#Fea – Saka yang Tak Diundang

Assalamualaikum admin dan warga FS. Nama aku Sofea dan alhamudillah aku masih kuat dan teguh berdiri walaupun bermacam dugaan yang singgah. Apa yang aku ingin kongsikan ini adalah cerita sebenar yang berlaku terhadap aku. Terpulang kepada anda untuk menilai dan aku tidak mengharapkan anda semua percaya tetapi cukup bagi aku kamu semua ambil pengajaran diatas ape yang sudah berlaku kepada aku.

“Penat la tunggu bas ni. Panas pulak tu,” keluh aku sambil mengesat peluh dengan tisu yang baru aku beli tadi.

Keluhan aku hilang apabila aku nampak dari jauh bas yang ditunggu-tunggu telah tiba. “Yeehaa! Bas sudah mari!” Aku pun dengan pantas berjalan kehadapan dengan harapan dapat naik dulu. Tiba-tiba…

“Aaaaaa! Tolong! Peragut!“ aku terkejut dan dengan tidak sengaja aku menjerit kuat dek kerana hamba Allah yg meragut beg tangan aku.

Berdesup peragut itu lari meninggalkan aku terpinga-pinga dan aku tidak tahu ape yang perlu aku lakukan. Disaat itu, aku redha atas apa yang berlaku dan aku dengan lemah longlai duduk di perhentian bas itu sambil termenung.

“Apa aku nak buat ni?” Aku berkata sendiri. Tiba-tiba aku dikelilingi orang ramai dan mereka bertanya apa yang sudah terjadi. Aku hanya mampu berkata, “saya kena ragut”.

Tiba-tiba orang ramai berkerumun dan aku ternampak seorang lelaki yg amat aku kenali telah dipegang orang ramai sambil berjalan kearah aku.
Eh! Itu peragut tadi. Ya Allah! Kenapa aku rasa perasaan marah ni membuak-buak. Tanpa aku sedar, aku berlari ke arah peragut itu dan aku menumbuk muka dia.

Bukk!

Jatuh terduduk peragut itu dan aku terus membelasah lelaki itu sepuas hati aku. Sedar-sedar, aku dah ditenangkan orang ramai dan kereta peronda telah berada di situ.

Di balai polis…

“Siapa yang pukul kau ni? Sampai patah hidung ni. Tapi memang patut pun kene belasah,” polis berpangkat inspektor itu bertanyakan soalan kepada peragut sambil aku merenung kearah peragut itu.

“Kakak ni la yang pukul saya” Peragut itu menunding jarinya kearah aku. Aku pun terkejut beruk la sejak bila aku pukul kau?

Selepas semua urusan di balai polis selesai, aku pun pulang ke rumah. Tapi aku singgah ke rumah ayah aku dahulu untuk bertanyakan sesuatu. Untuk pengetahuan pembaca, mak ayah aku dah bercerai dan kami adik beradik duduk dengan mak. Sampai dirumah ayah, mak tiri aku menyambut aku dengan senyuman dan mempelawa aku masuk.

Aku: Ayah, ni nak ceita ni tadi masa balik dari class, tunggu bas pastu kene ragut. Nasib baik tak de pape jadi kat orang. Cuma…..
Ayah: Kene ragut?? Ish kakak okay tak ni? Cedera kat mana-mana tak? Dah buat report?
Aku: aduh banyaknye soalan. Dah semua dah settle dan kakak pun okay. Cuma….
Ayah: Cuma apa?
Aku: Cuma kakak tak tau ape yang dah jadi dan kenapa kakak belasah peragut tu sampai patah hidung dia. Kakak tak sedar apa yang kakak buat. Nasib baik polis tu tak buat pertuduhan kat kakak. Kakak tak tau ape yang dah jadi dan kenapa kakak boleh rasa marah yang teramat sangat masa tu.
Ayah: Ermmmmm….ayah mintak maaf lah sebab tak cerita dekat kamu. Tapi sebenarnya kamu tu ada penjaga dari keturunan kita. Saka Harimau dan benda ni memang akan menjadi lebih ganas apabila tuan dia dalam keadaan marah.
Aku: Kenapa kakak tak pernah tahu? Kakak tak nak benda ni! Syirik! Ayah amek balik benda ni. Kakak tak redha dia ade bersama jasad kakak!

Aku jadi panas menyinga dengan pengakuan ayah aku. Dan aku terasa seperti ingin mengamuk tetapi ayahku memujuk agar aku kawal perasaan dan jangan mudah melenting. Ayah memberitahu bahawa saka harimau itu adalah untuk menjaga aku dan aku telah menerima dia dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dalam mimpi tapi aku memang tidak ingat apa-apa tentang pengambilan terus saka ni.

Ayah aku berpesan sebelum aku pulang, kawal emosi, nanti kakak akan faham. Aku berlalu pergi dengan perasaan sakit hati. Aku pendekkan cerita lah ye. Aku berubat banyak tempat tapi semua ustaz tak mampu nak halau saka tu sebab aku kene kumpulkan semua adik beradik ayah aku. Memang mustahil untuk kumpulkan semua sebab, separuh adik-beradik ayah aku berada di Indonesia.

Sekarang ni aku tak pasti saka harimau ni masih ada dengan aku atau tak, cuma aku kadang-kadang ade mimpi dia dtg tapi sayu je tengok muka dia. Untuk pengetahuan pembaca semua, Saka Harimau ni dah lama ada dalam jasad aku, cuma aku tak sedar. Perwatakan aku memang jenis cepat marah, panas baran, masa zaman sekolah aku geng kaki pukul dan akulah orang yang selalu dipanggil kalau nak gaduh dengan pelajar sekolah lain.
Maaf sekiranya cerita aku bosan tapi ini permulaan kisah hidup aku kerana selepas Saka Harimau ni, ade bermacam lagi setan-setan yang menyakiti aku. Aku ada banyak kisah nak dikongsikan antaranya Potianak, dugaan nak kahwin, Mak mertua firaun, kawan makan kawan dan paling latest yang jadi kat aku sekarang, aku dapat rasa kehadiran kau.

Kalau cerita ni ade sambutan aku sambung la menulis ye. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sofea

38 comments

  1. Patah hidung. Padan muka. Maira pun pernah hampir kena ragut. Tapi refleks diri nak selamat dan sakit hati. Jadi hempuk je dengan apa yang patut.

    Btw, saka tu ada lagi la ea?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.