Forest Gump

Di satu tengahari yg hening.. Aku sedang bersiap2 nak ke kelas..

Ammar: JC, Sini kejap ko, apa buat memerap je dalam bilik tu ?
JC: Jap, jap.. Aku tengah pakai sluar ni..
Ammar: Laa, duduk dalam bilik tak pakai seluar dah kenapa? Buat benda bukan2 la tu.. Kan aku dah cakap, jangan buat benda pelik dalam rumah ni..

Aku pun keluar la bilik sambil berlengang2 ke ruang tamu dan duduk di hadapan senior aku Ammar.. Sambil menyalakan sebatang rokok sambil tengok Ammar tengah mengesat2 kepala dengan towel..

JC: Nak apa ? Aku tengah trauma lagi pasal kes semalam ni..
Ammar: Kes ape plak yg jadi dalam rumah ni lagi?
JC: Aku nampak Reko berbogel-bogel kat ruang tamu sambil baca paper.
Ammar: Astaga budak Reko tu.. tak habis2 berbogel dalam rumah mcm omputeh..
JC: Baru lepas mandi ke Ammar ?
Ammar: takda lah, masa aku jengah2 keluar tingkap tadi budak tingkat atas ludah ke bawah.. Syampoo kahak aku.. Dem~
JC: Dem~ So apa yg mcm penting je ko panggil aku ?
Ammar: Ko pernah dengar cerita hantu motosikal tak ?
JC: Habaq mai skit..

Malam tu, Razak kepenatan baru lepas balik dari usrah malam bersama kawan2 Persatuan Islamnya.. Lepas dah penat, dia pun masuklah ke bilik dia untuk bersemayam.. Dia pun lipatlah sejadah dalam bentuk memanjang dan disorong ke hujung dinding.. Diletakkan kemejanya untuk di pakai pada keesokkan hari, dah teruslah dia menhayun2kan seterika ke atas baju tersebut.. Berpeluh2 Razak menhayun, dengan kuat, dengan perlahan.. tak rata2 gak baju kemeja dia, Razak yg berasa pelik sebab perbuatannya tu terus memandang ke soket plug.. tak on lagi rupenya.. Ini macam kalau, 15 tahun pun tak tentu lagi baju die boleh rata.. Dia pun on la suiz iron tue sambil menyanyi2 lagu iklan Gardenia.. Tiba2 tingkap bilik Razak di ketuk.. Hoh, siapa pulak la ketuk tingkap bilik aku memalam buta ni.. Dia pun buka la tingkap bilik dia.. Hoh lagi, pemandu motosikal rupanye dengan memakai helmet fullface.. Apa la mat moto ni nak malam2 buta ni ye..

Mat Moto: Bang, kalau nak pegi Kajang nak masuk simpang mana ?
Razak: Ko kene lalu SILK highway, sebelum flyover, belok kiri.. nanti sampai la Kajang..
Mat Moto: Tengkiu bang, saya mintak diri dulu lah..

Mat Moto tu berlalu sambil membuat gaya Superman di atas motor sambil memulas2kan pedal minyaknya.. Razak pun melambai2lah tangan kepada Mat Motor tu sebagai tanda selamat jalan.. Razak pun pusinglah nak sambung iron kemeja beliau yg terbantut itu.. Selangkah je ke dalam biliknya, PELEPEKK~~ Razak terus pengsan ke atas lantai.. Razak baru tersedar yg rumahnya di tingkat 5.. Pergi kelas tak iron bajulah esoknya si Razak ni..

JC: MWAHAHAHAHAHAHAHA~~~ Mat moto rempit kat tingkat 5 ke?
Ammar: HAHAHAHAHAHA, Malam karang ko try tido bukak tingkap kalau ko nak rasa cerita nie lawak ke idak..
Ammar: Tapi cerita lepas ni tak brapa lawak sangat, jadi kat aku masa aku pergi Introductory Camping University 2 tahun lepas..

[CAMPERS]
U aku akan bawak 1st year student dia untuk masuk hutan selama 2-3 hari yg konon2nya dengan alasan supaya kita semua ada semangat cintakan nature.. So disebabkan purata budak2 bandar yg lebih ramai dari budak luar bandar, benda ni di wajibkan ke atas semua student.. So Ammar, sebagai salah seorang yg bergelar student, wajiblah dia mengikuti program yg tak munasabah ini.. Ada yg excited nak pi camping, ada yg tidak.. Mana tak nya, nak tinggalkan teknologi ni bukan semua orang senang.. Walaupun ada orang cakap selalu memandang sinis terhadap golongan ni, tapi nak buat macam mana, Gen-Y, Gen-Z, dunia kami di warnai oleh permainan video, tech stuff.. Budak2 lagi kenal Facebook dari konda kondi.. Tau mcm mana nak buat angle angry bird nak terbang supaya terkene khinzir hijau sengeh2 dari tau mcm mana nak naikkan layang2 sorang2.. So, we have to deal with it la kan..

Perjalanan pergi ke campsite dengan menaiki bas yg disediakan oleh pihak U mengambil masa 2 jam lebih.. Perjalanan yg tertunda sehingga waktu lepas zohor disebabkan taklimat2 panjang berjela2 dari orang2 besar University yg isinya lebih kepada “Jaga nama baik U, jangan kotorkan hutan, korang mati takpa, asal hutan bersih!!” or “Lebih baik korang hilang dalam hutan dari curi masuk khemah budak pompuan!!” amatlah membosankan para peserta lelaki.. Ramai yg berSMS dengan kekasih2 hati untuk memberitahu yg telepon abang tak boleh on lagi 2-3 hari bukan sebab abang pergi menggatal, tapi U suruh masuk hutan.. Tak kurang jugak budak2 lelaki yg sibuk tengah memikirkan mcm mana nak sorok rokok supaya boleh isap kat campsite nanti..

Sampai je kat campsite, Ammar pun turunlah dari bas dia dengan mengangkut beg2 sandang yg diisi baju2 dan barang toiletaries.. Sorang2 dia berdiri kat tepi bas sambil menunggu arahan selanjutnya dari pihak penganjur.. Ya la, baru masuk U tak sampai seminggu, mana nak ade kawan.. Masa lepak2 tu, Ammar ternampak lah ada sorang budak Cina yg terhegeh2 nak turun bas dengan beg baju sampai 3-4 beg.. Nak duduknya sehari, beg-nya mengalahkan nak duduk satu sem.. Ammar yg berhati mulia ni pun hulur la tangan nak tolong..

Chinese Boy: Aii Kawan, Tengs la sebab tolong saya..
Ammar: Apa pasal u bawak beg ni banyak sangat arr ? Nak duduk 2-3 hari je maa~
Chinese Boy: Mane u tau 2-3 hari? saya dengar ini camp sampai 2-3 minggu punya..
Ammar: Aiyaa lengchai.. Kalau 2-3 minggu aaa.. Bila mau masuk kelas aaa ? Lugila ka ?
Chinese Boy: Aiyaaa.. wa sudah kena tipu la sama budak rumah wa.. niaa maa laa siau pu tang kerr
Chinese Boy: Anywei, nama saya Su Jin Wen, u bole panggil saya Tony.. (sambil hulur tangan)
(Ammar pun sambut tangan Su Jin Wen)
Ammar: Nama saya Ammar, u bole panggil saya Ammar jugak..

[COORDINATOR]
Sarjan: Okay!!! Semua sudah maklum, korang datang sini untuk memotivasikan diri!!! Kitorang akan motivasikan diri Korang!!!!
Sarjan: Pilih sorang partner dan korang akan jadik partner dalam masa 3 hari ni.. Anda ada masa 5 minit, pilih dan amik beg nie.. Siapa lambat, tidur atas tanah~~

Ammar dan Tony pun setujulah jadik partner sebab tu je manusia yg masing2 kenal.. Jadi mereka pun ambiklah beg yg di sediakan oleh Sarjan.. Lepas di check, beg tue di ikat dgn kain kanvas yg bole dijadikan khemah.. Dalamnya ada tali, 4 batang besi pasak khemah, peta sktech budak darjah satu (Hodoh sangat petanya, sebab tuelah agaknya ramai budak sesat kat tempat tu).. So diorang pun dibawa ke satu tempat mcm jeram air terjun..

Sarjan: Okay!!!! Korang pilihlah mana2 tempat korang nak buat rumah korang!!! Kalau nak buat dalam air pun boleh!! Ada soalan???
WXP 1: Jan.. Mcm mana nak pasang khemah ni? takde instruction pun..
Sarjan: Okay!!!! Ko ada baca instruction tak mcm mana nak guna remote Astro kat rumah ko ?
WXP 1: takde Jan..
Sarjan: So aku rasa kalau aku buat instruction pun korang tak kan baca jugak.. Pandai2 lah pasang.. Okay?? Next Question ?
WXP 2: Jan!!! Saya baca instruction remote Astro.. So saya nak instruction pasang khemah nie..
Sarjan: Siapa suruh ko baca ? Dari membazir masa baca tu, baik ko baca pasal mcm mana mendiri kan khemah!!!! Dah, aku nak pi check belah pompuan.. Korang pandai2lah..Okay!!!!
Ramai2: Okay!!! Sarjann!!!!

Maka budak2 bandar yg blur care2 pemasangan khemah pun ditinggalkan oleh Sarjan yg dilihat berlari2 skipping ke tempat perkhemahan wanita.. Durjana sungguh perangai Sarjan nie yer kawan2.. Ammar dan Tony pun mulalah memasang khemah diorang.. Diorang amik spot dekat dengan air.. Tempat diorang bercamping tu takdelah hutan betul, dekat2 dengan tapak perkhemahan tu ada toilet siap ada lampu bole on-off lagi dari luar.. So semi-urban gaklah campsite ni.. Dah 1 jam Ammar dengan Tony cuba pasang khemah diorang tapi kanvas tu lebih membentukkan sebuah belacan dari sebuah khemah lebih ketara.. Lepas dah agak2 nak give up datanglah satu mamat yg bernama Rudy (ketua group lelaki) datang membantu.. Akhirnya, siaplah khemah mereka dan mereka pun mencampaklah barang2 mereka kedalam khemah sambil bersiap sedia untuk mandi air jeram..
Ammar pun masuklah ke dalam air jeram yg sejuk dan selesa tu.. Ramai yg dah start mandi.. Ya la bukan selalu pergi mandi kat air terjun.. Budak2 bandar tu pun bersuka-ria la sesama sendiri.. Ammar yg risau kalau2 terjadik peristiwa membuang hadas di dalam air pun carilah tempat atas sikit dari aliran sungai.. Jalan2 dalam air tu, Ammar sampai ke tempat paling hujung yg agak jauh dari manusia2 yg lain. Dalam pada dia sibuk bermain2 air dengan mengocak2 tangan dia berkali2 dalam air yg paras pinggang tu, Ammar dengar la suara sayup2..

Suara: Siapa nama ? Siapa nama ?

Ammar pun abaikan je la, takut kang dia tanya orang lain, tak ke malu kalau Ammar yg jawap.. So Ammar pun teruskanlah sesi bermain air nya dengan perasaan gembira.. Tetiba dari arah dahan2 pokok yg menjalar ke tanah, dia nampak mcm ada susuk manusia sedang menghendap2 dirinya.. Ammar pun tenung je lah benda tu.. Mcm perempuan, tapi apa faedah pompuan nak ngendap lelaki.. Ammar ni nak kata hensem sangat, takdalah ya kawan2.. Antara dia dengan pintu jamban rumah aku, dia menang tipis je la.. So, takda faedah lansung kalau pompuan nak ngendap lelaki bernama Ammar ni.. Lepas mcm dah agak sejuk and cuaca pun dah mcm mendung nak hujan.. Ammar pun mulalah jalan di dalam air ke arah khemahnya.. Tetiba, dia dengar lagi suara..

Suare: Kejap la ? Kejap la ?

Suara nie bak kate Ammar, mcm halus dan sedap didengar.. Lenggok dia mcm orang menyanyi, bahasa Melayu, tapi ada lenggok die sendiri.. Ammar pun pikirlah, maybe sebab dia dah penat sebab tu dia dengar bunyik bukan2.. Kadang2 angin2 yg lalu dari celah2 pokok or batu ni mengeluarkan seakan2 bunyik suara manusia, ikut hatilah nak interpret mcm mana.. Tapi Ammar gigih interpret tu suara angin, kalau dia interpret lain.. Tak ke seram, tak sampai 3-4 jam kat kem tu dah start fikir bukan2 mmg akan jadilah bukan2..

/Present/
Reko: Hoh, Ammar.. Gila ko, tu suara makhluk halus tu.. Apasal ko ni tak bijak sangat
Ammar: Mana lah aku tau, kalau ko, nak sahut ke masa dia panggil tue ?
(Aku dengan Reko terdiam je, sambil menyuruh Ammar continue)

/Story/
Sampai je kat khemah, Ammar pun ceritakan lah pengalaman terdengar suara dia dekat Tony.. Tony pun dah mula seram dah.. Tetiba, hujan mula turun dengan sederhana lebatnya.. Di sebabkan bantuan Rudy, dapatlah khemah Ammar menahan asakan air sebegitu.. Sarjan kem yg datang dengan muka agak masam memberitahu aktiviti petang di cancel sebab hujan dan mereka perlu duduk saja dalam khemah sehingga di beritahu kelak.. So, lepaklah mereka didalam khemah masing2, waiting for next instruction.. Tengah2 sedap melayan perasaan dalam Hujan, si Tony pun tanya lah kepada Ammar..

Tony: Ammar, u ni, percayalah dengan cerita2 hantu ?
Ammar: Aiyaa Tony, u punya mulut banyak langsi woo.. Mana bole cerita itu macam kat tempat mcm nie..
Tony: Ammar, wa bukan nak kasik takut la.. Tapi sebelum wa datang sini, mama wa ada kasik tangkal woo..
(Tony mengeluarkan bende yg mcm tasbih kecik dari begnya dan menunjukkan kepada Ammar dengan perasaan bangga)
Ammar: Ini bende, u mau pakai mcm mana? U simpan dalam beg ka ?
Tony: Aiyaa, mama wa tak kasik tau la mcm mana mau pakai.. Simpan dalam beg ini macam sudah boley..

Tengah2 borak2 dengan Tony, tetiba pintu khemah mereka mcm digoyang. Ammar pun jengah la kat luar.. takde sape2 pun.. Dalam mase yg sama, dia nampak khemah2 lain mcm bertutup dah takde tanda2 mcm ade orang keluar dari khemah untuk mendajjalkan si Ammar.. Die pun masuk balik dan nampak si Tony punya mata tengah kuyu2 mengantuk, yer la, time hujan kan.. Senang nak tertidur dengan cuaca yg nyaman mcm tu.. Ammar pun baring2lah sambil nak melelapkan matanya, tengah sedap2 layan kuyu2 tu.. Tetiba Ammar nampak dari celah pintu khemahnya mcm ade kepala orang yg berambut panjang menjengah kedalam khemahnya.. Hoh, melompat lah Ammar dari baringnya, dan tertendanglah badan si Tony.. Maka, tercarutlah Tony lagi dalam bahasa cantonese pekat nya.. Ammar yg tak memperdulikan keadaan Tony yg sedang memegang2 buah pinggangnya terus meluru ke pintu khemah dan menyelak keluar.. Apa yg Ammar nampak sangatlah memeranjatkan diri nya..

[THE DENIAL]
/Present/
Reko: Mu nampak hantu boh?? Mu nampok hantu boh???
JC: Hoi, potong stim la ko Reko.. Apsal ko dah start bukak seluar kat ruang tamu nie ??

/Story/
Ammar nampak, Rudy tengah berbaring di atas batu besar yg berdekatan dengan jeram.. Ammar pun pergilah ke arah Rudy.. Risau die, dah la tengah hujan, buat ade mata air, tak pasal je Rudy di hanyutkan ke tapak kem perempuan.. Jeles la Ammar.. Dia pun menggerak2kan Rudy.. Rudy yg mcm tengah mamai2 terkejut dengan keadaannya yg basah ditimpa hujan..

Rudy: Hoiii.. Khemah aku dah diterbang dek angin.. Abis basah dah aku nie!!!
Ammar: Palehotak kau, khemah ko kat sane tue.. Apsal kau tidur atas batu nie ?

Rudy mengeruk2 kepalanye yg tak gatal seolah2 binggung dengan kejadian tersebut, terus ke khemah dia dan menyambung dengkuran tajam beliau.. Mungkin budak dalam khemah Rudy yg mengangkatnye keluar sebab tak tahan dentuman dengkur Rudy.. Ammar pun balik ke khemah nya untuk melihat keadaan Tony yg masih memegang2 buah pinggang beliau..

Tony: Aiyaa Ammar, u sudah kurang budi perkerti, membuatkan buah pinggang saya terberanak nie..
Ammar: Sorry la Tony, aku nampak mcm ada kepala pompuan masuk dalam khemah la..
Tony: Nia maa si, mulut choii la lu Ammar.. Jangan disebut2.. Nanti saya takut maa..

Ammar dan Tony yg lansung tak dapat tidur akibat pengalaman ankerr Ammar yg melanda khemah mereka berdua.. Selang beberapa ketika lepas tu, hujan mula teduh dan kelibat Sarjan berjalan secara kawat pengakap laut menuju ke tapak kem mereka..

Sarjan: Okay semuanya!!! Hujan dah mula berenti, so kita dapat meneruskan aktiviti kita ya para peserta..
Sarjan: Bagi yg sedang tidur, harap bangun sebelum aku humban dalam air!!! Okay??
WXP 13: Jan, apa aktiviti kita seterusnya Jan ??
Sarjan: Semua pergi ke dewan makan, dan makan dulu yerr~~

Cet, ingat activity apa yg best sangat tue, rupenya makan malam dulu beramai2.. So, diorang pun pi la beramai2 ke dewan makan dan makan dengan tahap gelojohnya.. Lauk sambal Ubi, telur dadar dan ikan kering selepas mandi air jeram memang sangat menyelerakan Ammar.. Tony yg konon2nya tak tahan pedas pun bantai sampai licin pinggan beliau.. Mungkin sebab lapar, or lidah dah tak rasa apa2 sebab kepala dah kebas dek peristiwa ankerr yg melanda khemah mereka.. Lepas makan, Ammar pun pegilah ke arah Sarjan dan menceritakan pengalaman dia pasal ade kepala kat pintu khemah beliau..

Sarjan: Okay Ammar!!! Ko jangan nak merepek2 cakap benda bukan2.. Tempat nie bersih!! Bukan saja dari segala sampah.. Malah sampah masyarakat seperti jembalang dan hantu jugak telah dibersihkan oleh golongan profesional.

Ammar yg malas nak buat scene drama lebih2 pun back off dan balik ke tempat duduknya sambil melihat Tony yg buat muka menyampah dengan Sarjan tu..

/Present/
JC: Woi Ammar, dah nak dekat maghrib la, sembahyang dulu la.. lepas tue kita pi makan..
Reko: Tue lah pasal, cita pasal ko makan tue mcm best plak.. Aku lapar nie..

Kami pun pergi makan dan membuat keputusan untuk sambung cerita nie kat kedai makan dan terjumpa Aarun.
Sampai je kat foodcourt, kami pun berpecahlah mencari makanan2 idaman.. Kalau aku biasenya makan pattaya ayam je (nasi pattaya + ayam goreng).. Lepas tu berkumpullah di meja makan yg kosong untuk makan.. Sampai meja, muka Aarun mcm tak sabar nak cerita satu bende kat kitorang..

JC: Hoi Aarun, mcm beriya2 je nak cerita benda? Tersengeh2 je aku tengok..
Reko: Mfmfmffmfmffmffhhh cite je la Aarun.. mmmfmfmfmffmfmfFFmm (percubaan bercakap semasa ayam didalam pipi)..
Aarun: Aku actually baru balik dating dengan marka aku.. Ade cite best woo belah pompuan..
JC: Jangan cakap cite budak masuk apartment diorang lagi, jemu dah aku dengar.. Si Reko nie elok je tak kene tangkap sampai sekarang..
Reko: mfmfmfmfmfmmm biss biss (ayam menyembur2 dari mulut) Kurang ajar eyh ko JC, aku masuk nak tolong adik aku angkat barang je tau!!!

/Story Aarun/
Mia adalah seorang tomboy. Dia mempunyai motor skooter kesayangan dia yg dinama kan Kak Jah.. Mia nie suka melepak malam2 dengan kawan2 lelaki, senang katenya, borak dengan lelaki, takde simpan2 dalam.. Yerla, Mia punya bahasa kalau takde perkataan lahabau ataupun hanjeng, memang tak complete sentence die tue.. Ala-ala mcm nie la.. “Weyh lahabau, aku nak pi toilet jap, jangan kasik hanjing panjat meja nie curik makanan aku”.. Sikap dia yg agak kasar tue menaikkan populariti beliau di kalangan budak lelaki, tapi kurang memberansangkan bagi sesetengah pihak wanita..

Lepas balik dari lepak malam tue, die pun mcm biasa lah menunggang Kak Jah untuk balik ke apartment dia.. Sampai di pertengahan jalan, Mia merasakan seperti skooter die berat mcm memikul 12 ekor anjing. Tengah2 turun dari kawasan yg agak berbukit… Motor dia semakin berat dan berat dan berat dan berat sekali, dia pun mengambil keputusan bijak memulas pedal motor sekuat2 hati.. Mungkin disebabkan makhluk yg menumpang Mia terkejut atau terjatuh dari motor, tiba2 motor Mia ringan.. Apa lagi ??

/Present/

Ammar: Apa lagi? Apa?
Aarun: Wheelie 3 tiang la Mia.. Sampai tergolek budak tue.. Balik rumah meroyan2 sampai kene panggil ustaz..
JC and Reko: MWAHAHAHAHAHAHAHA~~~ mmffmfmff biss biss biss.. (air nescafe aku menyembur dan tulang ayam tersangkut dalam mulut Reko)

Lepas aksi brutal kami menampar belakang badan Reko sehingga 2 Pak Guard datang sebab syak kitorang bergaduh.. Aku suruh Ammar sambung cerite dia dan Kemnya…

[NIGHT AT THE CAMPSITE]
/Story/
Lepas sesi makan malam yg membuatkan Ammar dan Tony berasa agak marah dengan perilaku Sarjan, aktiviti melukis logo bendera di jalankan untuk dijadikan prop yg perlu dibawa semasa berjalan mendaki bukit/gunung. Lepas siap je lukis2 bendera, meraka di arahkan mencari ranting2 kayu di kawasan berdekatan untuk dijadikan tiang bendera.. Ammar dan Tony yg memilih untuk melukis gambar Harimau yg mcm ayam nie pun berjalan2 la mencari ranting kayu sambil menyayikan lagu negaraku..

Sampai di tepi jeram, derang nampak banyak ranting2 kayu, derang pun pegilah ke kawasan tersebut untuk memilih mana2 satu yg sesuai di jadikan tiang bendera.. Sampai je kat situ, Si Tony mula menepuk2 bahu Ammar sambil berbisik..

Tony: (bisik) Ammar, u nampakka? Ada orang menyiangkung di belakang pokok tue.
Ammar: Shhh.. Shhhh.. u jangan tegur la Tony..
Tony: Buat apa wa nak tegur, serem meh..

Alah, budak Tony nie, tak paham bahasa plak.. Semasa Ammar cube menerangkan apa maksudnya jangan tegur kepada Tony.. Tempat lembaga tersebut “menyiangkung” bergerak2.. Mata Tony dan Ammar tertumpu ke arah lembaga tersebut…

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS~~~ (bende tue terbang ke arah langit yg dipenuhi bintang2 malam)

Tony: HAIYAAAA!!!! AMMAR, FLYING IN THE SKY!!!! WOIII!!! MAMA, MAMA. (sambil berlari)
Ammar: HOI TONY, Jangan lari.. Jangan lari.. burung tue je la waoii… (Ammar berlari disebelah Tony sambil tercunggap2)
Tony: HAIYAAAA AMMAR!!!! BURUNG TAKDE MATA MERAH DAN PAKAI KAIN WOOO!!! MAMA!! MAMA!!!
Ammar: WARGGGGGHHHHH!!!! JANGAN TEGUR LA WOII!!! UMIII!!! UMIII!!!

Semasa mereka berlari2 pecut menuju ke arah dewan makan, mereka diperhati oleh beberapa lelaki dan awek2.. Sambil tue Rudy pun menjerit..

Rudy: Weii!! Nape lari weyh?? Babi Hutan ke apa??
Tony: ADa HANTU LA WOIII!!! MAMA!!! MAMA!!!

Maka, sesi pecut mereka di-join oleh bebudak yg berada di kawasan tersebut.. Larian berduo bertukar menjadi marathon dalam sekelip mata yer kawan2.. Masing2 terjerit2 mcm kene histeria.. Terperanjat Sarjan di dewan makan kerana disangka bebudak kem dah rebel nak menggulingkan kem beliau..

Sarjan: HOIIII!!! Apsal korang sume nie ?? Dah tak waras ke ??
WXP 92: (Pompuan) Sarjan, derang nampak hanty!!! nampak hantu!!! MAKK!!! MAKKK!!!
Sarjan: Hah? Siapa yg nampak hantu ??

Semua orang menunjukkan ke arah Ammar dan Tony dah dah melintang atas tanah sambil tercunggap2 mengambil nafas semput mereka..

Sarjan: WOIII!!! Korang lagi buat hal!!! Aku riot jugak kang budak2 nie..
Sarjan: Dah, semua yg lari2 mcm orang biol tadi berkumpul kat sini, meyh aku terangkan..

Lepas semua orang berkumpul, Sarjan pun suruh semua orang duduk mencangkung sambil meletakkan tangan di atas kepala..

Sarjan: DENGAR SINI SEMUA!! Aku hari2 duduk sini, jangan kata hantu, jin dan syaitan.. Mat Gian pun tak berani langgar kawasan aku tau!!!
WXP 92: (Pompuan) Tapi Jan, Saya takut..
Sarjan: Awak tak perlu takut.. Kalau takut, tak payah panggil saya Sarjan, panggil abang je.. Hehehehe
Sarjan: Okay!!! yg pompuan, boleh masuk ke dewan makan, yg lelaki2 yg berlari2 tu korang cangkung je kat sini sampai aku suruh bangun..
Sarjan: Malaun 2 ekor, mai sini ikut aku (sambil menunjuk ke arah Tony dan Ammar)..

Sarjan tu pun suruh Ammar dan Tony bawak dia kat tempat mana yg derang nampak malaun terbang tu.. Sampai je kat tempat tu, Sarjan suruh tunjuk kat mana benda tu mencangkung.. Lepas si Ammar tunjuk.. Sarjan tue pun mencangkung kat tempat tu..

Sarjan: Okay!! Mcm nie ke dia mencangkung ??
Tony: Betul Jan, Saya nampak sendiri..
Sarjan: Bagus!! Sekarang aku nak korang berdua mencangkung plak kat sini sampai aku panggil balik!!!! Okay??
Tony: Taknak Jan!! Taknak Jann!!! Saya takut!!!
(Ammar menarik2 lengan baju Tony sebab x nak keadaan yg lebih worst berlaku)
Sarjan: Korang pilih, nak cangkung kat sini ke nak pi berendam dalam air jeram tue ??

Disebabkan perasaan trauma dengan tempat tersebut, Ammar dan Tony pun memilih untuk mandi jeram malam.. Hampir 1 jam jugaklah derang mencangkung dalam jeram tu.. Mengigil2 si Ammar.. Jeram tue dah la kat laluan ke kem pompuan.. So, lepas derang abis dengan aktiviti derang, ramailah pompuan2 yg tersipu2 sambil lalu di depan Tony dan Ammar.. Hilang macho Ammar sepanjang kem tu..

[EVEL KNIEVEL]
/Current/
Aarun: Owh, sekarang aku paham, apasal ko dah 2 tahun kat sini tak dapat2 gak awek.. MWAHAHAHAHA~~
Ammar: Woi, lahanat la peribahasa mcm tua.. Dah2, dah pukul 10 dah nie, jom balik.. Nanti esok aku sambung..

Kitorang pun balik la ke rumah dengan menaikki motorsikal.. Aarun membonceng dengan aku di atas skuter kesayangan aku.. Reko pergi ke rumah kawan dia.. Nak pi story kat kawan2 dia la tu.. Si Ammar plak pergi ke bank nak cucuk duit.. Sampai di rumah, aku pun masuk lah dalam bilik dan lipat2 sejadah nak iron baju untuk pi kelas esok.. Tengah syok2 hayun2 iron tu, tetibe aku teringat plak cite mat rempit tak bertauliah mengetuk tingkap bilik apartment.. Aku pun pi la ke bilik Aarun..

JC: Aarun, ko ade penyepit baju tak ?
Aarun: Ada nie, apsal ?
JC: Nak sepit langsir bilik aku la..
Aarun: Huh? Cite Ammar pasal Mat Rempit ketuk tingkap ke ? Ko tengok tingkap bilik aku, mcm mana aku buat..

Aku tengok tingkap bilik Aarun berselotep bagai langsirnye ke dinding.. Huh, kreatif jugak si Aarun nie.. Aku pun mempraktikkan la apa yg di ajar oleh Aarun.. Sampai separuh jalan, aku sedar yg aku terlupe nak tutup tingkap.. Cet!! Kene buat balik..
[NORMAL]
/Current/
Everything is normal keesokkan harinya.. Aku dan budak2 rumah aku ke kelas, balik kelas, pergi makan, balik makan.. Malam tu, kitorang semua busy dengan kerja masing2, assignment and stuff.. Tak banyak benda yg berlaku, just aku miss dinner je sebab terlalu sibuk.. Aku pun siap2lah nak pi kedai makan untuk makan yg agak lewat.. Jalan je keluar, dengan Ammar dengan Aarun berborak2 pasal hari diorang.. Update each other ler nie, how lovely of them.. Ahaks~

JC: Weyh korang, aku nak keluar makan la.. Jom join..
Aarun: Nak ke mana? dah pukul 1 pagi nie.. Mamak jer la yg bukak..
JC: Hah gitu la gayenye.. Jom la teman.. Malas aku nak harung terowong ajaib yg gelap gulita sorang2..

Tengah2 aku dan diorang sibuk2 bercadang2 nak pi ke mana untuk late dinner.. Tetibe Reko masuk ke rumah dari luar.. Terperanjat kitorang..

Ammar: Hoi hamlau!!! Mana seluar ko? Ko dari mana nie ?
Reko: Air tumpah kat rumah kawan aku kat tingkat atas, seluar aku basah tadi, tue yg balik nak salin seluar..
Ammar: Hamjadah!! Apsal ko tak pakai je seluar basah tue then salin je kat rumah..
Reko: Sejuk wooo malam2 pakai seluar basah~ Korang nak pegi mana ni ? (tersengeh2)

Kami terus keluar.. Reko pun ikut sekali (lepas pakai seluar la).. Sampai je kat terowong ajaib. Aarun yg membonceng bersama dengan aku pun menjerit2..

Aarun: Weyh JC, ko tau tak dulu pernah ada orang eksiden jatuh dari atas terowong ni ?
JC: TAK TAUUU!!! Ngeri ke ?
Aarun: Ngeri wooo.. Pecah kepala punye~~

Tetibe aku dengan Aarun pun berase seram sejuk, terus aku memecutkan motor untuk ke destinasi.. Ammar dan Reko yg nampak aku pecut kat dalam terowong pun pecut sekali tanpa memikir ape jadah yg berlaku.. Nasib baik kami tak eksiden disebabkan aksi rempit takda sebab antara kami.. Sampai ke kedai, selepas makanan diorder.. aku pun suruh Ammar sambung cerita semalam..

[STILL NORMAL]
/Story/
Siang tu, keadaan Ammar normal.. Diorang pergi hiking dengan membawa bendera yg baru di buat malam tadi.. Disebabkan perilaku Ammar and Tony yg membuatkan Sarjan marah, tiang bendera mereka diganti kepada besi seberat 5kg instead of ranting2 kayu oleh Sarjan.. Maka, double di effortlah diorang punye aktiviti dari orang2 lain.. Ammar dan Tony pun bergilir2 memikul tiang bendera yg berat tak hingat tersebut.. Sampai di satu tebing, akibat kepenatan yg melampau.. diorang pun duduklah untuk merehatkan kaki dan tangan yg agak kebas.. Menurut Ammar, tempat diorang berehat memang dia tak plan pun, semua terjadi secara kebetulan, in which aku agak meragui sikit “kebetulan” cerita Ammar akibat sikapnye yg natural pervert tersebut..

Tengah Ammar dan Tony berehat2 sambil melepaskan lelah.. Diorang pun terdengar la bunyi yg agak ganjil.. Bunyi wanita2 terkekek2 gelak.. Masing2 pun berpandangan lah antara satu sama lain sambil terdiam..

Ammar: Tony, u dengarkah apa yg aku dengar?
Tony: Suara amoi gelaklah..

Then, bunyi lagi sekali suara tersebut.. Peluh Ammar dan Tony dibuatnya sebab mendengar suara gelakkan kecil di tengah2 hutan.. Diorang pun carilah, mana datangnya gelak tue (time pagi memang berani la Ammar oiii). Rupe2nya bunyia tersebut datang dari arah bawah tebing.. Ammar dan Tony pun merangkak2 lah untuk melihat ape yg berada di bawah tebing tersebut.. Hoh, terperanjat derang dengan pemandangan yg dilihat.. Sekumpulan budak2 wanita U tengah bermandi manda di jeram yg berada di bawah tebing.. Menurut Ammar, kerana permandangan tersebut, dia dan Tony pun ter-freeze kejap dan melihat suasana nyaman berikut..

Tengah syok2 melihat pemandangan nyaman itu, tiba2 belakang Ammar terasa seolah2 di tindih dengan sesuatu benda yg keras dan panjang.. Keadaan seperti dihempap itu membuat Ammar menoleh ke arah Tony.. Muka Tony yg memang putih sebab keturunan beliau dilihat lebih putih dari biasa.. Di belakang Tony dilihatnya muka yg sangat familiar.. Rupa2nya, Sarjan yg tengah duduk atas pinggang Tony sambil memegang batang besi bendera mereka yg diletakkan di belakang Ammar..

Sarjan: Scenery best ke ??

Apa lagi, 2-2 ekor nie mendapat hadiah hambatan tiang besi ke pinggang masing2 sepanjang2 perjalanan ke jeram yg berdekatan dengan dewan makan derang.. Sarjan pun mengeluarkan marker dari dalam baju beliau dan menulis sesuatu di atas bendera Ammar and Tony

Sarjan: HAH!!! Semalam nampak hantu!! Hari nie korang yg jadik hantuu!! Pergi masuk dalam air tue!!! Pegang bendera nie.. Kasi orang nampak apa yg aku tulis..

Diorang pun nak tak nak terpaksa ikutlah.. Dah salah sendiri.. Maka mengibar2lah bendera yg tertulis “KAMI SKODENG ORANG MANDI”.. Dengan perbuatan yg tak senonoh Ammar tersebut, budak2 panggil dia Ammar Skodeng or Ketua Skodeng..

[SLIGHTLY NORMAL]
Malam tue, diorang pun diarahkan berkumpul di hadapan dewan makan selepas makan untuk menjalankan aktiviti malam..

Sarjan: Okay!!! Malam nie aktiviti burung hantu!!! Korang kene masuk hutan dengan partner korang!!!
WXP 12: (Pompuan) Tapi Jan, kami takut!!! Taknak lah!!
Sarjan: Takper, Abang teman siapa2 yg takut~~ Hehehehe~~

Maybe sebab gelakan Sarjan yg lebih menakutkan dari mambang pokok tersebut membuatkan takda sorang pun suruh Sarjan teman diorang.. So satu2 group pun dilepaskan ke dalam hutan, selang 10 minit group lain plak di arah masuk.. Sampailah ke group Ammar..

Sarjan: Okay!! Group Skodeng meyh sini!!!
(Ammar terdengar gelakan2 kecik dari background)
Sarjan: Untuk korang, jalan yg paling special skali!!!

Ammar dan Tony pun ambiklah peta lukisan yg paling hodoh pernah diorang tengok dalam sejarah catography peradaban manusia.. Peta yg lebih kepada bentuk peta minda dari peta kawasan membuatkan Ammar dan Tony sedikit pening melihat legend2 yg dilukis.. Apa yg diorang dapat tangkap hanyalah, ade 1 jambatan gantung, 1 jambatan kayu, 2 buah rumah papan dan dua biji buat cherry.. Di atas buat cherry tue ade tanda X.

Ammar: Sarjan.. Ape bende buah cherry 2 biji pakai topi X nie?
Sarjan: Hoh!!! Tue pun Tak reti!! Skodeng orang reti.. 2 bijik buah cherry tue kubur lame, tanda X tu tempat yg aku letak barang yg ko kene amik!! Okay!!!

Ammar dan Tony yg tak berpuas hati dengan perangai Sarjan yg tak abis2 nak membuli diorang pun membuat sedikit pembangkangan.. Tetapi akibat perangai Sarjan yg lebih teruk dari Syaitan, diorang terpakse jugak lah ikut apa yg Sarjan tue suruh..

[ABNORMAL]
/Current/
Ammar: Woiii, Woiii, dah pukul 2 lebih dah nie.. Balik la, esok aku kelas..
Reko: Hoh mu nie Ammar, relax la, tak mude la balik awal2..
Ammar: Mude wak hang!! Esok ade kelas!! Dah dah, balik.. Esok sambung la..

So, kami pun balik selepas membayar makanan.. Sampai je di motor, aku tengok mcm ada lembaga hitam sedang berlari2 ke arah kami.. Rupa2nye, mamak kedai sedang mengejar Reko sebab die tak bayar lagi.. Berlakulah sedikit drama antara Reko dan mamak tersebut sebab die ingat Reko nak lari.. Ko ni tak abis2 la Reko, tekanan aku.. Sampai je dekat dalam U, Aku pun jeritlah kat Aarun..

JC: Aarun!!! Mana tempat yg Mia wheelie 3 tiang tu ? Jom kit pi tengok..
Aarun: Kat tempat tank air besar sebelum apart kita tue, hah.. belok2..

Sambil membuat isyarat tangan ke Ammar and Reko, diorang pun ikut lah aku dengan Aarun lalu jalan yg agak berbukit tersebut.. Semput motor kesayangan aku naik bukit yg agak tinggi tue.. Sambil2 Aarun menunjukkan lokasi Mia wheelie 3 tiang dan lokasi dia tergolek dari atas motor.. Kami pun tergelak2 la di atas motor.. MWAHAHAHAHAHA~ Sampai je kat sebelah tank air tue, aku dengan Aarun terdengar bunyik burung.. Kuat sangat bunyik burung tue.. Constant dan takde irama.. Aarun pun ketuk bahu aku..

Aarun: Weyh, ko dengar tak bunyik burung nie.. Lain macam sikitlah~
JC: Haah la, aku pernah dengar bunyik burung mcm nie.. Ape nama burung nie ek ??

Aku dan Aarun pun puasla memikir2 ape nama burung yg bunyiknya constant pagi2 buta nie.. Belatuk, Belukang, Beri-Beri ? Entah lah, aku bukan pakar burung.. Tetiba2 aku teringat cerita penampakan aku.. Ni lain macam ni..

JC: Weyh Aarun, nie aku pernah dengar la burung nie.. Nie burung..

ZASSSSSSHONKKKKKK!!!!!

Reko dan Ammar: LANGSUIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku pun tanpa berpikir panjang terus pulas pedal sampai habis.. Yer kawan2, burung yg kitorang dengar tu adalah burung langsuir.. Aku yg terus pecut mcm bawak Ducati pun terus membaca mantera kesayangan aku iaitu makian di atas motorsikal. Pecutan yg lebih berfaedah kali nie membawa kami sampai ke tempat parking motor apartment.. Reko dan Ammar yg tengah mengigil2 kat tempat parking menunggu aku dan Annuar smpai sebelum naik ke atas apartment..
[OTIS]
/Current/
Tengok je si Ammar dengan Reko yg mengigil2 tak sebab baru mengalami peristiwa penampakan.. Aku dengan Aarun yg tak mengalami apa2 penampakan automatically terasa seram dan sejuk.. Lepas aku park je motor, si Ammar datang kat aku dan bagi isyarat supaya cepat2 naik rumah.. Yer la, biasenya aku akan melepaskan sedas-dua asap rokok sebelum masuk ke rumah.. Tapi akibat peristiwa yg agak tak logik berlaku malam tu, terpakselah aku bertindak mengikut luar tabii perancangan aku..

Sepanjang2 perjalan kitorang dari tempat parking nak pegi lif, rase mcm ada orang dok perati, bulu roma terasa naik mencanak2.. Ammar nampak mcm agak tersewel sedikit dengan kejadian yg menimpa kami.. Asyik2 melompat2 tak tentu arah.. Sebab suasana yg agak scary tue, kitorang bertambah2 la scary dengan perangai Ammar yg mcm monyet nie.. Si Reko plak tak abis2 isap rokok nyala buang, nyala buang.. Aku sebenarnya agak risau dengan perbuatannya sebab kalau rokok dia habis, sah2 la rokok aku plak yg kene paw sat lagi.. Ayark~~ Masuk je dalam lif.. Kitorang tak banyak bercakap, masing2 diam mcm memendam perasaan.. Yer la, baru berlaku peristiwa yg agak seram.. Tak kan la nak buat lawak, dah lama2 kena, baru la boleh buat lawak..

Dalam lif, aku rase sebab masing2 tengah cuak sampai terlupa nak tekan tingkat brapa kitorang nak pegi.. Dan lif tu pun stay la kat Ground floor dalam masa yg agak lama.. Sedar2 je, benda tue lah jadik ice breaking kitorang gelak dan si Aarun terus tekan tingkat 6. Dan-dan Aarun tekan, tak sampai 5 saat, pintu lif terus terbukak, tgk tingkat 10 (tingkat paling banyak cite ankerr dalam apartment kitorang).. Lepas pintu tu terbukak, kitorang mcm dengar anjing menyalak kuat semacam kat tepi pintu lif.. Tak sampai 10 saat, Aarun (dia berdiri dekat dengan butang lif) dirempuh dengan jayanya oleh Reko sampai jatuh dan terhantuk kepale dekat dinding lif.. Reko pun spam la butang “>|<” (close lif door), dengan kelajuan 200 kali tekan 10 saat, sampai retak plastik tue di kerjakan Reko.. Ahaks~

Lepas je pintu lif tertutup, kitorang pun tarik lah nafas lega… Dan sekali lagi, disebabkan keadaan cuak yg melampau, kitorang terlupa lagi tekan butang tingkat yg nak di tuju. Tunggu punya tunggu punye tunggu, lif tak turun2.. Baru kitorang sedar yg lif tue tak ditekan lagi.. Aarun yg baru je nak bangun, terus dipijak sekali lagi dengan jayanye oleh Reko sebab nak spam butang tingkat 6 plak.. Spam yg agak kuat sampai membuatkan lif tue bergegar2..

Ammar: HOI REKO!!! Jahanam lif nie karang..

Reko yg tak pedulikan amaran Ammar terus spam dan spam butang lif sampai lah aku dengan Aarun terpakse tarik dia.. Lepas dah tarik Reko tu, terus aku rase mcm lif tue turun ke bawah.. Aku rase lif tu merajuk kut dengan perangai Reko yg melayan beliau secara kasar.. Lepas dah agak lama lif tue turun, kitorang still tak sampai2 lagi tingkat rumah kitorang.. Kitorang pun dah mula rasa pelik, apasal la lif nie bengong sangat ni..

JC: Weyh, aku rase lif ni ade masalah la, dah lame sangat dalam nie.. Cuba tekan butang speaker tue, cakap dengan guard..

Reko pun tekan la butang speaker nak cakap dengan guard.. Dan-dan Reko tekan, terus je lif tue rasa mcm turun laju sangat (mcm lif tue tengah jatuh).. Hoh, ape lagi, cuak la kitorang mcm tak ingat dunia.. Aku dengan Ammar sandarkan badan kat dinding, si Aarun terduduk kat penjuru lif dan Reko yg paling eksrem, dia merangkak kat tengah2 lif sambil jerit banyak2 kali

Reko: CENTER OF GRAVITY!! CENTER OF GRAVITY!! CENTER OF GRAVITY!!
(read: aku x paham sebenarnye ape jadah center of gravity nie, kalau lif tue terempas, aku rase center x center, kojol gak kitorang beramai2)

Last sekali, pintu lif pun terbukak.. Aku dengan Ammar pun membuat aksi flying kick di atas badan Reko untuk keluar dari lif.. Si Aarun pun bangun sambil keluar.. Reko kekal dalam posisi merangkak untuk keluar dari lif.. Aku dengan Ammar yg tak bole tahan dengan perbuatan legendary Reko tue automatically burst gelak sampai terbaring2 atas lantai.. Aku rasa sebab gelakkan kitorang yg melampau tue lah budak yg rumah dekat dengan lif tue keluar dan buat muka Dewa Asura kat kitorang… Tengok2 dinding depan lif tue, tulis no. 8.. Jatuh mcm nak ape, rupenya 2 tingkat je, tapi rasa memang mcm lame gila kat dalam tue.. Kitorang pun amik keputusan turun je lah tangga ke tingkat 6 sebab malas dah nak hadap lif yg mcm kene maintenance tue.

[GUTHRIE]
Masuk2 dalam rumah je kitorang memang bantai gelak tak ingat dunia sebab perangai Reko.. Agaknye, sebab bengang yg melampau, Reko amik keputusan lari ke rumah kawan dia.. Or maybe sebab Reko terasa seram yg amat, die nak tidur dengan kawan dia la tue.. Sampai je rumah, aku pun masuk lah dalam bilik sebab nak sediakan apa2 yg patut untuk ke kelas esok, kelas aku agak lewat, so aku tak kisah la kalau nak tidur lambat pun.. Tengah2 aku sibuk siap2kan beg aku.. Aku pun baring2 la atas katil.. Tetiba aku dengar mcm bunyik orang ketuk2.. Automatically, aku terus pandang tingkap aku yg berselotep bagai tue.. Lega aku lepas tau yg bunyi tu bukan dari arah tu.. Hehehehehe, Pakcik nie paranoid jugak kadang2..

Aku pun bukak la pintu bilik aku dan Aarun tengah tercegat kat depan pintu sambil pegang bantal.. Alalala, comelnya beliau usung bantal busuk ke hulu ke hilir..

JC: Apasal Aarun??
Aarun: JC, aku rase semacam la, bole tak aku lepak2 bilik ko? (tersengeh2)
JC: nie siap bawak bantal nie, bukan takat lepak nie, mau tidur trus bilik aku..

So, Aarun pun baring2lah atas katil aku sambil aku baring di sebelahnya.. Owh, how lovely we are sangat lah kan.. Sambil2 baring tu dan berborak2 tu, pintu bilik aku kena bukak dengan Ammar plak..

Ammar: Hoh, kat sini korang, aku ingat pi mana tadi, rumah kosong je.. Dengan bilik Aarun pun kosong..

Ammar pun membuat aksi yg sedikit pelik dengan keluar dan masuk bilik aku berkali2.. Memula aku mcm tak layan je.. Tapi sebab die dah kejap tercegat kat pintu bilik aku, kejap tercegat kat almari baju aku.. Kejap keluar bilik.. lepas tue buat2 lalu nak pegi toilet sambil tercegat depan pintu aku mcm orang sasau.. Aku yg berhati mulia nie pun cakap lah kat Ammar..

JC: Weyh, kalau ko nak tidur sekali dengan kitorang, sini lah~~

Terus Ammar keluar dari bilik aku.. Aku dengan Aarun budget si Ammar nie bengang la sebab kitorang perli dia.. Tetiba, 2 minit lepas tu, aku tengok si Ammar nie usung bantal dia masuk bilik aku.. Tak cukup dengan bantal, tilam single bed die pun die usung sekali masuk bilik aku.. “Takkan nak tidur atas lantai, sakit badan aku”.. Well, lantak ko lah Ammar, asal ko heppi..

Ammar: Oii, JC, apsal ko punye langsir nie berselotep bagai nie..
Aarun: Ni name dia, Hantu motor proof ni.. Hehehehe~~

Ammar pun bangun sambil mengopek2 selotep2 tue dan bukak tingkap bilik aku.. Yela, bilik dah kongsi bertiga, panas la sikit.. So dalam suasana nyaman tu, kitorang pun baring2lah sambil berborak2…

Aarun: JC, ko ada cakap pasal burung langsuir.. Apa benda tu ?
JC: Takda lah, cerita aku masa aku dekat kg dulu2, pernah dengar bunyik burung nie..
Aarun: Ko cerita lah sikit pengalaman ko JC..
JC: Ko gila ke apa!! Baru kena kacau tadi nak cerita pebenda!!!

Aarun pun desak2 aku mcm budak2 yg nak gula2.. Lepas aku Ammar anggukkan kepala dia, aku pun bukak la cerita..

[MICROSOFT]
/Story Aku/
Aku dulu ada sorang sedare ni yg kerja sebagai peneroka.. Dia nie selalu bukak kawasan (aku sebenarnya tak faham apa kerja dia, lebih kurang mcm tu lah).. So, mana2 ade tempat yg felda rasa cun nak buat ladang ke apa ke, dia akan duduk kat tempat tu first.. So dia ni memang banyak kali pindah randah.. Sekali tu die pindah di Terengganu or Kelantan (aku tak sure, budak sekolah menengah kalau pi travel dengan family ikut je, tak tanya banyak).. Sebab ramai sedare yg bersepah2 kat Semenanjung Malaysia and Abang Nan (sedare aku nie la) beriya2 nak suruh tidur rumah di.. So kitorang pun tak kisah la..

Sampai je rumah sedare aku nie, dah nak maghrib, kitorang pun disambutlah dengan meriah.. Maklumlah, rumah kat pendalaman, sesekali dapat tetamu dari hometown datang, heppi la kut.. Makan tak ingat, main tak ingat.. Masa tu zaman2 Nintendo (game yg pakai tape tu, orang selalu main mario or pac man).. So, aku dengan anak Abang Nan nie leka lah main benda tue sampai la pukul 8 lebih.. Tetiba je Abang Nan cakap..

Abang Nan: Dah malam nie, jom lah tidur ye..

Kitorang satu family pun pelik lah, kol 8 malam nak tdo ape jadahnya.. Tapi takpe lah, dah adat, masuk kandang kambing mengembek.. Masuk kandang rimau, bengong namenya.. So kitorang pun masuklah ke dalam bilik yg disediakan sebab nak tdo.. Tapi sebab baru pukul 9.. Mcm mana aku nak tidur?? Dalam kereta dah puas bantai tidur.. Maybe sebab penat drive, my father awal2 dah out dah.. Aku yg tengah terkebil2 dalam gelap nie berangan2lah, kan best kalau dah besar jadik askar atau paskal, boleh tembak jet pejuang (budak2 masa tue).. Tengah2 berangan2 nie tetiba, kipas terpadam (black out).. So, family aku yg dah terlelap pun bangunlah sebab panas.. Then, my father pun keluar lah nak tengok apa jadi.. Tapi elok je lampu luar terbukak.. Mean, bilik kitorang je lah xde karen (read: black out).. Test lampu bilik semua tak bole guna.. So takpe lah, disebabkan my father pun ade sikit ilmu pasal letrik nie, dia pun ketuklah bilik Abang Nan sebab nak tanya mane main fius, nak tengok kalau2 ada trip ke apa ke..

Lepas check2 tu, main fius memang takde masalah.. So, tak taulah apa masalahnya, maybe ade short circuit ke apa ke.. Biar je lah.. Abang Nan pun kasi la kitorang lilin.. And my father pun nyalakan lah lilin tue.. Elok je lilin tue nyala.. terus je kipas bilik tue terpasang balik.. My father test2 lampu sume, elok je.. Then kitorang pun legalah sebab dah bole tidur dengan aman.. Padamkan lah lilin.. Padam je lilin, terus bilik tue black out balik.. Bende yg sama terjadik banyak2 kali.. Then, kitorang pun amiklah keputusan nak biar je lilin terpasang.. So, elok je lah ade karen (current or letrik) dalam bilik tu..

Akibat peristiwa yg agak kucar kacir tu, aku yg jenis manusia malam sejak azali nie, lagilah ada masalah nak tidor awal, sambunglah aku terkebil2 sambil berangan2 nak jadi polis evo plak.. Tengah syok2 melayan perasaan tue, tetiba je aku dengan mcm bunyi burung..

Bunyik: Kiiikk.. Kiiik.. Kiiikk.. Kik Kik Kik Kik Kik Kik Kik..
(Bunyik die agak constant dan laju.. Sebutan die mcm cake cake cake cake.. Korang try la sebut bende tue constant laju2 dapat la bunyik tue.. AMARAN!! Jika Langsuir muncul di belakang anda, aku tidak bertanggungjawap yer..)

Aku pun layan je la, sebab kawasan tu kat pendalaman.. So aku pun biar je la, burung nokturnal jugak kut, lantaklah burung.. Asal ko heppi.. Makin lama suara burung tu makin dekat.. Makin dekat, sampai last2 aku rasa suara tu mcm betul2 kat telinga aku.. Aku pun cepat2 la tekup muka aku dengan bantal.. Yerla, dah start rasa seram la kan.. Kalau korang, tak ke seram dengar bunyi burung sebelah telinga.. Dengar bunyi FELO punya tapak kaki pun aku seram sebab takut2 ternampak burung.. Lagilah dengar bunyik burung kat sebelah telinga.. Lagilah ankerr kan.. MWAHAHAHAHAHA~

Lepas mcm 5 minit burung tu memekak kat telinga aku (burung yg bunyik constant tu).. Terus je bunyi die makin jauh2, makin jauh.. Last sekali aku dengar mcm sayup2 je bunyi burung tu.. So, aku pun bukak la bantal aku and aku mcm automatically tertengok ke luar tingkap (tingkap sliding yg lutsinar) and nampak mcm perempuan yg rambut dia panjang tengah nak lintas kat luar tingkap tu.. Masa dia dah sampai kat tengah2 tingkap tu.. Dia macam berhenti, and aku pun apa lagi.. Terus la aku tutup muka aku dengan bantal.. Then aku mcm dengar suara orang mengilai2.. Aku tak tau samada aku pengsan ke apa ke.. Tapi aku sedar2 dah pagi..

Esoknye, aku cerita kat mak aku pasal benda ni.. Dia pun cepat2lah mintak diri dari Abang Nan dan kitorang check in hotel ke esokkan harinya.. Menurut pendapat mak aku, Langsuir nia, dia datang dengan burung.. Memula burung tu bunyi, kalau bunyi burung tu dekat, maknanya, Langsuir nie jauh dari kita, tapi kalau bunyi burung nie jauh, maknanya.. Siap sedia ja lah spender baru esok, mungkin mengalami sedikit atau banyak kekotoran..

[BMG]
/Current/
Lepas je aku abis ceritakan kisah aku tu, aku dengar Ammar dah berdengkur2 tido.. Si Aarun plak mcm mengecikkan badannya.. Aku pun tak sure sebab apa kalau takut kene kecikkan badan.. Bukan boleh kecik pun.. So, sebab dah takda apa nak cerita.. Aarun pun dah get ready nak tidur dengan menarik selimut.. Aku nie jenis tak suka tidur pakai selimut.. Tak selesa ada benda atas badan mase tidur.. Tengah2 berangan2 sebelum tidur tu, tetiba si Ammar bangun (duduk dari tidur).. Si Aarun menepuk2 aku tunjuk kat Ammar.. Ammar pun angkatlah kedua2 belah tangan die menekap telinga dia dan…

Ammar: WAAAAAAARRRRRGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH (sfx: jeritan Ammar yg kuat gle sampai menyakitkan telinge aku dan Aarun)

Aku dengan spontannya, terus menepuk dahi Ammar (senior tak senior, jerit kalau, ini makannya).. Terus Ammar terlentang balik atas tilam dia.. Masa si Ammar jerit nie, Aarun cakap dia nampak mcm ade benda benda hitam lintas keluar dari tingkap.. Sebab aku tengah sebuk lempang budak ni, so aku tak perasan la.. Aku dengan Aarun pun buka lah lampu nak tengok apa dah jadik.. Tengok si Ammar nie elok je tidur balik. So aku amik keputusan, tinggalkan je lah Ammar dalam bilik aku dan kitorang pun tidur bilik Aarun..

WARGHH~~ Terpanjanglah plak aku elaboratekan cerita aku nie, dah cerita hutan si Ammar entah ke mana2.. Next chapter la aku sambung!!klik bawah ni.

Forest Gump (Last Chapter)

JokesCop
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

  1. ada improvement penulisan compare dgn yg lepas.
    loyar buruknya dah kurang.
    semua berpoint.
    punch line menjadi.

  2. Kejap hakak saspen, kejap hakak mengekek2 sambil termaki2 ko dik…
    Aduyaaiii…
    Punyelah panjang, seb bek hakak masak nasik x hangit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.