Gangguan Hotel di Tanah Rata 2

Assalamualaikum pembaca fs..aku nana penulis kisah gangguan hotel di tanah rata..

Gangguan Hotel di Tanah Rata

Aku ada terbaca soalan-soalan diruang komen. Jadi aku jawab mana yg boleh disini ya.

  1. hotel nama apa?
    – hotel bermula dgn huruf A. Ada cawangan di PD & Melaka.
  2. Lokasi hotel dimana?
    – tanah rata.bangunan yg dibawahnya ada shopping mall baru buka,kedai pun tak byk lg. Dan aku ada terbaca komen ianya bangunan yg sudah lama terbengkalai.
  3. Lokasi bilik?
    • aku tak igt tingkat berapa tp dapat bilik hujung sekali,bilik
      aku berhadapan dgn hotel T*** P****

Aku juga ada terbaca diruang komen bahawa H******* H**** juga byk kisah gangguan disitu, dan jika anda mahu tahu H******* H**** lokasinya berada disebelah kanan hotel yg aku inap.

Coincidence? Mungkin.. atau ianya adalah geng makhluk yg sama utk menggangu manusia. Mungkin juga yg terkena gangguan nasibnya tidak baik pada ketika itu. Wallahualam..

Selepas aku sudah sampai ke KL aku search hotel di booking.com sama ada betul hotel ni wujud atau tidak. Hotel ini masih wujud. Mana tahu jadi macam cerita filem seram lakonan fikry ibrahim dan janna nick.

Seterusnya aku nak bercerita pengalaman makcik aku pulak di cameron highland. Waktu kejadian aku tiada disitu. Makcik aku cerita kepada aku setelah aku menceritakan pengalaman aku di cameron highland.

Hotel yg makcik aku menginap adalah hotel T*** P**** . Waktu itu dia berdua sahaja dgn suami dia. Selepas isyak makcik dan pakcik aku sudah siap sedia utk tidur. Sewaktu dia dan suaminya sedang diulit mimpi pakcik aku terjaga pada pukul 12.30 tengah malam. Pintu bilik makcik aku diketuk dgn 3 ketukan perlahan. Pakcik aku dgn mamai pergi buka pintu.
‘Eh,tak ada org pulak’ , pakcik aku bermonolog.
‘Siapa tu bang?’ , makcik aku bertanya pakcik aku.
‘Tadi dengar mcm ada org ketuk pintu,bila buka takde org. Housekeeping agaknya’ , pakcik aku membalas.
‘Sekarang pukul 12.30 pagi bang,housekeeper mana pulak keje tengah2 pagi ni. Receptionist pun belum tentu rajin nk ketuk pintu bilik org pkl 12.30 pagi.’ , makcik aku membalas dgn nada gusar.
‘Ye tak ye jugak tu. Tak ada apa-apa kot. Dah sambung tidur balik.’ , pakcik aku cuba menenangkan keadaan.

Tiba- tiba terdengar air paip dibuka didalam bilik air. Makcik dan pakcik aku berpandangan sesama sendiri. Pakcik aku mula membaca ayat kursi dan ayat 3 Qul. Makcik aku mengikutinya. Tiba-tiba terdengar suara orang gelak didalam bilik air. Bukan gelak kuat tetapi gelak perlahan. Org putih cakap giggles. Makcik aku baca ayat kursi dgn 3 Qul sampai tersasul salah bacaan. Takut punya pasal. Lantas pakcik aku bersuara ‘kami disini bukan ada niat jahat,niat nak cuti dan berehat. Bilik ini pun kami sudah bayar utk masuk. Jangan ganggu kami. Kami tiada agenda lain dgn kamu’

Lalu pakcik aku azan disetiap penjuru bilik. Setelah selesai, pakcik aku buka pintu bilik semula dan berkata ‘keluarlah,jangan ganggu kami’. Selepas itu,pakcik aku menutup semula pintu bilik dan dia membaca doa. Makcik aku tak tau doa apa yg pakcik aku baca. Kemudian pakcik aku menyuruh makcik aku tidur semula sementara dia mengambil wudhu dan solat sunat. Alhamdullilah makcik aku dpt tidur lena sehingga ke subuh dan selepas itu tiada gangguan lagi.

Konklusinya , sama ada dirumah atau dihotel perlu sentiasa waspada dgn ketukan pintu/bunyi loceng pintu yg ditekan. Buatnya nasib tak baik terkena gangguan makhluk halus atau pun gangguan manusia utk mencuri/pukau dan sebagainya.

Ianya adalah cerita betul yg diceritakan dan tiada tokok tambah penyedap cerita. Itu sahaja kisah dari aku. Maaf kalau cerita tidak seram.

12 thoughts on “Gangguan Hotel di Tanah Rata 2”

  1. Rasa cm tau hotel ni..pernah menginap kat hotel ni bulan 5 tahun ni..dpat bilik tgkat atas sekali…masa 2 pn org xbape ramai kt hotel 2..mujur dia xtunjukkan diri dia..

    Reply
  2. Terima kasih untuk clue2 tersebut… Tapi T*** P**** bukan hotel lah yang..huhu.. I google baik punyer..
    Tapi kat mana2 pun ada jin, jika nasib kita tak baik memang jumpa walaupun kita dah riki2 tempat tu.

    Reply
  3. sy dan suami ada pegi cameron bulan 3 aritu .suami sy penah kena kacau masa tidur dekat hotel C*********.. kawan saya pulak kena ganggu kat hotel s********* p***.. dasyat jgk gangguan dia.. fuhhh..rasa takut dh nk tido kat mana2 hotel .. hahahah

    Reply
  4. eh menyampah plak aku yg jenis censored2 nama ni..apsal?? citer fake?? takut kena saman?? memang harapkan org pegi n kena ganggu jugak kat situ??

    Reply
  5. owh avilian..ptt la mse ktorg decide tu spupu aku die mati2 xnk die ckp xtau knpe tp hati die mcm xbermnt dgn hotel tu.die kata kalau ade rse mcm tu mmg ade sometg.sepupu aku lg sorg plak blk2 ajk pg avilion die ckp cntk la best la itu ini.dan buln lps aku on fb kwn aku share psl kejadian die kna kacau dkt avilion.aku tunjk dkt kazen2 aku trs yg sorg tu ckp dat y la die xbermint sbb dia mmg ade rse xbest dkt hotel tu.kiranya yg aku bookg untk bln 2 ni bkn la hotel2 seperti di ats syukurr..bkn ape nk buat famly day.buatnya kna kacau haruu we nk handle..hihi

    Reply
    • Kat Avillion 2 mlm berturut turut aku mimpi jumpa awek cantik 3 beradik. Alu jumpa dia tgh jalan dan dia mintak tumpang balik rumah . Sampai rumah ada mak dia dan 2 lagi adik beradik dia tunggu dpn pagar. Siap senyum simpul. Rumah dia kat hujung tanjung x jauh dari pd. Siap pakai kebaya hijau. Malam kedua aku mimpi jumpa lagi yg bongsu dan dalam mimpi tu aku bawak anak alu jalan jalan . Terserempak dia yg Cantik secantik miss universe. Aku perkenal kan anak aku . Tanpa dia buka mulut bercakap aku tau dia x kisah aku dah kawin dia nak kawin juga dgn aku. Next day bungkus baju .. better travel ja dari rumah.

      Reply

Leave a Comment