Flat

Flat

” Aku nak cari rumah sewa lainlah ” Manap tiba-tiba bersuara. Aku berhenti belek baju pada rak. Pandang dia. Hari tu aku dengan Manap cuti, tukar syif. Pagi tadi balik lepas syif malam. Petang ni dia ajak keluar window shopping. Kami dalam salah satu pasaraya di tengah bandar Klang.
” Rumah sekarang kenapa? ” soalku. Kami melangkah keluar. Dia belum jawab soalanku. Kami turun ke basement di mana di situ ada food court, fast food. Pilih salah satu gerai yang ada di situ. Sambil tunggu order makanan dan minunan, Manap sambung cerita. ” Ala kau bukan tak tau rumah aku tu, ramai sangat….dahlah rumah flat, mandi yang paling payah. Kalau kena 1 syif semua berebut.” Aku angguk setuju. Blok rumah flat Manap tidak jauh dari blok yang aku duduk. Aku pun tahu dia duduk satu rumah hampir 10 orang. Bilik 2 je. Bilik mandi 1 toilet 1. Masalah. ” Jadi kau nak pindah mana?” Sedut air minum horlicks kegemaranku. ” Aku plan nak pindah blok sebelah tu, dah call owner. Dah ajak 3 orang serumah aku tu sekali. Kau nak tau? Ni yang best…sewa murah!” Dia bicara semangat.

” Murah? Murah sangat ke? ” pandang dia serius.
” Sangaatttt murah” dia senyum pandang aku.
” Yalah berapa murahnya?”
” RM150, tingkat 1, 3 bilik tidur, 1 toilet dan bilik mandi, ok tak? ” dia kenyit mata padaku. Aku terlopong sekejap. Aku saja sewa bilik rm200. Belum masuk bil. Tapi dalam hati musykil juga. Kenapa murah????
Aku menggalakkan dia untuk pindah segera dengan janji aku akan tolong angkat barang dan kemas sekali. Perbualan kami mengenai rumah sewa terhenti di situ. Kami sambung makan.

Dua minggu selepas perbualan kami mengenai rumah sewa murah tersebut, Manap akhirnya maklumkan bila tarikh pindah, aku ambil cuti sekali. Manap pun cuti sebab banyak benda kena angkut dari blok sebelah. Baru pula aku perasan tingkat yg Manap maksudkan. Pandang dari bawah sambil jinjing beg baju Manap. Kenapa cermin tinted gelap? Hmmmm. ” Woi sinilah” suara Manap pecahkan lamunanku. 3 rakannya turut sibuk angkut barang turun naik. Sebelum masuk beri salam. Wah luas. Oh ini patutnya lot untuk pejabat. Luas juga. Tapi dalam hati masih bermain soalan. Kenapa murah? Dah tu owner tak nak pula duit deposit. Curiga. Sebab mereka semua bujang, tidak banyak barang keperluan yang di bawa. Aku.bantu seharian juga mop lantai, lap cermin semua. Beli tikar baru dan apa-apa yang patutlah. Sebelum balik mereka semua berterima kasih sebab bantu. Sempat juga buat makan malam sebelum balik. Makan sekali. Jadinya mereka berempat pindahlah ke rumah sewa flat baru. Aku langkahkan kaki pulang. Seharian sibuk, lepas solat isyak saja terus koma😅

3 minggu pertama, Manap ku lihat agak ceria. Yalah selesai masalah pasal rumah. Hati senang, semua kerja pun jadi senang. Aku dengan Manap kerja satu kilang di shah alam. Kawan dia yg tiga orang lagi kerja kilang lain. Aku dengan dia ni memang rapat, rehat kerja ke mesti makan sama. Ada masalah sesama kamilah mengadu. Tak kiralah sebab kerja atau personal. Masuk sebulan lebih, perasan ada sedikit perubahan pada Manap. Kuat mengantuk tempat kerja, terutama bila syif pagi.

” Kau dah kenapa? Kebelakangan ni macam lesu? ” soalku pada satu hari masa dalam perjalanan balik. Mana tak risau, kadang aku tumpang motor dia. Kadang aku balik naik bas kilang. Masa tu tumpang motor dia. Menguap tak brenti dari start naik motor. ” Aku ok jangan risau.” Dia balas kuatkan suara. Tarik nafas lega aku sebaik sampai di bawah flatku. ” Malam karang aku lepak rumah kau ya?” Suaranya mendatar. Aku angguk saja. Dia start motor berlalu pergi.

Selesai mandi semua, lepas makan dengan kakak, aku lepak bilik. Pakai handsfree. Layan lagu kegemaran. Tak lama dengar kakak ketuk pintu bilik. ” Ya kenapa?”
” Ni ha Manap datang ni, dari tadi.bagi salam kau tak dengar” kakak membebel. Aku bingkas bangun. Manap masuk sengih. ” Masuk Manap. Jangan malu-malu. Sori aku tak dengar tadi” aku duduk sandar pada dinding. Manap turut sandar. Katil bujangku jadi sofa kami.
” Kau layan lagu ke? ”
” ha’ah. Bosan kan” balasku.
” Kejap kau duduk sini, aku buatkan air kejap” aku keluar buatkan air Milo kegemarannya. Buat 1 jag terus, offer kakak sekali. Kakak cakap dia letih dah nak masuk tidur. Awal lagi…baru jam 8 malam.
Letakkan atas lantai air minum dan sedikit biskut dalam pinggan. “Minum jom” pelawaku. ” Ni yang aku suka lepak rumah kau ni, tak payah suruh buat semua” dia berpindah sila di depanku.

” Aku ada benda nak ceritalah” dia mulakan bicara. Dalam hati aih macam serius.
” Kan kau ada tanya tadi kenapa aku nampak lesu? Aku tak jawab lagi kan? Ok aku jawab sekarang. Rumah aku tu…..macam ada yang tak kenalah” aku berhenti mengunyah biskut. Pandang dia mata bulat.
” Kau percaya tak benda mistik?” Soalnya. Aku angguk saja.
” Kenapa?” Soalku pula.
” Beginilah, nanti malam jumaat kau tidur rumah aku nak?” Aku angguk saja. Tapi dalam hati makin banyak soalan tidak terjawab. ” Malam ni izinkan aku tidur sini ye? Dah lamalah aku tidur tak nyenyak” aku angguk saja.
” Jangan kata malam ni, tiap malam pun bole kalau kau Manap” dia sengih.
Kenyang makan biskut dan minum air milo, dia minta izin nak tidur dulu. Aku kesian dia pula. Macam seminggu tak tidur. Tak sampai 5 minit dia dah lena. 10 minit kemudian dengkurnya kuat hahahaha. Aku keluar bilik, hidupkan tv. Tak lama lepas tu tv tengok aku hehehe.

” Ya Allah lamanya aku tak tidur lena macam semalam” Manap luah perasaan. Aku dengar saja sambil suap nasi lemak. Kami berada di kantin sebelum tukar syif.
Tiba harinya, dah beritahu kakak akan bermalam di rumah Manap.
Sebaik melangkah ke anak tangga untuk naik ke tingkat 1 di mana rumah sewa Manap berada, aku rasa tak sedap hati. Berhenti melangkah. Kepala rasa kembang. Bulu tengkuk berdiri. Kaku.

” Laaa kau dah kenapa? Sinilah” Manap turun semula tarik tangan aku naik. Masuk, beri salam. Sepi. ” Yang lain dah tidur, ada yang keje malam, masuklah” Manap pelawa. Aku terus duduk sofa, hidupkan tv. Manap sibuk di dapur. Entah apa dia buat. Layan drama melayu, pindah tengok chanel lain. Tengok sekeliling. Aura negatif terasa sangat. Manap keluar letakkan depan meja tv, 1 jag air sirap ais, biskut kering. Aku terus tuang air dalam gelas.
” Nanti kau nak tidur luar ke atau dalam bilik?” Soal Manap. ” Eh biliklah. Takkan tidur luar ni pula. Luas semacam” jawabku selamba sambil kunyah biskut. Tidak perlu pun apa-apa penjelasan dari dia kenapa ajak bermalam. Dia dah bagi sedikit clue siang tadi. Borak kosong sampai mengantuk. Kami berpindah ke dalam bilik tidur Manap.

Jam tunjuk dah jam 11 malam. Mataku dah kantuk sangat. Terus tertidur. Manap pun sama.
Tak lama aku terbangun. Entah berapa lama dah lena. Terdengar dari dapur bunyi orang masak. Siapa masak tengah malam? Agakku sekarang jam 1 atau 2 pagi. Aku bangun duduk atas katil. Cuba amati betul-betul.
” Inilah yang menggangu kami semua tiap malam” aku terkejut. Spontan pandang belakang. Manap entah bila bangun. ” Bunyian ni semua hanya akan berhenti masa dekat azan subuh. Macam manalah aku nak tidur lena?” Manap ikut duduk sambil berbisik. Aku angguk. Rasa seram bercampur baur dengan perasaan ingin tahu. Di luar pintu bilik terdengar bagai ada ramai orang sedang makan makan. Rasa bagai ada lebih dari 20 orang bunyinya. Meriah sungguh. Bunyi orang masak di dapur makin kuat. Kuali periuk berlaga laga. Lain lagi bunyi orang berbual di ruang tamu. Entah apa yang di bualkan dengan rancak. Aku cuba pasang telinga, tetap tidak dapat fahami biji butir. Bulu romaku tegak berdiri. Aku urut tengkuk.

” Kawan lain tak perasan ke? ” soalku.
” Perasan, tapi diorang pun macam kita sekarang, tak berani keluar bilik” jelas Manap.
” Tak boleh jadilah macam ni manap. Kau kena pindah. Kalau tiap malam macam ni, boleh sakit tak cukup tidur….patutlah sewa murah, deposit pun tak nak ambik” bebelku sambil berbisik. Manap angguk.
Perlahan aku bingkas bangun. Manap tarik tanganku dengan mata terjegil. Aku tarik semula. Pantas tarik tombol pintu meluru keluar, hidupkan semua suis lampu ruang tamu. Suasana jadi terang. Tiba-tiba semua suara dan bunyi dari dapur hilang. Masuk ke dapur, semua seperti sediakala. Tersusun kemas. Hmmmm…..perlahan kawan-kawan Manap keluar bilik. Manap ikut keluar, tapi bagai arnab takut kena tangkap pemburu lagaknya. Mata melilau sana sini.
” Beginilah, bagus start esok carilah rumah sewa lain, tak bolehlah biar macam ni…nanti kamu semua jatuh sakit, badan sakit mental pun boleh sakit” semua angguk lepas dengar aku bersuara. Semua masuk bilik semula. Semua lampu ruang tamu aku biarkan terbuka sampai pagi. Senyap pula lepas tu.

Esoknya Manap minta kebenaran bercuti. Berpakat cari rumah sewa lain dengan rakan serumah. Aku balik kerja, Manap dah pindahkan semua barang. Owner rumah lama pun tak ambil duit sewa bulan tersebut sebab baru 15hb. Manap nak bayar juga tapi owner tak nak ambil. Dia faham kot apa yang berlaku. Lepas tu baru dengar cerita dari jiran sebelah, memang tak pernah ada yang bertahan lama sewa rumah tersebut, paling lama sebulan. Ni kira pecah rekod Manap sewa sebulan lebih. Bila aku tanya jiran depan rumah ada dengar tak bunyi bising dalam rumah? Dia cakap tak pernah pula.
Cuma yang dia tau, sewa murah. Setakat tu je la.
Selepas Manap dan rakan serumah pindah, tak ada lagi gangguan. Biarlah sewa ikut harga standard asal dapat tidur lena tanpa sebarang gangguan. Rumah tu? Masa aku tinggalkan Klang, ada lagi….tapi tidak bpenghuni. Sekarang entahlah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fauzan Hadi
Rating Pembaca
[Total: 79 Average: 4.7]

4 thoughts on “Flat”

  1. HAHA APSAL X JERIT DARI DALAM BILIK “MEE GORENG XMO TOGEY, TELOR MATE 1, AIR TEH O AIS 1” .☺☺ NI SUME MUNGKIN SBB DORG TERLUPA NK WAT BACAAN YASSIN N AZAN PNJURU RUMAH MASE MEMULA MASUK UMAH TU DULU..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.