Gangguan Aishah

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat FS. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada admin FS kerana sudi publishkan cerita saya ini. Ok, nama saya mia, dan cerita ni terjadi pada tahun 2017, mengisahkan tentang anak saudara saya yang berkawan dengan makhluk halus. Anak saudara saya nama dia Aishah, ketika 2017 dia baru berumur 4 tahun. Dia seorang budak yang baik dan patuh.

Sampailah ada satu ketika tu, pokok kayu ara kat belakang rumah kitaorang tu kena tebang, oleh sebab ada kerja-kerja pembikinan rumah. Start dari kejadian penebangan pokok tu, Aishah jadi budak yang pendiam dan selalu bermain seorang diri. Setiap malam pukul 3 pagi, dia akan menjerit menangis seperti orang hysteria sehingga pukul 5 pagi baru lah dia akan senyap. Macam-macam kitaorang buat untuk diamkan Aishah. Korang bayangkan, nak berminggu-minggu jugalah setiap malam terjaga sebab c Aishah ni menangis. Adalah juga mak dia bawa dia berubat kat Ustaz ni. Tetapi apabila “di-scan” Aishah normal dan tidak ada yang menganggu, diberikannya air penenang jiwa. So kitaorang pun assume Aishah ni memang macam ni sebab budak kecik. (Tantrum)

Dalam 3 hari, dia tak menangis malam-malam, senanglah hati juga. Sudah hari ke-4, Aishah pun kembali beraksi, menangis tanpa henti, dan yang membuatkan kitaorang (mak Aishah, saya, mak dan abah) seram sejuk, dia tunjuk kat atas siling, “takuttt… takuuutt..ada hantu..ada hantu..” meremang bulu roma kitaorang. Sudah dilihat tidak ada apa-apa, hanya Aishah yang dapat melihat (maklum kan budak memang mudah sangat nampak benda halus). Dah tu kitaorang pasang ayat-ayat rukyah, makin panas lah Aishah ni, sehingga dia menjerit-jerit minta dilepaskan. Air yang diberikan oleh ustaz tu kitaorang bagi dia minum. Hari nak menjelang subuh, dia pun beransur diam dan tidur. (letih menangis dan menjerit la tu haha)

Ada satu masa tu, saya nampak Aishah bermain seorang diri, berdiri di depan cermin dan bercakap seorang diri. Seolah-olah dia bercakap dengan seseorang. Meremang juga bulu roma tengkuk saya ni tengok dia bercakap seorang diri sambil ketawa. Dia kata “Why is your hair so long?”. Korang rasa?? Pening daaa.. kitaorang biarkan saja.. mungkin dia bermain seorang diri. FYI, rambut c Aishah ni pendek paras bahu je.. so rambut yang panjang tu siapa ye? Serammmm…

Ada lagi satu hari tu, dia bermain masak-masak seorang diri. Dia susun meja tu macam candle light dinner punya setting haha kemudian dia sediakan cawan dua.. semua dua la.. dah tu saya baru masuk rumah nampak dia..saya pun tanya la.. “Aishah…. Main dengan siapa tu?” Aishah pun jawab sambil tunjuk kerusi kata depan dia “Aishah playing with my friend” Ya Allah saya pun menjerit.. “Aishah come here!” Kitaorang pun masuk bilik. Untuk menghilangkan rasa takut.. kitaorang layan cerita didi&friends. Kejadian yang saya pernah nampak ni, saya tak cerita pun kat mak dia atau sesiapa pun.

Aishah ni kalau dia nak sesuatu atau permainan, dia nak sampai dapat,selagi tak dapat, dia akan menangis menjerit-jerit. Mak Aishah pun marah dia, tapi dia tak menangis, dia cuma diam seribu bahasa sambil merenung tajam ke arah mak dia, mata Aishah tak berkelip; anak mata dia hitam bersinar. (Kalau Aishah marah, anak mata hitam dia akan bersinar).

Dah tu ada sampai satu tahap tu, dia punya mengamuk.. memang tak boleh bawak bincang. Kitaorang sepakat nak bawa dia pergi berubat tempat lain. Dah tak tahan dengan perangai dia lagi. Pada masa dalam perjalanan, saya menceritakan kejadian yang pernah saya lihat yang terjadi kat c Aishah ni seperti bercakap depan cermin tu dan ketika dia main masak-masak kat diaorang. Tapi kitaorang kat dalam rumah tu tak kena ganggu, Aishah seorang saja.

Dah kitaorang sampai kat rumah Ustaz ni, Aishah tunduk-tunduk, tak nak tengok pun muka Ustaz tu. Dah tu bermulalah session rukyah. Memang ada barang oii dalam badan anak buah aku ni. “kawan” dia ni tak nak lepaskan dia, dia suka dengan Aishah ni. Kira diorang ni sehati sejiwalah. Ustaz tu pun tanya, jika Aishah ni malam-malam ada bangun atau menangis tak? Mak dia angguk je. Ustaz tu cakap “kawan” dia ni budak perempuan. (patut lah dia tanya “why is your hair so long?”). “Kawan” dia ni nak main dengan Aishah, tapi Aishah tak nak. Dia tarik-tarik kaki Aishah ni, sampai dia menangis menjerit-jerit. Dah tu ustaz tu cakap, “kawan” dia ni datang dari pokok kayu ara. Dan satu lagi ustaz tu kata, “kawan” dia ni jugak bisik kat dia supaya jangan dengar kata kitaorang, “macam bisikan syaitan” kan… haha Kitaorang diam seketika krikk krikk hehe…Aishah tunduk diam dan marah-marah. Ketika process rukyah berlangsung Aishah menjerit “saya nak tinggal dengan dia” tetapi suara itu bukan suara asal Aishah. Dah tu ustaz tu buat la apa-apa yang patut. Saya ni ketakutan dah tengok kejadian macam ni.

Setelah selesai session rukyah tu dan beberapa hari kemudian.. Alhamdulillah.. ada perubahan yang baik pada Aishah, dia tak lagi bangun menangis dan menjerit-jerit tengah malam seperti sebelumnya. Sehingga hari ini Aishah kembali seperti budak-budak biasa.

Itu saja lah cerita saya.. maaf ye jika penceritaan saya ini tak seram, sekadar perkongsian Bersama peminat tegar FS. Kita memohon kepada Allah semoga kita semua dilindungi daripada kejadian yang tidak diingini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari hambanya Terima kasih semua yang sudi membaca. Assalammualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mia Aleesya
FOLLOW FB KAMI.

5 comments

  1. Mujur berubat. Klu x, kesian budak tu nnt membesar jd personaliti lain. Nice story. Klu boleh share skali ustaznya utk kawan2 yg lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.