Dunia Lain Atok (Extra)

Dunia Lain Atok ( extra )

Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih pada admin sebab masih siarkan lagi cerita aku. Aku bukan attention seeker nak tulis berpart-part ni. Aku nak tulis sebab aku nak tengok respons orang. Siapa tahu ada orang yang pernah alami benda sama dengan aku. Boleh aku pi ajak minum kopi ke apa. Dan bagi yang rasa ‘nampak je berpart-part malas nak baca’ tu bagusΒ tak payah baca. Benda ni semua mengarut je. Takkan jadi dalam hidup korang.

Jadi tujuan aku tulis benda ni sebab nak re-explain benda-benda yang mungkin sesetengahnya tak faham. Kita mula dengan Yang Arif. korang kena banyak berimaginasi lah sebab aku nak terangkan benda yang ‘exact’ pun susah juga sebab benda-benda ni terlalu baru dalam hidup aku. Maleh sebenarnya nak tulis-tulis ni tapi takpe biar Abam Kambing explain.

Yang Arif

Jadi berapa ramai diantara korang yang dah imagine Yang Arif ni macam dukun dalam filem-filem Melayu, pakai baju melayu dengan kain pelikat bersimpuh kat bahu? Muka macam orang takde hidayah. Macam kat tepi tepi dia ada hantu yang ready nak makan dia? Salah! Haha! Yes salah.

Benda pertama yang aku fikir bila nampak Yang Arif ni, dia ni macam ‘Mad Scientist”. Tahu? Dalam bahasa Melayu dia ‘saintis gila’. Baju yang dia pakai compang camping, ada tulis ” GOD SAVE AMERICA”. Seluar dia jeans rabak kat lutut. Bayangkan macam biker-biker kat America tu yang bawak Harley Davidson tapi pakai lab coat. Lab coat? Yes Lab coat.

Bilik yang dia bawa untuk tengok kerambit tu bukanlah macam altar berlangsir lepastu ada tengkorak persis tempat bersemayam bomoh dalam movie-movie Melayu tu. Tidak. Bilik dia kat bawah tanah. Ada tangga yang sikit punya panjang menuju ke bilik tu. Yang best nya dalam bilik tu ada kereta yang dia modified sendiri, dan ada pintu keluar untuk bawak kereta tu keluar. Senang cerita korang pernah tengok cerita ironman? Lebih kurang macam tu lah tapi yang ni jenis ‘bajet’ punya bilik. Dan dia ada pintu keluar untuk kereta dia macam pintu keluar dari Bat-cave dalm cerita Batman tu. Ini cuma perumpamaan je tau untuk korang lebih memahami. Tapi macam tu lah secara keseluruhan dia, lab bawah tanah yang ada pintu keluar. Korang imagine lab Tony Stark tapi ada pintu keluar untuk Bat-mobile.

Kenapa korang nak cakap tipulah, dahla orang kampung, tua pulak tu. Boleh pulak ada lab bawah tanah. Ye, aku pun nak cakap benda yang sama. Dahla Melayu mana mungkin dia boleh buat macam ni! (Sarkasma). Jadi bilik dia ni penuh dengan barang-barang dari semua jenis Engineering. Ada aku nampak tube buat gabung-gabung serbuk kimia tu, ada sikit tempat macam dia pernah buat wiring, dan ada juga alat-alat yang macam dalam bengkel kereta tu.

Aku pun tak tahu macamana nak explain. Dia ni macam gabungan saintis dan dukun. Sebab haritu masa dia baca-baca benda mengarut tu, rasa macam dukun lah pulak. Dan aku rasa, dia nak buku tu sebab dia nak pergi cari ‘teknologi’ lain kat sana. Kenapa aku cakap teknologi? Pernah baca buku Putera Gunung Tahan? (Ataupun apa tajuk dia aku pun dah lupa).

Dalam buku ni ada cerita pasal orang-orang kita bekerjasama dengan orang-orang bunyian untuk lawan penjajah Inggeris (Kalau tak silap lah. Lamo tak sentuh dah buku tu). Ala kat komsas tu ada la. Pi gali balik buku-buku komsas hang. Buku-buku yang hang dok buat summary bawah 180 patah perkataan tu. Yang hang dok kira ada berapa ayat lepas habis tulis. Good old days.
Yes walaupun buku tu hanya imaginasi penulis tapi dari sudut ‘possibilities’, aku yakin orang-orang alam sana punya teknologi pun tak kurang hebat. Kita ni sering memandang benda-benda alam lain dengan ilmu hitam, boleh keluar kamehameha and stuff, tapi korang tak rasa ke, benda benda macam Piramid, tengkorak crystal semua tu. Mustahil ke kalau benda-benda ‘alam sana’ yang buat? Wallahualam.

Tuan Penterjemah

Tuan penterjemah ni senang je nak describe. Dia macam lelaki umur 60, pakai spek mata rabun dekat yang bulat tu, singlet lengan pendek, dan kain pelikat. Library/rumah dia ada banyak buku kat rak-rak, kat atas lantai, kat tangga. Ala benda benda macam ‘bookworm’ dalam movie tu. Pasal kitab Atok tu, mula-mula sekali aku nak cakap, yang kitab ni bukan Atok yang tulis. Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah nampak tulisan jawi atok. Memang lain. Dan Kitab ni dia tulis tangan, bukan printed. Tapi tulisan tu memang setaraf dengan Printed punya font (Tuan penterjemah yang bagitahu tulisan ni bukan printed).

Bab 3 (atau chapter 3) dalam buku tu, senang cerita dia bagitahu kita pintu-pintu masuk ke alam lain. Disamping itu, dinyatakan juga masa-masa yang tertentu, yang hanya pada masa yang diberitahu, pintu itu akan terbuka. Jadi dia macam portal yang menyambung bumi dan planet Nameck. Tapi kau tak boleh suka-suka pergi tempat yang dah diberitahu. Cuma ada masa masa tertentu je portal tu dibuka. Faham? Tak payah nak dok pening-pening sangat lah kah!

Bab 4 tu tentang kunci. Kunci tu bukan kunci portal-portal tu semua, tapi kunci-kunci untuk benda-benda yang aku tak tahu pun. Sebab tu aku cakap kunci untuk benda-benda lain. Dan kunci tu mungkin ada kat tempat-tempat yang dah bertahun kat dunia ni. Tempat tempat lama. Contoh paling mudah mungkin korang boleh bayangkan 7 wonders of the world, atau pintu A-Famosa tu. Bukan aku cakap kunci-kunci tu ada kat sana. La ni kejap lagi ada orang panjat pintu A-famosa tu cari harta karun.

Contoh je kambing. Dan ‘kunci-kunci’ tu mungkin dalam bentuk senjata senjata lama. Macam kerambit yang aku cerita, kan dia boleh pusing-pusing jadi kunci. Mungkin ada tombak yang boleh dilipat jadi kunci? Dan korang kena faham. semua tu cuma kunci je. Benda nya untuk kunci tu bukak tak diberitahu. Kesimpulan dia, dekat tempat-tempat bersejarah, ada kunci untuk benda-benda yang kita tak tahu, dalam bentuk senjata senjata lama. Faham? Kalau faham cakap mbekk.

Bab 5 ni pantang-pantang larang kat dunia lain. Yelah macam kau masuk tempat orang, mesti ada peraturan tertentu. Jadi kat sana, salah satu pantang larang dia, bila kau jalan, kau tak boleh patah balik. Sebab tu aku buat perumpamaan, imagine kat sana ada kereta, kereta tu mesti takde gear reverse. Dan Ya, tuhan mata satu tu benda tu lah. Teori aku, orang-orang sana pun tahu pasal benda mata satu ni. Huru-hara yang dia bawak masuk dunia ni. Tapi aku tak pernah tahu lah sebab aku tak pernah pergi.

Aku cerita ni, jangan memandai-mandai pulak nak mencari. Kalau tak cukup ilmu, tak balik kau. Dan aku rasa, penulis buku ni adalah orang yang dah pergi sana dan berjaya balik. Yang aku pernah dengar kambing masuk gua jumpa harta. Tu pun adik-beradik ipar dia nak curi harta dia. Belum lagi bapak mentua yang boleh tahan kerek.

Terima kasih baca. Dah baca jangan mengembekk. Salam alaik

9 comments

  1. ko mmg best bro kambing, kasi mbekk skt…
    apa kata ko cuba penohkan ilmu di dada, dan PERGI..yes, pergi..tipu lah kalau ko sikit pon tak rasa mcm tak nak masuk sana kannnnnnnnn…ak yang baca pon dub dab dub dab..
    apa2 pon semoga ko baek2 saja, selamat pergi dan selamat kembali

  2. Yang Arif – aku faham dan dapat bebenor membayangkan keadaan sebenor ko Abam Kamben.
    Dan ayat ko yang paling lastttt tu, aku suka!
    Terbaik la Abam Kamben!

  3. Ni kesinambungan cerita “7 Hari Mencari Kambing” ke?
    πŸ˜‚
    Good one Bro. Lepas extra maybe ada Episode Khas kut lepas ni πŸ‘

  4. Kalo dibuat novel ala2 ramlee awang murshid ni best gak.. Kalo ada cter lg, jgn segan2 share..xkesah ler org habaq hang attention seeker ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *