Dunia Lain Atok : Blackhole and revelation

Dunia Lain Atok : Black hole and revelation

Black hole = satu kawasan di angkasa di mana wujudnya tarikan graviti yang sangat kuat hinggakan cahaya atau apa jua objek tidak mampu untuk ‘lari’ dari kawasan itu.

Revelation = pi Google makna dia sendiri aku pun tak tau nak explain macam mana..

Black hole and revelations = sebuah album dari kumpulan pemuzik UK bernama Muse di keluarkan pada 2006

Assalamualaikum dan selamat petang. Pertamanya, aku bukan lah tuan kambing. Aku salah seorang ‘pemain’ dalam dunia dia. Pada masa ni, aku pun tak tahu Tuan Kambing tu dah kat mana. Last aku dengar, dia pergi naik plane menuju tanah Ryukyu. Dia tu jenis secretive. Langsung tak tinggalkan apa apa info. Hare pegi melencong tak ajak.

Tujuan aku menulis kat sini ialah untuk beritahu beberapa benda yang aku mungkin tahu pasal cerita Tuan Kambing. Aku kenal tuan kambing. Dia pernah tanya aku tentang benda benda pelik. Aku pernah nampak kerambit dia. Dan aku juga rasa benda tu ‘lain macam’. Tuan penasihat tu orang kampung aku. Mad scientist tu kami pergi jenguk sama sama. Aku pun tak tahu mana dia dapat contact number aku. Mungkin dia ada baca tulisan tulisan aku pasal teori konspirasi.

Tak sangka pulak aku dia nak menulis benda benda tu semua kat sini. Tulis cerita nak habis gempak kah! Ada unsur tokok tambah nampaknya tuan kambing tapi mostly cerita tu betul berlaku..

Aku menulis sebab aku baru terbaca tulisan tulisan Tuan Kambing dalam ni. Straight tu the point, kenapa black hole and revelation? Apa kaitan black hole dengan kerambit? Revelation apa yang aku nak cerita? Apa benda pulak kaitan dengan album Muse.. hampeh..

Okay firstly pasal black hole. Black hole ni sebenarnya hanyalah satu terma untuk catastrophe yang melanda dunia. Black hole ni macam satu projek untuk memorak perandakan dunia oleh pemain pemain besar dalam mengawal dunia. Ada pemain pemain besar yang secara terbuka dapat dikenali dalam media massa. Ada juga pemain pemain besar yang hidup acah acah peladang yang miskin..

Contoh pemain pemain besar keluarga anak mereput dan keluarga naga. Itu semua mesti korang dah tahu. Jadi, bagi pemain pemain besar ni, mereka ‘perlu’ untuk mewujudkan catastrophe atas banyak sebab. Aku rasa tak perlu nak cerita panjang bab ni. Semua orang mesti dah tahu kenapa banyak perang walaupun sebenarnya kita boleh hidup tanpa perang. Banyak sangat teori pasal ni. Korang cari sendiri dan pilih mana nak percaya.

Apa kaitan atok si Tuan Kambing ni dengan benda benda ni semua? Jawapan dia Atok tuan kambing ni ADA KAT TEMPAT YANG SALAH PADA WAKTU YANG SALAH.

Kalau ingat ada peristiwa wakil keluarga besar ni kena assasinate kat tanah Melayu. Masa tu ‘Golden Summit’ (dia macam mesyuarat orang2 besar lah) diadakan kat tanah Melayu. Apa yang orang tak tahu, orang yang kena b***h tu ada pegang kunci. Kunci tu berbentuk senjata dan merupakan kunci pada kekayaan kekayaan keluarga keluarga besar ni. Setiap kali Golden Summit, kunci ni dijadikan tanda untuk masuk Aku percaya Tuan Kambing pernah cerita benda ni. Tapi kunci tu tak dijumpai oleh asasin.

Kerana apa? Kerana mangsa tu seorang ‘weapon collector’. Ada banyak senjata senjata rare dalam gerabak dia macam The texas Paterson, the cursed muramasas dan banyak lagi. Jadi si penyerang hendap tak sangka langsung yang ‘kunci’ kekayaan tu sebenarnya kerambit yang nampak bodoh bodoh je. Dan lepas ambik benda benda yang diorang ingat kunci kekayaan keluarga tu, diorang belah. Jadi Atok Tuan Kambing ni dia ada kat tempat kejadian. Tak tahu lah mungkin masa tu dia tengah melepas kat sungai sebelah tu ke apa. Dan dia pi rembat kerambit tu. Dia tahu ke tak benda tu sebenarnya kunci kepada harta harta yang banyak ataupun tidak, itu wallahualam.

Dan apa pula reaksi ahli ahli ‘Golden Summit’ bila satu anggotanya tak dapat datang? Mestilah jadi kucar kacir. Bayangkan, Golden Summit ada 10 ahli, hilang satu ahli adalah sesuatu yang cukup besar hingga boleh cetuskan perang dunia. Wakil Keluarga A tuduh wakil keluarga B.Wakil Keluarga C tersenyum gembira bilamana seorang ahli keluarga yang ada dekat dengan tanah jajahan dia m**i. Boleh buat kerja kerja ghaib rembat tanah jajahan keluarga lain.

Senang cerita lebih kurang macam dalam movie Godfather tu lah. Hasil daripada kejadian ini, satu blackhole yang tak sepatutnya ada dalam abad ni berlaku. Begitulah dunia sebenarnya. Dari dulu sampai sekarang, semua tamak haloba. Semua nak dunia. Tapi kalau tanya aku nak tak harta harta tu semu, of course lah aku nak. Kalau dapat aku niat nak derma kat Palestin tapi aku tahu bila dah dapat nanti mesti akan habis kan kereta, nama dan perempuan kah!

Mungkin sebab tu aku tak kaya kot. Allah lebih tahu..

Jadi berbalik pada Atok Tuan Kambing ni pulak, sebenarnya dia dah tak boleh buat apa apa. Pada saat dia memilih untuk ambik kerambit tu, dia dah masuk mulut buaya. Satu benda yang ajaib sebenarnya dia boleh survive sampai beranak pinak sambil menyimpan benda yang tak sepatutnya dia ada. Musuh dalam selimut, musuh dalam terang, semua nak kerambit tu. Sebab kerambit tu mewakili 1/10 daripada harta kekayaan dunia. 1/10 bai. Tapi tulah. Kau bodoh Tuan Kambing. Kau dok pi post benda benda macam ni secara umum, nasib hang la lagu mana.

Jadi sekarang pun kita dah nampak satu catastrophy yang besar melanda dunia. Yes perang dunia. Syria. Kes Palestin pun tak habis lagi. Satu je aku nak cakap, ramai orang orang selalu komen kecam orang Islam dalam Malaysia ni kenapa yak pi perang sekali. Kita sama sama Islam kan.

Betul kita sama sama Islam. Dan kita wajib tolong saudara kita. Ada banyak cara boleh kita bantu selagi terdaya. Kalau yang mampu, boleh pergi volunteer. Kalau tak derma. Kalau tak mampu juga DOA LAH.

ALLAH DAH CAKAP DOA KAN SENJATA UMAT ISLAM. DOA LAH BANYAK BANYAK. KAU INGAT DOA TU TAK POWER?

Nak cakap pasal catastrophy yang melanda dunia ni pun susah sebenarnya. Kita takkan jumpa bukti. Semua kerja diorang buat behind the scene smoothly. Nak cerita banyak pun orang bukan baca. Orang Malaysia kan. Bila cerita lebih, orang cakap tipu. Bila cakap ketua kampung jual tanah sebab nak satu bunker emas tulen, bukan orang percaya.

Tapi apa aku tau aku cuma tulis buku.

Pasal Muse tu, takde kena mengena pun. Aku cuma minat Muse, tu je.

Sekian,
Banana Slam Jamma (ex-kawan Tuan Kambing)

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]
Banana Slam Jamma

34 thoughts on “Dunia Lain Atok : Blackhole and revelation”

  1. Salam..to yg x paham..search ‘DUNIA LAIN ATOK’..baca dari mula…k (de je kat bawah kat related tu… -_-

    Reply
  2. Freemanson kahhh? Pernah jugak dgr org2 kaya terjebak takleh patah balik.. Sampai anak2 dipaksa join hingga ada melarikan diri and palsukan identity.. Haish kau ingat dia tak dpt cari?

    Reply
    • Dia takkan paksa sesiapa masuk sis..yg pandai ilmu builder(arkitek engineer dll) gitu, pastu yg artis top² dunia…
      Kita boleh gak apply kat google cuba la cari link dia tapi tak boleh janji dia akan luluskan application kita
      Pastu kita kena ikut majlis² yg depa anjur gitu..
      Yang kena paksa tu mungkin sbb dah banyak makan dedak yg depa bagi la tu..

      Reply
      • kalau nak kaya n hilang akidah boleh try mohon. tu pon klo ko pentingkan dunia n kekayaan lebih dari akhirat la… hahaha

        Reply
      • Kepada tuan kambing, xperlu takut pon dengan ape brother ni balas.. Sebab dunia ni memang dikuasai orang2 yang tamak. Kau cume perlu banyakkan ilmu lagi. Sebab kita tahu Allah yang lebih berkuasa. Kepada Banana Slam Jamma thank you for the information. Lagi 1 aku nak ingatkan balik ni, dalam Al-Quran Allah da bgatau yang palestin akan bebas bila Imam Mahdi dan Nabi Isa turun, xkisah la berapa banyak kita boleh derma kat dorang pon. Eh ko jangan berhenti derma plak. tu tanggungjawab kite tu.

        Reply
  3. Tuan kambing cakap kerambit tu dibuat oleh atok dia, mad scientist and ‘orang belah sana’. Awak plk ckp atok dia jumpa. Kompius……

    Reply
  4. Cerita ni dah jadi rumit..sebab Banana Slam Jamma ni dah baca tuan kambing punya tulisan jadi dia balaslahh…kira macam correspondence gitu ah..

    Apa² hal pun cerita ni akan bersambung dan berkait² dgn huraian yg panjang lebar…Siapa² sini yg harap cerita seram sekadar kisah untuk tidur malam tak kan faham dengan mudah semua fiksyen yang realiti nih..wallah hua’lam

    Reply
  5. Banana Slam Jamma ex-kawan Tuan Kambing? maknanye da tak kawan la ye? Ako mmg tuggu2 crite Tuan Kambing ni, tp alih2 die ghaib. Cara penulisan Banana Slam Jamma ni mcm Bradokapak je…?

    Reply
  6. agak2 kalau search dekat deepweb pasal kerambit ni ade tak. kenapa ko ckap kerambit tu geng mason punye, sedangkan tuan kambing ade bgtaw yg kerambit tu di buat di tiga alam berlainan kan hmm

    Reply
  7. Org x faham sbb bahasa ni… Bahasa yg den pun x tahu nk kata mcm mna. Mcm baca novel klasik +science… Hahaha

    X pa pe de n merepek

    Reply
  8. Aku rasa tuan kambing tengah cari jerry, M, dengan carlitorocker. Sebab diorang boleh nampak alam ghaib. Aku teka je laaa tapi.

    Reply
  9. Weh tolong laa bg link yg kenan mengena ngn tuan kmbing tu.. No idea nk search apa.. Menghantui betul laa korang ni.. Dah lme tunggu sambungan dunia lain atok.. Sambung lg penulis kasi paham

    Reply
  10. ntah2 brader ni mad scientist tu hahah.

    berdasarkan cerita tuan kambing sblum2 ni, mad scientist tu kmungkinan ada ilmu berkait alchemist (bukan fullmetal alchemist orhh).

    Reply
  11. Bagi yang tak paham…korang kena cari cerita dunia lain atok..sbb dkt situ ada cerita dia dr awal.. yang banana ni tulis mcm explanation yg tuan kambing tak huraikan..yang pasal kerambit u, aku rasa mmg atok dia ada ‘terlibat’ buat. Sbb kalau stkt orang ‘biasa-biasa’ takkan boleh sampai beranak pinak kn? siapa yang tak paham korang just kena th dlm dunia ada byk agenda-agenda yg ‘mata 1’ tu.. hati-hati…

    Reply
  12. Meh aku explain.

    Bro ni cerita pasal rahsia disebalik cerita tuan kambing. Rahsia yg korang xpernah terfikir. Bumi ni bukan alam manusia je ada (baca cerita “danial” dari awal hingga latest – peperangan bermula. Baca kisah ratna. Baca kisah ahmad akhlaqen. Baca kisah gongpal dgn hadi)

    Dan semua yang jadi sgt terancang. Bukan dari dunia manusia sahaja tp dari dunia lain juga. Kalau ko perasan, semua org yg bongkar rahsia2 ni, semuanya Ghaib. Munkin tuan kambing tergolong sama klu perasan kisah lepas dia ada mention org tamakkan harta tu. Ada juga pemburu yg mmg memburu mereka2 yg bongkar ni.

    Ni dari apa yg aku kaji n dh baca. Moga membantu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.