First Time

Assalamualaikum kepada pembaca setia FS. Terima kasih kepada admin kerana sudi publishkan coretan aku yang sebelum ini berjudul Nombor 9. Terima kasih juga kepada yang telah membaca perkongsian tersebut dan yang telah memberi komen positif mahupun negatif. Okey, cukup mukadimah yang aku selitkan jadi aku teruskan dengan entry kali ini.
.
Untuk pengetahuan umum, cerita yang aku cuba sampaikan in berkaitan diri aku sendiri di dan merupakan kali pertama “mungkin” aku dapat sixth sense. Terjadi lebih kurang 16 tahun lepas, umur aku dalam 6 tahun. Mungkin terlalu kecil untuk tau pasal ‘benda’ ni. Aku explain sikit tempat aku membesar. Duduk di kawasan berlot yang sepanjang lot kebanyakannya rumah berkembar 4 buah atau lebih di setiap barisan (ada lebih kurang 10 barisan). Aku dan family tinggal di barisan 1st yang selang sebelah rumah aku, rumah abang mak aku (abang 4). Belakang rumah aku (barisan 2) pulak rumah abang mak aku lagi (abang 2). And sepupu aku tinggal di barisan 8.
.
Ceritanya bermula,
.
Aku macam budak normal yang lain, tau makan, main dan tidur bila penat. Mak ayah aku kerja jadi nenek sebelah mak yang jaga aku. Setiap kali cuti sekolah, pagi² aku dah bangun, siap² then merayap ke rumah pakcik di barisan 2. Lepak dengan sedara² sampai azan magrib baru ingat nak carik jalan balik. Jarak barisan 2 ke rumah aku dalam 100 meter je. Aku cadang nak lalu belakang rumah je cepat sikit sampai. Takde lah nak kena pusing depan. Masa tu aku rasa senyap suram je. Takde bayang manusia lain pun. Aku je yang bongok berkeliaran time² macam ni. Dalam berjalan tu tetiba rasa takut sampai meremang bakhang. Makin laju lah langkah aku tapi belum bukak langkah seribu. *Hahaa
.
Aku dah pun sampai depan pintu belakang rumah aku. Aku pulas tombol pintu tapi pintu kunci pulak dah and sebab aku malas nak bagi salam takut mak aku bebel, aku terpaksa lah masuk ikut pintu depan. Terpaksa lah jalan lagi dengan rasa takut² berani. Otw, aku tertoleh belakang rumah barisan 2. Engkorang tau, aku nampak sorang budak umur lebih kurang aku kot, rambut pendek paras bahu, baju gaun budak serba putih tapi berlumuran tompok merah macam d***h then senyum² pandang lambai dekat aku. Sumpah takut gila sampai kaki aku macam kena gam gajah tak gerak dah.

Then aku nampak pakcik aku naik motor honda petak dia berhenti betul² dekat bahu jalan sebelah budak tadi. Budak tu ada lagi woi tapi aku pelik sebab pakcik aku macam taknampak ada budak sebelah dia. Pakcik aku benti sebab nak tegur aku tapi masalah jauh jadi aku tadengar dia pekik apa lepas tu dia bla lah lepas tegur aku. The best part is, budak tadi tu dah selesa duduk belakang pakcik aku siap peluk. Aku syak pakcik aku taknampak, taktau. Terus bukak langkah seribu lah aku masuk ikut pintu depan dengan takbagi salam. Diorang yang ada dalam rumah semua pandang pelik tapi taktanya apa pun cuma suruh aku mandi je.
.
Masa aku dah masuk bilik nak tidur dah, boleh pulak aku teringat pasal budak tadi tu. Nak tidur pun dah takut tapi sebab takut sangat lah tau² tetidur. *Hahaa* Aku siap² nak pegi sekolah, aku naik kereta jiran so aku kena tunggu dekat bahu jalan sebab rumah aku rumah tengah. 6.45 pagi aku dah pacak tunggu jiran yang angkut aku tu. Tunggu punya tunggu sampai aku leka apa ntah, aku nampak lagi budak semalam dengan cara yang sama. Aku takut terus lari balik rumah. Tunggu depan rumah jelaa gamaknya dek takut takleh bincang. Masa berlalu tapi aku takpernah nampak budak tu lagi. Dan bermula lah aku kerap rasa meremang kalau ada ‘benda’. Makin aku besar, mata aku start hijab terbuka tapi tak terus lah. Means ada masa aku boleh nampak ‘benda’ tu.
.
Ni jela karangan aku kali ni. Aku tau membosankan.*Hahaa* Terima kasih sebab baca. Tolong jangan kondem cerita aku macam cerita Cinta Misteri. #SisCuba

.

Nr.
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.