Dua Kalimah Syahadah

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia fiksyen shasha. firstly, saya nak ucap terima kasih kalau cerita seram saya ni disiarkan. Saya orang Sabah tapi bahasa sabahan saya tak pekat sangat dan saya cuba bercerita dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami yerr.

Saya ada phasmophobia rasa takut terhadap hantu ) even saya tak ada sixth sense. Pelik kan hehee. Mungkin saya ni suka berimaginasi and peminat cerita-cerita hantu. Alhamdulillah, hijab saya tertutup dan saya cuma diganggu oleh hantu biasa2 ja. Macam bunyi perempuan ketawa pukul 2 pagi, orang ketuk lesung batu dari atas umah tengah-tengah malam, ada makhluk tumpang naik basikal sampai saya xdapat kayuh dan terpaksa tolak basikal. Untung laa hantu tu naik basikal saya kena tolak lagi oleh saya. Okeh, sampai situ pengenalan tentang saya. Cerita yang saya nak kongsikan ni adalah daripada kisah benar kawan saya di sekolah asrama dulu. Cerita saya ni sebenarnya lebih seram kalau saya cerita face to face dengan korang sebab saya suka cerita dengan penuh perasaan hehee.

Kisah ni bermula agak-agak 5 tahun yang lalu di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Lokasinya tak perlu la saya mention ye. Kawan saya dari semenajung cerita kat saya. Tapi dia pun dapat tahu cerita ini dari senior dia but don’t worry cerita ni tak di tokok tambah yee. hehee. Masa itu waktu Maghrib, jadi Aini ( bukan nama sebenar) dengan beberapa orang kawan dia baru nak ambil wudhu’ di surau sekolah. Tempat ambil wudhu’ tu bersebelahan ja dengan surau. Jadi, si Aini dengan 3 orang lagi pergi la ambil wudhu’.

Aini lambat sikit siap ambil wudhu’ jadi 3 orang kawan dia ni dah tinggalkan dia dan pergi masuk surau dulu. Si Aini tak lah takut sebab tak lama lagi memang akan ramai datang surau. Jadi, si Aini ni pun masuk la bilik wudhu’ dan ambil wudhu’ macam biasa. Then, tak lama ada ramai suara di luar, maksudnya budak-budak lain dah datang untuk solat berjemaah. Siap ambil wudhu’, si Aini pun pakai la tudung balik. Lepas tu, ada budak junior masuk bilik wudhu’ tu dan mungkin budak tingkatan 1 laa sebab badan kecik comel ja.

Budak tu pun tegur Aini, ‘ hi kak ‘. Aini pun balaslah hai balik. Budak tu tanya lagi, ‘ Kak, dah masuk azan kan ?’ . Aini pun balaslah ‘ ya, dah masuk. Pergilah ambil wudhu’ dulu pastu masuk surau terus’. Budak tu tanya lagi, ‘ Kak, macam mana baca syahadah , bole ajar saya?’. Aini pun bacakanlah syahadah pastu dia suruh budak tu ikut baca. Budak tu pun ucap ‘ Ashadu- Allalalalaa ‘ dan lidah dia terus menjelir keluar memanjang dan muka dia berubah pucat sambil senyum . Si Aini masa tu terus lari keluar dari bilik wudhu’ dan masuk surau.

Rupanya dalam surau tu, hanya ada kawan dia yang 3 orang tu jaa. Dia nak cerita dekat kawan dia yang tengah pakai telekung tapi masa tu dia pun panik jadi dia diam ja dengan muka pucat gila. Kawan dia tanya ‘ Kau oke ka Aini ?’. Aini tak jawab dan terus pakai telekung. Tak lama lepastu, pintu surau diketuk dengan kuat macam nak tercabut ja pintu tu. Kawan Aini saling memandang satu sama lain. Tiba2 ada suara garau , ‘Buka pintu !’. Masa tu, Aini jawab balik, ‘ Jangan ganggu kami, kami tak ganggu kamu.’ Masa tu, Aini dan kawan dia dah duduk rapat-rapat sambil baca ayat Kursi dan surah-surah yang terlintas dalam fikiran dorang.

Lepas 5 minit lebih macam tu, barulah bunyi tu berhenti. Tak lama lepas tu, barulah ramai yang datang solat di bahagian surau perempuan. Dorang pun solat berjemaah. Malam tu, Aini dan kawan-kawan dia semua demam panas dan tak pergi kelas keesokan harinya. Dorang bagitahu perkara tu dekat ustaz ustazah dan pelajar-pelajar lain.

Itulah ceritanya. So, kesimpulannya, walau apapun yang terjadi, kita patut takut akan Allah SWT lebih dari hantu sebab dorang pun makhluk ciptaan Allah. Sekian, wasalam.

.

Cik Isfa
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

13 comments

  1. “Budak tu pun ucap ‘ Ashadu- Allalalalaa ‘ dan lidah dia terus menjelir keluar memanjang dan muka dia berubah pucat sambil senyum . Si Aini masa tu terus lari keluar dari bilik wudhu’ dan masuk surau…”

    Part ni mmg akk plak yg ghase nk lari kuor bilik…
    Kuajaaqqq punye benda tu menyamar alim plak ko ekkk…

  2. Masa ‘benda’ tu mintak dia ajar syahadah tu ingtkan jin kafir mk peluk islam(positif nyer i hehe)…adeh skali dia jelir lidah daa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.