‘FLY’ MALAM

Assalamualaikum dan terima kasih Admin siarkan kisah ni. Kisah ini diceritakan oleh kawanku bernama Sham dan benda ni jadi dekat dia sendiri. Biasalah budak lelaki teknik yg agak nakal dan selalu ‘fly’ tengah malam. Biasanya sebab ‘fly’ ni ialah kehabisan stock rokok.

Kedudukan sekolah atau teknik kawan aku ni berada di atas bukit sikit. Turun je dari bukit tu memang dah kawasan perumahan, kedai runcit, mamak dan lain-lain. Kedudukan asrama lelaki pulak berada dekat belakang sekali, berdepan dengan padang sekolah. Jadi, kalau nak panjat pagar atau ‘fly’ waktu malam, diorang kena lalu padang dulu dan pergi ke pagar hujung padang. Bila lepas je dari pagar ni, diorang kena lalu hutan atau pokok-pokok besar lebih kurang 200meter sambal menuruni bukit. Haa ni aku explain supaya korang faham nanti.

“Aku” dalam cerita bawah ni ialah kawan aku tu ye.

Stock rokok aku and kawan-kawan habis malam tu. Tapi aku tengok dorang ni relax je and mcm tak kisah. Aku dah tak tahan sangat nak rokok masa tu, so aku mula bersuara and ajak dorang fly ke kedai runcit tapi semua tak nak pergi sebab penat termasuk kawan baik aku Shukri. Tanpa fikir panjang, aku nekad nak pergi sorang.

Tengah aku jalan perlahan di tengah padang menuju ke pagar, aku dengar sayup-sayup orang panggil nama aku dan suruh tunggu. Bila aku toleh belakang, rupanya si Shukri tengah terjengket-jengket jalan ke arah ku. “Tadi cakap tak nak ikut” kata ku kepada Shukri. Shukri hanya sengeh kepadaku. Kitorang teruskan jalan, panjat pagar dan seterusnya lalu hutan tu nak ke kedai runcit. Sampai je kedai runcit, aku beli 3 kotak rokok terus. Sebelah kedai runcit ni ada mamak. Shukri ajak lepak mamak dulu awal lagi katanya.

Yang aku perasan Shukri ni berkelakuan aneh malam ni. Dia tak order air atau makan pun padahal dia yang ajak lepak mamak. Rokok yang aku sua pun dia tolak. Pelik. Padahal Shukri ni sama-sama ‘naga’ macam aku kalau hisap rokok. Lagi aku pelik bila dia gigit kuku sambil duduk mencangkuk atas kerusi. Aku malas fikir sangat so aku biarkan. Kitorang borak macam biasa and sedar tak sedar dah lewat malam sangat. Aku ajak si Shukri ni balik sebab takut warden buat rondaan nanti.

Sepanjang perjalanan tu Shukri ni diam je. Lagi berapa langkah je nak sampai pagar untuk panjat, dia tetiba cakap dia ada hal and suruh aku balik dulu. Aku peliklah. Asal dari tadi dia tak cakap ada hal and hal apa malam-malam macam ni. “Eh Shuk, kau ni asal pelik sangat malam ni eh”, tanya ku. “Hahahahha mana ada pelik. Asal kau takut ke?”, tanya dia kepadaku. “Tak aku tak takut tapi aku rasa kau ni bukan Shukri ni”. “Kalau bukan Shukri habis apa, kau rasa aku hantu ke?”. Dia tanya macamtu weh. Aku time ni memang dah cuak habis dah. Tapi aku sedaya upaya kawal supaya si ‘Shukri’ ni tak nampak aku takut. Aku terus cakap dekat dia “ok kalau kau betul Shukri, kau baca Al-fatihah sekarang”, cabarku. “Ek eleh Sham kau ni cabar aku pulak. Ok aku baca. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulilahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahalah……..”.

Aku dengar je, aku terus cabut lari and panjat pagar sekuat hati aku. Kau bayangkan, dah sampai dekat tengah padang pun aku still dengar benda tu “lahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlah”. Kurang ajar betul benda tu kenakan aku dengan cara macam tu.

Tercungap-cungap aku masuk ke dorm. Sampai je, aku terus pergi ke katil Shukri. Guess what?! Dia tengah makan maggie and tanya kenapa aku berpeluh macam kena kejar hantu. “Aku nampak kau tadi weh”, jawabku. “Kau ni gila ke, nampak aku dekat mana pulak, kan aku cakap aku tak larat nak ikut kau, aku penat”.

Maka terjawablah segalanya bahawa yang bersamaku tadi bukanlah Shukri..esoknya aku demam sampai 3 hari. Start dari kejadian tu jugak aku tak fly dah waktu malam hahhahahahha.

mawarmerah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

13 thoughts on “‘FLY’ MALAM”

  1. Padan muka komer yg kaki fly…zaman teman lg mencabar…kt hostel teman yg kt atas bukit…nk fly mlm2 kn hati…silap haribulan mkn peluru M16..pastu dok lalu kebun buah cina turun bukit bkn main jauh..ngan anjing lg…br sampai ke kedai runcit…nk rokok @ sigup nyer pasal….

    Reply
    • sebab tu rokok asrama harga dia lain mcm skit mahalnye…tp pengguna ni kdg2 x paham…diaorg ingat seller ni suka2 saje je nak cekik d***h..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.