapar panggilan tidak terjawab pada jam 6 pagi. Mary terkedu. Mary meminta John menyemak senarai panggilan tidak terjawabnya, terpapar di telefon John jam 2.44 pagi walhal jarak Mary menelefon John dan Jack kurang dari seminit. Mereka tersentak.

Mereka berkemas bergerak meninggalkan kawasan penginapan tersebut pada jam 11.55 tengah hari selesai sarapan dan mandi-manda di kawasan sungai. Terlihat sekali lagi kereta berwarna biru berlegar di kawasan tersebut. Jack pesan kepada semua orang agar tidak mengambil barang dari kawasan penginapan tersebut. Rumah dikemaskan semampunya sebelum John menyerahkan kunci kepada Mary.

Mary mendaftar keluar dan berasa aneh apabila staff kawasan penginapan tersebut bertanya adakah semuanya okay dan tiada masalah. Dia berbasa-basi menjawab tiada permasalahan, cuma gangguan anjing liar dan nyamuk. Bimbang dikatakan tahyul. Rupanya kereta biru yang sering berlegar itu merupakan kereta pemilik kawasan penginapan tersebut. Terdetik di hati Mary, mengapa dia selalu berlegar-legar di kawasan tersebut.

Dalam perjalanan pulang, Mary memuat naik gambar sekitar kawasan tersebut di instagram. Dia menerima satu mesej daripada kenalannya sewaktu matrikulasi dahulu.

“Dah balik?”
“Dah”
“Sana tempat keras oo, kalau berani boleh”

Mary terdiam melihat mesej tersebut. Dia terus menangkap layar mesej tersebut dan dikongsikan bersama lapan orang rakannya yang lain.

Mereka makan tengah hari bersama sebelum pulang ke rumah masing-masing di kedai makan berdekatan.

Melvin memberitahu bahawa sewaktu pulang kerja, kenalannya yang merupakan orang tempatan kawasan tersebut menghalang Melvin untuk pergi ke tempat penginapan tersebut kerana tempat tersebut keras dan merupakan tapak ritual. Tapi Melvin meneruskan perjalanannya kerana rakannya yang lain sudah pun tiba.
Kenalan Mary juga memaklumkan bahawa kawasan penginapan tersebut merupakan tapak ritual adat lama masyarkat setempat. Tiada orang tempatan yang berani menjejakkan kaki di kawasan tersebut untuk bermalam. Sering terdengar bunyi keramaian, bayi dan perempuan menangis serta bunyi syiling daripada baju tradisional apabila tarian tradisional dipersembahkan datang daripada kawasan tersebut. Tompokan d***h di hadapan rumah Vera dan Mary pula merupakan tompokan d***h ayam yang digunakan untuk ritual adat lama. Dia juga berpesan untuk tidak menginap disitu lagi.

Zack meminta penjelasan daripada rakan sekerjanya yang mengemukakan cadangan untuk ke tempat tersebut. Rakannya berkata bahawa pihak pengurusan terkejut kerana mereka mampu bertahan semalaman di tempat tersebut. Rakannya lupa memaklumkan bahawa kawasan tersebut dikhaskan untuk pelancong luar mengenali budaya Dayak. Kawasan yang paling keras di tempat penginapan tersebut merupakan kawasan di mana John melihat kelibat ‘pengawal keselamatan meronda’ pada malam itu.

Mereka juga digemparkan dengan peringatan daripada kawan Zack yang merupakan orang tempatan untuk segera mencuci pakaian yang dibawa ke kawasan penginapan tersebut. Jika ada yang demam disarankan untuk melakukan perubatan tradisional dan mereka juga disoal adakah mereka membawa barang bukan milik mereka pulang. Mujur tiada. Tiada yang tersakiti dan semua selamat sampai di rumah.

****Selama percutian kami sejak di bangku sekolah menengah, ini merupakan satu pengalaman yang luar biasa bagi kami. Wujudnya dimensi lain di kawasan percutian kami dan menerima kenyataan bahawa kami merupakan penumpang sementara di dimensi mereka. Kami juga mendapat khabar bahawa kawasan tersebut bukan setakat tapak ritual adat yang biasa, tapi merupakan tapak ritual apabila berlaku kematian dan sudah beberapa kali ‘dibersihkan’ oleh dukun sehingga mengorbankan nyawa.

oursequeen
Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 4.4]

1 thought on “Dua Dimensi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.