Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera para pembaca.
Terima kasih sebab sudi baca kisah saya di https://fiksyenshasha.com/dugaan-travel-kerja-sebagai-peguam-1/
Kali saya ceritakan kisah Part 2. Masih lagi mengenai kerjaya saya sebagai Peguam selama 8 tahun.
Mahkamah Muar.
Antara kisah paling seram pernah saya dengar.
Sekitar tahun 2010, ada satu kes pembunuhan kejam di Batu Pahat. Budak yang dibunuh tu budak sekolah. Dibunuh oleh 2 orang budak lelaki. Ketika jenayah dibuat, budak-budak pembunuh tu bawah umur 18 tahun. Mangsa seorang perempuan ditikam berkali-kali dan ditutup mayatnya dengan pelepah kelapa sawit.
Kes ni masuk Mahkamah Tinggi Muar untuk bicara. Malah, saya pernah terserempak dengan pembunuh ini secara tak sengaja. Kes mereka saya tak uruskan.
Kat mahkamah ni, kadang-kadang, kes terbawa-bawa sampai ke petang. Kadang-kadang sampai pukul 7 pun ada. Masa kes bicara ini, ia dilakukan pada waktu petang. Ada hakim, pendakwaraya, peguambela, saksi-saksi, tertuduh, polis dan pegawai mahkamah.
Ketika saksi pertama dipanggil (orang pertama yang jumpa mayat), dia ditanyalah beberapa soalan… sampailah Pendakwaraya bertanyakan soalan-soalan ini :
PR : Awak nampak apa masa awak kat tempat kejadian?
Saksi : Saya nampak mayat, berlumuran darah, berpakaian, bertudung di bawah pelepah sawit.
PR: Apa lagi yang awak nampak ?
Saksi : ( saksi senyap)
PR: Awak takde apa-apa lagi nak cakap?
Saksi : Saya… saya bau benda wangi Tuan.
Pada saat dan ketika itu, satu bau yang sangat wangi menyergap seluruh ruang mahkamah. Semua yang ada dalam Mahkamah terus senyap dan berpandangan antara satu sama lain.
Cepat-cepat YA Hakim mengetuk meja menggunakan tukul yang ada dan mengarahkan perbicaraan di teruskan. Bau wangi terus hilang.
Perbicaraan tamat sekitar pkl 6 petang.
Lepas dari perbicaraan, YA Hakim panggil pendakwaraya dan peguambela untuk berbincang pasal kes ini. Habis perbincangan, pendakwaraya buka cerita…
Pendakwaraya : “Sebenarnya , kes ni memang lain dari yang lain. Pihak polis ada maklumkan pada saya, waktu mereka tahan tertuduh, ada sesuatu yang ganjil di mana seluruh balai polis berbau kapur barus yang sangat kuat. Bila tertuduh sampai, bau tu hilang. Bila tertuduh diletak di dalam lokap, tertuduh asyik tundukkan muka.
Bila tanya nak makan apa, dia senyap dan tak nak respons. Lama-lama, seorang pegawai polis masuk lokap tu dan duduk tanya elok, kenapa ni? Ada masalah ke?
Tertuduh dengan perlahan berkata ” Bang… budak yang saya bunuh tu lalu lalang depan lokap saya ni bang,”.
Serentak itu, bau kapur barus mula bermain kembali dalam balai polis tersebut.”
Kes bunuh ni dah selesai sekitar 2015.
Kawasan mangsa dibunuh tu memang agak dekat dengan Bandar Batu Pahat. Apa-apa pun, elakkan berkawan dengan orang-orang yang ada habit tak elok macam menagih dan lain-lain ya.
InsyaAllah, saya akan sumbangkan lagi cerita di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bunyi “kisah-kisah” nampak banyak..tapi last2..sampai cmtu je?
tau pulak ko takot ye budak tu lalu lalang dpn ko..
Pendek sangat dik oiiii. Macamana depa selesaikan masalah balai bau kapur barus tu? Apa ending perbicaraan tu ya? Budak2 tu kat mana sekarang? Sob…sob….tak puas baca….
kisah ringkas je, tapi seram dia terangkat bulu roma
Best cara penulisan. Cerita pun seram. Btw lepas kerja peguam sekarang buat apa?
Cerita seronok, tapi pendek sangat.. xpuas baca
Terima kasih kerana berkongsi kisah, apa pun teruskan menulis dan menghantar kisah /pengalaman anda pada kami.
BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam yang ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin, dikatakan sempat menghantar SMS nyawanya terancam kepada seorang rakan ketika kejadian, Rabu lalu.
Malangnya, mangsa, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, gagal memberi lokasi menyebabkan rakannya itu tak dapat memberikan bantuan dan mendiamkan diri.
Nenek mangsa, Mailiah Idris, 62, berkata perkara itu dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila dia mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang.
“Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang.
“Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah.
“Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokannya,” katanya.
Menurutnya, selain membuat laporan polis bapa arwah menghubungi beberapa rakan dan salah seorang daripada mereka memberitahu, arwah sempat menghantar SMS mengatakan dia akan dibunuh.
Bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana arwah tidak sempat memberitahu lokasi dia berada.
“Kami hanya tahu arwah berada di kebun sejauh kira-kira 100 meter dari rumah apabila sepasukan polis datang ke kawasan itu jam 5 petang kelmarin,” katanya.
Mak cik mangsa, Arina Syairah Muhammad Fauzi, 18, berkata dia bermimpi arwah bergelut dengan lelaki selama tiga malam berturut-turut, sebelum diberitahu arwah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kebun kelapa sawit.
Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa Jumaat lalu sebelum pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolah.
Menurutnya, bermula Ahad hingga Selasa, dia bermimpi arwah yang memakai kemeja-t berwarna merah jambu, bergelut dengan lelaki menyebabkannya bimbang dan menghubungi arwah pada Selasa lalu.
“Kali terakhir kami berbual, saya dapati dia ceria seperti biasa menyebabkan saya tidak menyangkakan apa-apa kejadian buruk akan berlaku terhadapnya.
“Bagaimanapun, saya diberitahu dia hilang sejak Rabu lalu seolah-olah mengiyakan mimpi buruk yang saya alami itu, sebelum ditemui meninggal dunia Jumaat lalu,” katanya.
Menurutnya, mereka yang rapat sejak kecil tidak menyangka kejadian itu akan berlaku terhadap mangsa dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memberkas penjenayah terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, bapa mangsa membuat laporan polis kehilangan anak perempuan berusia 14 tahun Khamis lalu dan sepasukan polis menyiasat aduan berkenaan.
“Bagaimanapun, tengah hari kelmarin suspek berusia 15 tahun datang ke balai polis membuat laporan mengatakan dia melihat satu pembunuhan dilakukan seorang rakannya, di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, menyebabkan kami menahan suspek kedua berusia 16 tahun itu.
“Namun, hasil siasatan mendapati suspek pertama turut terbabit sebelum kami dibawa ke lokasi pembunuhan dan menemui mangsa pada kira-kira jam 5 petang kelmarin,” katanya.
myMetro
19 Dis 2010
Father of murdered girl wants those responsible punished
Mourning family: Dr Robia (right) consoling Abdul Rahman and his wife Arinella Hasnizam over the tragic death of their eldest daughter Siti Mazni (inset) at their house at Kampung Parit Ju Darat here in Batu Pahat, Johor Sunday. With them are Abdul Rahman and Arinella’s other children.
BATU PAHAT: The father of the 14-year-old girl who was found stabbed to death on Friday wants justice for his eldest daughter.
Businessman Abdul Rahman Hassan, 40, who was still in shock since the discovery of Siti Mazni’s body some 100m from their home in Kampung Parit Ju Darat, hoped those responsible for her death would be severely punished.
“She was taken from us in a most heartbreaking way.
“I accept that this is God’s will, but I want the murderers to get what they deserve,” he sobbed when met yesterday.
Abdul Rahman hoped the suspects, aged 15 and 16, would be tried as adults so they could be appropriately punished.
“I do not want other parents to experience what my family and I went through.
“Hopefully, they (the suspects) will receive a harsh punishment as a warning to other youngsters who think they can get away with murder because of their young age,” he said.
Siti Mazni went missing on Wednesday after telling her family that she was meeting someone.
Her body was discovered at 5pm on Friday.
Prior to the discovery of her body, Abdul Rahman had received a SMS sent by Siti Mazni stating that her life was in danger.
Siti Mazni was believed to have sent the SMS to her friend, who forwarded the message to Abdul Rahman.
Police have detained two secondary school boys in connection with the murder.
Siti Mazni’s friend, Haizatul Alia Selamat, 14, said the victim had been seeing the one of the suspects for a few months.
“They had been dating for a few months before breaking up in October.
“I never thought such a horrible thing would happen to her,” she said.
State Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai, who visited the family yesterday, said the state Welfare Department would send counsellors to help the family get through the traumatic experience.
Dr Robia said this was a special case and the implications were very worrying as it involved a young victim and teenage suspects.
Batu Pahat deputy OCPD Supt Adnan Azizon said revenge could be the motive behind the murder of Siti Mazni.
“Post-mortem results showed that the victim died due to loss of blood and head trauma after being stabbed a couple of times,” he said.
Supt Adnan urged anyone with information to contact the police hotline at 07-2212999 or the nearest police station.
The Star
20 Dec 2010
budak 2 orang tu mental ke apa?
https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dua-sahabat-terlepas-hukuman-mati-1.131115
Sy xnk tnya pasal hantu.. tp sy nk tau, budak² tu membunuh sbb apa? Hukuman apa yg dikenakan atas diorg?? Lg satu, penulis ni laki ke pompuan? Hahaha
Setuju dgn hg
Samalh nk thu jgk membunuh sbb ap? Hukuman ap yg dikenakan?
Cerita best…Tp pendek and simple sgt.. 😀
Walaupun ringkas, tapi best! Tolong kongsi cerita lagi 🙂
best
pakcik nak lgi story..tulis byk2 lagi,,,best,,,
Ai menanggarkn umur si penulis around 36-37tahun… Erm.. mr/mrs lawyer..
Menarik.. Sila share lagi tuan
keep on posting best stories miss lawyer! pompom
best citer..teruskan ye
Thank you for your stories. Keep on contributing 😊. Ni lain sikit dari yg lain
ala cerita ni pendek sgt, cerita best tapi baru nak fefeeling dah sampai hujung.
kau dah bunuh n rogol mangsa pastu leh lak terlepas hukuman gantung, mmg hidup ko xaman lah lepas ni. kurang ajar betul ko bunuh anak org kau tggu lah pembalasan kalua kne kat btg hidung kau sndri nanti. heiii geram nye aku…
btw, Tuan lawyer, ape citer 2 ekor pembunuh ni skrg ek? adalah hanat ni terlepas dan dpt kemaafan belas ehsan dari Sultan?
harap penulis dapat sambung balik kisah pembunuhan ni..apa motif pembunuhan.. kenapa mudah melepas kan pembunuh dari hukuman tidak setimpal dgn kesalahan dia buat! semoga arwah adik mazni ditempat kalangan orang yang beriman.mohon sekali lagi teruskan sambungan dan terus berkarya tentang pegalaman anda.
Mereka didapati bersalah atas tuduhan membunuh dibawah seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati, tapi disebabkan kedua dua pesalah adalah dibawah umur semasa melakukan kesalahan jenayah tu, hukuman gantung tidak dijalankan dan diganti dengan hukuman penjara yang mana tempoh masa tahanan atas ehsan sultan johor, salah seorang ada dikenakan hukuman tambahan rasanya sebab dapat dibuktikan merogol simati dan ada dikenakan hukuman sebat dan penjara.