Pulangkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca lagi- lagi sekarang ni tengah musim covid. Actually, ni first time hantar kisah seram sebelum ni asyik baca kisah orang lain je. Aku bernama Hanna yang berumur 22 tahun. Aku akan ceritakan 3 cerita berbeza yang aku sendiri alami.

CERITA PERTAMA : ternampak sesuatu.
Masa ni aku tingkatan 5, aku telah memasuki pertandingan multimedia peringkat dalam negeri. Alhamdulillah, dapat tempat ke-3. Setelah habis pertandingan kami semua termasuk kawan dan cikgu kami pergi ke mall kebetulan mall tu sebelah je tempat kami bertanding. Dalam pukul 6:45 petang, kami semua bertolak balik ke sekolah. Dalam pukul 9:30 malam kami sampai ke sekolah, tak sempat pun berbual sebab cikgu suruh kami pulang ke rumah cepat-cepat.

Sebenarnya ada sebab kenapa cikgu suruh balik cepat. Sebabnya bukit yang akan kami lalui tu berhantu ( kanan kiri bukit tu ada hutan je takde rumah orang pun, ada ke yang berani duduk situ). So aku dan kawan-kawan pergi sekolah dengan motor so aku pun jalan dulu slow² dengan motor (aku nampak je relax tapi sebenarnya aku tengah takut ) tapi masa tu takde la takut sangat sebab kawan ada kat belakang kan. Cikgu tunggu hujung sekali, nak pastikan semua orang balik dan takde yang kacau ( maklumlah semua perempuan, takut jugak takut ada jantan nak buat jahat ke). So kawan rapat aku semua duduk sebelum bukit tu, aku tengok kawan dan cikgu ada kat belakang so aku bawak motor laju sikit je.

Masa naik bukit tu memang aku dah baca apa yang patut la (ayat kursi, 3 qul, yasin pun aku baca tau..hahaha). Masa tu aku tengok kat cermin motor, kawan² ada lagi belakang aku. Aku pun bawak motor relax² la ( mengelamun) . Tiba aku rasa macam tak bunyi motor kawan² aku. Aku tengok takde dorang kat belakang so aku masa tu husnuzon je la ( tak terpikir lagi masa tu ) maybe aku bawak laju sangat kot. Aku pun bawak la slow² motor sebab nak tunggu yang lain kan. Nak dekat 10 minit aku tunggu tak muncul² jugak, aku dah start panik. Aku baru perasan aku tak baca apa² sebab tengah mengelamun tadi. So aku start baca ( baca lah ayat apa2 pun masa tu sebab takut ).

Sampai kat pondok kat bukit tu, tetiba berdiri bulu roma. Memang masa tu tak pikir apa dah, mintak cepat2 sampai rumah jela. Dah la takde orang lalu. Tangan pun menggigil bawak motor. Bukit tu memang terkenal berhantu, dah ramai yang terkena. Arwah tok aku pun penah kena. Dia cakap masa tu tengah tahun 70 an, bawak motor je lalu kawasan tu, tengah bukit jumpa suami isteri dengan 3 anak kecil. Tok aku berhenti tanya “kenapa motor rosak ke?”. Tak jawab apa2, tengok je tok aku. Tok aku pun blah dah tak jawab tu. Lepas tu, tetiba yang suami isteri motor rosak tadi lintas tok. Dah la motor lama buruk tambah dengan bawak 5 orang tapi lagi laju dari tok aku sambil lintas motor tok aku, dorang senyum pelik (senyum seram). Tok aku nak lintas tapi takut. Tu cerita tok aku.

Back to my story. Lepas pondok tu tetiba ada makhluk lalu atas aku, memang nampak la benda tu pakai baju warna putih dengan rambut hitam panjang. Allah. Aku pun dah tak kira dah, aku pun bawak laju motor masa tu dalam 80 km/h gitu. Berdebar weh. Menggigil tangan kau, segala ayat semua aku baca habis berterabur tak kena semuanya. Takut punya pasal. Lepas bukit tu baru jumpa rumah orang. Lama tu, baru nampak cahaya lampu motor kat belakang, tengok ada kawan² aku. Lepas pada tu, demam jugak aku. Tak berani dah balik malam dengan motor kalau ada kerja kat sekolah balik lewat. Kawan rapat aku je yang tahu. Malu nak cerita kat cikgu. Takut kena marah dengan cikgu sebab cikgu dah pesan ” balik jangan berpecah, bawak motor jangan laju2 kan kena kacau dek hantu korang tanggung la sendiri”. Akibat tak dengar cakap cikgu. Merasa lah.

CERITA KEDUA : pulangkan.
Masa ni 2017, aku tak pergi sekolah sebab tak siap kerja sekolah. Aku ni memang peminat tegar, peminat ‘ payah nak m**i’ cerita, movie, film hantu. Kau cakap je cerita apa semua aku dah tengok. The Conjuring 1,2,3, Ju- on, the nun, paranormal activity semua aku dah tengok. So pagi tu ma ayah aku pegi bandar, adik abang aku semua pergi sekolah. Tinggal aku je la dalam rumah tu. Fikirkan boring sangat masa tu, so aku pun tengok cerita hantu, Pontianak Harum Sundal Malam 1 dalam phone. Mula² aku tengok okay je. Dalam 30,40 minit aku tengok tu tiba-tiba cerita tu dia pegi ulang balik awal2 tu, so aku pun pegi la tengok balik kat minit ke 30 gitu. Jadi balik ( masa tu tak pikir lagi kena kacau). Aku buat minit ke 30, jadi balik. Aku pun pegi balik kat aku tengok tadi, tekan tu tetiba ada muka maya karin jadi hantu dengan mata merah tengok kat aku. Terkejut aku. Sambil jatuh phone atas lantai.

Lepas tu phone tu dok ulang lagu pulangkan. Habis lagu dia ulang balik lagu pulangkan tu. Aku masa tu fikir ‘hang ke phone aku ni’ so aku pun buang bateri phone. Buang tu dengar lagi lagu pulangkan ( aik.. ni dah lain ni). Tapi aku husnuzon la, maybe sebab aku kuat sangat main phone kot. So aku stop, aku sambung tengok tv. Lama tu aku tengok phone aku dah ok, sambung balik tengok cerita hantu maya karin tadi. Tengah² aku tengok, tiba ada bayang hitam lalu kat belakang, 3 kali jugak dia lalu. Tapi aku buat derk je sebab dah biasa nampak ada benda hitam lalu kat rumah aku. Lepas sejam tengok cerita pontianak tu, aku menyandar kat sofa so kat screen phone tu aku nampak benda lalu. Aku pun buat tak tahu je. Tiba-tiba bulu roma aku naik dan aku tertoleh ke belakang, ternampak ada makhluk baju koko kehitaman gitu, tinggi, kain baju dia terseret kat belakang tapi tak nampak kaki pun.

Dia masuk bilik aku. Berangin kuat masa tu. Aku pun tak tunggu apa dah, aku lari buka pintu tapi tak boleh bukak. Pintu tak kunci pun tapi tak boleh bukak. Aku tengok jendela terbuka luas, aku pun panjat ikut jendela je la. First try tak boleh sebab aku ni pendek, kena ada kerusi baru boleh panjat so aku panjat gitu je, mujur Allah tolong aku hari tu. Lepas keluar dari rumah tu, ingat nak panggil jiran tolong tengok benda apa ada dalam rumah tu, tapi sebabkan lari tak sempat pakai tudung terpaksa lah batalkan niat nak panggil jiran. Last² aku lepak kat luar rumah je dengan kucing. Pukul 3 petang baru ma ayah aku balik. Malas nak cerita kat ma ayah, nanti heboh cerita kat sepupu² aku kata kena kacau. Dulu pun macam tu jugak, aku kena kacau ada orang ketuk jendela bilik aku pukul 3 pagi, bulan cerah so boleh nampak la siapa yang ketuk tu tapi takde orang pun. Dah la makin kuat ketuk tu adalah. Cerita kat ma aku, semua sepupu sepapat aku tahu. Malu aku.

Cerita ketiga : saka.
Ni masa 2014, moyang belah ma ni perubat ( ubat orang ) tetiba dia sakit, so pegi la tengok. Ok je nampak takde sakit pun, elok je berbual. Lama lepas tu dapat berita dia dah takde. Aku tak pergi sebab nak kena ambil result exam. Masa ni banjir besar 2014. Ma ayah aku tak boleh balik rumoh sebab tak boleh lalu jalan banjir. Malam tu aku adik dengan abang aku je ada kat rumah. Pukul 2,3 pagi macam tu, aku tiba tersedar macam ada orang sebut nama aku. Aku pun bangun tiba-tiba pintu terbukak sendiri. Nasib baik ada langsir takde la nampak benda pelik² so aku nak cepat² tidur, aku bangun tutup pintu, aku pun baring sambil tengok kat pintu. Nampak ada bayang orang lari cepat. Masa tu aku takut harapkan cepat pagi je la. Nak lari bilik abang aku takut. Petang esok tu ma ayah aku balik. Aku tak cerita, malas. Lama lepas tu, terima khabar sepupu aku kena kacau dan kena rasuk. Rupanya sebab saka arwah moyang sukakan dia. Lepas kena rasuk tu …… ( Sorry, aku tak boleh cerita, aib kelurga).

Tak silap aku, dalam 2019 baru ni, saka moyang ni dah suka orang lain. Alhamdulillah selamat sepupu aku. Rupa-rupanya, ustaz yang sepupu aku jemput tu cakap saka ni suka orang lain sebenarnya tapi disebabkan orang yang first tu macam berani sikit so dia pergi la kat sepupu aku. So dorang tanya lah siapa orang first ni, ustaz cakap malam moyang m**i tu, saka tu pergi cari dia and ada kacau2 sikit orang tu. So ustaz tanya sapa kena kacau malam tu. Takde orang jawab tetiba aku baru teringat aku kena kacau (hahaha) so aku cakap la aku kena kacau malam tu. So betul lah aku orang first tu. Tapi aku kesian jugak kat sepupu aku, selama 6 tahun terseksa macam tu. Sekian. Tamat.

Sebenarnya aku nak cerita pasal bilik aku tapi takpe la. Entah, aku rasa bilik aku ni semacam la. Asalnya bilik ni milik arwah nenek aku belah ma aku. Nak meninggal tu payah jugak la sebab saka. Alhamdulillah saka tu takde kacau family pun. Ustaz cakap saka tu tujuan dia nenek aku nak nampak cantik so dia baca benda tapi nenek tak tahu dia dah ambik saka. Arwah tok aku belah ayah dia bela saka tujuan untuk jaga kebun. M**i susah tu sebab saka. Saka tu la yang dok kacau abang aku sekarang ni. Kesian abang aku. Tapi nasib baik jugak tak kacau aku, ustaz kata saka kacau orang lemah semangat je so aku tak dikacau. Alhamdulillah. Pesanan penaja, orang zaman sekarang janganlah diambik saka tu, kalau dulu takpe la orang tak kenal mana islam tu apa. Cuba fikir masa depan cucu cicit korang nanti, tak senang duduk asyik kena kacau je. Insyaallah ada kesempatan cerita tentang abang pulak. Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hanna
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

3 comments

  1. “Rupanya sebab saka arwah moyang sukakan dia. Lepas kena rasuk tu …… ( Sorry, aku tak boleh cerita, aib kelurga)”

    Kalau taknak cerita lebih baik tak payah mention pun pasal ni. Menyampah.
    Lagipun takde orang kenal awak di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.