Gangguan

Assalamualaikum and hi, aku kenal kan diri aku sebagai man. Ni kali pertama aku cuba tulis kisah aku kat fiksyen shasha. Kalau diterima alhamdulilah, kalau tak bukan rezeki aku lah. Aku nak ceritakan 3 pengalam yang pernah jadi dekat aku. Tajuk pengalaman yang aku nak cerita ni ialah Gangguan. Harap korang boleh rasa feel cerita aku….

Kisah ini terjadi masa aku semester pertama kat university dan rezeki aku dapat package duduk hostel yang disediakan oleh pihak university secara percuma. Masa kejadian ni berlaku semua housemate aku dah balik sebab masatu cuti tapi aku tak berapa ingat sangat cuti ape. Sebabkan cuti hanya semiggu jadi aku decide malas nak balik atas dua faktor iaitu yang pertama cuti seminggu je jadi cam takde sangat l “feel” cuti tu dan yang kedua aku kena redo presentation untuk subjek biology.

Ikotkan 2 orang housemate aku stay ngan aku tapi sorang tu macam dah malas nak redo presentation dan terus balik lepastu sorang lagi dye kata ade problem sikit jadi dye hanya bagi info untuk presentation je. Okay kita masuk part seram.

Masatu dah dekat maghrib jadi gi lah tutup2 tingkap ape semua kat bilik. Aku ni orangnya malas nak mandi kalau haritu tak berpeluh sangat so aku decide tunggu masuk waktu maghrib teros sembahyang. Sambil-sambil tunggu masuk maghrib tu aku duduk dalam bilik sambil wat assignment dengan berbelakangkan pintu masuk lepastu mengiring sikitt. Jadi boleh nampak lah sket kalau ada apa-apa lalu gitu.

Masa aku buat assignment tu dok bukak lagu konon nak kasi semangat buat assignment tu banyak sket. Time tengah syok menaip untuk assignment aku ade nampak macam ade kelibat duduk melintas kat depan bilik aku. Aku time tu wat rilek je sebab orang tua2 penah cakap kalau nampak ke dengar ke buat taktau je. Lepas bende tu lalu skali aku dengan tengah cover takut tu gi kat pintu tros tutup pintu dan tak lama tu tros masuk maghrib.

Dengar je azan aku cepat-cepat bukak bilik amik wuduk masuk balik bilik nak sembahyang. Tengah sembahyang tu aku ade perasan bawah pintu ade nampak bayang-bayang macam melintas banyak kali tapi dye ni lintas sekali pastu berhenti pastu buat second round lak. Aku yang tengah sembahyang tu terus tak khusyuk dengan bulu roma kemain tegak lagi. Tapi alhamdulillah takat tu je aku kena kacau, lepas isyak ape semua tu takde dah tapi bulu roma slalu tegak je.

Okay masuk kisah ke dua. Pengalaman ni aku dapat masa aku tolong kawan aku yang kena rasuk. Kisahnya bermula macamni, kami (aku, Z, Afif, Asyikin dan Myra) tengah duduk lepak kat pondok depan hostel sambal tunggu MCD yang kami order tadi sampai. Sampai je MCD yang kami order masing-masing macam kebulur termasuklah aku sekali. Makan bukan kemain laju kejap je MCD tu kami habiskan.

Lepas makan tu kalau tak silaplah, tibe si Myra ni diam je pandang bawah. Masa tu kami semua tengah duduk santai je jadi tak perasan pon Myra ni macam dah lain. Tak lama sikit si Asyikin nak ajak si Myra ni naik bilik, tapi si Myra ni macam takde respon langsung. Asyikin aku tengok muka dye dah cuak pastu pergi pandang muka si Z dengan Afif. Aku masa tu macam boleh agak diorang bertiga macam dah kena something sebelum ni.

Lama sikit si Asyikin pon menyuruh kami pegang si Myra ni sebab tak nak bagi dye lari ke ape ke. Kebetulan pulak, tengah kami tengah riuh pasal Myra ni kena rasuk kawan aku sorang baru balik dari masjid. Kawan aku tu aku kenalkan nama dye Syuk, alim je orangnya (pendapat aku lah). Dye tengok kami semacam je terus datang kat kami dan tanya kenapa ni. Asyikin cakaplah si Myra ni macam dah kena rasuk.

Syuk aku tengok rilek je dok tenung Myra yang tengah pandang dye. Syuk suruh kami pegang Myra lepastu dye cuba nak ubatkan mira. Masa tengah berubat tu jangan cakaplah bukan kemain gigihnya masing-masing pegang. Aku pegang kaki kanan, Afif lak kiri, Z pegang tangan dan si Asyikin pegang badan.

Tengah ralit aku tengok Syuk baca-baca, tiba-tiba je Myra jerit bukan kemain kuat lagi. Boleh dikatakan satu hostel hulur kepala ikut tingkap depan usha kami. Tak lama lepas Myra jerit tu bende t upon keluar dari badan dye. Lepastu kami teros naik atas balik bilik sebab dah nak masukk maghrib. Pendekkan cerita lepas maghrib tu, plan kami nak pergi pasar malam terus tak jadi. Afif terkulai layu je dalam bilik, Z jangan cakaplah teros tertido. Haa kau penangan tolong pegang orang kena rasuk.

Cerita ni belum habis ye sebab malam kedua tu dah bermulanya gangguan dekat aku, Afif dan Z tapi Z yang banyak kena kacau (nampak, dengar dan keteguran). Long short story time tu maghrib,jadi aku siap-siap nak berjemaah dekat masjid depan hostel tapi Afif dengan Z berjemaah kat rumah. Balik je rumah, Afif teros gi kat aku ajak sembang.

Afif: man kau pergi masjid ke tadi?
Aku: haah, asal fif?
Afif: kau tau dak masa nak sembahyang aku kena kacau. Aku suruhlah si Z ni iqamat, tapi tengah dye iqamat ni boleh macam gelak-gelak. Aku pon okay lagi time tu. Masa tengah solat ni aku paling lemah. Mamat tu dok baca surah-surah, kejap baca kejap gelak. Aku yang jadi imam teros tak khusyuk.

Aku: habis dak 3 rakaat ke ka bantai jamak tadi?
Afif: otak kau jamak. Aku habiskan jelah walaupun dengar si Z ni cam tak betol.
Aku: okaylah fif aku mengantuk ni, nanti isyak kejut au.

Lepas habis kami sembang aku terus masuk bilik tido. Masatu roommate aku takde, entah kemana tak balik lagi. Aku dengan mamainya teros terlelap. Aku ni tido menghadap dinding kat belakang pulak katil. Tak lama lepas aku lelap ni, aku terjaga mamai-mamai gitu. Tengah mamai tu aku dengar macam ade orang benafas kat belakang aku. Aku yang tengah mamai ni tak kisah ape dah, baca 3Qul dengan ayat kursi sambung tido.

Mengantuk punya pasal takde nak kisah setan bernafas kat belakang aku.
Masa dah lena ni, mari pulak si Z tetiba tolak pintu bilik aku kemain lajunya. Aku yang terkejut terus terduduk bercampur rasa nak lempang mamat tu. Lepas dye tolak tu boleh pulak kuar macam takde buat salah. Aku yang dah celik mata ni apa lagi kejar dye lepastu tanya asal tolak pintu macam nak suruh pintu tu terbang. Z pon mula bercerita. Z cakap, masa dye masuk rumah dye macam dengar ramai je orang dalam bilik aku tengah bersembang.

Dye mesti pelikkan bunyi riuh semacam sedangkan aku tidur sorang je dalam tu. Aku yang dapat agak macam ade kena mengena dengan setan yang kacau tadi, tapi diam sambil angguk je sampailah Z habis cerita. Gangguan tu habis malam tu sebab esoknya ada ustaz datang dan tolong ubatkan Z dengan Myra. Macam mana ustaz tu ubatkan jangan tanya ye aku dah lupa tapi yang aku ingat bende yang rasuk dan kacau Myra dengan Z macam budak je.

Okay ni last pengalaman aku. Bende ni jadi aku dah kena balik rumah aku kat Pahang sebab PKP nak dimulakan esok harinya. Sepanjang balik dan sampai kat rumah tak jadi ape-ape pon. Tapi esoknya memang rezeki aku. Masa tu kalau tak silap aku, aku nak solat isyak. Masa tu dah pukul 12 ke atas tak silap aku. Aku yang terjaga dari tidur terus ambil wuduk dan bentang sejadah.

Siap rakaat pertama takde apa terjadi, naik rakaat kedua sampai habis solat tu aku dah mula diganggu. Sepanjang rakaat kedua sampai habis, aku rasa macam ada bende tengah tengok aku sembahyang. Sebab ape tau, masa solat tu bulu roma dah kemain tegak je naik. Aku dalam hati boleh harap bende tu tak datang jenguk masa aku bangun dari sujud dah lah.

Alhamdulillah aku tetap habiskan solat aku walaupun tak khusyuk. Ni sekadar teori aku je lah, disebabkan banyak masa aku spend dekat hostel, balik rumah hanya 2 atau 3 bulan sekali. Jadi bila lama aku tak duduk bilik tu, ade bende macam menumpang.
Sekian ini sajalah perkongsian aku kali ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Gangguan”

Leave a Comment