Gangguan Perjalanan pulang ke kampung dan gangguan di rumah

Assalamualaikum dan haii semua… Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini dipublishkan. Sebelum itu, minta maaf kepada semua sekiranya ada kekurangan dalam penulisan ini, sebenarnya aku jarang betul mengarang cerita tapi kali ini terdetik pula hati nak kongsikan cerita seram yang pernah aku lalui. Sebelum mula penceritaan, macam biasa aku kenalkan diri aku dulu. Nama aku Zal (Nama samaran) berumur 28 tahun, asal dari Sabah.

Sebenarnya dalam aku hidup sehingga sekarang ni ( Alhamdulillah) banyak juga kisah seram yang aku pernah lalui, tapi biarlah aku ceritakan kisah seram aku sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dan gangguan dekat rumah.

Dulu aku bekerja dekat area daerah aku saja, dan tak pernah terfikir untuk berhijrah ke satu tempat. Sebab untuk mendapatkan kerja yang berdekatan memang agak sukar. Selama berbulan-bulan aku bekerja di penempatan sendiri, akhirnya seorang kawan aku ( Hakim nama samaran) telah recommend kan aku untuk bekerja di tempat kerja dia.

Kerja yang santai dan mudah, ditambah pula dengan gaji yang tinggi…rasanya bukan aku seorang saja yang tertarik tapi bagi yang mendengar pasti akan tertarik dengan kerja yang kawan aku syorkan ini.

Kawan aku ni bekerja di Kota Kinabalu, manakala aku masih lagi bekerja di sebuah daerah yang mana peluang pekerjaannya sangat terhad. Ramai juga penduduk disini antaranya rakan dan jiran yang bekerja diluar kawasan, ada yang ke bandar besar seperti Kota Kinabalu, ke semenanjung dan ada juga yang sampai keluar negara untuk mencari rezeki yang lebih. Tapi bagi aku rezeki di negeri sendiri sudah cukup memadai.

Akhirnya aku setuju bekerja dekat sebuah hotel di Kota Kinabalu, atas pujukan kawan. Lagi pula cukup senang bagi aku bila penempatan telah disediakan. Selama 2 bulan lebih aku bekerja dekat hotel tu, rasanya belum pernah aku mengambil cuti persendirian sebab bagi aku cuti hujung minggu pada hari ahad sudah cukup bagi aku merehatkan badan.

Selama bekerja dekat hotel tu ada juga gangguan-gangguan yang menyeramkan, tapi kali ini bukan kisah gangguan dekat hotel yang aku nak kongsikan, mungkin di lain cerita (maaf tau…).. Pada waktu minggu aku bekerja tu esoknya hari sabtu dan hari tu adalah cuti umum bagi pekerja. Jadi maksudnya last aku bekerja pada minggu tu pada hari jumaat. Terdetik pula nak balik kampung pada hari tu… Dan akhirnya aku memutuskan untuk balik kampung juga pada hari.

Selesai saja kerja sampai petang tu aku terus balik ke rumah untuk bersiap dan berkemas. Sempat aku menelefon kawan aku Hakim untuk bagi tahu dia bahawa hari tu aku nak balik kampung dan Hakim sempat berpesan dengan aku bahawa berhati-hati sebab balik tu malam bahaya sikit, bawa kereta tu jangan laju. Aku iya kan semua pesanan Hakim.

Petang aku balik tu, seperti biasa suasana jalan raya agak sesak dan untuk keluar dari kesesakan tu sudah mengambil masa dalam 1 jam. Aku singgah sebentar di sebuah restoran bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. Tak sangka pula lama aku dekat restoran tu jam sudah menunjukkan jam 8 malam. Aku terus start enjin dan terus bergerak balik ke kampung.

Perjalanan aku ke kampung mengambil masa dalam 3 jam. Dan selama dalam perjalanan pertama tu alhamdulillah tiada lagi gangguan menyeramkan. Namun sampai di pertengahan perjalanan iaitu di kawasan Ulu Kukut bermulalah gangguan seram yang pertama.

Sedang aku sedap melayan lagu ziana Zain ketika itu,….
” Bau dan kaku
Itulah pilihanku
Aku di taman hanya perhiasan
Mata ungu.. “

Tiba-tiba seakan ada satu suara yang mengikut rentak suara lagu tu. Tapi aku tidak mengambil serius dan mungkin suara itu adalah suara latar dari lagu tersebut. Tapi hati aku kuat mengatakan bahawa memang ada satu suara yang mengikut di luar muzik. Aku diamm seketika dan sempat aku beristigfar.. Mungkin perasaan aku waktu tu detik hati aku.

Tempat yang aku lalu ni memang kerap ada kemalangan dulu dan ramai juga yang telah terkorban dalam kemalangan-kemalangan tersebut. ” Orang yang lalu kawasan Ulu Kukut ni pasti tahu kejadian-kejadian seram dan kemalangan-kemalangan yang pernah terjadi sehingga meragut nyawa seseorang.

Aku teruskan perjalanan dan dalam perjalanan yang dah nak sampai ke simpang tiga Kota Marudu, ada satu lagi kawasan bukit yang mana tempat tu kalau tak silap tempat mengambilan batu-batu seperti ada satu kilang besar dekat sana. Dalam perjalanan aku tu sempat mata aku terlihat satu bayangan budak yang berlari-lari di tepi jalan. Aku rasa budak tu mungkin penduduk-penduduk dekat sana. Tapi buat apa pula dia nak jalan waktu malam tu dah lah gelap masa tu. Jam waktu tu mungkin dalam jam 10 malam atau mungkin lebih.

Aku tak nak fikir panjang tentang budak tu, sebab aku rasa memang ada gangguan yang aku lalui malam tu seakan aku tengah di uji. Sampai la satu masa waktu tu dalam perjalanan dekat Sikuati, sekali lagi aku sempat melihat seorang perempuan bediri dekat jambatan atas laluan jalan kaki. Seorang perempuan berambut panjang, berbaju putih dan menghadap ke tempat lain. Wajah perempuan tu memang tidak kelihatan langsung.

Masa tu hanya Allah saja yang tahu betapa seramnya aku rasakan. Hati aku masa tu terus tidak senang dan terus memikirkan makhluk tu. Seingat aku laluan jalan kaki tu memang jarang digunakan dan tidak akan ada orang pun yang akan jalan kaki pada waktu malam. Ujian apakah yang aku lalui ini ” aku bermonolog sendirian…… Aku terus beristigfar dan membaca surah-surah yang aku hafal saja.

Setiba aku dekat kampung aku terus menarik nafas lega…alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke rumah, dekat kampung aku. Korang mesti tahu yang aku ni orang kudat… Yaaa aku orang Kudat cuma sekarang ni aku dekat Kota Kinabalu, susah nak lepas sekarang ni sebab Kudat kes covid makin meningkat… Semoga semuanya baik-baik sja.. meleret pula sampai kesini..maaf-maaf… Jom sambung balik…

Setiba aku dekat kampung tu, aku ingatkan tiada sudah ujian dari gangguan tersebut namun anggapan aku salah. Waktu aku sampai tu, aku tak lagi cerita dengan ahli keluarga aku dengan gangguan yang baru aku lalui dalam perjalanan pulang, sebab selalunya dengar dari orang dulu-dulu, gangguan seram atau nampak apa-apa yang pelik atau seram ni tidak baik untuk ditegur dan diceritakan masa tu juga, mesti tunggu esok juga. Jadi aku pun masa tu tak nak ceritakan sebab waktu tu memang happy sebab lama juga tak balik tengok-tengok ahli keluarga.

Malam tu nak dijadikan cerita, aku sangat gembira dan masa tu waktu dah agak lewat untuk aku melelapkan mata . Aku rebahkan badan ke atas tilam lama dan mengambil posisi yang agak baik untuk aku tidur. Belum sempat aku lelapkan mata… satu cakaran betul-betul dekat dinding bilik aku kedengaran…korang boleh bayangkan macam mana bunyi cakaran tersebut. Sekali lagi aku beristigfar, gangguan apakah ini sampai dekat rumah pun masih nak menganggu… Aku capai handphone dan pasang surah-surah yang ada dekat handphone dan terus lelapkan mata tanpa memikir panjang.

Esoknya berulah aku ceritakan dekat ahli keluarga aku dengan semua ganguan-gangguan yang aku alami dalam perjalanan pulang ke kampung dan gangguan cakaran di luar bilik. Ayah aku terus tengok dekat luar rumah di bahagian dinding bilik aku.. Betul memang ada satu tanda cakaran kelihatan di dinding tersebut.

Petang itu juga ayah aku memanggil ustadz untuk melihat jika memang ada gangguan dekat rumah tu dan jika masih ada lagi makhkluk tu disitu. Bukan apa, tkut juga kalau makhluk tu terus bersarang dekat rumah tu..Hahahaha.. Ustadz tu kata gangguan semalam dekat rumah tu adalah gangguan dari luar . ” Dan mungkin gangguan tu adalah gangguan yang mengekori aku dalam perjalanan pulang.

Alhamdulillah… hari-hari seterusnya tiada lagi gangguan yang mengganggu… Rasanya cukup sampai disini dulu cerita aku kali ini. Maaf jika cerita ni kurang seram dan maaf jika tidak menepati cita rasa korang… salam jumpa lagi di lain cerita…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Gangguan Perjalanan pulang ke kampung dan gangguan di rumah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.