Gangguan di kilang

Assalamualaikum,
Ingin aku ceritakan pengalaman beberapa tahun dahulu.
Sama ada seram atau tidak bagi anda, terpulang. Bagi aku ianya menyeramkan.

Aku bekerja kilang di Kedah. Nama di rahsiakan. Seingat aku, umur masa tu baru 18/19 tahun.
Sejak aku bekerja di situ, pelbagai perkara mistik terjadi. Bahkan kadang kala aku jadi lali dengan usikan.
Setiap hari , setiap waktu aku tidak lupa membaca pendinding diri terutama ayat Qursi, Zikir, serta doa apa yang aku ingat.
Aku juga sukar membezakan dunia realiti atau alam lain.
Kerana aku sering di ganggu dengan hilaian, jeritan, suara memanggil nama, kadang kala ia menyerupai manusia iaitu kawan kau.
Biarkan aku ceritakan satu persatu.

1) Aku ke belakang seorang diri membuang sampah dan membuang barang reject ke tong yang di sediakan. Waktu itu jam menunjukkan 10.50Malam. Pukul 11 Malam waktu habis kerja. (Waktu kerja aku masuk pukul 4petang balik 11 malam.)

Aku mencari tong reject untuk di buang, jenuh mencari kerana pelbagai tong ada.
Datang seorang lelaki Vietnam kawan sekerja aku, nama Bobo. Dia membuang kain buruk (Kain yang mencuci mesin terkena cat printing / buang cat)
Aku berbual dengan pak cik guard, nampaknya malam itu pak cik Guard sombong dan tidak ramah seperti selalu.
Aku: Assalamualaikum pak cik, kenapa diam je, sombong betul pak cik cik, senyum la sikit.
Bobo: Hana ! You cakap dengan sapa?
Aku: Ini ! I cakap dengan pak cik guard ni belakang you, tidak nampak ek??Sambil tergelak kecil.
Wajah Bobo nampak pucat, seperti ketakutan.
Bobo: Hana! Jom lari, cepat!
(Sambil menarik lengan aku, dan aku menepis sambil berkata )
Aku: I belum jumpa mau buang ini barang.
Bobo: Ala you buang terus la.Tinggal saja.
Aku: You ni kenapa, muka macam nampak hantu saja , you pergilah dulu.
Bobo: I pergi dulu, hati-hati.
(Bobo berlari meninggalkan aku sorang diri di temani pak cik guard belakang aku)
Aku mengeluh sendirian sambil mengomel,
“Ish pasai apa tak jumpa lagi, eh dah pukul 10.56 mlm,Ya Allah”.

Aku menoleh ke belakang, pak cik guard dah tak ada. Aku berani pun tadi ada pak cik guard teman.
Aku letakkan barang di situ, dan pergi ke depan nak ambil barang. Aku lihat kawan-kawan semua tunggu nak balik. Dalam bilik production, ada 5/6 orang mengelilingi Bobo. Semua pandang aku.
Aku: Kenapa ni, Bobo kenapa muka pucat, tak apalah esok ambil MC, nak deman ni.
KakJang : Eh Hana, hang berani Noh.
Bobo sampai mengigil .
Aku: Apa Kak Jang, Hana tak tau apa-apa.
Kak Ton: Tak apalah, esok kita sembang. Jom balik. Seram sejuk dah ni tinggal kita ja.

Keesokan hari jam 3.45 petang, sempat bergosip dulu sebelum masuk kerja.

Aku ceritakan apa Bobo nampak dan apa bobo cerita kat Kak Jang dan Kak Ton serta kawan lain.

Cerita Bobo
Aku lihat Hana berbual bercakap sorang diri, aku berkata pada Hana, you gila kan. Tapi Hana tak layan aku, Hana cuma marah aku jangan kacau dia buat kerja.
Bila aku tanya Hana berbual dengan siapa, Hana kata sembang dengan Pak Cik Guard.
Aku menoleh ke belakang bagai nak luruh jantung aku.
Di depan mata aku , seorang lelaki tiada kaki, wajah yang menyeramkan, dia merenung aku dengan mata merah, sambil tersenyum seram.
Aku menarik Hana ajak dia keluar dari situ, tetapi Hana degil. Aku benar-benar takut sangat. Berdiri pun macam nak jatuh. Akhirnya aku berlari tinggalkan Hana sendirian. Masuk ke dalam production, Ayuni gelakkan aku .
Ayuni: Hei Bobo kenapa ni macam nampak hantu. ,lucu la wajah.
Aku abaikan tanpa bercakap.
Sehingga Kak Jang dan Kak Ton tenangkan aku, baru aku boleh cerita.

Begitulah ceritanya. Barulah aku faham kenapa Bobo tarik aku.
Seminggu baru Bobo datang Kerja.
Deman teruk dia.

Aku lihat wajah Bobo nampak ceria sedikit, Lega hati aku.
Bobo: You berani , I takut tau. Itu hantu tau. Muka banyak Buruk.
Aku: I mana tau, I nampak itu Pak Cik Guard. Tapi dia sombong sangat. Pak Cik Guard sebenar baik tau.
Bobo: Itu I tau.
Aku: Malam you kena itu, Esok i pergi cari Pak Cik Guard, I tanya Pak Cik Guard dia kata Hari tu dia CUTI ADA HAL EMERGENCY.
So, Malam itu yang kita nampak bukan Pak Cik Guard.
Bobo: You apasal pi sembang dengan Hantu?
Aku: Haih…You ni, I mana tau itu Hantu. Kalau tau I pun lari.
Yang you KENAPA tinggal I sorang2.
Bobo: I sudah takut , Tunggu you lambat sangat.

Yang aku buang barang semalam , Petang masuk kerja kena meeting , Marah dengan supervisor shift pagi, sebab kain buruk selerak di lantai,dan barang letak merata, sedangkan ada tempat khas.

Aku hanya diam…

2) Aku deman, waktu rehat pukul 7 malam, aku selesai solat, Terus aku ke belakang nak masuk production bahagian Spray. Perlu lalui jalan belakang juga. Ikutkan boleh je lalu di depan tapi terlalu gelap dan perlu melalui lorong 2 pintu. MUNGKIN JUGA AKU DEGIL.

Dalam aku melangkah ke belakang,sambil hati bersoal jawab,benarkah aku nak pergi juga tempat spray sedangkan semua rehat.Hati aku berbisik lagi “Ala nak pergi tidur letak kepala je. Deman betul-betul tak ada tenaga sangat.

Sampai ke belakang, hati aku rasa lega sangat. Lihat kawan aku sedang dating. Aku pelik juga, mereka berdua tak pernah datang di sini, selalu di depan .
Teman lelaki dia duduk di atas meja, kawan aku bernama Yanie hanya berdiri ,terlihat jelas di mata aku .Dia memakai baju kurung, dan tudung seperti biasa cuma hari ini kain dia labuh mencecah lantai. Kalau orang kampung kata dok heret taik ayam.
Aku menegur Yanie
“Dating kat sini pula ke?
Yanie membalas
“Ya, ambil angin kat sini pula”.
Aku pun senyum dan berkata
“Aik ..mimpi apa kain labuh sangat, tutup habis kaki, kotor kain nanti,”
Yanie membalas sambil tersenyum, teman lelaki Yanie tersenyum sinis.
“Saja nak pakai macam ni”.
Aku berkata kepada Yanie,
“Tak apalah, aku nak pi rehat sat, tak larat sangat ni”.

Selepas aku masuk dalam bilik spray, aku duduk di kerusi baru nak letak kepala atas meja.

Aku lihat sekeliling gelap dalam bilik spray, hanya bau cat. Bercahayakan lampu meja yang samar-samar dan lampu luar tempat Yanie melepak.

Aku terpandang di tingkap luar sebelah aku ,tempat Yanie dan teman lelaki dia duduk. Fungsi tingkap ialah untuk memudahkan pekerja mengambil barang di luar dan menghulurkan di dalam.

Hati aku berbisik lega, kerana Yanie dan teman lelaki dia ada sebagai teman, tidaklah takut sangat.
Tetapi..Mata aku menangkap sesuatu, dan berasa pelik serta aneh.
Aku melihat kuku sangat panjang, serta kotor kehitaman melekung seperti kuku burung. Jelas di mata aku, Aku perhati dan berfikir.
“Eh…Kenapa Kuku Teman lelaki Yanie Panjang sangat, kotor betul”.
Aku terdengar perbualan mereka

Teman lelaki:”Agak-agak dia dah tahu belum”.
Yanie:”(Sambil ketawa seram) Dah tahu kot”.
Mereka berdua ketawa menyeramkan.
Aku abaikan, dan menegur Teman lelaki Yanie.

Aku: “Hang NIE tak reti p****g kuku ka, panjang kotor hitam pula, hang tak rimas ka. Aku rasa macam nak p****g ja”.
Teman lelaki Yanie membalas dengan garau
“Aku suka macam ni”.
Mereka berdua memandang aku dengan seakan-akan marah aku mencampuri urusan mereka. Ataupun mereka marah aku mengganggu mereka dating.

Aku letakkan kepala aku di atas meja, dan memejam mata. Aku merasai seperti di perhatikan, aura seram sejuk sangat kuat seperti ia berdekatan dengan aku. Dari kaki sampai kepala , aku rasa Merinding, seram sejuk semacam. Memang kuat sangat.
Tetapi aku berasa pelik, kenapa tidak mendengar suara Yanie. Hati aku kuat berbisik jangan melihat, Hati aku degil juga nak melihat, Aku terkejut mereka sudah tiada. Mereka meninggalkan aku seorang diri. Mungkin mereka pergi kantin.

Aku menyambung tidur, tetapi pelbagai gangguan mengganggu aku.
Kerusi aku di goncang dengan kuat (bayangkanlah kepala aku masih di meja, dengan mata tertutup).
Meja aku juga di goncang kuat, sukar untuk aku lena. walaupun tidur tipu. jantung aku berdebar-debar.
Namaku di seru, “farhanaaaaaaa…
Farhanaaaaaaa….hihiiiiiiiiiihihiii…….”
Hilaian yang panjang.
Tidak berani aku bangun, tidak berani aku membuka mata, Bahkan aku juga tidak berani berlari keluar, aku rasakan kaki aku sudah lembik, tidak mampu berdiri.
‘Dia’ bermain pluq lampu buka tutup, buka tutup..
Dengar dengan jelas pluq di tekan PAP..PAP..PAP…sambil di iringi ketawa mengilai mengejek.
Aku berkata dan menjerit
“Jangan ganggu aku la bodoh, aku tak kacau hang pun, Celaka la”.
Pintu terhempas kuat beberapa kali.
Aku menenangkan diri aku, bila diri aku dah tenang, baru aku mula membaca surah-surah serta zikir untuk tenangkan hati.

Bila jiwa aku dah tenang , dan yakin. Baru aku berani buka mata. Aku lihat sekeliling hanya aku seorang, sah aku di ganggu tadi.
Aku bangun terus ke pintu.
Ia menguji aku lagi, aku terkunci.
Puas aku buka tetapi tidak berjaya.
Aku merasa pelik, pintu itu bukan terkunci, bila aku buka pintu hanya buka sedikit selepas itu ia tertutup.
Seperti ‘Dia’ tidak mahu aku keluar dan mahu bermain lagi. Aku membaca dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim terbuka pintu,
Muncul Lelaki Vietnam bernama Albert. Tugas dia spray barang. Aku merasai lega .
Albert melihat aku terkejut dan dia bertanya.

Albert: “Kenapa Muka you pucat, you okey ka? Kenapa duduk dalam gelap, kenapa tak buka lampu?
Hana!! You okey ?
Bertalu soalan dari Albert.
Aku:” I okey , jangan risau. Cuma I deman saja.
Albert: ” Kenapa tak buka lampu?
Aku: “Waktu rehat mana boleh buka lampu, nanti kena marah. You mau ambil barang ka”?
Albert:”Mau masuk kerja la, waktu rehat sudah habis”.

Baru aku sedar, dekat sejam juga aku di ganggu. Gila la…
Muncul seorang lagi pekerja spray, Nama Man berbangsa Vietnam.
Dia ini seorang yang penyabar, baik tutur kata dan pemalu. Kena marah dengan supervisor pun dia diam.

Tiba -tiba dia bertanya,
Man: “You orang buat apa di sini, berdua”.
Albert: “Mana ada buat apa, hang gila ka, aku mai dengan hang tadi, hang p ambik cat, aku masuk terus”.
Aku:” I tidur la you tadi”.
Man: “Hehehe…I saja tanya, sebab muka you banyak biru(pucat).
Albert: “Apa! Hang ingat I buat apa?? Sambil ketawa.
Supervisor aku masuk dan bertanya kenapa belum buat kerja lagi, Line kosong tak ada barang.

Part ini lupakan…sebab aku dah tak ingat lagi. Mereka memang fasih berbahasa Terutama Albert pekat berbahasa utara.

Aku mengambil mc 3 hari.
Aku datang kerja dengan niat ingin bertanya kepada kawan aku Yanie.
Soalan aku bertubi-tubi di kepala.
Benarkah yang aku jumpa itu bukan Yanie ?
Di sebabkan kejadian itu, aku deman teruk.

Aku pergi ke meja Yanie, dia sedang sibuk memeriksa barang.

Aku: “Assalamualaikum,sibuk ka. Aku nak tanya sikit”.
Yanie: “Tak sibuk, ni nak habis dah. Awat !tanya ja macam tak biasa”.
Aku: “Pada hari Selasa (aku agak ja, sebab dah lupa hari) hari tu, hang dating di belakang tempat spray luar tu ka”.
Yanie: “Hang merepek apa la, aku p kantin dengan Ayuni, lagipun Mad (teman lelaki) mana mai kerja, dia demam”.
Aku: “Hang cakap betul-betul Yanie, Aku serius ni”.
Yanie:”Laa…Betul Hana Oii.Aku p kantin dengan Ayunie. Sat aku panggil Ayunie “.

Bila Ayunie mengatakan mereka pergi ke kantin dan Mad memang MC sebab demam.
Mereka berdua mendesak aku ,kenapa aku beriya-iya bertanya.
Akhirnya aku bercerita kepada mereka. Kata Ayunie.

Ayunie: ” Tue la hang Yanie, tak pernah p kantin, dok ajak aku p kantin juga, Selalu dok bawa bekal. Benda tu dah pandai tiru muka hang dah”.
Sambil kami ketawa.

Balas Yanie ” Wei takut sangat aih.. Benda tu menyamar muka kami.
Lagi pun kami tak pernah dating di situ”.

Betul, mereka berdua tidak pernah dating tempat tersorok di belakang.
Aku berjalan nak ke tandas, terjumpa Mad teman lelaki Yanie. Sedang sibuk menyusun kotak ke dalam lori.
Malas aku nak kacau tanya dia..
Sebab Yanie dah bagitahu dia kisah itu. Dia hanya memandang aku sambil senyum .

Dan sejak itu, mereka tidak pernah lagi dating. Hanya pergi ke kantin dengan bekal yang di bawa.

Banyak pengalaman kerja di situ, adakala bau masakan wangi sangat.Lagi pula situ mana ada rumah, belakang hutan. kiri kanan kilang. Kantin pula last pukul 8malam.
Benda itu sering menyebut nama aku, mungkin dia suka nama aku. Atau dia tahu aku nampak kelibat dia dengan kerap. Aku pernah nampak dia berdiri memakai pakaian lusuh kotor, dengan rambut mengembang dan serabai memandang kawan aku buat kerja. Entah macam mana, dia tahu aku nampak dia, dia memusing kepala melihat aku . Cepat-cepat aku pusing arah lain.

Supervisor aku suruh ke molding cari leader Molding untuk cek semula barang molding sebab banyak barang crack, jenuh nak cek satu persatu katanya.
Leader Molding datang, dan memohon maaf sebab terlepas pandang. Dia menghantar seorang pekerja perempuan melayu untuk cek semula barang itu.

Aku rasa aneh dengan perempuan itu, dia tidak banyak cakap dan sentiasa menyendiri.
Apa yang aneh bagi aku, kadang kala aku terlihat seperti perempuan berambut panjang, berjubah labuh putih lusuh dan kotor sentiasa di sisi dia. Aku abaikan.. Malas nak ambil port. Mungkin pendamping dia kot. bisikku.
Aku dengar bisikkan halus di telingaku ,
“JANGAN GANGGU URUSAN KU”.

Aku hanya diam, aku tahu satu amaran untukku. Dia sudah tahu aku melihat dia. Perempuan itu sering mengelak dari dekat dengan aku.
Niat aku, hanya ingin berkenalan dengan dia. Sebab ramai kawan-kawan dia mengelak untuk berkawan dengan dia.

Suatu hari aku jumpa dia di tandas, aku senyum pada dia. Dia membalas senyuman ku. Aku bertanya pada dia .

Aku: Akak okey ke, hari tu saya nampak muka akak pucat sangat.
Dia menjawab : Akak okey je, terima kasih baik dengan akak. Ooo…hari tu akak tak sihat.

Hari ni aku lihat wajah dia Berseri-seri.
Esoknya aku dengar kawan-kawan dia kata dia kena histeria lagi.
Aku selidik dari kawan-kawan dia.
Kata mereka , Si akak itu bila datang kerja je histeria, kadangkala pengsan. Pak cik Guard tengok CCTV lihat seorang perempuan berdiri sebelah akak tu tengah buat kerja. Tetapi akak itu tidak sedar, sedang leka buat kerja.

Aku pula kaki buzy body, aku pergi jumpa Pak Cik Guard, dan bertanya. Sahih ke tidak. Jawapan Pak Cik Guard ialah benar.

Pada satu kejadian, kami tidak cukup orang .Dan mengambil seorang untuk ganti. Mereka menghantar akak itu.

Aku berada di meja belakang akak itu dalam 20 langkah. Aku melihat dia buat kerja. Dan aku abaikan.
Sambil aku membuat kerja, mulut ku tidak henti-henti berzikir dan membaca surah. Pesan arwah Tok Wan aku dan Arwah Tok aku, pergi mana, buat apa pun jangan lupa baca Qursi dan zikir. Jadi dah jadi kebiasaan ku.

Aku melihat kawan-kawan aku di depan akak itu berlari peluk diri masing-masing. Seperti ketakutan.
Secara tiba-tiba akak itu mengamuk dan menjerit panas.panas. panas .
Kawan aku bernama Ilah, seperti ketakutan berada di sebelah aku. Aku berkata jangan takut, ingat Allah. Tawakal kepada Allah.

AkaK itu merenung aku sekali imbas, dia menjerit kepada semua orang “JANGAN BACA”.
Aku pula dengan lantang berkata, “Hampa semua baca doa apa yang hampa ingat, Takut kepada Allah”.
Akak itu seperti histeria menjerit, PANAS, JANGAN BACA LA BODOH.AAARRRRHHHHH..
menggelupur dia di lantai.

Yang aku sakit hati, dan bengang sesiapa pun tidak tolong. Hanya kaku melihat. Mereka hanya mendesak aku yang urus.
Kata kak Malar (India)
Hana !hang pergi urus, Akak yakin hang boleh. Pergi!!
Kawan lain pun sama. Kurang asam..
Aku pun takut juga.
Aku lihat dia makin mengilai ketawa, teruk sangat.
Dia seperti mahu terkam kawan – kawan aku,
Aku berkata “Jangan apa-apa kan mereka,kalau tidak nahas hang”.
Aku saja berkata macam itu, sedangkan aku pun tak tahu nak buat apa.

Aku dengar kawan-kawan aku menjerit “Wei, mata dia merah takutlah”.

Aku kumpulkan keyakinan dan berdoa moga Allah bantu aku.
Aku berkata pada Akak itu,
“HANG PANDANG AKU, HANG PANDANG MATA AKU (Sebab dia mengelak bertentangan dengan aku)
Dia hanya mengilai.. Dan ketawa besar. Dia berkata kepada aku
“Hang jangan ganggu urusan aku, aku suka dia, Berhentilah baca bodoh.. Aku panas aaarrrr..r.rrrr……..”
Aku lihat kawan-kawan aku semua ketakutan. Dalam production aku, banyak warga asing, orang melayu beberapa orang saja. Aku tiada pilihan lain, sebelum terjadi teruk lebih baik aku bertindak sekarang.
Berbekalkan keyakinan kepada Allah,
Yakin dengan pertolongan Allah,
Aku mula mendapat keyakinan diri dan percaya Allah bersamaku.

Aku membaca doa Qursi, Fatihah,bismillah 5 dan doa lain. Aku pun dah lupa doa apa lagi, yang aku ingat doa syifa aku baca juga.

Apa yang pasti, dia mengelupur dan menjerit
“Panas, jangan baca, aku janji tak kacau dah. Aku janji tak kacau dia dah”.

Aku pun dah lupa dialog dia cakap. Yang mana ingat je aku ceritakan.

Yang aku pelik tu, aku baca doa dan hembus kat dia, lagi dia menjerit, terus dia pengsan.

Baru leader dia datang bawa dia keluar tolak dengan troli barang. Aku berpesan “Lain kali, jangan bawa dia datang sini lagi, cari orang lain ganti”.
Kenapa tak bagi dia cuti panjang untuk berubat?

Selepas kejadian itu, akak itu dah tak masuk production aku.

Dengar kata keluarga dia bawa dia berubat dan dia pun dah behenti kerja.

Insyaallah jika ada story lagi aku cerita.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hana

3 thoughts on “Gangguan di kilang”

  1. hang memang berani kak…kalau aku, tak tau la apa nak buat…. ni kilang kat mana ni? Sg’tani, Alok Stak, Sg Lalang ? wow pak guard pun nampak sosok kat CCTV? kenapa dia tak report kat orang atasan?

    Ada apa yang mengganggu hang lagi lepaih kejadian tu lagi tak?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.