DUNIA TENTERA AKU Part 2

DUNIA TENTERA AKU
DAN
KISAH
LAPANG SASAR DI GURUN
DAHAGAKAN D***H
LAPARKAN NYAWA PARA TENTERA
CHAPTER 2

EPISODE MENEMBAK LORONG HUTAN

The day 3

Kami masuk phasa Menembak Lorong Hutan dengan menggunakan peluru hidup, menembak di sasaran yang muncul secara tiba-tiba. Umpama menguji kepantasan anggota bila berjumpa musuh yang tidak di duga.

Lengkap dengan alat penyamaran, kami menunggu untuk masa dan turn masing-masing. Masa untuk dipanggil bagi sessi yang mendebarkan. Sementara menunggu Nombor diri dan jurulatih akan memanggil nama, dan oleh itu, seperti biasa setiap pelatih akan diminta mendendangkan satu lagu. Tapi jika tidak bernasib baik, ada lagi pula permintaan yang seterusnya.

Bila tiba masa aku, memang dah aku standby awal-awal, sebabnya Pegawai Wanita memang tak ramai.kalau nak cari senang je jumpah , memang tak boleh nak sorokkan diri. Lagu yang menjadi favourite aku, apa lagi, memang lagu dari Filem 6 Jahanam. Gurindam Jiwa.

Aku pun dengan terketar-ketar gugup dan malu, mula dendangkan lagu dengan suara dan nada yang ke laut.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul m**i

Batang selasihm permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak m**i di hujung kuku
Hendak berkubut di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke huou
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan m**i dahulu
Nantikan saya di pintu surga

Seperti biasa, setiap kali lagu-lagu yang aku dendangkan, mesti menjadi ikut- ikutan. Mereka pun turut terjangkit dan ikut aku bersama-sama menyanyikannya.

PWII Hassan yang sememangnya selalu mengikuti perkembangan kecemerlangan aku pula, menyambung bait-bait lagu dengan mendayu-dayu. Tentera dan lagu memang berpisah tiada. Jauh dari sanak keluarga, lagu menjadi penawar pengubat rindunya.

Lepas habis aku menyanyi dengan anggota sindiket aku, tiba-tiba

Ada suara latar yang menyambung dendangkan lagu itu.

Tapi

Dengan nada yang lebih sayu dan mendayu-dayu. Suara dari seorang perempuan yang pastinya bukan dari sindiket aku, dan bukan juga dari platun aku. Dan dia menyanyikannya dengan nada “miming” sahaja

Ermm ermmm eermm eemmmmm
Errrm mmm errmm mmmmmmmm
Emmm emmm eemmmm ermmm
Eeermmm eeerrmmm errmmmm ermmm

Dalam keadaan ngeri semacam masa tu, aku rasa macam ada orang yang sedang memerhatikan aku dari belakang, tapi bila aku menoleh, memanglah ada tapi orang lelaki, dan rakan wanita seperjuangan aku. Yang pasti bukan insan yang bersuara merdu mendayu-dayu, yang ada dengan aku itu,adalah suara warga tentera.

Aku diamkan diri sahaja. Kalau aku cerita dan beritahu mereka, nanti mereka akan kata aku ni mereka-reka cerita, atau mungkin cerita aku akan menjadikan mereka takut pula nanti. Masa itu juga bau kapur barus, bau kemenyan seimbas lalu ke deria bau aku. Dan sesekali macam bau haruman bunga kemboja melintasi deria bau aku. Mungkin juga sipenulis dan sipencipta lagu orang dulu-dulu juga bukan calang-calang ilmu di dada. Seolah-olah diseru-seru bila mendendangkan lagu ini. Teringat aku, arwah nenek angkat aku kaya dengan ilmu ni semua. Ilmu pemikat suara dan ilmu pengasih yang bila orang dengar tak pernah jemu dan tak pernah lupa.

Dan kisah aku tiba-tiba terhenti apabila

Left Muda Rahman, berlari keluar dari Lorong Hutan A, yang tanda dah berakhir ujian bagi dia, dengan muka yang nampak agak murung dan serabut

Left Muda Rahman bersuara

– Ouiiit, gila betul tadi..

Kami bertanya, kenapa pula

Aku masuk tadi, aku memang nampak target tu dah naik, tapi bila aku “tenang” dan nak mula menembak, aku nampak yang ada kat situ macam kepala gorilla mata merah. Apa lagi aku jadi terkedu, dan memanglah aku tak boleh tembak’

Tengah aku confused macam tu, tiba-tiba Staff Malik datang, dan dia tepuk belakang aku. Apa lagi melompat aku dibuatnya, Aku betul-betul terkejut!

Staff Malik tanya aku

Kenapa kamu tak tembak?

Left Rahman jawab

Staff, saya nampak kepala gorilla tadi.

Staff Malik jawab

Dah, diam-diam, terus maju hadapan.

Lepas dari itu aku tembak sasaran okay pula, kenapa dia datang tu pun aku tak tahu.

Masa aku nak keluar, aku berlari, aku rasa ada orang yang ikut aku, bila aku menoleh tak ada orang. Staff Malik dah laju jalan keluar tinggalkan aku. Tapi, sebenarnya siapa dia tu??

Masa itu, kami semua berpandangan sesama kami.

Bila tiba giliran aku

125687 Left Muda N

Lorong Hutan B

Aku pula dah pun standby dengan senjata M16 dan dengan peluru hidup yang telah siap di cekah. Aku melangkah dengan penuh debaran ke tapak lorong hutan, rasa takut, rasa cuak, silih berganti menghimpit hati dan perasaan aku. Lagi-lagi bila aku dengar cerita, geng aku yang terdahulu telah di ganggu oleh anasir-anasir yang tidak boleh tembus oleh pandangan mata kasar.

Tiba-tiba,

Puan N, jom

Terkejut aku. Mana tidaknya tengah aku mengelamun dan lepas dengar suara orang perempuan miming, menyanyi lagu gurindam jiwa, tiba-tiba nama aku dipanggil.

Sedang aku mendahului Ssjn Anwar tiba-tiba, nampak dicelah-celah pokok macam ada orang melintas, sudah pasti bukan jurulatih sebab kawasan tu adalah tempat papan target tersembunyi, papan sasaran yang akan ditembak dengan peluru hidup oleh kami.

Sedang aku berjalan tiba-tiba

Berdesup benda hitam yang muncul, aku punya terkejut dan terpaku. Aku tak tembak, tiba-tiba rasa nak gugur jantung aku, sebab bahu aku di tepuk oleh Ssjn Anwar.

Laaa kenapa Puan N tak tembak target tadi??

Hah??

Saya terkejut tadi tu Staff,Jawab aku.

Walhal masa tu, aku nampak ada lembaga hitam sedang melintas di laluan tu tadi, hingga aku lupa untuk menembak sasaran yang dinaikkan di situ.

Lepas tu, aku melewati satu demi satu target. Peluru-peluru aku ada yang kena sasaran tepat dan ada yang sipi-sipi, sebagai adat semasa berlatih.

Lega dah habis turn aku. Tapi rasa lega tu tak bertahan lama, sebab sekali lagi aku diserang dengan rasa takut. Semasa aku nak berlari balik ke kawasan berkumpul, tiba-tiba ada bunyi daun-daun kering dipijak seseorang dengan bunyi ranting yang patah. Aku memang asalnya tidak peduli. Aku yakin itu mesti Ssjn Anuar. Aku hanya berlari-lari anak.

Tapi

Semasa berlari-lari anak tu, ada suara lelaki menjerit garang dari jauh.

Ouittt Puan N, berlenggang kangkung kau ye. Aku sebut 3, kamu dah berada di sini.

1

2

Bila sebut No 2, aku pun buka langkah beribu niat segera tiba. Sebabnya aku sendiri pun, dah kecut-kecut perut dengan persoalan,

siapa yang berjalan tadi?

Bunyi daun-daun kayu kering yang dipijak, oleh seperti manusia, tapi siapa yg pijak dia?

Dan, benda tu ke juga

Memijak, dengan bunyi patahan ranting-ranting kayu kering yang dibelakang aku tadi. Berderap rangup dipijak oleh muatan yang berat, aku agak

Jika Ssjn Anwar telah berada dulu di pintu keluar laluan hutan tu, siapa pula yang berjalan di belakang aku tu tadi?

Aku rasa meremang-remang seram sejuk. Baju celoreng yang tebal ni pun mampu buat aku rasa berpeluh sejuk yang luar biasa.

Apa lagi, aku pun mula buka langkah panjang dan berlari panik walaupun tak laju sebab boot dan celoreng ni dah cukup berat untuk tubuh kurus aku. Senjata M16 pun dah terlalu berat buat aku yang masa itu berat badan aku agak-agak hanya 38kg sahaja, dengan kurus dan tinggi. Berat badan bagi Tentera wanita yang masih berusia awal 20an.

Bagai tak terasa kaki ini, macam tidak juga berpijak di bumi yang nyata. Tapi aku belasah aje dengan kudrat dan iradat yang aku ada, sambil berlari untuk segera tiba di pintu penamat. Bila aku sampai je ke pintu penamat, aku mula bercerita dan bertukar cerita, memanglah tempat misteri itu ganggu anggota bagi intake aku

EPISODE MELONTAR BOM

Melontar bom tangan atau “hand grenade” memang salah satu azab sengsara yang aku rasa. Step by step kena lalui. Masa di menara menunggu tu, kami ni, masing-masing mundar mandir bagai menunggu giliran untuk diberikan hukuman m**i. Masa itu, peluh berjurai-jurai sampaikan peluh yang masin dari jasad sendiri pun singgah ke dalam mulut. Peluh yang mengalir pun tak rasa, sebab terlalu takut nak lontar bom. Bom itu bom hidup, dan risiko yang nyata. Silap je sikit, jasad dan nyawa sebagai taruhannya.

Macamanalah tak rasa takut, kejap-kejap bunyi ledakkan bom yang telah di lemparkan oleh rakan-rakan terdahulu, mengegarnya jantung dari jasad sendiri.

Aku rasa, betul-betul bagai dalam alam perang, ianya bukan main-main tapi satu realiti yang semua anggota tentera wajib hadapi.

Masa sedang menunggu tu, mulalah minda aku, asyik teringat kisah-kisah ngeri yang di dahului oleh berbagai intake. Yang dilalui di Zaman Tentera British, Zaman Tentera Gurkha di situ yang masa itu aku pun belumnjh lahir lagi. n

Malah, yang paling ngeri yang bermain di benak fikiran aku, bila kisah tanah yang diteroka oleh orang tua-tua zaman dulu.

Masa itu mana ada Hitachi Escavator, tiada juga pacuan 4roda atau 4FWD dan tiada lori yang mampu memanjat hingga ke atas gunung. Memang tiada kenderaan canggih yang boleh digunakan.

Apa yang mereka guna?

Apa lagi, ilmu sebagai taruhan. Siapa pekerja-pekerja mereka?? Mungkin juga warga alam ghaib yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Masa itu mulalah aku ternampak, macamana lembaga yang pelik-pelik tu tolong memotong pokok, menarah bukit. Macamana garangnya si empunya tuan yang membela memberi arahan. Ohhh seram aku rasa.

Dan juga, tempat tu telah didiami oleh Tentera British dan Tentera Gurkha yang kita tahu Tentera berani m**i.

Ada penderaan. Ada kematian. Ada kubur di atas tanah yang tidak diwartakan pada masa itu. Semua tu sebenarnya hadir dalam pandangan dunia telepati aku.

Satu persatu cerita itu dimainkan semula, seolah-olah aku berada di dalam alam itu. Kehidupan ditahun 40an tu dulu.

Sedang aku bertelepati dan mengikuti kisah lama yang dipaparkan seperti satu screen wayang, aku dikejutkan dengan panggilan turn melontar bom.

519811 Kpl Jamilah, masuk detail! Terdengar suara lantang, PWII Zain membuat announcement. Bertukar turn Pegawai dan Lain-lain pangkat.

Sebelum ke Kem Gurun, kami didedahkan dengan cara pengendalian bom tangan atau hand grenade. Tapi bila berada di tempat kejadian sebenarnya perkara yang berlaku bakal membawa maut.

Kpl Jamilah orangnya agak gempal dan tinggi. Bila turn dia melontar bom berlaku kejadian panik yang sangat kritikal.

PWII Zain adalah Jurulatih bertugas semasa itu

PWII Zain

– 519811 Kpl Jamilah, angkat bom

Kpl Jamilah menjawab

– Angkat bom

PWII Zain

– Cabut pin

Kpl Jamilah

– Cabut pin. (sambil cabut pin dan tunjukan ke pin berada di ibu jari kanan dan di luruskan tangan tanda pin telah berada di jari dan masa untuk melontar telah tiba)

Tiba-tiba, KplJamilah berpeluh-peluh, menjurai-jurai dan tangannya pun menggigil.

PWII Zain mula dapat menghidu yang Kpl Jamilah ketakutan sesuatu. Mata dia pandang ke arah untuk melontar bom dengan mata yang tajam dan memerah.

PW II Zain bagi arahan lagi

– Kpl Jamilah, siap untuk lontar

Tapi Kpl Jamilah langsung tak bersuara. Masa itu pin peletup dan alat bekerja dalam bom telah mula berfungsi.. Jarak kematian 250m adalah pasti.

Kedua kaki Kpl Jamilah dah mula menggigil kuat

Dan

Allahuakhbar

Kpl Jamilah terkencing-kencing tahan ketakutan dan panik. Sedangkan PWII Zain, dalam bahaya dan berpeluh laju membasahi diri dia dan celoreng dia.

Kpl Jamilah, dengar arahan saya. Lontar bom sejauh yang kamu boleh sekarang. Alat bekerja dalam bom tu dah berfungsi. Bila-bila je akan meletup dan semua kita di sini, akan m**i.

Kpl Jamilah, dah mula menangis dengan tubuh menggigil dan dicampur dengan menggigil dia menangis, buat kami yang diluar pun sangat-sangat panik dan ketakutan.

Tiba-tiba ada yang perasan. Ada air yang laju je, mengalir jatuh ke tanah.

Ahhh,

Kpl Jamilah pula terkencing dalam celoreng. Satu ketakutan yang teramat sangat ditanggung oleh Kpl Jamilah.

Kpl Jamilah hanya bersuara,

“ADA HANTU, DIA ADA DI SITU!”

Sambil berkata, sambil airmata dia jatuh berjurai-jurai. Bukan sahaja Kpl Jamilah takut nak lontar bom, tapi dia juga takut sebab ada benda yang dah menunggu dia di situ.

PWII Zain kata

Jamilah, abaikan benda tu, cepat-cepat lontar bom. Kita dalam bahaya ni.

Jamilah hanya mengangguk kepala dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Agaknya dengan cara itu, dia dapat kumpul semula kekuatan dan menganguk tanda bersedia untuk melontar bom.

PWII Zain, dengan nada tenang sekali lagi bersuara

“ Lontar bom!”

Kpl Jamilah menjawab

“Lontar bom” dan dia terus melontar bom

Dan

PWII Zain beri arahan

Down! Cepat down

Rupa-rupanya KplJamilah hanya melontar di sebelah tembok yang sangat hampir dengan mereka. Apabila bom meledakkan isi perutnya, tanah-tanah terbongkar dan bersemburan, berterabur terpercik tanah-tanah tu dan menimpa mereka.

Atas bumbung menara yang kami duduk sebagai bilik menunggu pula, bising dengan bunyi tanah yang bertaburan dan tersembur merata tempat. Gegaran kuat yang tersangat dekat, macam nak runtuh menara itu. Nak kata tak takut, menipulah aku. Basah kuyup baju celoreng, aku dibuatnya.

Kpl Jamilah dengan tatacara sebenar, yang sepatutnya berkedudukan “pumping” selepas lontar bom, menjadi lain disebaliknya. Sebab dia terlalu panik, dia terus meniarap rapat badan ke tanah.

Selesai semua, dia mengeluh sakit dada dan tubuh badan dia. Mana tidaknya, sebab bom yang dia lontar, hanya berada di sebelah dia. Nasib baik hanya gegaran kuat yang buat dada dia sakit. Tapi yang pasti dia masih trauma.

Dia dan PWII Zain serta kami semua selamat dari dimamah oleh ledakan bom tangan yang dilontar sendiri oleh Pbt Jamilah.

Kamu kenapa Kpl Jamilah?

PWII Zain bertanya selepas keadaan tenang

Kpl Jamilah jawab

“Saya nampak hantu, mata dia merah menyala-nyala, Dia tenung ke mata saya. Bila saya tengok dia, dia buka mulut, dan d***h merah keluar meleleh-meleleh. Dia tunjukkan gigi taring dan ketawa nyaring”

Selesai turn Kpl Jamilah, PWII Zain serahkan dia ke Anggota KAGAT Ustaz Haziq, minta dia tolong Rukyahkan KPl Jamilah. Risau juga jika terbawa-bawa mengikut lama lagi.

Selesai turn Kpl Jamilah, turn aku menyusul selepas orang yang ke lima. Alhamdulillah, aku lepas ujian itu, walaupun rasa tak jejak ke bumi, kaki yang aku pijak. Muka aku pun jurulatih kami kata, dah jadi biru lebam macam muka mayat. Habis pucat lesi bibir aku gara-gara panik nak lontar bom.

Siapa yang tak takut, bila risikonya adalah gadaian bagi nyawa, bukan je nyawa sendiri tapi nyawa semua orang yang ada berdekatan di situ.

Selepas puluhan tahun berlalu, pada tahun 2014 berlaku lagi, kemalangan maut di Kem Hobart bila sekeluarga maut di mamah peluru motar. Dari niat untuk mencari rezeki lebih dengan menjual kelongsong kosong peluru dan kelongsong bom-bom selepas menembak, akhirnya nyawa ke 3 beranak dan anak seorang jiran menjadi galang gantinya. Alfatihah

EPISODE MENEMBAK GPMG/ MESIN GUN KEGUNAAN AM

Semua dikalangan kami sangat excited nak menembak senjata ini. Ala-ala komando la rasanya pula.

Masa turn aku, senjata asyik rosak. Pelik sangat. Walhal senjata tu memang, senjata yang telah dibersihkan oleh Jurulatih sendiri. Kenapa berkali-kali di cuba masih tidak boleh ditembak.

Setelah dicuba berkali-kali, akhirnya dapat juga merasa untuk menembak. Yang buat jadi huru hara, tanpa memicit picu, senjata menaburkan peluru berterusan tanpa henti.

Intake sebelumnya juga mengalami kisah pelik yang sangat menakutkan. Bila, senjata tu, belum lagi dipicit picu telah menembak dengan bertalu-talu, dan bergegar senjata dengan sendirinya.

Apa lagi, bertempiaran lari, sipelatih dan jurulatih yang bertugas. Tapi Sjn Baharom, yang bertugas masa tu, berani juga mengejar ke arah senjata tu.

Kata saksi, dengan mulut yang berkumat kamit, Sjn Baharom perlahan-lahan mendekati senjata yang sedang mengila tu, seolah-olah memujuk dengan cara yang tersendiri. Dan sangat pelik, senjata MGKA tu berhenti menembak dengan sendirinya.

Adoiii kerja siapa ni??

Bila ditanya, Sjn Baharom kata,

“Ala, dia pun nak ikut belajar menembak juga” sambil tersenyum dengan muka yang masih kelat menahan panik dengan kejadian yang berlaku tu.

EPISODE MOTAR 60MM

Ini antara senjata yang sangat aku risau. Kedudukan menembak, jika tidak betul-betul pegangan dan jika tidak kkvmemang boleh tergolek dan memang boleh mengundang maut.

Kes yang berlaku memang dah kami agak sebabnya dari awal permulaan latihan kami diganggu hingga ke acara akhir pun masih berlaku ganguan demi gangguan.

Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil adalah badi-badi untuk menembak Motar.

PWII Kamil adalah incharge untuk acara menembak Motar 60mm

Arahan bermula

PWII Kamil

Angkat Motor, cari pusat bacaan tenangan

Setiap badi-badi telah pun duduk mengikut kedudukan kuda-kuda seperti arahan dan sibuk mencari pusat tenangan sasaran.

Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil jawab

“Siap Staff!”

PWII Kamil

Siap untuk tembak!

Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil jawab

“Siap untuk tembak”

Masa yang sama Leftenan Muda Saiful sebagai penembak pertama dan Leftenan Muda Azmil sebagai penembak kedua.

Tengah teguh berkuda-kuda pacak kaki ke tanah dalam kedudukan menembak keadaan duduk, tiba-tiba ada seperti orang yang menyepak ke kaki kuat di kaki Left Muda Saiful

Dan

Masa itu juga Leftenan Muda Azmil, telah memasukan bom dalam Mortar. Apa lagi, tiba-tiba, bom meletup arah lain, yang bukan dari target asal. Malah bom tersasar ke tanah membuatkan tanah naik tersembur ke lokasi, tempat 4 badi-badi yang sedang menunggu turn masing-masing.

Menjerit PWII Kamil.

Ouiit Student, kau buat apa tu. Sambil dia berlari dengan Kpl Ali. Takut berlaku kemalangan ngeri, mereka merehatkan Mortar serta merta. Tapak tempat badi-badi itu menembak juga di kosongkan dari sebarang giliran.

PWII Kamil tanya,

Apa yang kamu berdua buat tadi? Kalau tidak kawad Jenazah kita beramai-ramai.

Kata Leftenan Saiful

Encik Kamil, tengah saya pegang mortar tu tadi, tiba-tiba ada benda yang sepak kaki saya. Memang saya tak boleh kontrol langsung. Bukan saya sengaja, Encik. Itupun saya dah cuba kawal kalau tidak mungkin dah sasaran ke arah diri kami sendiri. Katanya dengan penuh yakin. Tapi masih lagi trauma dengan kejadian pelik tu.

“Siapa punya kerja ni, encik?”.

Leftenan Muda Shaiful yang memang telah sangat kami kenali. Bangsa cakap besar dan selalu kata hal-hal mistik itu adalah karut marut. Bila sebut je gangguan pelik-pelik, dia mula dulu tempelak kami.

Semua itu mental, tahu tak. Korang ni, semua suka benda yang tahyul, kurafat dan suka mereka-reka cerita. Bagi sedap cerita kan.

Kadang-kadang dia ketawa berdekah-dekah, dan memperlekehkan apa saja gangguan yang berlaku.

PWII Kamil, dengan muka serious dan muka bersahaja menjawab

“ Tuan, dalam dunia ni bukan kita je yang hidup bebas, ada lagi makhluk Allah yang ada di mana-mana, yang dari pandangan mata kasar kita, kita tak boleh nampak.

Mungkin juga ini jawapan untuk didik Tuan. Sebabnya, Tuan kan selalu sangat kata semua ni karut marut!”

Selepas PWII berikan jawapan, dia terus tinggalkan Leftenan Muda Saiful terpingga-pingga trauma dengan apa yang baru dia alami sendiri. Kejadian yang boleh meragut nyawa dia dan kami semua.

Apakah makhluk yang ganggu dia tadi?

Dah tentu penunggu tempat yang sentiasa dahagakan d***h dan laparkan nyawa para anggota tentera.

5hari berada di Kem ini, rasa macam dah 5 tahun rasanya. Akhirnya pergerakkan konvoi balik ke Markas dilaksanakan. Masih teringat-ingat dan terdengar-dengar dan ternampak-nampak apa yang berlaku di ketika itu.

Makhluk ghaib itu pasti ada, walaupun ada dikalangan kita yang tidak dapat merasai kehadiran mereka.

Selesai

Hantar kisah anda : fiksyenshahsha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 4.6]

4 comments

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita tentang latihan tentera yang tidak akak ketahui betapa susahnya yang dihadapi. Benda2 mistik ni lebih kuat menganggu jika kita ada sedikit perasaan takut dalam diri . Dia macam anjing pengesan yang dapat menghidu ketakutan kita kepadanya. Iblis yang cuba menyesatkan kita seolah2 dia yg lebih layak ditakuti dari Nya . Moga2 kita dilindungi dari kejahatan dan kesesatan…Aamiinn.

  2. askar apa ni..ayat tulis berterabuq..sila betol kan cara penceritaan dan penyampaian cerita dengan betol dan tepat..ADMIN ko tak bace dulu sebelom publish ke..pening kepala baca…TOLONG LAH!!!!!!!

  3. harapan saya puan n ni jadi tentera dahlah.. jangan jadi penulis.. ayat kau susah nak paham.. berterabur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.