#Fizi – Amin oh Amin….

Assalamualaikum semua pembaca FS dan Admin.saya Hafizi Abu Bakar 29 tahun bapa kepada 2 anak. Terima kasih atas komen untuk entry lepas yang berdialogkan bahasa melayu Sarawak. Kepada yang tidak faham sebelum ni saya memohon kemaafan kerana saya tak terjemahkan kepada bahasa melayu. Minta maaf kerana terpaksa mengekalkan konten cerita tanpa terjemahkan lebih dalam. Sekiranya ada yang terasa dengan kisah lepas saya memohon maaf sekali lagi. Untuk entry kali ini saya akan lebihkan pemahaman kepada makhlus halus ni. Berharap pembaca mampu memahami jalan cerita ini. Insyallah..

“Segala apa yang kita mulakan harus untuk kita akhirinya juga. Jika manusia itu dijadikan berpasangan begitu juga dengan kelebihan yang dipasangkan dengan kekurangan. Renungkan segala apa yang baik untuk dijadikan pedoman, dan yang buruk perlu dijauhkan demi masa depan kita sendiri.” Pesan seseorang pada aku sewaktu ketika dulu. Masih terngiang di telinga aku sehingga kini.

Tapi dimana dia?apakah cerita dia sekarang?mengapa aku yang dipesan sedangkan dia ada orang lain yang jauh lebih rapat dari aku. Persoalan yang masih tiada jawapan buat aku sehingga kini walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai anak, aku masih tiada jawapan kepada soalan aku sendiri.

Tapi aku bersyukur disebabkan pesanan itu aku lebih memahami kenapa aku diberi kelebihan ini. Bukan nya aku tak takut dengan yang tak Nampak itu tapi ia buatkan aku lebih berwaspada dalam menghadapi dunia nyata dan ghaib.

Okay guys, cerita yang akan dikisahkan ini adalah mengenai arwah kawan baik aku yang iaitu Amin, anak kepada seorang guru dan usahawan yang berjaya pada ketika itu aku masih di tingkatan 4. Al fatihah buat arwah Amin. Semoga roh kau dicucuti rahmat. Tenanglah kau disana.

Sebelum kisah dimulakan perkenalkan dulu watak dalam cerita, Amin (arwah), En Ramlee (Ayah Amin) , Cikgu Sharifah ( ibu Amin) Fizi ( sekali lagi saksi kejadian). Ustaz Khalil (perawat)Abu Bakar (ayah aku) serta Hayati ( mak aku yang tercinta). Kenali watak supaya tidak berlaku kekeliruan. Ramlee dan Sharifah merupakan pasangan yang sangat bahagia ketika itu.berkahwin atas dasar cinta sesama sendiri. Dikurniakan seorang cahaya mata ketika itu bernama Amin. Sharifah seorang guru dan Ramlee adalah usahawan yang berjaya ketika itu. Okay cukup pengenalan untuk mereka.

Busung..? aku juga tidak tahu ketika itu apa penyakit busung itu, sehinggalah semua jelas dan nyata pada aku sejak Amin sakit.ketika kami di tingkatan 4, Amin adalah kawan baik aku. Seorang yang aktif tapi pendiam saja. Tidak banyak yang dibualkan jika bersama dengan rakan-rakan lain kecuali aku.

Amin sangat selesa berkawan dengan aku dan begitu juga aku yang merasakan sangat selesa untuk berkongsikan apa saja masalah kami berdua. Sehingga ramai pelajar di sekolah memanggil kami pasangan bahagia ketika itu. “ aku kalau ikutkan hati nak je aku tampar sorang-sorang yang panggil kita macam tu” bebel Amin pada aku. Aku yang selalu menenangkan dia jika kami diejek macam itu. Kalau dikut hati memang aku pun nak sepak sorang-sorang.

Tapi mak aku berkeras supaya aku tidak membuat perkara tak elok kat sekolah. Yang pelik nya si tukang ejek takut untuk berhadapan dengan aku. Tapi ejekan mereka tidak berpanjangan paling banyak pun 3 kali sahaja mereka boleh ejek aku dan Amin lepas tu semua jadi takut dengan kami lagi-lagi dengan aku. Mungkin kena tampar dengan Daring kot. Haha. Itu aku tak tahu kenapa dorang takut tapi macam tu lah yang jadi bila ejek kami. Mereka akan ketakutan dan memohon maaf dengan segera.

Amin juga pernah bertanyakan kat aku benda yang sama. “kau ada pukul dorang ke belakang aku,atau kau ada warning ke kat sapa-sapa yang ejek kita tu?” Tanya amin pada satu petang. Aku mengelengkan kepala saja. Disebabkan aku malas nak jawab pertanyaan Amin aku menceritakan pasal Daring.

Aku memberitahu pada nya mungkin dorang takut dengan Daring yang menyamar sebagai aku. Aku tau Daring memegang janji dia sendiri untuk melindungi aku walaupun aku tidak mahu dan setuju . Sehingga pada suatu hari aku dikejutkan dengan penyakit Amin. Hanya 3 hari selepas Amin sakit aku diberitahu oleh cikgu Sharifah di sekolah.

Waktu itu kami tiada telefon untuk berhubung dan aku jarang ke rumah orang atas sebab-sebab tertentu walaupun ke rumah Amin. Hanya berjumpa di tuisyen ,sekolah dan padang bola saja ketika petang. Masa kami banyak di sekolah dan tuisyen saja. Selepas mendapat berita mengenai Amin aku meminta izin kepada mak untuk melawat nya di rumah.

Mak benarkan tapi dengan syarat dia nak ikut sekali.Pertama kali sejak kejadian pertemuan Daring dengan aku 8 tahun sebelumnya aku meminta izin padanya untuk pergi ke rumah kawan,lagi pun ini permintaan Amin. Hari itu selepas balik dari sekolah aku bersiap untuk pergi melawat Amin. Sesampainya kami di rumah Amin,cikgu Sharifah sudah terpacak menunggu kehadiran kami.

Sejak melangkah ke rumah Amin aku merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini. Cikgu memesan supaya jangan menunjukkan reaksi terkejut sangat bila berjumpa Amin nanti. “ hafizi cikgu harap kamu tidak menunjukkan reaksi pelik nanti ya.” Pesan cikgu selepas aku bersalaman dengannya. Bertambah pelik bila dipesan macam tu. Mak pula bersembang dengan cikgu mengenai Amin. Aku meninggalkan mereka dan menuju ke bilik Amin. Seperti yang bermain di fikiran selepas terima pesanan dari cikgu Sharifah, aku cuma terkejut sedikit saja dengan keadaan Amin.

Kembung perutnya seperti merekah-rekah. Kakinya kurus sangat begitu juga tangan. Amin perasan aku masuk ke biliknya dan menyapa aku. “hai brother. Long time no see” tegur Amin. Riak mukanya sedikit ceria selepas melihat aku. Aku menghampiri Amin dan memberi buah tangan yang mak sediakan. Kami berbual kosong saja ketika itu sebabkan lama tak jumpa dan Amin bertanyakan khabarku dan apa cerita di sekolah. Sangat lemah keadaan Amin ketika itu. Mungkin seleranya hilang akibat dari penyakitnya itu,

“kau macam mana Amin? Rindu aku kat kau.” Aku bertanya. Amin terdiam sambil matanya berkaca. Mungkin sebak. “ aku macam ni la ji.perut aku mengembung sejak seminggu ni.” Terang Amin. Aku mahu teruskan pertanyaan ku balik tapi terhenti bila cikgu Sharifah dan mak masuk ke bilik. “begitu la kak keadaan anak saya tu.tak tahu apa saya nak buat.”keluh cikgu Sharifah pada mak.

Kami hanya diam membisu. Mak memberi semangat pada Amin supaya kuat dan jangan mengalah dengan penyakit dia. Mak mengangguk pada aku memberi isyarat untuk ajak cikgu berbual di ruang tamu. Aku tak faham apa erti mak ketika itu. Setelah mereka beredar kami meneruskan perbualan yang tergantung. Amin meminta aku dating melawatnya kerana bimbang tak sempat nak berjumpa aku jika jadi apa-apa pada nya.

“kenapa cakap macam tu Amin?Kau kena kuat Amin. Jangan mengalah” aku bertanya sambil menasihatkan dia. “aku nak ceritakan kau satu perkara,dan aku yakin kau akan memahami situasi aku sekarang.” Terang amin sambil betulkan kedudukan.

Cerita Amin

Kejadian ini terjadi pada aku minggu lepas sewaktu baru pulang dari tuisyen. Petang itu aku jalan kaki tidak seperti biasa aku naik basikal ke pusat tuisyen. Aku pun tak tahu kenapa aku nak berjalan kaki. Setelah tamat tuisyen aku tidak terus balik tapi singgah ke kedai untuk membeli jajan untuk aku makan ketika berjalan pulang. Selesai membeli jajan aku meneruskan perjalanan. Hari dah dekat pukul 7.00 masa tu.

Lebih kurang seratus meter dari rumah aku seakan telihat sesuatu yang sangat besar terbaring kat depan pagar. Aku tidak pasti apa sebab keadaan waktu itu hamper gelap. Dan didalam fikiran aku mungkin itu khayalan saja dan aku teruskan berjalan sambil memakan jajan. Sampai je depan pagar tiada apa-apa dan benda yang aku tengok tadi juga tiada di tempat tu.

Aku menekan loceng dan memanggil orang gaji mak aku untuk bukakan pintu. Setelah 1 minit menunggu pintu pun terbuka. Baru nak melangkah aku terbau sesuatu yang amat busuk tapi sekejap saja. Aku tidak pedulikan bau tu dan masuk kerumah seperti biasa. “bik, kenapa busuk sangat kat pagar tu”Tanyaku pada bibik yang menjaga rumah kami. “ ngak tau la saya.sampah saya belum buang lagi” terangnya. Aku beredar dari ruang tamu dan terus ke bilik air untuk mandi.

Mama tiada dirumah ketika itu kerana kursus di Seremban dan Papa pula tiada di Malaysia ketika ini atas urusan kerja di Singapura. Selepas makan malam aku menonton televisyen. Malam itu agak sunyi sikit dari malam biasa mungkin kerana mama dan papa tiada kat rumah. Aku bercadang nak tidur lambat malam itu sebab esok cuti dan tiada aktiviti kat sekolah. Sedang leka menonton televisyen aku ternampak kelibat baying melintas di luar tingkap.

Tersentak dengan itu aku memanggil bibik. “bibik…. Sini jap.” Panggil aku. Bibik bergegas dating seolah-olah panik. Berpeluh dahi bibik aku tengok. “kenapa bibik berpeluh tengah bersenam ke?” Tanya aku selamba. “ ngak apa apa dik” jawab nya termengah mengah. “ada apa adik panggil saya?” sambung bibik. “tadi saya ternampak kelibat di luar tingkap tu” terang aku sambil menunjuk kea rah tingkap.

“cuba bibik tengok takut ada pencuri nanti” aku memberitahu nya lagi. Bibik seolah-olah terkedu dengan petanyaan aku. Lalu beredar tanpa berkata apa-apa. Aku yang tidak puas hati melihat tindakan bibik terus mengekorinya. Bibik menuju ke dapur dan berhenti disitu sambil mundar mandir. Aku hanya melihat saja ketika itu reaksi bibik. Tiba-tiba bibik menjerit..

“jangannnnnnnn,jangannnn” pekik bibik sebelum pengsan. Aku yang terkejut hanya membatu disitu melihat keadaan bibik. Apakah yang bibik takutkan pun aku tak Nampak lagi ketika itu. Aku pergi mengambil telefon rumah untuk menghubungi mama tapi tidak berjawab. 3 kali aku cuba menghubungi mama masih sama. lampu rumah pula secara tiba-tiba terpadam semuanya.

“ Ahhh! Macam mana ni.” Bisikku dalam hati.

Dalam kesamaran kegelapan itu otak mula berfikiran negatif, aku berjalan perlahan-lahan menghampiri bibik yang terbaring kt lantai dapur. Baru saja hendak memeriksa bibik tiba-tiba dia bangun sambil merenung aku. Tajam dan penuh dendam. Aku dah takut habis ketika itu. Perlahan aku berundur untuk tidak mendekati bibik. Tiba-tiba bibik bertukar menjadi satu makhluk yang sangat besar seperti yang aku lihat petang tadi. Terus teringat peristiwa petang tadi bila bau busuk mencucuk hidung aku.

“mana Ramlee…mana Ramlee” lembaga itu bersuara.

Aku yang sudah ada gigil kerana ketakutan hanya mampu menangis saja. Lembaga itu memegang aku dengan kasarnya. Terasa dingin saja tangan dia. Asyik mengulangi perkataan sama ‘ mana ramlee,mana ramlee’. Kemudian dia mengangkatku ke dinding.

“engkau hanya ada bau Ramlee. Mana ramlee!” tiba-tiba lembaga itu membentak. Lalu dihempas aku ke lantai. ‘bedebuk’ aku jatuh. Lembaga itu hilangkan diri. Keadaan masih sama. bibik sudah tidak kelihatan di tempat dia pengsan tadi. aku cuba untuk bangun tapi tiada daya seakan ada benda mengikat aku.

Dalam keadaan melutut dengan kaki dan tangan terkunci aku cuba menjerit tapi tiada siapa dengar. lembaga itu dating kembali tapi kali ini lebih kasar layanan diberi pada aku.ditampar aku sekuat hatinya. Sekali lagi aku jatuh bersujud. Mukaku begitu sakit dan pandangan sedikit kabur.

Aku memang tiada daya lagi untuk bangun. Aku hanya melihat kiri dan kanan dengan mata saja. Pandangan ku sangat terhad ditambah lagi dengan keadaan gelap gelita. Aku hanya mampu pasrah saja ketika itu. Aku berfikir aku akan mati malam itu. Tiba-tiba lampu menyala balik. Keadaan rumah seperti biasa. Aku seolah-olah terlepas dari ikatan terus saja berdiri. Ingatan aku kuat kepada bibik.

Ya bibik pengsan tadi. cepat-cepat aku mendapatkan bibik. Ku lihat bibik tiada di dapur.

“bibikkk..” jeritku yang masih ketakutan. Bibik muncul dengan mata sepet dia seperti baru bangun tidur.

“kenapa bibik menjerit tadi pastu pengsan” tanyaku pada bibik “apa?” Tanya kembali pada aku. Pelik aku dengan reaksi bibik.

“tadi saya Nampak bibik menjerit sebelum pengsan kat dapur.” Aku mendapatkan kepastian lagi.

“mana ada dik,lepas adik siap makan dan saya kemas-kemas, terus saja masuk tidur.” Terangnya. Aku hanya terdiam. Bibik Tanya kenapa memanggilnya pun aku tidak menjawab.

“tadi rumah blackout bibik terjaga tak?” tanyaku lagi. Dia hanya mengelengkan kepala saja. Aku memberitahu kejadian yang berlaku sebentar tadi. satu persatu aku terangkan pada dia. Bibik menyuruh aku tidur didalam biliknya malam itu. Bibik membaca sesuatu lagu meniupkan dalam air minuman aku. Tujuannya supaya aku kembali bersemangat. Aku yang ketika itu masih mentah dan tidak memahami erti mistik ini hanya minum saja.selepas minum air itu aku pun tidur di bilik bibik.

Keesokkan hari apabila aku bangun bibik tiada dibilik. Aku pun dengan perasaan malas dan penat berjalan ke bilik untuk mandi dan makan. Kejadian semalam yang menimpa aku pun terus aku lupakan seolah-olah tidak pernah berlaku. Setelah siapkan diri, aku turun ke bawah untuk makan.

“ baru pukul 11 rupanya” bisik aku sendirian. Aku memanggil bibik tetapi hampa tiada jawapan. Setelah panggilan ku tidak disahut aku menuju ke dapur untuk mencari makanan. Terhidang depan aku bihun goreng serta ayam merah. Aku pun terus memakan makanan itu. Fikiran aku ketika itu hanya untuk menikmati sarapan dan mahu bermain playstation saja. Setelah selesai bersarapan aku pergi ke bilik balik untuk bermain playstation, sekali lagi aku rasakan tidak ada apa-apa berlaku. Sedang asyik bermain game telefon rumah berdering.

“ahh kacau jela.baru je nak menembak.” Keluh aku sendiri.

“ assalamualaikum Amin.”suara mama di corong telefon. Aku menjawab salam dan bertanya mama kat mana. “

Mama kat Seremban lagi petang karang baru balik. Amin dah makan?” soal mama lagi “dah tadi bibik masak” terangku. “bibik?” mak sedikit terkejut.

“ mana ada bibik, kan bibik balik kampung semalam.” Terang mama sedikit panik.

“habis siapa masak tadi untuk amin” balasku dan tuttt..tttutt.tuttt talian terputus. Terus saja teringat kembali peristiwa semalam.

“ siapa semalam yang temankan aku? Siapa pula yang masakan untuk aku tadi” tanyaku pada diri sendiri. Terus tak keruan aku setelah mendengar penjelasan dari mama sebentar tadi. suasana menjadi sunyi dan sepi. Angin bertiup lembut menghempas muka aku.

Tappp.. tappp. Tappp. Aku dikejutkan oleh bunyi orang berjalan. Semakin lama semakin hamper dengan aku. Bau busuk mula menerpa hidungku. Jantung semakin laju degupan nya. Terasa sangat dekat benda itu dengan aku. ‘bedebukk’ tersungkur aku seperti ada yang menolak. Telefon yang ku pegang juga terjatuh. Aku cuba bangun tapi sekali lagi tersungkur.

Tidak pasti apa yang menolakku, kali ketiga aku cuba bangun lembaga itu muncul betul-betul dihadapan muka aku. Terkejut dengan kemunculan lembaga itu aku terus berlari tapi malangnya aku tersungkur lagi. Kali ini aku tidak sedarkan diri. Sedar-sedar aku sudah kat hospital dengan balutan di kepala. Mama dan papa sudah ada disisiku. Aku dibawa balik ke rumah setelah dibenarkan pulang oleh doktor. Doktor seakan risau aku lihat dari jauh sewaktu menerangkan keadaan aku dekat papa dan mama.

Papa memberitahu aku pengsan setelah terima panggilan telefon dari mama. Mama yang merasa pelik kerana dia dimaklumkan yang bibik masak untuk aku. Tujuan dia call aku untuk beritahu pergi beli makanan kat kedai berhampiran kerana bibik bercuti. Aku menceritakan kesemua apa yang berlaku pada aku sejak 2 hari lepas kat mama dan papa.

Malam itu aku tidur seperti biasa cuma ditemani mama. Papa terpaksa batalkan mesyuarat dengan kliennya gara-gara kejadian yang menimpa aku. Malam itu aku didatangi mimpi aneh. Seakan nyata mimpi tersebut. Dalam mimpi itu aku didatangi lembaga yang sama tapi kali ini lembaga itu memaksa aku meminum air liur nya.

Dipaksanya aku membuka mulut dengan kasar sekali. Aku tertelan air liurnya dengan banyak sekali setelah dipaksa sedemikian.hampir tercekik aku dan terus tersedar. Sedar sedar saja sudah siang. Mulai hari itu bermula episode hitam ini.

……………………………

“ini lah aku sekarang. Semua sebab kejadian itu,” terang Amin lagi. “jadi kau dah pergi check kat hospital ke?” Tanya aku kepada amin. Dia mengangguk. Amin menerangkan yang doktor sendiri tidak tahu apa punca penyakit aku dan sarankan aku berubat cara tradisional.

Dua hari lepas Amin dah berubat dengan satu bomoh ni. Bomoh itu tidak mampu nak menghalang sihir yang dikenakan keatas Amin. Sihir itu mengakibatkan perut Amin mengembung seperti orang menngandung. Atau lebih tepat lagi Amin sudah terkena sihir busung. Apa yang kurasakan sewaktu melangkah masuk ke rumah Amin ternyata betul.

Aku ada terlihat kelibat yang mundar mandir di luar bilik Amir, tapi sengaja aku mengendahkan. Aku dah boleh agak ada sesuatu melanda Amin. Menurut Amin lagi, sihir itu dituju pada ayah nya yang bertujuan untuk merosakkan perniagaan ayah Amin. Disebabkan aku masih mentah ketika itu,perkara perkara ini sungguh asing dan tidak menjadi kebiasaan aku. Walaupun diberi kelebihan untuk melihat sesuatu yang halus tapi fikiran aku masih sama seperti budak sebayaku.

Setelah menceritakan segalanya Amin minta jangan dihebohkan ke pihak sekolah mahupun guru kelas kami sendiri. Tentang ketidakhadiran amin cikgu sharifah yang akan uruskan. Setelah bersalaman dengan cikgu Sharifah,aku pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan mak asyik melihat aku seperti menunggu aku membuka mulut. “ kesian Amin mak. Teruk betul ji tengok dia tadi.” aku bersuara untuk memulakan perbualan. Mak hanya mengiyakan saja.

“ apa yang kamu borak kan tadi.serius benar muka kamu” mak pula menyoal. Aku tunduk saja sambil menyusun ayat untuk ceritakan kepada mak. “ Amin terkena buatan sihit mak” aku memula bicara. “mana kamu tau” mak membalas bersahaja, aku pun menceritakan satu persatu kepada mak. Setelah mak jelas dengan penjelasan aku, dia berpesan supaya selalu membaca ayat suci untuk lindungi diri.

Tapi melihat dalam mata mak aku tau dia ada sembunyikan sesuatu. Masa makan malam itu mak ceritakan semua kepada ayah. Ayah ada beritahu mahu pergi melawat keluarga Amin dan memesan padaku supaya beritahu pada cikgu sharifah esok .

Malam esoknya setelah solat isyak kami pergi ke rumah Amin sekali lagi. Ayah melihat sekeliling sebelum masuk ke rumah Amin dan dia terhenti pada satu sudut pagar rumah Amin. Ayah membaca sesuatu dan menekan loceng. Pintu pagar terbuka selepas. Setelah perkenalkan diri kepada orang tua Amin,ayah meminta izin untuk melihat Amin di dalam bilik.

Ayah membisikkan sesuatu pada mak dan mereka beredar dengan kedua orang tua Amin. Aku mahu temankan Amin.saja ketika itu. Amin hanya diam saja tidak bersuara apa-apa. Sesekali saja dia bertanyakan pasal keadaan aku dan pelajaran. Dia juga memesan pada aku supaya jaga diri. Kami hanya banyak berdiam diri saja. Tiba-tiba Amin meronta-ronta. Aku yang terkejut dengan tindakan Amin segera menjerit memanggil ayah dan mak.

Beberapa minit mereka pun naik keatas. Tapi lagak mereka tidak seperti panik atau risau. Rupanya mereka dah biasa dengan kelakuan Amin yang itu. Menurut mak Amin, dia jadi begitu seakan ada sesuatu yang menikam dan memulas perut nya. Selepas melihat keadaan Amin, ayah member cadangan supaya ayah Amin untuk berubat cara islam.

Ayah : ramlee sy rasa tak boleh biarkan macam ni je.
Ramlee : saya dan buntu la Bakar. Bomoh yang kami jumpa pun tak mampu nak buat apa-apa
Ayah : itu kata bomoh, Allah sebaik-baik pelindung ramlee.
Ramlee: apa harus saya buat?saya tak tahu mana-mana orang yang pandai mengubat.
Ayah : cuba awak hubungi sorang ustaz ni.ustaz ni pernah merawat anak saya dulu.
Ramlee: baiklah awak boleh beri saya nombor dia.

Setelah membuat temujanji dengan Ustaz Khalil, bermula lah episode merawat Amin 3 hari selepas perjumpaan mereka malam itu. Seperti dijanjikan Ustaz Khalil sampai tepat pukul 9.30 malam di rumah Amin bersama kami sekeluarga.

Aku terpaksa ikut disebabkan ayah risau jika terjadi apa-apa kepada aku jika berseorangan. Ustaz juga buat benda yang sama dengan macam ayah aku setibanya mereka di depan pagar rumah Amin. Setelah mereka memperkenalkan diri, ustaz cakap mahu terus melihat-lihat Amin.

Dari bawah kami mendengar Amin menjerit dan meronta-ronta. Seperti mahu dilepaskan dari sesuatu. Ustaz bergegas naik ke atas. Melihatkan keadaan Amin, Ustaz memaklumkan Amin telah tiada. yang ada itu hanyalah sihir yang ditinggalkan atau dikurung dalam badan Amin. Rupa-rupanya bomoh yang merawat Amin sebelum ni dah kunci sihir yang dihantar kepada keluarganya. Tapi tidak memberitahu pada kedua orang tua Amin.

Amin mungkin dah meninggal dalam 1-2 hari lepas. Aku yang mendengar penjelasan ustaz begitu tergamam. Tak aku sangka malam yang kami pergi melawat itu adalah hari terakhir buat Amin. Menurut ustaz lagi sihir itu bertujuan maut saja dan ianya dituju untuk Ramlee iaitu ayah Amin. Ustaz memulakan ruqyahnya untuk menghalau atau membunuh jika perlu sisa-sisa sihir pada badan Amin.

Ketika proses rawatan, lembaga itu datang kepadaku dan berkata “ aku tau kau mampu melihat aku, dari mula kau melangkah masuk melihat budak ini aku sudah tau kau adalah seseorang.” Aku yang ketakutan hanya berdiam diri saja. “jangan kau kacau budak itu,dia tiada salah dalam hal ini” ustaz member amaran setelah melihat lembaga itu semakin menghampiri aku. Seperti tersentak lembaga itu meluru ke ustaz,tapi dihalang oleh ustaz.

Tersembam lembaga itu. Kesian Amin dah tiada pun tapi jasad masih dipergunakan. Selama 30minit ustaz bertarung dengan lembaga itu akhirnya ia mengalah dan ustaz mengurung lembaga itu dalam satu botol. Aku melihat keadaan ustaz juga seperti lemah. Mungkin kuat kot lembaga yang dihadapi kali ini.

Terduduk Ramlee dan Cikgu Sharifah melihat jasad anak mereka kaku dan lemah. Sangat kurus dilain bahagian melainkan perut yang mengembung. Setelah menyelasaikan rawatan perut Amin mengeluarkan cecair bersama paku 3inci panjangnya. Cairan lendir hitam pekat yang keluar dari perut Amin sangat meloyakan dan amat busuk sekali.

Ustaz mengarahkan ayah dan aku untuk mengorek sesuatu di luar pagar rumah Amin. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat satu janin kering yang tak pasti jantinanya. Serta ada 3 paku yang sama keluar dari perut Amin. Mengucap panjang ayah selepas melihat benda itu lalu dipanggil ustaz untuk mengambil. Kami nak ambil memang tak lah.takut pun ada geli pun ada. Setelah ustaz bungkuskan dengan kain putih, kami pun beredar. Ustaz memesan pada Ramlee supaya menyempurnakan jenazah Amin. Jika ada orang tanya jawab lah yang Amin meninggal kerana penyakit dan jangan menyimpan dendam kepada sesiapa yang hantar sihir itu pada mereka,.

Setelah selesai semua dan jenazah selamat dikebumikan. Dua bulan selepas Amin meninggal Ramlee dan cikgu Sharifah berpindah ke luar negeri, perniagaan yang dibina oleh Ramlee ditutup dan mereka mengambil keputusan untuk berhijrah dari Malaysia. Sehingga kini rumah Amin terbiar kosong, menurut jiran-jiran disitu, ada pernah pemilik baru datang duduk disitu tapi tidak lama.

Hanya 3 bulan sahaja selepas ia dibiarkan kosong sehingga kini. Masih segar diingatan telatah Amin. Seorang mangsa keadaan yang terpaksa menanggung kesan hasad dengki manusia. Kata-kata Amin masih terngiang di telinga aku walaupun Amin kini tiada lagi.

Jadi itulah penamat bagi kisah Amin. Kena ingat bahawa setiap gerak geri kita pasti akan memberi kesan kepada orang lain. Jika baik tindakan kita maka baik juga lah kesan kita. Tapi yang baik selalu didengki oleh yang jahat,sama ada setuju atau tidak itulah lumrah kehidupan. Sihir busung adalah sihir pemusnah atau maut. Ditujukan kepada seseorang untuk membunuh mangsa.

Begitu dasyat hasad dengki manusia. Jadi jika kita mahu berdepan dengan benda halus ini harus seimbang. Apa yang penting adalah keutuhan iman, jika nipis iman kita maka makin senang lah benda halus menghampiri kita. Saya Hafizi Abu Bakar memohon maaf jika entry ini terlalu panjang. Segala yang saya kisahkan adalah dari apa yang saya alami. Saya sudah meringkaskan cerita hanya untuk kelancaran pembaca FS

Okay sampai disini dahulu. Yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk harus dijauhkan. Sentiasa ingat dimana kita berada, kita tidak keseorangan.kalau tidak yang nyata temankan mesti ada yang halus sedia menghampiri kita.. hehehehe.

Salam Rindu ~ Hafizi Abu Bakar.

31 thoughts on “#Fizi – Amin oh Amin….”

  1. saya sentiasa tunggu entry dgn #fizi ni. sangat menarik & ada pengisian. waiting for your next story bro! thanks for sharing.

    Reply
  2. al-fatihah utk arwah amin.. mcm manalah mak dia boleh klua umh tak cakap dgn si anak yang dia tak balik 2 hari & boleh izinkan bibik cuti pd masa yang sama.. ada jgk manusia mcm tu.. kesian arwah amin jadi mangsa keadaan..

    Reply
  3. mak dia bukan tak cakap pergi kursus. memang dah nasib nak jadi macam tu. tiada siapa tahu benda nak jadi. harap maaf ye. komen agak sensitif.mak dan ayah dia dah beritahu maybe amin lupa bibiknya juga cuti.

    Reply
  4. bagus laa ko ni fizi..tiap kali intro cerita mesti tak tinggal ayat “bapa kepada 2 anak” huhu… tu je aku nak komen, k bye!

    Reply
    • Semoga arwah Amin ditempatkan bersama org2 beriman.
      Sadis sungguh, ada jugak manusia yg sanggup sihir sampai mcm tu sx.
      Kesian Amin, kesian jugak Mak n Abah nya.
      Hmm, memula xdpt tangkap citer ni, engat bibik yg berdendam dgn Abahnya, sbb ‘benda’ tu menyerupai bibik kann. lpas dh ulang blk baru faham.
      Biar Allah je yg balas dalang di sebalik sihir tu.
      ok, sambung lagi #fizi, dh jadi pengikut ni =P

      Reply
  5. Sedih…
    Tingginye hasad dengki manusia sampai sanggup berbunuhan…
    Sengsaranya Amin mase menanggung sakit tu…
    Semoga Allah merahmati Amin di sana…

    Fizi…
    Akk ni pon jenis manusia yg org klu pandang akk mcm takot2 wpon kenkdg org tu pestaim jumpe akk…
    Dr zaman sek dlu camtu…
    Pdhal akk ni patern agak pemurah gaklah dgn senyuman…
    Selalu bile pikir2 jd pelik sendiri…

    Reply
  6. Busung…..
    Mengingatkan sy pada arwah makcik saya yg terkena ilmu santau dan busung. Terkena apabila menghadiri majlis perkahwinan di kampungnya.Ada pengamal ilmu tersebut melepas santau di majlis tersebut.Ada beberapa org yg terkena termasuk makcik sy.Pada mulanya dia di bawa ke hospital apabila tekak nya sakit dan seminggu x dpt menelan makanan.alangkah terkejutnya doctor,seorg lelaki islam apabila mendapati hasil ujian x ray,terlihat sebatang paku melintang di kerongkong. Maka doctor itu yakin bahawa makcik sy perlu dibawa berubat rawatan islam.setelah berusaha dibeberapa tempat malangnya sakit makcik sy bertambah teruk.semua kukunya telah biru dan perutnya mulai membusung. Berselang seminggu,makcik sy kembali ke rahmatullah.. innalillahhiwainnailaihirojiun..Al fatihah buat arwah makcik sy.semoga Allah merahmati roh allahyarham.amin

    Reply
  7. dalam banyak2 perkara busung yang paling cepat nampak kesan. semoga kita selalu dilindungi. berdoa la selalu agar dijauhkan dari hasad dengki manusia.

    Reply
  8. sedihnya…teruk betul manusia kalo dh penuh dengki..kt sana nanti tahu lah macam mana.. story dari kau fizi memang dinanti2kan even ade beberapa autocorrect..

    Reply
  9. cerita abg fizi tak pernah membosankan dan sentiasa ada pengajaran di sebalik setiap cerita dan pengelaman abg fizi.
    Teruskan usaha abg fizi untuk menulis/mengarang cerita di ruangan FS ini.

    Reply
  10. Al-fatihah buat arwah amin…
    Sdh plk citernye…
    Sdh lg mak n ayah arwah kehilangan ank dorg…bawa diri sampai ke tmpt org…??

    Reply
  11. terkesan aku dgn cerita fizi, teringat dekat kawan aku yg meninggal pada usia muda. Meninggal pasal accident, bukan pasal mistik2. Al-Fatihah buat arwa amin dan kawan2 aku.

    Reply
  12. Ok mmg btl2 trkesan cite ni, prcye x klu sy ckp tbe2 pehe sy dicuit ssusatu, sy ngt ad brg jtuh, tp xd pape pn kt bwah meja…semoga arwah ditmpatkn org2 y briman.

    Reply
  13. Aku ni kampung pun di bandar..mmg xpernah nampak apatah lg tahu ttg sihir ni..kesian kat yg disihir..kesian lg pada yg menyihir sbb sakit otak n busuk hati

    Reply
  14. Ada seorg kenalan yg kne busung. Keadaan mmg dh kritikal. Tinggal kulit & tulang, perut mcm mengandung 9 bln.Arwah guru merawat & kami pagar rumahnya. Sy & rakan menjaganya. Dtg selang 2/3 hari. Dia semakin pulih tp dlm beberapa minggu dia meninggal. Mse fmlynya pindah kn dia ke rmh saudaranya,(kami tdk tahu bila)xlama lepas tu jgk si penyihir tamatkan riwayatnya sbb dia dh keluar pagar. Meninggal di hospital, telinga,hidung dll keluar darah hitam..Ibunya ada bgtahu mse kenduri arwah,bermimpi arwah jmp dia bertelekung serba putih sambil tersenyum. Terubat hati bila kami mendengarnya.Alfatihah buat arwah ana & rakan fizi,amin

    Reply

Leave a Comment