Gangguan di homestay Hulu Langat

Assalamualaikum Admin FS.Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi publishkan kisah seram saya dekat public sebelum ni.Saya ada kisah seram nak kongsikan kepada pembaca kisah seram dekat FS.Sebelum tu saya nak kenalkan diri saya sebagai Mai.

Kisah ini terjadi pada bulan Desember 2023. Setiap tahun aku dan keluarga sebelah suami akan pergi bercuti bersama untuk sambut hari lahir mak mertua. Biasanya adik ipar yang akan cari tempat untuk kami bercuti. Jadi adik ipar pun menyewa homestay dekat dekat dengan sungai. Kebetulan homestay tu ada kolam renang sekali. Sesuaila untuk anak buah aku mandi-mandi. Sungai tu dekat Hulu Langat tapi nama homestay aku rahsiakan untuk kebaikan nama homestay tersebut.Sebab pengalam orang berbeza-beza.
Aku dan keluarga mertua pergi menginap 2 hari 1 malam.Check in hari ahad dan check out hari isnin.Kebetulan hari isnin tu cuti Hari Jadi Sultan Selangor.Kami menyewa 1 homestay dan 1 chalet sebab kami cuma 3 family je.

Masa kami sampai memang ramai yang sewa homestay dekat sana sebab semua homestay ada kolam renang. Tempat memang cantik. Sampai je dekat homestay kami terus check in dan makan tengah hari dengan bekal yang kami bawa dari rumah. Budak-budak apa lagi ,memang tak sabar nak terjun kolam.
Malam tu kami buat BBQ untuk menu makan malam.budak-budak masih mandi sampai pukul 10 malam macam tu.

Dalam pukul 12 baru kami selesai makan-makan dan budak-budak pun dh kepenatan mandi kolam dan mandi sungai pada siang harinya.kejadian seram hanya terjadi pada pukul 2 lepas semua dah tidur. Tapi aku tak boleh tidur sangat, mungkin tempat orang kan,jadi tak boleh nak lena macam tidur kat rumah sendiri. Adik ipar aku dan suaminya tidur dekat chalet, tapi anak mereka tidur dekat homestay.

Tengah semua lena tidur dibuai mimpi,tiba-tiba ada pinggan jatuh dekat dapur.Aku terus terkejut bangun keluar bilik tengok kut ada yang lapar cari makanan. Tapi bila keluar bilik semua tengan tidur. Kebetulan biras aku belum tidur. Dia yang ambik pinggan jatuh tu letak balik tempat asal.Aku pun sambung tidur balik. Dalam pukul 5 macam tu. aku terdengar orang ketuk pintu 2 kali kuat sangat. aku igtkan adik ipar yang tidur dekat chalet datang nak buat sarapan,tapi tak dengar suara orang. Aku sambung tidur balik. Tak lama lepas tu, ada bunyi lagi orang ketuk pintu, aku buat tak tau je smpai siang.

Paginya aku ceritalah dekat adik ipar semua dan suami aku dengan apa yang aku dengar malam tadi dan pagi tu. Rupanya bukan aku sorang je yang dengar orang ketuk pintu,anak buah aku pun dengar jugak.Adik ipar yang tidur dekat chalet kena tarik kakinya, tapi dia buat tak tau je. Dalam pukul 2 macam tu kami baru check out.
Itu sajalah cerita yang tak berapa seram yang aku nak kongiskan. Terima kasih FS.

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

Mai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 3.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.