Penulisan kali ini dari Group Whatsapp Honda Wave Club Perak di mana aku aktif berkonvoi mengikuti kelab permotoran kapcai sejak tahun 2012. Aku ingin berkongsi beberapa pengalaman dari mereka yang acapkali membawa motosikal di waktu pagi buta sama ada selepas melepak di bandar ataupun ketika menuju balik ke rumah sesudah TTS (The Tarik Session) kelab. Terdapat suntingan supaya pembaca lebih memahami serta saya telah padatkan kisah dari sebelum ni dengan yang terkini. Tokok tambah juga dibuat untuk menyedapkan jalan cerita. Maaf jika terdapat nama yang tidak disebut kerana hanya ingat pada ceritanya sahaja.
Trrr… Trrrrrr…
Telefon bimbitku bergetar menunjukkan notifikasi dari aplikasi Whatsapp dimasuki mesej. Aku membaca mesej-mesej yang masuk rupanya mereka meraikan aku kerana karya aku dinaikkan di laman Arkib Angker Negara. Lalu aku mengambil kesempatan untuk mereka kongsikan pengalaman sebenar mereka.
Tipah : Alang-alang sembang pasal makhluk halus ni, ada tak sesiapa yang ada pengalaman? Mai la share kot boleh jadi bahan untuk aku buat cerpen. Ngeheee.
Tulang is typing…
Fiq : Ada kak. Ingat tak minggu lepas ada Mega TTS kelab. Rumah saya dekat Grik. Perjalanan ambil masa dalam 20 minit lepas keluar dari Highway. Masa tu dalam 2-3 pagi la kak. Sunyi dia… Ya ampun. Tak tahu nak cakap. Awal tu seronok sebab boleh pulas throttle habis nak test power tenggiling ni kak. Tiba-tiba depan saya ada van jenazah. Saya perlahankan kelajuan follow belakang je. Kira nak santai. tiba-tiba teringat geng dalam ni cerita. Kena kacau macam yang saya kena ni la. Meremang terus kak oi!
Tipah : Hahaha. Tula kamu kemain bawa motor laju-laju tak ingat keselamatan. OK la tu bagi peringatan sikit. Lepas tu apa jadi?
Fiq : Kemain gelakkan saya. Lampu dalam van tu menyala kak. Tertelan halkum rasa saya masa tu. Mana taknya. Nampak bayang-bayang kepala berikat macam pocong kat cermin belakang van tu. Nasib motor laju. Terus pecut tinggalkan van jenazah. Demam pun baru baik ni.
Acap Keli2 : Aku pun ada kena macam hang Fiq. Dekat jalan lama KL ke Ipoh. Tapi awal-awal dah tahu aku kena kacau. Nampak je van jenazah tu aku terus p****g. Berdesup la juga ingat dah jauh selamat. Rupanya muncul lagi depan aku. Berkali-kali van tu duduk depan aku dan berkali-kali juga la aku p****g. Tak berani aku duduk lama belakang dia. Nasib tak jauh dah dari rumah masa kena tu. Esoknya aku kabo kat mak aku. Sekali aku kena tibai dengan rotan sebab balik tengah malam buta. Di padankan muka aku. Huhu. Mak aku kata “Ingat motor kome je boleh konvoi. Van jenazah pun boleh!!!”
Tulang is typing…
Af Long : Bulan lepas aku balik rumah dari Pulau Pinang ke Ipoh. Sempat aku mengerling pada jam tangan waktu tu 12 tengah malam. Ada sahabat di Ipoh bagitahu di sana hujan lebat. Lalu aku tukar jalan dari menggunakan Highway ke jalan lama. Aku elak dari melalui Terowong Menora disebabkan hujan yang menyukarkan dan mengurangkan daya penglihatan. Lagi pula terlalu banyak kisah kemalangan ngeri di situ buat aku rasa keputusan ini yang terbaik.
Ucop : Tepi Highway sebelum terowong Menora tu pun ada kubur lama. Ramai cakap kena ikut kena kacau bagai. Hati-hati la ya semua.
Af Long : Betul tu. Tak tahu nak kata malang ke bertuah. Aku terserempak dengan hantu galah dekat Jalan Beruas, tinggi dan hitam. Tinggi dia sampai tak nampak kepala dia mana. Masa tu kelajuan motor agak tinggi. Hampir sahaja aku cium pokok tepi jalan kerana terkejut. Tobat lahum nak ikut situ dah.
Tulang is typing…
Kecik Gerbang : Dulu korang tahu kan aku kerja kat gerbang. Biasanya aku balik rumah guna jalan lain tapi tah macam mana ada satu malam ni aku ikut jalan melalui hadapan Kellie Castle. Bila dah melepasi kawasan situ aku dapat panggilan ada barang peribadi tertinggal di gerai. Nak dijadikan cerita aku u-turn di jalan yang sama. Memang rasa otak tengah bodoh masa tu. Di hadapan bangunan tu aku nampak ada yang berpakaian putih menunggu di sisi jalan.
Udin : Halamak. Seram!
Kecik Gerbang : Diam la Udin! Aku tak habis citer lagi.
Bilul : Diam la Udin!
Kecik Comot : Diam la Udin!
Kecik Gerbang : Hahahaa…. Tiba-tiba, benda putih tu terobang kome depan aku. Mata jadi gelap, udoh aku kemalangan sebab terbabas. Kebetulan ada sebiji kereta dekat belakang aku. Dia berhenti dan tolong aku. Dia pun memang mengiyakan kejadian dan nampak benda tu. Nasib luka-luka ringan je.
Tulang is typing…
Tipah : Allah, nasib tak teruk ya.
Atok : Atok pun pernah kena. Makhluk ni tumpang. Mentang atok ride sorang-sorang. Nak try atok la tu! Si Ogy tu bukan nak teman atok gi jenjalan.
Mie : Yeke, aku pun kat situ jugak pernah kena tumpang.Nasib tak jauh mana dia numpangnya.
Udin : Ni bukan pengalaman aku la. Member sekerja aku. Masa tu awal pagi. Kabonya tengah syiok tunggang motor dalam keadaan yang agak laju tiba-tiba muncul kerbo hitam bermata merah di hadapan. Tak dan elak, dilanggornya menatang tu. Tapi yang herannya, bila bangun kerbo tu hilang. Tak tunggu lama la kawan tu. Nasib ler motor boleh hidup dan dia pun luka ringan je.
Fiq : Nasib tak arwah. Dengar khabar salah seorang otai kelab ni ada yang meninggal langgar lembu/kerbau. Ada masuk surat khabar. Al-fatihah.
Tipah : Ya, arwah meninggalkan seorang isteri dan bayi. Allah lebih sayangkan dia. Tak silap isteri pun ada sekali masa kejadian tapi selamat. Wallahu’Alam.
Tulang is typing…
Af Long : Lamanya Tulang typing. Karangan berapa juta patah perkataan ni Tulang? Hahahaa….
Tulang is typing…
Bulad : Biar jela Tulang tu. Aku pun ada cerita dekat Kellie Castle. Nampak bebola api dok libang libu berterbangan melintas ke kiri kanan. Ada masa macam berguling kat jalan tar. Aku bukan la power cuma aku cakap jangan ganggu, aku nak balik rumah. Alhamdulillah selepas itu hilang.
Kecik Comot : Libang libu!!! Udah nama pun bebola api. Ate, paneh ler tu. Hahahaa…….
Jai Sami : Kak Yong Kak Yong! Jai pun nak kongsi. Masa tu Jai bekerja di Perodua Rawang, shift pagi balik dalam 7 malam. Selepas bersiap untuk balik ke Manjung dalam jam 8 malam. Jai memutuskan untuk menggunakan exit tol Bukit Beruntung dan keluar tol Bukit Tagar. Dalam jam 10.15 malam jalan sangat dan teramat amat amat sunyi, lampu jalan tak ada, rumah orang pun tak kelihatan. Kiri kanan hanya kelapa sawit sahaja ada. Tiba-tiba, terbaulah bangkai dan secara tak langsung kelajuan motor Jai dari meter 90km/jam jadi perlahan yang amat. Rasa berat sahaja motor yang ditunggang. Sekali tengok cermin sisi, ada yang tumpang percuma. Mungkin makhluk tu ingat Jai ni pembawa GRAB. Jai baca ayat Kursi hembus kiri dan kanan Alhamdulillah yang menumpang dan baunya hilang.
*Jai bukan sami dia melayu tapi panggil sami kerana botak licin berkilat kalau kena cahaya matahari silau wooo.
Tipah : Masa tu hang pakai helmet ke tak? Aku risau kot hang tak pakai dia nampak bersinar mcm lampu teksi ke apa. Ngahahaaa.
Jai Sami : Hantu punya Kak Yong.
Abc : Semalam balik dari KL si Def kena tumpang. Kami yang lain terus pecut. Memang nampak kak ponti tumpang belakang dia.
Def : Kome kuajo tinggal aku. Nasib la dia tak meraba aku. Aku masa tu dah rasa berat, tengok cermin sisi nampak rambut terbang-terbang. Kome pulak makin menggila ya pulas minyak. Nasib tumpang berapa kilometer je. Seram sejuk wei badan aku.
Tipah : Aiyo. Seram sebab boleh nampak terus. Apa pun terima kasih semua sudi berkongsi cerita.
Tulang is typing…
5 jam kemudian.
Tulang : @Af Long masa bila pulak aku typing. Aku siang ni tak pegang telefon bimbit aku pun. Takat jeling-jeling tengok jam je. Area aku koje tadi tak ada liputan. Aje gila. Kome jangan mainkan aku.
Tipah, Bilul, AF Long, Jai Sami, Udin dan yang lain-lain………..
APA!!!
tulang typing apa ??
Masya Allah. Semoga dihindari daripada berlaku kejadian macam tu. X sanggup
Hantu tu pun nk join borak ii skali tpi x smpat nk reply. HAHAHA!!😂😂
‘Tulang’ nk join bercerita le tu. Tpi tgh x da idea nk citer apa. Just typing dri tdi sbb termenung. Haha😂😂
Hahaa!! yg ni lawak. rsnya handphone Tulang yang problem. Phone aku pun pernah jadi camtu. Aku tak buat pape tapi semua wassep jadi is typing tu. rupanya ada masalah dengan wassep. Haha!
Mgkn sibuk susun tulang jari yg berterabur tu yg asyik. ‘typing…’, berjam2.
jgn main2…hantu pun dah pndai bergejet..dia pun nak bersosial…hihihihi…
asik is typing jek…dia nk mncelah mmbawang tak dpt2…
terbaik citer ni…
sambung lagi klau ada citer baru yea..
CEGHITE KOME BEST
kome sume geng perak ke yop. Ate . . area mana ? . teman owg kuale .