Farmasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca-pembaca FS. Terima kasih pada admin jika cerita saya ini diterima.

Kali ini saya nak cerita tentang kejadian yang dialami oleh rakan saya, kak mira (bukan nama sebenar) di tempat kerjanya. Kak mira ni bekerja di sebuah farmasi. Pekerja-pekerja farmasi panggil bos/pemilik farmasi tu abah.

Farmasi tu dah berusia 20 tahun lebih dan merupakan farmasi pertama yang beroperasi di kawasan tu. Dari kawasan tu belum maju sampai la maju.

Nak dijadikan cerita, abah ni nak besarkan lagi farmasi dia. Tapi kalau nak tutup sementara rugi la. Entah berapa lama nak siap. Jadi waktu kerja-kerja perbesar kan kedai tu, perniagaan still berjalan seperti biasa. Kerja-kerja tu di bahagian belakang jadi tak ganggu bahagian depan.

Kak mira kenal dengan pak mat ni. Pekerja kontraktor yang sedang perbesarkan farmasi tu. Setiap hari pak mat ni akan tegur kak mira ni. Tanya makan dah ke belum. Tapi bukan kak mira saja la. Semua pekerja farmasi tu dia tegur. Cuma dengan kak mira ni dia lebih rapat sebab kak mira jenis banyak mulut. Kira peramah la.

Satu hari kak mira ambik cuti untuk 4 hari sebab nak pergi bercuti. Bila masuk kerja semula, bahagian belakang kedai yang perbesarkan tu dah siap. Kebetulan hari tu kak mira shift petang. Dua orang saja yang shift petang hari tu. Lepas maghrib kak mira duduk sorang-sorang di kaunter, kawan dia pergi solat. Tiba-tiba dia dengar orang berjalan di tingkat atas.Jelas.

Tingkat atas lantai kayu jadi kalau berjalan memang akan dengar la. Kak mira dah pelik sebab bilik solat di bawah. Atas untuk simpan barang. Siapa pula yang jalan?

Baru Kak mira niat nak pergi tengok tiba-tiba… ada pelanggan. Lepas tu dia pon dah terlupa tentang tu.

Dalam pukul 8 lebih, waktu tu tak ada pelanggan. kak mira dengan kawan dia main la phone. Tiba-tiba ada orang panggil nama dia. Tapi dia lebih pada bisikan. Betul-betul tepi telinga.

Mula-mula kak mira ingatkan kawan dia tapi dia tengok kawan dia ada je depan dia main phone. mustahil kawan dia nk bisik. Mesti la dia nampak kalau kawan dia bergerak. Jadi dia buat tak tahu ja.

Dalam dua tiga minit lepas tu, bunyi benda jatuh dari tingkat atas. Dua kali. Kak mira dengan kawan dia terkejut. Kuat weh. Diorang tengok sesama sendiri. Nasib baik waktu tu dah nak tutup kedai.

Tapi kak mira rasa pelik sebab selalunya waktu-waktu nak tutup la akan ada ramai orang nak datang. Tapi hari ni tak ada pula orang. Jadi cepat la diorang nak tutup kedai.

Keesokannya, kak mira shift pagi. Bila tak ada pelanggan dia pergi bahagian belakang kedai (bahagian baru tu). Nak tengok-tengok cantik ke tak (cewah macam dia pula bos) tiba-tiba dia ternampak pak mat duduk mencakung membelakangi dia. Nampak macam sedang buat kerja.

Mula-mula tu kak mira pelik juga bila masa pak mat masuk. Tapi dia fikir positif mungkin dia tak perasan.

Kak mira pon tegur la. Tapi tak dilayan. Jadi kak mira fikir mungkin pak mat busy, dia pon nak pergi la depan semula. Tak nak mengganggu.

Baru nak jalan pak mat panggil nama kak mira.Jadi kak mira ni berhenti la. Dia tengok pak mat dah berdiri tengok dia. Muka pak mat pucat sangat kalau toreh pon entah keluar ke idok darah. Tapi seram gak sebab pak mat tak cakap apa-apa. Diam ja tengok kak mira.

Baru ja kak mira nak cakap,nama dia dah kena panggil dengan kawan dia di depan sebab ramai pelanggan. Jadi kak mira ni terus pergi. .

Tengah hari sikit abah datang kedai. Dia beritahu pak mat dah meninggal dunia. Waktu tu kak mira blur jap. Meninggal dunia? bukan tadi baru dia nampak pak mat ke?

Kak mira tanya la abah “meninggal? abah maksudkan mati ka?”

“ye la. Kenapa kamu ingat apa?” – abah

Waktu tu kak mira tak dapat nak kata describe perasaan dia sebab tadi baru dia nampak pak mat. Tiba-tiba bulu roma dia naik.

Kawan kak mira beritahu pak mat nampak tak sihat dah sebelum tu. Jadi abah suruh dia tak payah kerja. Lagipun kerja-kerja tu dah nak siap. Tinggal sikit-sikit je lagi.

Waktu hari kedua kak mira cuti tu, Pakmat memang tak datang kerja sebab dia dah masuk hospital. Jatuh kat rumah dia.

Waktu kak mira masuk kerja (semalam) kawan kak mira memang nak beritahu tapi asyik lupa.

Kejadian yang dialami kak mira tu dia tak cerita pada pekerja-pekerja farmasi tu termasuk la abah.

Itu la first kejadian yang dialami kak mira sejak bekerja di situ.

Tapi kisah ni tak terhenti setakat ini saja. Lepas je selesai renovation kedai gangguan demi gangguan mula menyerang. Mungkin kalau ada masa saya akan sambung nanti.

Terima kasih pada pembaca yang sudi membaca kisah yang tak seberapa seram ini..

Erica Kim
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

15 comments

  1. Tak seberapa seram kau kata? Bagi aku dah cukup seram wei. Haha. Part pak mat mencangkung lepas tu bila toleh balik pak mat tengah berdiri renung kak mira…pergh aku imagine pak mat berlari macam cite valak tu wei.

  2. Masyaallah… innalilahiwainnalilahirojiun..
    Mgkin arwah tak tenang sbb kejanya belom siap lagi agaknya..
    Wallahualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.